Part 6

Saranghae, Mr. Arrogant!
Please Subscribe to read the full chapter

"Dahyun?" Mingyu terkejut dengan kehadiran Dahyun tiba-tiba. Dahyun terkaku melihat Mingyu yang kini berubah daripada petang tadi. Benda yang dipegangnya habis bertaburan di atas lantai akibat terlalu terkejut. Dahyun masih tidak bergerak lagi. Begitu juga dengan Mingyu.

"Mingyu. Kenapa dengan awak? Kenapa awak berubah...."

"Kau keluar sekarang! Suka hati kau je masuk bilik aku! Kau langgar arahan aku! Kau keluar sekarang!" marah Mingyu lalu berpaling ke arah lain. Suaranya juga berubah menjadi lebih garau.

Badan Dahyun bergetar. Perasaanya menjadi takut bercampur terkejut. Suara itu membuatkan dia lebih menjadi ketakutan. Masalahnya, kakinya menjadi kaku untuk bergerak dari situ. Hatinya seperti menyuruhnya berada di situ. Melihat badan Mingyu penuh dengan bulu, dia menjadi ingin menahu lebih lanjut tetapi, itu semua angan-angan sahaja. Selama dia hidup di dunia ini, dia tidak pernah berjumpa dengan orang macam seperti ini. Jadi, inilah sebabnya kenapa Mingyu melarang semua orang masuk biliknya bila sudah malam. Aku dah tahulah semuanya sekarang tapi, aku takut tengok dia macam ni, bisiknya.

"Kenapa kau tak keluar lagi?! Aku suruh kau keluar sekarang! Lebih baik kau pergi sebelum aku buat benda yang tak sepatutnya pada kau. Keluar sekarang!" jerit Mingyu dengan kuatnya. 

Terkejut Dahyun dibuatnya. Dengan pantas, Dahyun beredar dari situ dan menutup pintu bilik Mingyu. Sahaja dia menutup pintu, dia tidak beredar dari situ. Malah, dia terduduk di pintu itu. Dia masih dalam terkejut. Telinganya dapat menangkap bunyi yang kuat di dalam bilik Mingyu seperti Mingyu sedang membaling barang-barangnya. Tangannya terketar-ketar. Air matanya menitis dengan perlahan. Dia tidak tahu kenapa dia menjadi sedih selepas melihat Mingyu menjadi sebegitu.

 

 

Yugyeom berlari dengan pantas. Nafasnya tercungap-cungap. Dia membuka pintu rumah itu dengan kuat. Malah, dia membuka kot bajunya kerana berasa panas. Matanya meliar mencari bilik yang ingin dia tuju.

"Yein! Yein! Yein!" panggil Yugyeom seperti orang gila. Dia mendapat panggilan telefon dari Yein bahawa ayahnya telah jatuh sakit dan tidak sedar diri. Yugyeom dapat mendengar suara tangisan Yein semasa dalam panggilan telefon. Dengan pantas, dia pergi ke rumah Yein walaupun sudah malam.

"Yugyeom oppa! Yein dekat dalam bilik ni! Oppa cepat datang!" Yugyeom terus pergi masuk ke dalam bilik yang berada di sebelah kanannya apabila terdengar suara Yein.

"Yein okey? Macam mana appa Yein boleh sakit? Jom pergi hospital sekarang! Yein tolong bukakan pintu untuk oppa," cakap Yugyeom lalu mengangkat Tuan Kim yang tidak sedar diri itu. Yein mengangguk sahaja.

 

 

"Tuan Kim cuma terlalu stress sahaja. Dia terlalu mengambil banyak alkohol dalam sehari. Semua itu tidak baik untuk kesihatan seperti Tuan Kim yang sudah berusia sekarang. Saya sarankan, Tuan Kim perlu berhenti minum alkohol untuk kesihatannya. Saya minta diri dahulu." Yugyeom mengangguk selepas mendengar kata-kata dari doktor itu.

Yein menunduk memandang lantai. Yugyeom mengambil tempat di sebelah Yein. "Maafkan Yein, oppa sebab susahkan oppa malam-malam macam ni.

Yugyeom mengusap rambut Yein. "Tak apalah, Yein. Oppa akan selalu tolong Yein."

"Ini semua salah Yein. Kalau Yein tak jaga appa betul-betul, appa tak akan jadi macam ni. Setiap hari, bukan setiap masa appa akan sebut nama unnie. Dia selalu akan berasa salah. Jika, Yein balik dari sekolah atau mengulangkaji, appa akan balik dalam keadaan mabuk. Kerja pun appa dah lama berhenti. Yein selalu stress! Yein nak unnie sekarang. Yein buntu sekali," cakap Yein yang sudah mengeluarkan air matanya.

Yugyeom berasa sedih kepada Yein. Hidupnya merana tiada Dahyun. Yugyeom memeluk Yein dengan erat supaya Yein akan reda menangis. "Yein, ini bukan salah Yein. Dan ini juga bukan salah appa Yein. Semua ini salah lelaki pemilik rumah itu. Langsung tak ada adab dengan orang tua. Sanggup buat macam tu semata-mata untuk dirinya. Selfish!"

Tangisan Yein semakin kuat apabila mendengar kata-kata oleh Yugyeom. Dia tahu Yugyeom sengaja berkata begitu untuk menyejukkan hatinya. Setiap hari dia mengalami kerisauan pada dirinya. Dia terlalu mahu berjumpa dengan kakaknya.

"Ah! Yein? Yein? Aduh! Yein, appa dekat mana sekarang ni? Kenapa ada tali ni dekat tangan appa ni?" Yein terkejut dan terus pergi ke arah ayahnya lalu memeluknya. Yugyeom hanya memandang sahaja.

"Appa! Yein risaukan appa tau. Kenapa appa buat macam ni dekat Yein? Sampai hati! Cuba appa fikirkan Yein juga. Dahlah Yein kehilangan unnie. Yein tak nak kehilangan appa pula," cakap Yein dengan kuat. Dia tidak tahu sekarang yang dia sedang marah atau tidak. Dia terlalu sayang pada ayahnya dan kakaknya.

"Yein, jangan cakap macam tu dekat appa Yein. Jom, kita keluar sekarang. Biar appa Yein boleh rehat. Maafkan saya, uncle. Saya akan bawa Yein keluar. Uncle boleh rehat yang secukupnya," cakap Yugyeom lalu menarik tangan Yein.

"Yugyeom, jangan. Uncle tak apa-apa. Yein, appa minta maaf sebab abaikan Yein. Appa tak bermaksud buat Yein sedih setiap hari. Appa terlalu berasa bersalah dengan unnie kamu. Yein, maafkan appa ye? Appa sayangkan Yein. Sama macam unnie kamu," cakap Tuan Kim. Yein mengukirkan senyumannya.

"Yugyeom, boleh uncle nak minta tolong sikit? Harap kamu boleh tolong uncle. Boleh?" tanya Tuan Kim. Yugyeom mengangguk perlahan.

 

 

Mingyu membuka pintu biliknya dengan perlahan. Langkah kakinya menuruni tangga juga perlahan. Sebenarnya dia tidak mahu bertembung dengan Dahyun tetapi, dia harus bertemu juga dengan Dahyun. Kejadian semalamnya membuatkan dia berubah dengan sekelip mata. Hatinya menjadi lebih sedih apabila Dahyun melihat dia berubah menjadi lelaki yang buruk. Dia mahu menutup rahsia itu tetapi, dibongkarkan dengan sendirinya. Dia begitu lupa untuk mengunci pintu kerana terlalu terkejut perubahannya yang mendadak.

Matanya meliar di dapur. Cuma ada pengawalnya sahaja. Dahyun? Tiada. Dia dekat mana? Mingyu berjalan menuju ke arah pengawalnya. 

"Hoshi, kau ada nampak Dahyun tak? Aku ada benda nak cakap dengan dia?" tanya Mingyu yang tidak memandang muka Hoshi itu lalu mengambil sebiji epal di atas meja makan.

Hoshi yang sedang memotong buah terkejut dengan kehadiran tuannya begitu. Selama dia menjadi pengawal di sini, dia tidak pernah mendengar suara tuannya memanggil namanya. Tak sangka tuannya ingat namanya.

"Hoshi! Aku tanya kau ni? K

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ierashahira
Part 7 (Final)! Baca tau

Comments

You must be logged in to comment
-airataeyeonie-
#1
Chapter 8: menangis teharu bca cerita ni.. huhu
misz_dina #2
Chapter 8: woahh!!jinjja daebak!luv this story
Aida_Rusdi
#3
Chapter 8: Wuuuu, manyak best!
Rainbowhope125 #4
Chapter 7: Wahh...jjinja daebak... I like it ..says harap awak menang ..hwaiting ...
the8_nj_xiumin #5
Chapter 7: best sangat!!! ^^ daebak
exo_seventeen_hanmin #6
Chapter 7: Best la..thumb up 100 kli..hihi
starlightkim_
#7
Chapter 7: Habis sudah cerita ni..mmg bestlah..sweetnya diaorg ni..semoga happy selamanya dahyun dan mingyu..thumbs up..good joblah author..
Amaliana_PinkPanda
#8
Chapter 7: kalau dk ada kan mesti dia perli mingyu mesti dia akan cakap -kan aku dah bagitahu kucupan cinta sejati boleh henti kan sumpahan ko tu lah tak percaya lagi huh- hehhehehe author nanti mesti kita akan rindu cerita ni
mmairah #9
Chapter 7: Yeay!!!habis pon..
Cite nye best...
Buat la cite baru author nim
Sedih sebab dah habis