Demise

Ghost Town
Please Subscribe to read the full chapter
Demise

 

”Bagaimanakah kamu hendak membuktikan yang kamu sebenarnya masih hidup?”

 

 

Sekarang aku telah meninggal dunia selama hampir lima minggu, ia benar-benar berbeza daripada apa yang kamu semua fikirkan.

 

Sudah tentu, aku tidak benar-benar meninggal dunia, kalau betul aku meninggal dunia pasti aku tidak dapat menulis tentang apa yang sedang berlaku kepada diri aku ini, tetapi sekurang-kurangnya secara sah, aku telah diisytiharkan meninggal dunia. Sebaik sahaja kamu mati, sukar untuk membuktikan yang kamu masih hidup.

 

Kejadian yang menyebabkan 'kematian' aku ini berlaku pada tiga bulan yang lalu. Aku telah diarahkan mengambil penerbangan lewat malam dari Lapangan Terbang Jeju ke Incheon. Sejak meninggalkan pasukan tentera darat, aku sekarang bekerja sebagai penyiasat tuntutan insurans dan tugas aku membuatkan aku selalu terbang di dalam negara. 

 

Aku mengambil kira-kira 200 penerbangan sepanjang tahun, jadi aku selalu menggunakan lapangan-lapangan terbang yang kecil dan terpencil. Lapangan terbang Jeju adalah kecil tetapi bukan yang paling terkecil yang aku pernah kunjung.

 

Ketika itu aku tiba ke lapangan terbang pada pukul 18:00 malam dan mempunyai lebih banyak masa kerana masa penerbangan aku ialah pada 21:45 malam. Aku memakan beberapa biji donut di sebuah kafe kecil yang berada di dalam lapangan terbang itu, membuat beberapa panggilan dan berjumpa dengan beberapa orang pentadbir. 

 

Lapangan terbang itu senyap dan tenang tetapi ada cukup ramai orang di sekitarnya untuk membuat apa yang berlaku seolah-olah semuanya asing. 

 

Tidak lama itu, pengumuman dibuat bahawa penerbangan aku ditangguhkan, dengan alasan 'masalah teknikal'.  Aku mengeluh dan membuka komputer riba dan mula menyambung menulis buku terbaru yang bakal diterbitkan dan aku harus terlelap biarpun untuk seketika.

 

"Maafkan saya Encik."

 

"Apa?" Aku terkejut. Seorang pegawai penerbangan berdiri di sebelah aku, minyak wanginya yang manis dan menenangkan itu menusuk hidung dan kalbuku. “Saya minta maaf kerana masalah encik sedang hadapi, tetapi kami akan berlepas ke Seoul tidak lama lagi."

 

"Terima kasih banyak." Aku melihat sekeliling. Semua orang mesti sudah naik kapal terbang. Lapangan terbang itu sepi, lampu dan kebanyakan pintu sudah ditutup, kelihatan seperti sebuah bandar berhantu. Jam tangan aku menunjukkan bahawa sekarang sudah pukul 23:53 malam, lebih lewat dari yang aku harapkan.

 

Apabila aku menaiki kapal terbang, isinya kosong. Sepenuhnya kosong. Aku telah menggunakan banyak penerbangan dan paling kurang hanya satu atau dua penumpang yang lain bersama-sama dengan aku sebelum ini tetapi tidak pernah keseorangan duduk di dalam pesawat seperti ini.

 

Memang tidak masuk akal, pembantu penerbangan menunjukkan aku ke kerusi aku walaupun fakta yang jelas aku boleh duduk di mana-mana namjn itu tidak penting. Aku dengan tergesa-gesanya memegang jaket dan beg komputer riba aku sebelum meletakkan komputer riba di atas meja kecil yang berada di hadapanku. 

 

Kemudian dia berlalu pergi untuk melakukan demo keselamatannya sementara aku  membuka semula komputer riba dan membaca semula beberapa baris ayat yang aku sempat taip tadi. 

 

Pesawat terbang ke atas dalam keadaan tenang dan baik sekali, tetapi sebaik saja kami sampai ke satu ketinggian tertentu, aku dapat merasakan tekanan biasa di telingaku sehingga membuatkan telinga kananku tersumbat - cepat-cepat aku telan air liur kerana semua orang tahu apabila telinga mereka tersumbat mereka harus berbuar demikian. Namun ini sememangnya sama tapi juga berbeza.

 

"Tuan perlu memakai tali pinggang tempat duduk tuan." Kata-kata itu jelas, tetapi suara itu tidak benar, ianya seperti bisikan.

 

Aku berpaling ke arah suara yang aku harapkan datang daripada pembantu penerbangan di belakang aku. Dia tidak ada di sana. Aku bersandar ke sisi dan melihat sepanjang lorong dan aku dapat melihat dia berada di hadapan pesawat, sedang duduk. Manakala tempat duduk aku hanya 6 baris ke belakang dari tempat dia duduk, jadi aku rasa aku dapat mendengar suaranya dari sini. Tapi aku sangat yakin yang suara itu datang dari belakangku bukan depan.

 

Aku membiarkannya berlalu begitu sahaja dengan membuat andaian sendiri yang suara itu hanyalah gema di sekitar pesawat yang kosong serta kedengaran seperti degupan jantungku turut bergema tetapi apabila aku menoleh ke tempat duduk bersebelahan aku tidak ada apa-apa. Jadi aku hanya mengangkat bahu dan kembali membaca karya tulisanku.

 

Penerbangan kali ini langsung tidak menyeronokkan dengan berlatar belakangkan hawa dingin yang sangat sejuk digabungkan dengan keletihan aku yang amat dan cahaya kabin yang malam yang mampu memberikan kesan mengantuk, seperti penerbangan ke alam mimpi.

 

Ketika pesawat mula turun sedikit suara di telingaku muncul lagi.

 

"Maafkan saya, tapi apa yang sedang berlaku?" 

Suara lelaki kali ini, sekali lagi jelas, tetapi berbisik halus. Bagi aku keadaan ini mula berasa sangat pelik, aku tahu bahawa tidak ada orang lain di pesawat kerana aku boleh lihat tiada sesiapa selain aku. 

 

"Tuan tidak perlu bimbang, tuan boleh bertenang dan memasang tali pinggang keselamatan tempat duduk tuan, ia hanyalah pergolakan penerbangan." Pesawat itu sememangnya mula bergegar sedikit kerana kapal terbang mula turun menembusi awan-awan tebal.

 

Suara-suara itu aku dengar lagi kali ini beberapa suara lagi mencelah. Mereka muka bising sekarang, dan suara mereka kedengaran panik dan takut.

 

"Saya harap semua orang boleh bertenang dan kekal di tempat duduk masing-masing.” Atendan penerbangan bercakap dengan kuat, cuba untuk mengurangkan ketakutan penumpang dan kurangkan persoalan-persoalan yang panik daripada mereka. 

 

Bisikan mula bertukar kepada jeritan dan ada juga yang merayu sambil menangis.

 

Di belakang aku, jelas sekali aku dapat mendengar doa yang marah, memohon belas kasihan, agar Tuhan tidak membiarkan hamba-Nya yang setia mati begitu muda.

 

Manakala seorang ibu pula menangis ketika dia cuba menenangkan anak kecilnya yang menangis. Dalam kata-kata ibu itu bercakap dengan anaknya untuk menenangkannya tidak dapat menyembunyikan ketakutan dalam nada suaranya.

 

Suara jeritan nyaring yang bingit dan keadaan riuh mula meningkat apabila kapal terbang itu turun dengan secara mendadak dan menghasilkan bunyi yang menambah ketakutan para penumpang. 

 

"Tidak!"

"Argghhh!"

"Tolong!"

 

Roda-roda pesawat sudah menyentuh lapangan terbang dan suara-suara itu kembali tenang. Aku sangat panik dan hampir mengalami kesesakan dada, jari-jemari aku genggam dengan erat. Kening dan dahi aku penuh licin dengan peluh.

 

Aku bergegas keluar dari lapangan terbang dan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
vjinerds
Subscriber only sebab kadang-kadang ada rated M atas sebab-sebab penggunaan grafik berunsurkan keganasan yang agak keterlaluan!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 2: apa yg jadi sebenarnya?? huhu cian Kookie sy...
nanadjiyongie_01
#2
Chapter 14: Wuuuuu I miss ur stories..Walaupun confusing..berkerut dahi baca tpi bestttt ?
Keep updating authornim! Hwaiting!!!?
idzowllies #3
Chapter 14: saya suka chap 11 dan 12 (´༎ຶོρ༎ຶོ`) boleh tk buat cerita mcm chap 12 lg? Mengelirukn tapi best
idzowllies #4
Chapter 5: new reader! chap ni sy rasa familiar laa. Sy ada bca tapi ni versi awk dan wataknye bts suka jimin dalam ni xD
koghoul #5
Chapter 12: 3 kali bace sebab saya konfius dan kenapa saya rasa ayat yg takhir tu macam sedih sangat ek T.T
Yvonne_Zhang
#6
Chapter 11: Setelah sekian lama author nim,muncul juga akhirnya..hahaha..hrap author da idea lgi untuk crita strusnya..klau kita nak buat request boleh eh?
nanadjiyongie_01
#7
Chapter 11: chapter ni best...ada pengajaran yg bermakna.. saya ada terbaca pasal trypophobia ni...mula2 tgk gmbr dia cam ok je...tgk lama2 rasa geli plak //hahahhaha//
update soon authornim...moga dpt idea yang best!hwaiting!
Yvonne_Zhang
#8
Chapter 9: Authornim daebak..btw,kcian jimin..huhu,psti cmelkan kalo jimin ni btul2 bdak 7 thun(5 thun pun x pa)..psti bntuk fzikal dya mcm budak2 yg slalu jd iklan susu dugro tu kan..keke..pa2 pun,daebak authornim..kepada namjoon,jga2 da yg memerhati..hahaha..
up7tion #9
Chapter 1: ni bab 1st saya baca dan saya suka sangat mmg kenalah watak taehyung jadi org tak waras hahaha kalau author perasan. Saya komen pada setiap chapter sebab saya mmg kagum sgat dengan karya authornim dan saya nak request bole? Saya hrp author periksa saya dah hantar kat pm^^v

Update sooooooon!!