Lurked

Ghost Town
Please Subscribe to read the full chapter

 

Prompt 3 : Ia merupakan sebuah rumah lama yang terletak dikawasan tanah barus. Ia dibina pada tahun 1924. Khabar angin mengatakan pembunuh bersiri  sekali pernah bersembunyi disini.

 

 

 

 

"Oh !" Namjoon memukul stereng menggunakan kedua tangannya sebelum belakangnya disandarkan pada kerusi - Hoseok memandang Namjoon yang penuh dengan tekanan itu, mata Hoseok pula tidak lekang memandang lesung pipi Namjoon yang kelihatan ketika lelaki itu sedang sibuk mengeluarkan kata-kata kesat.  

"Relaks, Jun." Hoseok cuba menenangkan Namjoon. "Relaks macam mana?! Kita terperangkap dalam hujan lebat tengah hutan! Kira untunglah kalau kawasan ni air tak naik atau kita akan lemas kat sini." Namjoon menyerang Hoseok dengan nada sedikit lantang dan kedengaran sungguh tertekan. "Habis tu. Apa idea kau?" soal Hoseok  matanya memandang kesebelah dimana paya yang berada dibawah cenuram rendah itu mula dinaiki air.

Namjoon memandang kehadapan dan tunduk sedikit seraya bersuara "Tengok hujan yang takkan berhenti dalam masa terdekat ni, aku 100% pasti yang kita akan terperangkap atau mungkin hanyut dibawak air nanti. Kita takde pilihan lain selain keluar dari sini dan pergi tempat tu." Bibir Namjoon dijuihkan ke arah sebuah rumah lama yang berada 100 meter jauh dihadapan mereka.  Hoseok menelan air liurnya apabila melihat rumah usang itu. Daripada luar saja Hoseok boleh membayangkan keadaan didalam rumah itu.

"Ow C'mon Jun, cuba lagi. Aku pasti kita boleh keluar dari sini." Namjoon berdengus dan bersuara. "Fine? Aku cuba. Tapi kalau tayar still terbenam kat becak ni aku keluar. Kau nak ikut atau tak terpulanglah." Tangan Namjoon melepaskan brek tangan dan mula menekan minyak cuba untuk mengeluarkan tayar kereta mereka yang terbenam dalam becak itu.

Hampir 8 minit mencuba. Namjoon mematikan enjin dan mengumpul segala barangannya sebelum memandang Hoseok yang langsung tidak berganjak itu sekilas. Kemudian dia menolak buka pintu kereta seraya keluar dari kereta itu meninggalkan Hoseok yang mula terpinga-pinga.

Hoseok berdengus kuat dan mengumpul barangannya sebelum keluar daripada kereta. "Yah! Kim Namjoon tunggulah aku!" Jeritnya sambil mengejar langkah Namjoon yang sudah pun masuk ke dalam kawasan rumah usang itu. Hoseok mempercepatkan langkahnya. 

Kreeaaaaak!

Namjoon mengibas tangannya diudara apabila pintu dibuka dan dia disapa oleh sarang labah-labah serta habuk. Hoseok sudah terbatuk-batuk dibelakang. "Serius ke kau nak bermalam kat sini? Kalau kereta kita tenggelam macam mana?" soal Hoseok setelah mendapatkan suaranya kembali.  Namjoon melangkah masuk ke dalam tanpa menjawab soalan Hoseok.

"Kita cari resepsi talian kalau dapat terus panggil Seokjin hyung suruh ambil kita kat sini esok." Namjoon bersuara menyatakan rancangannya. Hoseok masih merengus - meletakkan barangnya diatas lantai dia memerhatikan sekeliling - gelap tapi tidak begitu pekat kerana Namjoon menggunakan lampu suluh komandonya untuk menerangi beberapa kawasan. Hoseok mengeluarkan telefonnya dan mengangkat telefon itu tinggi sedikit hanya untuk mencari resepsi. "Kalau takde kat bawah. Kau nak naik atas ke?" soal Hoseok.

"Kalau kat atas ada resepsi?" Dahi Hoseok terkerut. "Seram lah gila! Kau jangan tenang sangat duduk dalam ni, mana tau ada hantu ke pembunuh mis-" 

Ddum! Ddum!

Bunyi guruh berdentum telah memotong ayat Hoseok yang langsung melatah. Namjoon hanya tersengih melihat Hoseok yang jelas-jelas seorang yang penakut. "Kalau kau tak nak naik. Kau tunggulah kat bawah ye?" Namjoon berkata - nada suaranya seperti memperlekehkan Hoseok.

"Fine! Kau naiklah seorang diri. Tapi tinggalkan lampu suluh tu kat aku." Namjoon menjulingkan matanya sebelum membaling sebuah lampu suluh ekstranya kepada Hoseok cuma lebih kecil berbanding lampu komandonya. "Kalau ada something jangan terjerit pula." Hoseok berpesan kepada Namjoon yang sedang memanjat anak tangga, Namjoon sempat menoleh dan tersengih.

"Heh, kau ke aku yang terjerit?" Hoseok berdengus dan menoleh - muncungnya memanjang sebelum dia mula melihat keadaan sekeliling. Bagi Hoseok kalau rumah itu mempunyai cahaya yang terang sudah pasti ia tidak seseram sekarang kerana Hoseok perasan yang perabot dirumah itu tersusun rapi walaupun ianya dipenuhi habuk.

Mungkin aku patut duduk sini sementara tunggu dip tu turun. Hoseok memberitahu dirinya sendiri sebelum melabuhkan punggungnya diatas sofa berhabuk itu. Terbatuk-batuk Hoseok dibuatnya. Hoseok kembali menyuluh cahaya ke arah tangga  dan sudah tentu kini Namjoon berada di tingkat atas. Ceh, laju aje. Omelnya sebelum menyandarkan belakangnya pada sofa - melihat telefonnya yang masih tiada resepsi.  

Bunyi hujan lebat yang turun membasahi bumi - dicelahi dengan bunyi petir sambar-menyambar serta guruh dentum-berdentum tidak menenggelamkan bunyi suara Namjoon yang tiba-tiba menjerit. Hoseok lantas bangun dan mendongak memandang ke arah tangga. Dia mahu berlari naik keatas tapi jeritan mengerikan Namjoon itu membuatkan Hoseok teragak-agak.

"Yah, Kim Namjoon?!" Hoseok memanggil.

"H-hoseo- Aah!" Jeritan Namjoon semakin lantang dan kali ini Hoseok tidak teragak-agak untuk naik ke atas.   Hoseok semakin cemas apabila kakinya berjaya membawanya keatas dan dia tertoleh ke kiri dan kanan mencari dimana keberadaan Namjoon. "N-namjoon?" soalnya perlahan - suaranya jelas menunjukkan bahawa dia dalam ketakutan. "Namjoon ah?" Hoseok tidak dapat melihat mana-mana kelibat milik Namjoon dan dia mula berasa seram. Akal dan fikirannya mula membayangkan sesuatu yang tidak patut dia bayangkan.

 

"Namjo-"

 

"BBAAA!"

 

"-AAAAGHHH!" 

Hoseok menoleh dan dadanya turun naik kerana dia boleh rasa perutnya kecut dan nafasnya terhenti untuk beberapa saat. Sebaik saja dia menoleh dia menyuluh lampu suluhnya ke arah Namjoon yang sedang tertawa tergolek-golek diatas lantai - menunjukkan yang dia benar-benar senang melihat reaksi spontan yang Hoseok beri tadi. Hoseok berdengus kuat.

" you! Nam." Hoseok bersuara - suaranya kedengaran keras daripada biasa. Mungkin menahan marah. Dia melangkah menuju ke tangga dan berhenti seketika sambil menoleh memandang Namjoon. "Kau buat sekali  lagi. I'm so done with you."  Pesannya ringkas sebelum menuruni anak tangga itu dengan berhati-hati. Namjoon masih tertawa tapi tidak terbahak-bahak seperti tadi dia cuba mendapatkan nafas

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
vjinerds
Subscriber only sebab kadang-kadang ada rated M atas sebab-sebab penggunaan grafik berunsurkan keganasan yang agak keterlaluan!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 2: apa yg jadi sebenarnya?? huhu cian Kookie sy...
nanadjiyongie_01
#2
Chapter 14: Wuuuuu I miss ur stories..Walaupun confusing..berkerut dahi baca tpi bestttt ?
Keep updating authornim! Hwaiting!!!?
idzowllies #3
Chapter 14: saya suka chap 11 dan 12 (´༎ຶོρ༎ຶོ`) boleh tk buat cerita mcm chap 12 lg? Mengelirukn tapi best
idzowllies #4
Chapter 5: new reader! chap ni sy rasa familiar laa. Sy ada bca tapi ni versi awk dan wataknye bts suka jimin dalam ni xD
koghoul #5
Chapter 12: 3 kali bace sebab saya konfius dan kenapa saya rasa ayat yg takhir tu macam sedih sangat ek T.T
Yvonne_Zhang
#6
Chapter 11: Setelah sekian lama author nim,muncul juga akhirnya..hahaha..hrap author da idea lgi untuk crita strusnya..klau kita nak buat request boleh eh?
nanadjiyongie_01
#7
Chapter 11: chapter ni best...ada pengajaran yg bermakna.. saya ada terbaca pasal trypophobia ni...mula2 tgk gmbr dia cam ok je...tgk lama2 rasa geli plak //hahahhaha//
update soon authornim...moga dpt idea yang best!hwaiting!
Yvonne_Zhang
#8
Chapter 9: Authornim daebak..btw,kcian jimin..huhu,psti cmelkan kalo jimin ni btul2 bdak 7 thun(5 thun pun x pa)..psti bntuk fzikal dya mcm budak2 yg slalu jd iklan susu dugro tu kan..keke..pa2 pun,daebak authornim..kepada namjoon,jga2 da yg memerhati..hahaha..
up7tion #9
Chapter 1: ni bab 1st saya baca dan saya suka sangat mmg kenalah watak taehyung jadi org tak waras hahaha kalau author perasan. Saya komen pada setiap chapter sebab saya mmg kagum sgat dengan karya authornim dan saya nak request bole? Saya hrp author periksa saya dah hantar kat pm^^v

Update sooooooon!!