Part 3

Saranghae, Mr. Arrogant!
Please Subscribe to read the full chapter

Dahyun memasuki salah satu bilik yang ditunjukkan oleh pengawal yang bernama S.Coups. Dia terus membuka pintu bilik itu. Bilik itu sangat luas dan dihiasi dengan hiasan yang mewah. Dahyun terkejut melihat suasana bilik itu.

"Ini bilik awak, Selamat malam. Tidur dengan selesa ya," kata S.Coups yang terus beredar dari situ.

Dahyun berpaling dan ingin memanggil pengawal itu tetapi, tidak sempat kerana pengawal itu sudah beredar dari bilik itu. Air matanya mula menurun. Kakinya melangkah dengan lemah ke atas katil yang bersaiz 'queen' itu.

Argh!!! Kenapa aku kena ikut arahan dia? Aku menyesal ke tak? Tapi, ini semua demi appa Aku terpaksa mengharunginya, bisiknya lalu merebahkan dirinya ke atas katil yang empuk.

 

 

Pintu bilik itu diketuk oleh seseorang. Lalu, Dahyun terjaga dan membuka pintu. Muncullah muka Mingyu yang merah mencuka kerana menahan kemarahan.

"Kau pekak ke apa?! Aku ketuk dari tadi lagi! Kenapa kau kunci pintu?! Kau ada hak ke, nak kunci bilik tidur milik aku?!" marah Mingyu lalu menghentak pintu dengan kuat.

Dahyun hanya menunduk sahaja. Ketakutannya mula melanda pada dirinya selepas melihat Mingyu memarahinya. "M.a..a.fkan saya, awak. Saya memang biasa kunci pintu apabila hendak tidur. Saya janji saya tak akan kunci pintu." 

"Banyaklah kau alasan! Dah! Aku tak nak dengar lagi. Sekarang ni kau turun, lepastu kau kemas semua seluruh kawasan rumah aku ni. Aku tak nak dengar bunyi satu pun masa kau kemas rumah aku ni. Faham!" arah Mingyu. Dahyun mengangguk perlahan.

"Kalau macam tu, pergilah sekarang!" tegas Mingyu lalu beredar dari situ. Dahyun hanya melihat sahaja pemergian Mingyu itu. Dia mengeluh kecil. Menyampah pula aku dengan dia ni! Banyak betul arahan dia bagi. Cerewet dan sombong pula tu, bisiknya.

 

 

Mata Dahyun meliar ke sana sini. Dia mulai pening apabila tidak berjumpa penyapu. Dia terus menuju untuk mendapat pengawal yang dia lihat di penjuru pintu.

"Err, maafkan saya? Boleh saya tanya?" tanya Dahyun apabila berada di sebelah pengawal itu. Ni perempuan ke lelaki? Tak akanlah ada pengawal perempuan pula. Biarlah, ujarnya.

"Ye? Apa yang awak nak tanya?" Pengawal itu mula bertanya kembali kepada Dahyun sambil mengimbaskan rambutnya yang panjang itu.

Dahyun hanya mengelipkan matanya sahaja. "Hmmm. Mana penyapu? Puas saya mencari dekat sekeliling rumah ni tapi, tak jumpa pun. Kalau tak ada penyapu, macam mana saya nak kemas rumah ni?" Dahyun menggarukan kepalanya yang tidak gatal itu.

"Tak silap saya, rumah ini tak ada penyapu," kata pengawal tersebut yang bernama Jeonghan. "Cuba awak pergi tanya Tuan Mingyu. Mungkin dia tahu."

Dahyun pun berlalu dengan pantas ke bilik Mingyu.

 

 

Tangan Dahyun terketar-ketar untuk mengetuk pintu bilik tersebut. Yelah! Siapa tak takut bila kena dimarahi pagi tadi lepastu nak berjumpa dengan Mingyu pula. Dia meramas jarinya kerana ingin menghilangkan gementarnya. Baru sahaja Dahyun ingin mengetuk pintu, Mingyu terus membuka pintu.

Mata Dahyun terus terbeliak dan mulutnya melopong. "Hmmm, saya nak tanya je. Jangan marah saya pula." Dahyun cuba untuk tidak memandang muka Mingyu.

"Hah! Tanya apa? Cepatlah!" tanya Mingyu lalu menyilangkan tangannya.

Dahyun mencebik tanpa pengetahuan Mingyu. "Mana penyapu? Macam mana saya nak sapu rumah ni?"

"Oh, penyapu. Rumah ni tak ada penyapu. Kau tak payah sapulah! Habis cerita! Kau pergi lap semua perabot aku! Banyak betullah soalan kau ni! Hish!" marah Minyu.

"Eh, kejap! Saya nak tanya ni? Kenapa saya kena buat semua ni? Padahal saya tengok rumah awak ni bersih je. Apa lagi yang saya boleh bersihkan?" tanya Dahyun dengan selamba.

Mingyu hanya menahan geram. "Suka hati kaulah, yang penting sekarang aku nak bersendirian. Jangan kacau aku lagi! Hish!" Mingyu terus menutup pintu dengan kuat.

Membulat mata Dahyun dengan tindakan Mingyu itu. Itupun nak marah. Aku tanya pasal penyapu pun nak marah. Menyampah gila. Suka sangat ke duduk terkurung dekat dalam bilik tu. Kalau boleh aku nak keluar je dari rumah ni tapi, tak boleh. Hish! Si apa ye? Namanya apa? Hah! Mingyu! Si Mingyu gila sombong dan bongkak! Dahyun mula menuju ke arah dapur.

 

 

Dahyun dapat melihat lima orang pengawal di situ sedang menyediakan makanan. Dahyun melihat jam pada dinding. Belum lagi masuk tengah hari. Mungkin itu makanan tengah hari untuk Mingyu gila tu, bisiknya lalu melangkah lebih dekat pada mereka semua.

"Hai! Awak semua buat apa? Boleh saya tolong sekali?" tanya Dahyun.

Lima orang pengawal itu terkejut dengan kehadiran Dahyun secara tiba-tiba lalu mengangguk sahaja. Walaupun agak

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ierashahira
Part 7 (Final)! Baca tau

Comments

You must be logged in to comment
-airataeyeonie-
#1
Chapter 8: menangis teharu bca cerita ni.. huhu
misz_dina #2
Chapter 8: woahh!!jinjja daebak!luv this story
Aida_Rusdi
#3
Chapter 8: Wuuuu, manyak best!
Rainbowhope125 #4
Chapter 7: Wahh...jjinja daebak... I like it ..says harap awak menang ..hwaiting ...
the8_nj_xiumin #5
Chapter 7: best sangat!!! ^^ daebak
exo_seventeen_hanmin #6
Chapter 7: Best la..thumb up 100 kli..hihi
starlightkim_
#7
Chapter 7: Habis sudah cerita ni..mmg bestlah..sweetnya diaorg ni..semoga happy selamanya dahyun dan mingyu..thumbs up..good joblah author..
Amaliana_PinkPanda
#8
Chapter 7: kalau dk ada kan mesti dia perli mingyu mesti dia akan cakap -kan aku dah bagitahu kucupan cinta sejati boleh henti kan sumpahan ko tu lah tak percaya lagi huh- hehhehehe author nanti mesti kita akan rindu cerita ni
mmairah #9
Chapter 7: Yeay!!!habis pon..
Cite nye best...
Buat la cite baru author nim
Sedih sebab dah habis