Part 4

Saranghae, Mr. Arrogant!
Please Subscribe to read the full chapter

Dua pasang mata asyik memandang rumah yang berada di atas bukit itu. Tanpa disedari, malam sudah berlabuh. Dua pasang mata itu masih setia memandang rumah tersebut.

"Yein, dah gelaplah ni. Yein kena balik rumah sekarang. Nanti appa Yein risau. Jom balik sekarang. Tak ada guna kita pandang je," cakap Yugeyom dengan baik lalu menarik lengan Yein.

Yein enggan bergerak walaupun ditarik oleh Yugyoem. "Yein, dahlah tu. Tak sakit ke kaki Yein? Dari tadi berdiri." Yugyeom masih menarik lengan Yein supaya bergerak dari situ.

"Yein sunyi sekarang sebab tak ada unnie. Appa selalu mabuk. Yein takut appa jatuh sakit. Pelajaran Yein juga semakin teruk. Yein tak boleh tumpukan perhatian semasa belajar. Yein asyik ingatkan unnie je. Oppa, tolong buat sesuatu," rayu Yein yang sudah menitiskan air matanya. 

Yugyeom mendiamkan dirinya dan mengeluh. Dia bingung. Timbul juga niat untuk menolong Dahyun tetapi, dia tahu bahawa itu akan membahayakan nyawanya. Malah, mereka semua juga diberi amaran oleh Mingyu.

"Kalau oppa tak nak, tak apa. Biar Yein je yang pergi selamatkan unnie. Semua lelaki sama je. Hish! Yein minta maaf sebab selalu paksa oppa untuk selamatkan unnie. Senang cerita biar Yein yang uruskannya," kata Yein lalu beredar dari situ.

Membulat mata Yugyeom apabila mendengar kata-kata Yein itu. Dengan pantas dia mencapai tangan Yein supaya berhenti. "Yein, jangan buat macam ni! Bahaya! Tak apalah. Biar oppa pergi selamatkan unnie Yein. Kalau boleh, Yein kena bagi masa dekat oppa boleh? Ini bukan kerja main-main. Oppa janji akan pergi selamatkan Dahyun. Yein cuma tunggu sahaja. Sekarang ni, oppa tolong hantarkan Yein balik rumah. Okey."

Yein mengangguk perlahan. Dengan terpaksa, Yugyeom mengukirkan senyuman kepada Yein. Dia tahu ini susah untuknya tetapi, dia ingin menolong Yein. Dia faham perasaan adik yang rindu akan kakaknya. Dia juga rindu pada Dahyun. Wanita yang dia cintai.

 

 

"Siapa DK? Macam mana nak cari dia? Kenapalah aku tak pergi tanya dekat Hoshi tadi? Hish! Kejap, kenapa aku nak sangat tahu pasal dia tapi, apa salahnya kalau nak tahu kan. Dia memang pelik. Dia jadi arrogant, aku tahu apa sebabnya. Kalau tak keluar bila dah malam, memang pelik. Malam ni, aku kena siasat. Tunggu jelah." Dahyun berjalan ke hulur-hilir di ruang tamu sambil mengenggamkan jarinya.

"Apa yang tunggunya?" Terkejut Dahyun apabila mendengar suara di belakang. Dia berpaling ke belakang, malangnya kakinya tersandung. Akibatnya, dia terjatuh ke atas badan orang.

"Mingyu?" Membulat mata Dahyun apabila jarak mereka sangat dekat. Begitu juga dengan Mingyu. Dengan pantas, Dahyun terus bangun dari situ. Hatinya berdebar-debar bila melihat muka Mingyu dari jarak dekat. Matanya melihat Mingyu tanpa disedari oleh Mingyu.

Mingyu membetulkan rambutnya. "Aku tanya kau ni, apa yang tunggunya? Ah, what ever! Sekarang ni, nak dekat malam. Aku nak bagi peringatan, kau jangan datang bilik aku bila dah malam. Faham." Mingyu dengan sedaya-upaya untuk tidak memandang muka Dahyun.

"Kenapa pula saya tak boleh pergi bilik awak bila dah malam? Kenapa? Ada apa? Sampai bagi peringatan macam tu," tanya Dahyun dengan berani. 

"Kau jangan nak banyak tanya. Aku cakap, ikut jelah! Hish! Kalau kau melawan juga....."

"Awak nak buat apa?! Nak bunuh saya? Tak baik tau bunuh orang ni! Awak dengan sayakan manusia biasa," cakap Dahyun dengan selambanya. Walaupun ada ketakutan sedikit pada dirinya tetapi, perasaan ingin menahu apa sebabnya semakin kuat pada dirinya.

"Bukan ke kau suruh aku bunuh kau? Kau dah lupa ke? Kalau boleh, aku nak bunuh kau hari ini juga. Kau tak takut ke?" tanya Mingyu lalu berjalan ke hadapan Dahyun dengan perlahan-lahan.

Dahyun bergerak ke belakang apabila melihat Mingyu semakin dekat padanya. Dia menelan air liurnya kerana ketakutan dengan kata-kata Mingyu itu. "A..p..a? Y...e k..e? Saya rasa tak pun. Hahaha. Awak salah dengar rasanya. Saya ingat yang saya tak cakap pun kata-kata tu dekat awak." Langkah Dahyun terhenti apabila dinding rumah itu menghalang pergerakannya.

Mingyu tersenyum sinis. "Oh, macam tu ye. Mungkin aku salah dengar tapi, aku ingat  yang kau tu siap menangis lagi. Sedih pula aku tengok kau. Hmmm, kau nak suruh aku bunuh kau ke? Kalau kau nak, boleh je." Mingyu melangkah lebih dekat pada Dahyun. Dia meletakkan kedua-dua belah tangannya di dinding untuk menghalang Dahyun keluar dari situ.

"Err, awak dah gila ke sampai nak bunuh orang? Bawa bertenang," cakap Dahyun lalu menolak sedikit badan Mingyu.

Mingyu eng

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ierashahira
Part 7 (Final)! Baca tau

Comments

You must be logged in to comment
-airataeyeonie-
#1
Chapter 8: menangis teharu bca cerita ni.. huhu
misz_dina #2
Chapter 8: woahh!!jinjja daebak!luv this story
Aida_Rusdi
#3
Chapter 8: Wuuuu, manyak best!
Rainbowhope125 #4
Chapter 7: Wahh...jjinja daebak... I like it ..says harap awak menang ..hwaiting ...
the8_nj_xiumin #5
Chapter 7: best sangat!!! ^^ daebak
exo_seventeen_hanmin #6
Chapter 7: Best la..thumb up 100 kli..hihi
starlightkim_
#7
Chapter 7: Habis sudah cerita ni..mmg bestlah..sweetnya diaorg ni..semoga happy selamanya dahyun dan mingyu..thumbs up..good joblah author..
Amaliana_PinkPanda
#8
Chapter 7: kalau dk ada kan mesti dia perli mingyu mesti dia akan cakap -kan aku dah bagitahu kucupan cinta sejati boleh henti kan sumpahan ko tu lah tak percaya lagi huh- hehhehehe author nanti mesti kita akan rindu cerita ni
mmairah #9
Chapter 7: Yeay!!!habis pon..
Cite nye best...
Buat la cite baru author nim
Sedih sebab dah habis