Caught

Ghost Town
Please Subscribe to read the full chapter

Prompt 8 : Seorang kanak-kanak misteri telah memberikan tanda tanya sehingga ke hari kematiannnya.

 

Pagi itu agak suram dan kelihatan sedikit kelam membuatkan aku bergerak malas - lagi pula cuti semester sudah bermula, aku langsung tidak mempunyai apa-apa rancangan untuk menghabiskan masa cuti ini kerana semua rakan sekelas aku pun sibuk bercuti dengan keluarga masing-masing.

Makanan sudah siap terhidang diatas meja sebaik saja aku melabuhkan punggung diatas kerusi dan kepalaku menoleh ke sisi memandang ibu yang sedang membasuh pinggan mangkuk disinki.

Aku mahu menyapa ibu tapi ibu sudah bersuara terlebih dahulu. "Makcik saudara kamu meninggal dunia subuh tadi." Aku hanya mampu mengedipkan mata dan cuba mengingat semula siapakah makcik saudara yang ibu maksudkan itu. 

"Sepupu mendiang ayah kamulah," Ketika itu baru aku - teringat akan wanita yang ibu dan ayah sering memensi namanya tetapi tidak pula aku pernah berjumpa dengannya. "Suami makcik saudara kamu pula lari dan tinggalkan anak dia dengan pakcik kamu, kesian betul budak tu."

Sepanjang ibu bercerita tentang keluarga itu aku hanya menjadi pendengar dan tidak bertanya lebih aku langsung menghabiskan sarapannya dengan penuh berselera sekali.

Tidak lama itu ibu keluar untuk bekerja dan hari itu aku menghabiskan masa dirumah seharian. Rutin aku yang membosankan ini berulang dan bertahan selama 5 hari sehinggalah aku mendapat satu panggilan daripada seseorang. 

"Hello?" Nombor itu tidak bernama tapi kelihatan familiar.

"Namjoon? Ni samcheon lah." Keningku yang terkerut sedikit tadi pudar dan aku mula bertanyakan khabarnya sebelum bertanya tentang tujuan pakcik itu menghubunginya tiba-tiba.

"Samcheon dengar dari omma kamu yang kamu sedang cuti kan? Kalau tak keberatan, samcheon nak minta tolong sesuatu." Sudah tentu aku dengan senang hatinya sudi meghulurkan bantuan.

"Anak makcik saudara kamu ni, tak nak duduk sendirian langsung. Samcheon pula kena kerja luar daerah dalam seminggu ni. Samcheon tak boleh bawa sebab samcheon akan jadi lebih sibuk. Kamu boleh tolong jaga dia? Dalam 3 hari macam tu je." Jelasnya panjang lebar.

"Takde masalah, samcheon. Saya senang hati je jaga dia lagipun omma kerja kat luar juga seminggu ni. Kalau ada dia mungkin saya takdelah kesunyian sangat."

Aku boleh dengar suara pakcik ditalian kedengaran lega dan gembira apabila mendengar jawapan yang aku berikan itu. "Pagi esok samcheon hantar Jimin okay? Jumpa nanti." Talian diputuskan sebelum aku sempat berkata apa-apa.

Pagi datang dengan cepatnya apabila pintu rumah aku diketuk dan aku pun membuka tanpa keraguan kerana aku pasti itu adalah pakcik - pakcik yang datang mahu menghantar seseorang dibawah jagaanku.

"Apa khabar, samcheon?" Kami berbalas sapaan sebentar - Aku sempat mengerling sekilas ke arah budak lelaki yang berada disebelah pakcik dan tidak lama itu pakcik meminta diri.

"Samcheon kejar masa ni," Aku mengangguk faham dan mengarahkan dia pergi saja. Sebelum pakcik pergi dia sempat memandang kanak-kanak lelaki yang daripada tadi berdiri dengan senyap diantara kami berdua. "Jimin, jangan nakal-nakal tau?" 

Aku mempelawa Jimin masuk ke dalam rumah dan cuba untuk berkomunikasi serta bermain dengannya tetapi aku mendapati - berdasarkan pemerhatian mata kasar aku terhadap budak itu.

Aku dapat rasakan budak itu agak pelik kerana Jimin, selalu memeluk sebuah patung beruang - membiarkan anak patung itu terkepit dibawah lengannya dan lagi, aku perasan yang dia tidak pernah melepaskan anak patung itu kemana-mana. Tidak sesekali.

Jimin tidak pernah senyum, tidak pernah bercakap dan apa yang dia sering lakukan adalah duduk dengan senyap dipenjuru ruang tamu dan perhatikan dinding rumah - dimana membuatkan aku  mula rasa tidak senang hati. 

Tetapi aku cuba memahami keadaan Jimin dan berusaha mencari sesuatu yang boleh menghiburkan budak kasihan itu. Aku teringat yang aku baru saja membeli kamera digital yang baru dan mengambil keputusan untuk membiarkan Jimin bermain dengan kamera lama aku.

Ketika aku menghulurkan kamera itu kepada Jimin, aku boleh lihat mata Jimin bersinar-sinar dan dengan sukacitanya aku mengajar Jimin bagaimana hendak menggunakan kamera itu.

Sebaik saja Jimin tahu cara hendak menggunakan kamera itu dia bermundar-mandir sekeliling ruang tamu rumah dan menangkap apa saja gambar yang dia mahukan.

Petang itu, aku mendapat tahu betapa susahnya hendak melayan karenah Jimin. Acap kali aku mahu meninggalkan ruang tamu, Jimin mula menangis dan menjerit memanggil namaku. Aku langsung tidak boleh meninggalkannya bersendirian walaupun sebentar atau dia akan mula merengek kuat.

Malah dia berkeras mahu masuk ke dalam tandas ketika aku mahu membuang air kecil, dimana hal itu agak memalukan aku. Mujurlah dia hanyalah seorang kanak-kanak lelaki yang berumur 7 tahun. 

Masa tidur pula, dia berkeras tidak mahu tidur dibilik tetamu dan bertegas mahu tidur dengan aku. Aku tidak memprotes dan mengikut saja telu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
vjinerds
Subscriber only sebab kadang-kadang ada rated M atas sebab-sebab penggunaan grafik berunsurkan keganasan yang agak keterlaluan!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 2: apa yg jadi sebenarnya?? huhu cian Kookie sy...
nanadjiyongie_01
#2
Chapter 14: Wuuuuu I miss ur stories..Walaupun confusing..berkerut dahi baca tpi bestttt ?
Keep updating authornim! Hwaiting!!!?
idzowllies #3
Chapter 14: saya suka chap 11 dan 12 (´༎ຶོρ༎ຶོ`) boleh tk buat cerita mcm chap 12 lg? Mengelirukn tapi best
idzowllies #4
Chapter 5: new reader! chap ni sy rasa familiar laa. Sy ada bca tapi ni versi awk dan wataknye bts suka jimin dalam ni xD
koghoul #5
Chapter 12: 3 kali bace sebab saya konfius dan kenapa saya rasa ayat yg takhir tu macam sedih sangat ek T.T
Yvonne_Zhang
#6
Chapter 11: Setelah sekian lama author nim,muncul juga akhirnya..hahaha..hrap author da idea lgi untuk crita strusnya..klau kita nak buat request boleh eh?
nanadjiyongie_01
#7
Chapter 11: chapter ni best...ada pengajaran yg bermakna.. saya ada terbaca pasal trypophobia ni...mula2 tgk gmbr dia cam ok je...tgk lama2 rasa geli plak //hahahhaha//
update soon authornim...moga dpt idea yang best!hwaiting!
Yvonne_Zhang
#8
Chapter 9: Authornim daebak..btw,kcian jimin..huhu,psti cmelkan kalo jimin ni btul2 bdak 7 thun(5 thun pun x pa)..psti bntuk fzikal dya mcm budak2 yg slalu jd iklan susu dugro tu kan..keke..pa2 pun,daebak authornim..kepada namjoon,jga2 da yg memerhati..hahaha..
up7tion #9
Chapter 1: ni bab 1st saya baca dan saya suka sangat mmg kenalah watak taehyung jadi org tak waras hahaha kalau author perasan. Saya komen pada setiap chapter sebab saya mmg kagum sgat dengan karya authornim dan saya nak request bole? Saya hrp author periksa saya dah hantar kat pm^^v

Update sooooooon!!