Part 1

Saranghae, Mr. Arrogant!
Please Subscribe to read the full chapter

Dahyun memasuki rumahnya dengan badannya yang letih. Dia merehatkan badannya di atas tilamnya. Maklumlah rumahnya tiada katil. Tiada wang untuk membeli sebuah katil. Baru dia ingin melelapkan matanya, namanya sudah dipanggil. Dengan malas, dia menggerakkan tubuhnya untuk bangun dari tempatnya. Penat tak penat, kena diikutkan.

"Dahyun okey tak?" Dahyun hanya mengukirkan senyuman kepada ayah kesayangannya. Tak akanlah nak cakap penat pada ayahnya. Nanti dirisaukan oleh dia pula. Biasalah orang bekerja dengan orang bersekolah. Mesti penat. Nak buat macam mana.

"Unnie! Jom makan! Hari ini kita makan ramen. Sedap tau! Rugi tak makan. Appa yang masak tau," cakap adiknya yang berada di sebelahnya. Dahyun memandang adiknya, Yein.

"Yein! Komawo! Unnie rasa kenyanglah hari ini. Makanlah. Appa makanlah tanpa Dahyun tau. Dahyun nak siapkan kerja sekolah yang masih tak buat lagi tu." Dahyun mengusutkan rambut Yein.

"Unnie! Jangan kusutkan rambut Yein! Appa tengok unnie ni!" marah Yein yang membetulkan semula rambutnya.

"Hish! Dahyun! Jangan kacau adik macam tu!" Tuan Kim memarahi Dahyun.

"Sorry! Okeylah. Good night appa and Yein," cakap Dahyun dan berlalu dari situ tetapi sebelum itu, dia sempat mengusutkan semula rambut adiknya. 

"Unnie!" Yein menjerit dengan kuat. Dahyun hanya ketawa terbahak-bahak.

 

 

Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Dahyun masih menyiapkan kerja sekolahnya. Sudah masuk kali kesepuluh dia menguap tetapi, dia tetap mendegilkan matanya supaya tidak akan tertidur. Pintu bilik Dahyun terbuka. Dengan pantas Dahyun berpaling ke arah pintu.

"Dahyun tak tidur lagi?" tanya Tuan Kim dan menuju ke arah anaknya.

Dahyun tersenyum. "Tak lagi appa. Masih banyak lagi kerja sekolah. Kenapa appa tak tidur lagi? Tak baik untuk kesihatan tau," tanya Dahyun yang agak kerisauan dengan keadaan ayahnya. Tuan Kim ketawa.

"Apa yang kelakarnya? Dahyun tanya ni. Kenapa appa tak tidur lagi? Dah tengah malam lah ni," tanya Dahyun lagi. Geram juga dengan kelakuan ayahnya. Boleh pula ketawa masa-masa macam ni.

"Appa tak akan tidur selagi ada anak appa yang belum tidur. Tidak kira Dahyun tutup lampu bilik tidur pun, appa boleh tahu," jawab Tuan Kim. Dahyun hanya tersenyum kambing selepas mendengar jawapan dari mulut ayahnya.

"Alah, appa pergilah tidur. Sikit lagi ni. Dahyun okey je ni." Dahyun menolak sedikit badan ayahnya.

"Dahyun, appa kesiankan Dahyun. Balik sahaja dari sekolah, Dahyun kena kerja sampai malam. Kalau tak, sampai ke pagi Dahyun kerja. Kerja sekolah Dahyun pun tak sempat buat. Dahyun nampak kepenatan. Makan pun tak selera sebab terlalu penat. Appa ni memang ayah yang tak guna kan? Sanggup biarkan anak bekerja walaupun masih bersekolah. Sebenarnya Dahyun patut fokuskan pada pelajaran. Appa takut pelajaran Dahyun merosot disebabkan Dahyun sibuk bekerja. Appa tak nak Dahyun jadi macam appa. Nak makan sendiri pun susah. Apa lagi nak beri makanan pada anak. Dahyun, appa tak suka macam ni," cakap Tuan Kim yang sudah menitiskan air matanya. Dia menyesal sangat. Hidupnya tersangat susah sehingga anaknya sanggup bekerja untuk mencari rezeki sekeluarga. Isterinya sudah lama meninggalkannya.

Dahyun memeluk ayahnya. "Appa, jangan risau. Ini semua bukan salah appalah. Dahyun yang nak bekerja. Niat Dahyun cuma nak tolong appa je. Kalau pasal pelajaran, Dahyun boleh buat. Dahyun boleh belajar walaupun sedang bekerja. Jangan risaulah appa. Bukan ke sebelum ni, Dahyun selalu dapat markah tinggi dalam peperiksaan," cakap Dahyun dengan senyuman manisnya supaya ayahnya tidak akan risau tentangnya.

"Sekarang ni, appa pergi tidur. Tak elok untuk kesihatan. Kerja sekolah Dahyun ni, ada sikit je ni. Pergilah," sambungnya sambil menolak badan ayahnya. Tuan Kim berlalu dari situ dengan senyuman.

Dahyun mengeluh sedikit. Ya! Memang letih hidup di dunia ni. Dia menyimpan barang-barangnya untuk masuk tidur.

 

 

"Tuan tak nak keluar ke dari rumah? Sejak tuan umur 7 tahun, tuan langsung tak mahu keluar dari rumah. Macam mana nak tuan nak pergi sekolah? Dah berapa kali upah cikgu tetapi, tak sampai seminggu pun dah tak adalah cikgu tu. Boleh tak tuan jangan nak sombong sangat? Tuan tak nak ke tengok dunia ni?" 

"Aku tak naklah! Kau tak faham ke? Asyik bagi soalan yang sama je dekat aku! Semalam orang lain! Hari ini ora

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ierashahira
Part 7 (Final)! Baca tau

Comments

You must be logged in to comment
-airataeyeonie-
#1
Chapter 8: menangis teharu bca cerita ni.. huhu
misz_dina #2
Chapter 8: woahh!!jinjja daebak!luv this story
Aida_Rusdi
#3
Chapter 8: Wuuuu, manyak best!
Rainbowhope125 #4
Chapter 7: Wahh...jjinja daebak... I like it ..says harap awak menang ..hwaiting ...
the8_nj_xiumin #5
Chapter 7: best sangat!!! ^^ daebak
exo_seventeen_hanmin #6
Chapter 7: Best la..thumb up 100 kli..hihi
starlightkim_
#7
Chapter 7: Habis sudah cerita ni..mmg bestlah..sweetnya diaorg ni..semoga happy selamanya dahyun dan mingyu..thumbs up..good joblah author..
Amaliana_PinkPanda
#8
Chapter 7: kalau dk ada kan mesti dia perli mingyu mesti dia akan cakap -kan aku dah bagitahu kucupan cinta sejati boleh henti kan sumpahan ko tu lah tak percaya lagi huh- hehhehehe author nanti mesti kita akan rindu cerita ni
mmairah #9
Chapter 7: Yeay!!!habis pon..
Cite nye best...
Buat la cite baru author nim
Sedih sebab dah habis