Basement

Ghost Town
Please Subscribe to read the full chapter

 Prompt : Sesetengah orang lebih suka meletakkan kereta diluar bangunan dari di bawahnya.

 

 

"Yeah Nam yeah, aku hantar report tu esok pagi, tepat 8." Yoongi menutup telefonnya sebelum sempat Namjoon membebel. Yoongi mengeluh. Menyandarkan dahinya pada stereng yang dia peluk dengan kedua lengannya itu.

Matanya dipejamkan sebentar kerana Yoongi terlalu penat untuk keluar dari kereta dan terlalu letih untuk naik ke tingkat 10 bangunan itu walaupun perkhidmatan lif jelas disediakan di kondominium 18 tingkat yang dia baru pindah pada minggu itu.

  Perutnya yang berkeroncong kuat itu membuatkan Yoongi duduk tegak semula dan berdengus. Dia perlu naik ke atas dan berehat selepas mengisi perutnya yang kosong itu. Segera mencapai beg komputer ribanya, beberapa helai kertas pelan serta beg bimbit - Yoongi keluar dengan menghempas pintunya sedikit kuat sehingga bunyi hentakan itu bergema. Yoongi memandang sekeliling tempat letak kereta yang berada dibawah tanah bangunan itu sebentar.    Melihat sahaja kelilingnya yang gelap dan hanya diterangi cahaya samar-samar yang tidak seberapa itu membuatkan bulu roma Yoongi menegak - sebaik saja memastikan pintu keretanya ditutup rapat kakinya melangkah laju meninggalkan tempat itu dengan meluru ke arah pintu lif.   Menekan butang tingkat 10, Yoongi menyandarkan belakangnya - cuba merelakskan dirinya sebentar. Entah kenapa, tadi - dia dapat rasakan ada yang memerhatikannya ketika dia menoleh ke belakang.   Yoongi menggelengkan kepalanya dan menghela nafas yang panjang. 'Wake up Yoon, benda macam tu pun kau takut.' bisik Yoongi sebelum melangkah keluar dari lif setelah ia sampai ke tingkatnya.    Barang yang dia pegang dilepaskan sehingga semuanya bertaburan diatas meja kopi yang memang sudah tersedia bersepah. Yoongi langsung memasang langkah ke dapur dan membuka peti aisnya dengan harapan dia masih mempunyai baki makanan yang dia beli beberapa hari lepas tetapi, jauh dari sangkaannya - ternyata peti aisnya kosong dan langsung tidak ada apa-apa.   "." bisiknya sambil menghempas pintu peti ais itu dan menyandarkan belakangnya pada apa saja yang berada dibelakangnya. Yoongi menggarukan batang hidungnya yang terasa gatal itu sebelum keluar dari dapur dan mencapai telefon bimbitnya yang terampai diatas meja itu.   Dia mendail satu nombor untuk memesan makanan lewat malamnya. Yoongi benar-benar lapar dan dia tidak boleh menunggu hari esok. Dalam pada masa dia menunggu pesanan makanan lewat malamnya itu tiba. Yoongi mengambil masa itu untuk membersihkan dirinya dan memakai pakaian rumahnya yang selesa.    Yoongi sedang membilas rambutnya yang bersabun itu sebelum mendapati loceng rumahnya berbunyi. Tidak sempat membilas dengan bersih, Yoongi menarik baju mandinya sebelum menyarungkan baju itu sepantas kilat dan berlari anak menuju ke pintu utama - tidak terfikir pun mahu memeriksa siapakah yang berada di depan pintu itu menggunakan skrin sistem kawalan keselamatannya.   Dahi Yoongi berkerut seribu apabila mendapati tidak ada sesiapa yang berada dihadapan pintunya kini.    Dia sempat menjengah kepala ke kiri dan kanan untuk melihat jika ada sesiapa yang sedang berjalan di sepanjang lorong itu.  Tiada. Yoongi menutup pintu itu dengan sedikit kuat dan berdengus.   Mula panas hati kerana dia menduga yang ada budak-budak nakal yang sengaja mengenakannya walaupun dugaannya itu sedikit tidak logik kerana kawasan perumahannya itu sangat dikawal ketat dan mustahil ada budak-budak yang terjaga di waktu yang hampir sekali dengan subuh itu.     Malam itu, setelah menikmati makanannya yang tiba tidak lama selepas dia di’ganggu’, akhirnya. Yoongi tidur dengan nyenyak kerana kepenatan yang dia alami hari itu sangat meletihkan seluruh tubuh dan mentalnya.    Satu lagi hari dimana Yoongi pulang lewat dan mengalami hari yang paling meletihkan namun dia hadapi dengan gagah tetapi lega apabila matanya dapat menangkap bangunan kondominiumnya semakin dekat, Yoongi memperlahankan keretanya dan berhati-hati masuk ke lorong dimana akan membawanya ke tingkat bawah tanah untuk meletakkan keretanya.   Sebaik saja dia meletakkan kereta ditempat biasa dia letak Yoongi mencapai semua barangnya yang dia sudah siap kemas sebelum bertolak pulang kerana dia tidak mahu tinggal didalam keretanya lama - walaupun sudah agak lali kerana sudah seminggu dia akan mengalami benda yang sama iaitu Yoongi akan perasan yang seperti ada sepasang mata memandangnya dalam kegelapan yang pekat dibahagian utara tingkat itu.   Yoongi juga dapat rasakan semakin dia berada disitu semakin dia dapat rasakan yang ada seseorang berada dekatnya. Seseorang yang Yoongi pasti dia tidak dapat lihat dengan mata kasarnya.   Yoongi akhirnya keluar dari kereta dan menghempap pintunya seperti kebiasaan yang dia buat dan baru saja Yoongi mahu melangkah terus ke arah lif dia dapat mendengar dengan jelas yang pintu keretanya tidak berbunyi seperti ditutup rapat.   Seakan ada yang berada dicelah pintu tersangkut dan pintu itu tidak dapat tertutup dengan betul. Yoongi menelan air liurnya - menoleh sepantas kilat dan cuba menutup pintu keretanya lagi. Tetapi hasilnya sama.   Dahinya yang mula dibasahi peluh itu berkerut sedikit perlahan kakinya diatur kehadapan untuk memeriksa apa yang menyebabkan pintu keretanya tidak mahu tertutup rapat.    Yoongi menjengah kepalanya dan menarik pintunya kebelakang sedikit, matanya dibuka luas kerana pandangan matanya agak terhad dengan hanya bantuan lampu malap yang berada diatas siling.   Yoongi masih memerhati dan terus memerhati sehinggalah matanya dapat menangkap satu imej dan otaknya memproses memberitahu Yoongi yang ada satu tangan yang tersepit dicelah pintu, beberapa jari telah bengkok dan ada yang kelihatan tulangnya – berlumuran darah.   "Ahhh!"   Sebagai tindakan refleks, Yoongi menjerit – jatuh, terduduk diatas lantai, berhadapan dengan pintu keretanya yang terbuka sedikit.   Jantungnya berdegup kencang dan apa yang Yoongi dapat fikirkan ketika itu adalah menutup pintu keretanya dengan betul - lari masuk ke dalam lif dan naik ke tingkat atas, lari daripada semua benda yang kurang normal ini.   Yoongi menguatkan semangatnya untuk berdiri dan kakinya terasa lemah membuatkan dia hampir terduduk lagi. Yoongi membuka pintu keretanya seluas mungkin tanpa ragu dan memerhatikan sekali lagi tetapi tangan yang jari-jemarinya sudah patah dan berlumuran darah itu sudah tidak kelihatan lagi.   Yoongi panik dan menutup pintunya setelah memastikan semuanya dikunci rapat, Yoongi berlari dan tidak mahu berfikir panjang.    Masih tercungap, kemejanya basah dek kerana mandi peluh - Yoongi menarik nafasnya dalam-dalam ketika menunggu lif itu membawanya naik ke tingkat 10. Mujurlah semuanya sudah berakhir walaupun fikirannya melayang memikirkan hari esok. Mujurlah.    Yoongi tercangkung didalam lif dan cuba menenangkan dirinya yang masih penuh dengan rembesan adrenalin tadi. Yoongi mendongak hanya untuk melihat yang dia sedang berada ditingkat mana dan matanya berhenti terkelip.   Yoongi berdiri. Ternyata lif itu tidak bergerak, tidak ditarik naik ke atas – langsung. Sekali lagi dia diserang panik tetapi memandangkan Yoongi sudah biasa menjadi seorang yang profesional dalam keadaan yang tertekan.   Walaupun keadaan yang dia alami sekarang ini berkaitan dengan aktiviti paranormal. Yoongi bertenang dan cuba menekan butang lif yang ber
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
vjinerds
Subscriber only sebab kadang-kadang ada rated M atas sebab-sebab penggunaan grafik berunsurkan keganasan yang agak keterlaluan!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 2: apa yg jadi sebenarnya?? huhu cian Kookie sy...
nanadjiyongie_01
#2
Chapter 14: Wuuuuu I miss ur stories..Walaupun confusing..berkerut dahi baca tpi bestttt ?
Keep updating authornim! Hwaiting!!!?
idzowllies #3
Chapter 14: saya suka chap 11 dan 12 (´༎ຶོρ༎ຶོ`) boleh tk buat cerita mcm chap 12 lg? Mengelirukn tapi best
idzowllies #4
Chapter 5: new reader! chap ni sy rasa familiar laa. Sy ada bca tapi ni versi awk dan wataknye bts suka jimin dalam ni xD
koghoul #5
Chapter 12: 3 kali bace sebab saya konfius dan kenapa saya rasa ayat yg takhir tu macam sedih sangat ek T.T
Yvonne_Zhang
#6
Chapter 11: Setelah sekian lama author nim,muncul juga akhirnya..hahaha..hrap author da idea lgi untuk crita strusnya..klau kita nak buat request boleh eh?
nanadjiyongie_01
#7
Chapter 11: chapter ni best...ada pengajaran yg bermakna.. saya ada terbaca pasal trypophobia ni...mula2 tgk gmbr dia cam ok je...tgk lama2 rasa geli plak //hahahhaha//
update soon authornim...moga dpt idea yang best!hwaiting!
Yvonne_Zhang
#8
Chapter 9: Authornim daebak..btw,kcian jimin..huhu,psti cmelkan kalo jimin ni btul2 bdak 7 thun(5 thun pun x pa)..psti bntuk fzikal dya mcm budak2 yg slalu jd iklan susu dugro tu kan..keke..pa2 pun,daebak authornim..kepada namjoon,jga2 da yg memerhati..hahaha..
up7tion #9
Chapter 1: ni bab 1st saya baca dan saya suka sangat mmg kenalah watak taehyung jadi org tak waras hahaha kalau author perasan. Saya komen pada setiap chapter sebab saya mmg kagum sgat dengan karya authornim dan saya nak request bole? Saya hrp author periksa saya dah hantar kat pm^^v

Update sooooooon!!