Part 5

Saranghae, Mr. Arrogant!
Please Subscribe to read the full chapter

DK menuruni tangga selepas mengunci pintu bilik Mingyu. Dia mengeluh sedikit lalu mengambil beg sandangnya yang berada di atas sofa. Kenapalah aku selalu sedih? Selagi sumpahan Mingyu tak hilang, aku tak akan berasa gembira. Mingyu! Aku memang nak kau macam dulu, bisiknya lalu beredar dari situ.

"Tunggu!" Membulat mata DK apabila dia dihalang oleh seorang perempuan. Dia menyilangkan tangannya. Mungkin ini Dahyun. Tak akanlah ada perempuan lain pula dekat rumah ni, ujarnya di dalam hati.

"Sorry kacau awak malam-malam ni. Nama awak DK kan?" tanya Dahyun dengan bersungguh-sungguh.

DK mengangguk perlahan dan tersenyum kepada Dahyun. Dia berasa janggal pula. Dengan pantas, Dahyun menarik tangan DK lalu menuju ke taman yang berada di luar rumah. Rumah Mingyu mempunyai taman yang besar dan cantik.

Terkejut DK dibuatnya dengan tindakan Dahyun yang menarik tangannya. Mulutnya menjadi terkunci dengan tiba-tiba. Dia tak tahu apa yang terjadi padanya. Dengan tiba-tiba sahaja dia ditarik oleh seorang perempuan.

 

 

DK berasa hairan apabila perempuan di hadapannya asyik berjalan sahaja sambil meletakkan tangannya di dagunya. Seperti memikirkan sesuatu. Semakin pening apabila dilihatnya. Apa yang dia mahu cakapkan? Pelik pula dengan dia ni, bisiknya.

"Err, awak nak apa? Kenapa awak....."

"Okey, saya dah tahulah apa yang saya nak tanya dekat awak. Saya nak tanya, kenapa dengan Mingyu? Kenapa dia bagi peringatan dekat saya yang saya tak boleh masuk biliknya bila dah malam? Bukan itu sahaja, dia juga tak keluar bila dah malam. Pengawal dekat rumah ni cakap, yang awak rapat dengan Mingyu. Jadi, saya rasa awak tahu semua apa masalah pada Mingyu itu. Dia memang pelik. Sekejap garang, sekejap sombong, sekejap baik. Eh, tak! Dia tak pernah baik pun. So, apa masalahnya? Saya nak tahu ni," tanya Dahyun dengan laju. Semput dibuatnya.

Terangkat kening DK dibuatnya. Dia membetulkan cermin matanya yang ingin terjatuh itu. "Banyaknya soalan. Yang mana satu saya patut jawab? Apa salahnya kenalkan diri dulu. Jangan terburu-buru. Saya tak lari pun."

Dahyun merengus geram. "My name is Kim Dahyun. Cepatlah jawab soalan saya! Kenapa Mingyu tak keluar dari biliknya bila dah malam? Malah, dia juga tak bagi semua orang masuk biliknya kecuali awak. Kenapa?"

DK ketawa besar mendengar kata-kata dari Dahyun. Dahyun terkejut. Kenapa pula dia ni ketawa? Aku ada buat lawak ke? Rasanya tak pun. Aku tengah serius ni. Boleh pula dia gelak. Hish! Kalau tak nak jawab, buatlah cara tak nak jawab! Menyampah, bisik Dahyun lalu menaikkan bebola matanya ke atas.

"Sorry sebab ketawa. Okey, jangan marah tau," kata DK yang masih ketawa.

"It's okay. Saya tak kisah pun. Sorry kacau awak malam-malam ni. Bye." Dahyun berlalu dari situ dengan muka yang masam. Harapannya untuk mengorek rahsia Mingyu punah dengan sekelip mata. Nampaknya dia memang ditakdirkan untuk duduk di rumah ini selama-lamanya tanpa bertemu dengan ayahnya dan Yein.

"Tunggu Dahyun. Awak marah ke? Saya minta maaf sebab ketawa tadi. Saya memang macam ni. Awak tanya pasal Mingyu. Hmmm, saya..."

"Hah! Apa?! Cepatlah bagi tahu saya. Mana tahu saya boleh tolong dia," tanya Dahyun dengan tiba-tiba.

Terkejut DK dibuatnya. "Err, awak nampak macam bersungguh-sungguh. Awak suka dia ke?" DK tersenyum sinis kepada Dahyun.

Pipi Dahyun menjadi merah. "T...a..kl..ah! Mengarutlah awak ni. Kenapa cakap pasal ni? Tak ada kena-mengenalah. Sekarang ni, awak bagi tahu saya."

"Saya rasa pengawal dekat rumah ni dah bagi tahu pada awaklah. Jadi, kenapa awak tanya saya pula?" tanya DK yang agak keliru dengan soalan dari Dahyun.

Dahyun menarik nafas sedalam-dalamnya. Hatinya menjadi panas kerana bertahan kesabarannya. "Tak cukuplah! Saya tanya kenapa Mingyu tak bagi semua orang masuk biliknya bila dah malam kecuali awak?! Dah berapa kali saya tanya soalan ni! Awak tak faham ke?! Hish! Geramnya!"

"Oh. Hahahaha. Kalau yang itu, saya minta maaf sebab tak boleh bagi tahu awak. Okey, selamat malam. Saya pergi dulu," jawab DK lalu beredar dari situ dengan pantas. 

"Apa! Dia lari macam tu je! Geramnya! Hish! Sukalah tu buat aku macam ni?! Kalau macam ni jawapan dari dia, lebih baik aku pergi dari tadi lagi. Semua tak boleh diharap! Lebih baik aku siasat sendiri. Hish!" marah Dahyun sambil menghentak-hentakkan kakinya di atas rumput.

 

 

Mingyu membuka pintu biliknya untuk mengisi perut pada waktu pagi. Sebelum itu, dia menilik mukanya pada cermin besar. Dia tersenyum puas. Mukanya sudah berubah seperti sedia kala. 

Apabila sahaja Mingyu membuka pintu biliknya, dia terjatuh tersungkur kerana terkejut dengan kehadiran Dahyun tiba-tiba yang berada di hadapan pintunya.

Mata Dahyun terus sahaja meliar apabila pintu bilik Mingyu dibuka. Dia melihat sekeliling bilik Mingyu dengan tekun. Dia berharap ada jawapan dari soalannya.

Mingyu hanya menahan kemarahannya sahaja. Dia bangun dan memandang tepat pada Dahyun. "Kau! Kenapa kau ada dekat...."

"Saya cuma nak kemas bilik awak je. Awak pergilah makan sarapan awak. Abaikan saya je," kata Dahyun lalu menolak badan Mingyu keluar dari biliknya.

Membulat mata Mingyu lalu menarik tangan Dahyun. "Hei! Bila

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ierashahira
Part 7 (Final)! Baca tau

Comments

You must be logged in to comment
-airataeyeonie-
#1
Chapter 8: menangis teharu bca cerita ni.. huhu
misz_dina #2
Chapter 8: woahh!!jinjja daebak!luv this story
Aida_Rusdi
#3
Chapter 8: Wuuuu, manyak best!
Rainbowhope125 #4
Chapter 7: Wahh...jjinja daebak... I like it ..says harap awak menang ..hwaiting ...
the8_nj_xiumin #5
Chapter 7: best sangat!!! ^^ daebak
exo_seventeen_hanmin #6
Chapter 7: Best la..thumb up 100 kli..hihi
starlightkim_
#7
Chapter 7: Habis sudah cerita ni..mmg bestlah..sweetnya diaorg ni..semoga happy selamanya dahyun dan mingyu..thumbs up..good joblah author..
Amaliana_PinkPanda
#8
Chapter 7: kalau dk ada kan mesti dia perli mingyu mesti dia akan cakap -kan aku dah bagitahu kucupan cinta sejati boleh henti kan sumpahan ko tu lah tak percaya lagi huh- hehhehehe author nanti mesti kita akan rindu cerita ni
mmairah #9
Chapter 7: Yeay!!!habis pon..
Cite nye best...
Buat la cite baru author nim
Sedih sebab dah habis