Part 7 (Final)

Saranghae, Mr. Arrogant!
Please Subscribe to read the full chapter

Dahyun meluru ke arah Tuan Kim iaitu ayahnya apabila sampai di hospital. "Appa! Dahyun rindu appa! Yein pun sama!" Dahyun memeluk dua orang insan tersayangnya. Yugyeom berlalu dari situ untuk memberi ruang kepada mereka.

"Dahyun! Syukurlah kamu masih ada lagi. Tak sangka orang tu jaga kamu dengan elok," Tuan Kim lalu mengusap rambut anaknya dengan lembut.

"Unnie! Yein rindu sangat dengan unnie. Yein tak boleh hidup tanpa unnie. Jangan tinggalkan Yein lagi tau," kata Yein lalu memeluk kakaknya dengan lebih erat. Dahyun mengangguk tersenyum.

"Dahyun, kamu kena pergi balik rumah itu lagi ke? Macam mana kamu boleh keluar? Dia bagi ke?" tanya Tuan Kim. Dahyun mendiamkan dirinya. Kata-kata Mingyu itu masih ingat di dalam fikirannya. Hatinya terasa berat untuk meninggalkan Mingyu tetapi, dia mahu berjumpa dengan ayahnya.

"Appa! Sekarang ni, appa perlu sihat untuk Dahyun dan Yein. Boleh? Appa rehatlah sekarang. Biar Dahyun yang jaga appa. Yein, kamu pergilah balik rumah. Esok, kamu kena pergi sekolah," cakap Dahyun yang mengukirkan senyumannya. Yein mengangguk tanpa membantah arahan dari kakaknya. Tuan Kim tersenyum kelat. Hatinya mula berasa tidak sedap selepas melihat reaksi muka anaknya.

 

 

"Mingyu! Buka pintu ni! Kau tak nak keluar ke?! Kau tak nak sarapan ke?! Dari semalam kau tak makan apa-apa! Perut kau tak lapar ke? Buka pintu ni! Aku dah letihlah ketuk pintu ni!"

Mingyu menutup telinganya menggunakan bantal. Selera makannya langsung tiada dari semalam. Perutnya sudah berapa kali berbunyi tetapi, dia bertegas tidak mahu keluar dari biliknya. Kata-kata Dahyun membuatkan dia menjadi lebih marah. Dia benci! Dia berubah perangai menjadi baik disebabkan oleh Dahyun. Ya! Dia sudah mulai suka pada Dahyun. Hatinya hancur selepas mendengar kata-kata Dahyun itu.

"Kim Mingyu! Buka sekarang! Aku pecah pintu bilik kau ni kan! Buka cepat! Kau dah kenapa?! Kau tak makan dari semalam lagi!" Mingyu mengetap giginya. Sakit telinganya mendengar. Dia mahu bersendirian sekarang.

"Kau pergilah, DK! Aku tak nak makanlah! Kau faham tak?! Hish! Aku nak bersendirian lah," jerit Mingyu. Suara menjadi lebih kuat. Dia tidak kisah sama ada pengawalnya mendengar ke tak.

Dush! Membulat mata Mingyu dengan tindakan DK yang memecahkan pintunya. Nafas DK tercunggap-cunggap disebabkan memecahkan pintu yang kuat itu.

"Kenapa kau pecah pintu bilik aku?! Aku dah cakap jangan kacau aku! Hish! Kau ni tak faham bahasa ke?! Kau sengaja buat aku mengamuk ke?!" marah Mingyu lalu menunjukkan satu penumbuk ke arah muka DK.

"Mingyu, kau nak tumbuk aku ke? Sampai hati kau nak tumbuk aku disebabkan Dahyun. Kita dah kawan lamalah, Mingyu. Aku tahu semua perangai kau. Kalau kau ada masalah, ceritalah pada aku. Aku akan tolong jika aku mampu," cakap DK dengan suara yang lembut. Dia tahu Mingyu sedang sedih.

"Sorry buat macam ni dekat kau. Aku tak boleh kawal kemarahan aku. Aku cuma nak bersendirian sahaja. Kau yang kacau aku. Aku tak ada masalahlah. Aku tak nak dengar nama Dahyun dekat rumah ini lagi," cakap Mingyu lalu duduk di atas katilnya.

DK duduk di sebelah Mingyu. "Jangan nak tipulah. Aku kenal kaulah. Aku tahu kau ada masalah. Kau dah suka dekat Dahyun kan?"

"Mana ada! Kau mengarut je! Dahlah kau pergi keluar! Hish!" marah Mingyu yang menolak badan DK. 

DK menumbuk pipi Mingyu dengan tiba-tiba. Cecair merah mula keluar di bibir Mingyu. Membulat mata Mingyu dengan tindakan DK. Ini kawan ke? Sampai bertumbuk.

"Kau kenapa tumbuk aku? Kau..."

"Ini balasan kau sebab kau jadi pengecut! Ini ke Mingyu yang aku kenal selama ini. Yang aku tahu Mingyu tak akan kalah dengan apa-apa pun. Lain kali berusaha kalau kau nak sesuatu. Dahlah jangan nak tipu, Mingyu. Aku tahu kau suka pada Dahyun. Buang ego kau. Jangan nak bersikap sombong lagi. Lebih baik kau cuba keluar rumah ini. Kau kena lupakan kata-kata ibu bapa kau tu. Orang lain dah tak akan kenal muka kau lagi. Kau kena tengok dunia luar dan bergaul dengan orang. Kau kena cuba!" cakap DK lalu beredar dari situ. Mingyu terdiam mendengar kata-kata dari DK.

Mingyu mengenggam tangannya dengan kuat. Betul cakap kawannya tapi, dia tidak berani melangkah keluar rumah. Kata-kata ibu bapanya masih ingat di dalam fikirannya. Dia begitu takut untuk berjumpa musuh-musuh ibu bapanya. 

 

 

3 bulan kemudian.....

"Dahyun, esok awak ada kuiz matematik. Yelah, budak pandai katakan. Apa-apa pun good luck! Saya doakan awak menang dalam kuiz matematik itu. Okey?" cakap Yugyeom lalu memegang bahu Dahyun.

Dahyun menurunkan tangan Yugyeom yang memegang bahunya. Ada sedikit keluhan keluar dari mulut Yugyeom. Dahyun berbuat tidak tahu sahaja. "Thanks. Nasib baik saya ada kawan macam awak. Saya akan berusaha pada hari esok."

Yugyeom tersenyum kelat apabila mendengar perkataan kawan. Baginya dia menganggap Dahyun lebih dari kawan. Cuma dia takut untuk berterus terang kepada Dahyun.

Mereka mula berjalan kaki untuk menuju ke rumah Dahyun. Tanpa mereka sedari, mereka telah berjalan menuju ke rumah Mingyu. Dari jauh lagi sudah nampak rumah Mingyu yang teguh berdiri. Langkah Dahyun dihentikan. Dia tekun memandang rumah itu. Ingatannya mula mengingati peristiwanya bersama Mingyu. Dia berasa sangat menyesal kerana menunduh Mingyu yang membuatkan hidupnya merana. Itu sama sekali tidak baginya. Dia berasa gembira hidup bersama Mingyu. Disebabkan Mingyu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ierashahira
Part 7 (Final)! Baca tau

Comments

You must be logged in to comment
-airataeyeonie-
#1
Chapter 8: menangis teharu bca cerita ni.. huhu
misz_dina #2
Chapter 8: woahh!!jinjja daebak!luv this story
Aida_Rusdi
#3
Chapter 8: Wuuuu, manyak best!
Rainbowhope125 #4
Chapter 7: Wahh...jjinja daebak... I like it ..says harap awak menang ..hwaiting ...
the8_nj_xiumin #5
Chapter 7: best sangat!!! ^^ daebak
exo_seventeen_hanmin #6
Chapter 7: Best la..thumb up 100 kli..hihi
starlightkim_
#7
Chapter 7: Habis sudah cerita ni..mmg bestlah..sweetnya diaorg ni..semoga happy selamanya dahyun dan mingyu..thumbs up..good joblah author..
Amaliana_PinkPanda
#8
Chapter 7: kalau dk ada kan mesti dia perli mingyu mesti dia akan cakap -kan aku dah bagitahu kucupan cinta sejati boleh henti kan sumpahan ko tu lah tak percaya lagi huh- hehhehehe author nanti mesti kita akan rindu cerita ni
mmairah #9
Chapter 7: Yeay!!!habis pon..
Cite nye best...
Buat la cite baru author nim
Sedih sebab dah habis