Game

Ghost Town
Please Subscribe to read the full chapter

Prompt 7 : Di mana kehidupan si kaki bermain permainan video bermula.

 

Jari jemarinya bergerak pantas menekan-nekan papan kekunci milik komputer berskrin 20 incinya itu. Matanya langsung tidak berkedip dan tertancap tepat pada skrin yang memaparkan grafik bergerak yang berkualiti serta berdefinisi tinggi, rambutnya yang kusut kerana fon kepala yang dipakai itu kadang tergerak dari tempat asalnya kerana terlalu feeling terhadap permainan video yang dia baru beli setelah hampir 4 bulan mengumpul duit saku yang ibunya beri setiap bulan.

"Taehyung?"

"Taehyung!"

Walaupun dipanggil ibunya berkali--kali, telinganya langsung tidak dapat menangkap jeritan itu sehinggalah ibunya datang dan memukul bahu kirinya. Taehyung terlompat diatas kerusinya dan tertoleh kebelakang dengan mulut terngadah luas serta matanya membuntang besar - seakan biji matanya mahu terkeluar dari soketnya. 

"Omma!" Jerit Taehyung. Ibunya bercekak pinggang dan membuka fon kepala yang Taehyung pakai itu dengan kasar. "Omma panggil sejak dari tadi, tak reti nak dengar! Asyik main game je. Makan pun tak nak tidur pun tak cukup. Apa nak jadi dengan kamu ni Taehyung ah?!" Dahi Taehyung terkerut-kerut tatkala mendengar ibunya mula mengomel.

"Alaaa eomoni, relakslah, Tae main game je bukannya pergi kelab buat benda tak elok." Taehyung menjawab. Ibunya membesarkan matanya sebelum memukul belakang kepala Taehyung. "Ada eomma suruh keluar pergi kelab!?" Taehyung memegang belakang kepalanya yang terasa pedih itu.

"Duh, eomoni! Cukuplah..." Taehyung boleh melihat ibunya menarik nafasnya sedalam mungkin sebelum mula meletup. Taehyung cuba menutup telinganya atau mungkin menulikan telinganya tetapi tidak berhasil jadi dia terima sajalah.

"Kamu boleh pergi mati dengan zombi-zombi tu!"

"Omma dah bosan tengok kamu duduk terperuk kat bilik!"

"Apa yang kau suka sangat dengan zombie tu!? Bunuh? Kalau dorang wujud mesti dia makan kamu dulu!"

Bbang!

Taehyung tersentak sedikit apabila pintu biliknya ditutup kuat. Dia takut kerana ibunya benar-benar marah - perlahan dia mengeluh sebelum lama-lama bibirnya muncung sedikit. "Merepek jelah eomma ni, ada pula zombi wujud." Bisiknya perlahan. 

"Lagipun." Taehyung memakai fon kepalanya semula. "Game ni memang best sangat." Omelnya perlahan. "Press start to begin the game." Taehyung tidak teragak-agak menekan titik permulaan. "Kills all the zombie or they'll kill you first." Permainan dimulakan dan sekali lagi matanya langsung tidak berkedip. 

"You lose." "You lose." "You lose."

"Argggh!" Taehyung menarik rambutnya dan membuang fon kepalanya diatas meja sebelum menyandarkan belakangnya pada kerusi dan berdengus kuat. "Bila nak menang ni!?" Soalnya yang benar-benar kecewa kerana tiga kali berturut-turut kalah.

Taehyung menjeda permainan videonya sebentar lalu melentokkan kepalanya diatas meja. Taehyung sempat mengerling ke arah jam yang tertera dikomputernya yang menunjukkan pukul 2:49am dia mengambil keputusan untuk tidur sebentar sebelum menyambung permainan semula. 'Okay Tae, 15 minit tidur lepas tu sambung' bisiknya. 

Taehyung terjaga dengan bunyi hentakan kuat seperti pintu bilik dihempas yang datang ditingkat bawah. "Aigoo," bisiknya perlahan dan matanya mengerling ke arah jam yang menunjukkan pukul tepat 3 pagi. Dia menguap panjang sebelum terkejut sekali lagi apabila dia terdengar bunyi jeritan nyaring seseorang.

Dahinya terkerut seribu dan dia mula menyirap - panik. Suara jeritan itu familiar membuatkan Taehyung bangun dari tempat duduknya dan melangkah laju mendekati pintu biliknya yang terkatup rapat itu. Tangannya lantas mencapai tombol pintu dan berhenti apabila suara jeritan itu kedengaran lebih jelas dan dia sedar yang itu adalah jeritan- "O-omma!" 

Apa jadi!? Taehyung memulas tombol pintunya dan membukanya dengan tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu laju. Kakinya diatur keluar dari bilik dan berhenti apabila dia terpijak akan sesuatu - laluan itu gelap sehinggalah ke tangga - Taehyung langsung tidak dapat melihat apa-apa dan ingin tahu apa yang dia pijak sebentar tadi, dia cuba melangkah lagi tapi kakinya itu ditarik kebelakang semula kerana Taehyung dapat rasakan yang dia memijak sesuatu yang melekit. suam dan pelik.

Kepalanya langsung ditundukkan dan cuba mengenalpasti apakah yang berada dilantai itu tapi jeritan berselang-seli yang datang dari tingkat bawah itu membatalkan niat Taehyung yang kini hanya terfikir hendak turun kebawah walaupun dirinya diterpa rasa takut yang amat.

Taehyung berjalan ditepi dan cuba untuk tidak memijak apa-apa lagi sebelum berjaya tiba ditangga, perlahan kakinya menuruni anak tangga kerana tidak ada sebarang cahaya yang membantu penglihatan semakin terhadnya. "O-omoni?" Taehyung menyeru ibunya ketika dia masih berusaha menuruni anak tangga. "O-omoni!?" Taehyung menguatkan suaranya dan dia berhenti melangkah. Menduga adakah dia sudah hampir dengan penghujung tangga itu ataupun tid-

Gedebuk!

"Agghh!" Dia mengerang kesakitan apabila kakinya tersadung dipenghujung tangga dan dagunya terhempap kuat pada lantai berjubin. Dahinya terkerut dan dia mula memeriksa keadaan sekeliling dengan kesakitan dagunya yang berkemungkinan  besar sudah retak itu.

Taehyung memaksa dirinya untuk bangun dan dia cuba mencapai suis lampu yang terletak disebelah pintu masuk dapur. Sambil menyeru memanggil ibunya dia meraba-raba dinding untuk memetik suis lampu agar dia tidak lagi dalam kegelapan. 

Click! 

Taehyung mendongak memandang siling dimana lampu ruang tamunya terletak - ianya tidak terbuka tapi terkelip-kelip. Cukup untuk dia melihat keadaan sekeliling selama beberapa saat. "Omma! Omma kat mana?" Taehyung bersuara lagi - dia maju kehadapan tapi langkahnya berhenti apabila terdengar bunyi seperti barang terhempap jatuh diatas lantai dan diikuti dengan bunyi orang menjerit.

Taehyung menoleh memandang pintu dapur sebelum matanya membuntang dan mulutnya terngadah luas melihat ibunya sedang terbaring - meniarap, separuh badannya berada didalam dapur dan kedua tangannya meraba-raba lantai dengan penuh terdesaknya. "T-tae..yung...La-ri!!!!!" Taehyung masih tercegat dia tidak tahu hendak berbuat apa.

Tapi dia mahu tunduk membantu ibunya - ibunya ditarik masuk ke dalam dapur semula dan Taehyung terpaku disitu. Mendengar suara ibunya terjerit-jerit dan bercampur dengan suara seseorang mengerang tapi bukan kesakitan - suara orang asing itu kedengaran biasa ditelinga Taehyung tapi dia tidak pasti apa dan dimana dia pernah dengar.

Taehyung berundur kebelakang apabila jeritan itu berhenti. Airmatanya mengalir laju memikirkan apa yang telah berlaku kepada ibunya didapur. Siapakah yang berada didalam dapur selain ibunya. "O-omma..." Dia sempat berbisik sebelum kakinya berhenti melangkah berundur kebelakang kerana dia terdengar bunyi orang bernafas kasar dibelakangnya.

Secara automatiknya dia menoleh dan ketika itu lampu yang berkelip itu – memberikan penglihatan Taehyung sedikit jelas dan membuatkan Taehyung menjerit kuat dan kakinya terundur kebelakang. Namun bunyi yang sama dia dengar tadi datang dari arah belakangnya pula. Taehyung menoleh dan dia boleh melihat satu bayangan seperti seorang lelaki berdiri didepan pintu dapur.

Taehyung tidak boleh lihat dengan jelas siapakah gerangan itu tapi dia dapat rasakan yang dua makhluk yang sedang mengepungnya bukan manusia. Taehyung menukar arah laluannya dan perlahan kebelakang dengan menoleh ke kiri dan kanan sebagai langkah berjaga-jaga sehingga langkahnya terhenti apabila belakang lututnya terlanggar sofa di belakangnya.

Ketika itu lampu rumahnya terbuka dan tidak lagi berkedip dan ketika itu Taehyung hanya mampu terngadah apabila imej jelas yang dia lihat dengan mata kasarnya menunjukkan yang ada lebih kurang 4 makhluk yang kelihatan seperti..... ZOMBI!

Taehyung menjerit kerana keempat zombi itu maju kehadapan dan Taehyung tidak ada pilihan untuk naik ke atas sofa dan menolak cermin tingkap yang terkuak sedikit untuk meloloskan diri. Dia melompat keluar dan terhempap pada lantai berlapikkan....pasir? Dahinya terkerut tapi dia tahu dia tidak mempunyai banyak masa untuk mengenalpasti keadaan sekeliling apabila keempat zombi itu berusaha untuk melompat keluar dari tingkap rumahnya.    Taehyung memaksa dirinya untuk bangun dan memandang kehadapan – ternonong luas apabila dihadapannya berkabus dan dia tidak boleh melihat keadaan sekelilingnya dengan jelas. Apa ni!? Jerit hati Taehyung tapi dia mula mengambil langkah seribu. Maju kehadapan tanpa menoleh kebelakang. Dari situ dia masih boleh melihat bayangan rumahnya dan air matanya mengalir laju. ‘Omma...’ bisiknya kemudian teringat akan kedua adiknya lagi – membuatkan dia bertambah sebak.    Kakinya yang terasa kebas setelah berlari selama 2 minit dan lebih dia berhenti berlari – terngadah lagi. Apabila daripada jauh, walaupun berkabus. Taehyung masih boleh melihat dengan jelas yang ada sekumpulan lagi orang yang berjalan seperti mayat hidup itu jadi dia menukar arah dan melilaukan matanya ke kiri dan kanan dengan penuh berhati-hati.    Ketika itu barulah Taehyung berpeluang untuk melihat keadaan sekeliling. Langit yang tidak malam dan tidak pula  siang, awan yang tebal dalam beberapa tompok, angin yang bertiup kencang selang beberapa saat sehingga menghantar getaran sejuk menusuk ke tulang rusuk, atmosfera yang familiar dan Taehyung berani bersumpah yang keadaan sekelilingnya hampir 90% sama dengan permainan video yang dia main dikomputer selama ini. Zombie acopalyse.   Taehyung tidak ingat bila bangunan di sekelilingnya tinggi mencakar langit tapi pecah dan runtuh semuanya, Taehyung tidak ingat bila jalan yang dia pijak adalah pasir gurun yang setebal 1000meter dari darat itu. Dan Taehyung tidak sedar bila kakinya tersepak akan sesuatu – lalu kepalanya ditundukkan untuk melihat apakah barang yang dia pijak itu.   Taehyung tunduk dan mencapai barang yang besar, panjang seperti senapang itu. Atau sebenarnya ianya benar-benar senapang patah. Dahinya terkerut sejuta dan menarik picu senapang itu sebelum dia terdengar akan sesuatu yang berkata;   "Kills all the zombie or they'll kill you first."   Suara robot wanita yang dia selalu dengar sebelum permainannya benar-benar bermula.   “Five..”    Kaki Taehyung terundur dan tangannya menggenggam erat pada senapang itu.   “Four...”   Kepalanya terdongak dan perasan semakin lama semakin banyak bayangan manusia berdiri seakan mayat hidup kelihatan mendekatinya.   “Three..”   Taehyung menoleh ke kiri, kanan, kiri dan kanan berkali-kali – ketara sekali untuk mencari jalan keluar.   “Two...”   Taehyung mula mengambil langkah maju ke hadapan dan berhenti apabila ada sepasang zombi sedang meluru ke arahnya.    “On-“   Taehyung mula berlari ke arah laluan yang dia nampak selamat dan menoleh sesaat untuk mendapati yang dia dikejar oleh ratusan zombi.    Apa jadi ni!? Aku kat mana!? Kenapa, kenapa semua ni berlaku!?   Itu adalah soalan yang berulang kali terngiang-ngiang dikepalanya ketika dia berlari untuk menyelamatkan diri. Senapang yang berada didalam genggamannya dipegang semakin erat. Taehyung mahu menggunakannya tetapi terfikir untuk menjimatkan peluru dan banyak lagi. Mungkin – mungkin dia patut menoleh sebentar dan melepaskan beberapa tembakan.    Taehyung menoleh dan membuat seperti yang dia rancang  dengan spontannya.    “Aarghh!” Taehyung berhenti menembak dan melompat sehingga tergolek untuk dua saat sebelum duduk mencangkung untuk bersorok dibawah sebuah tiang konkrit – cukup untuk menyembunyikan dirinya daripada semua zombi itu. Taehyung dapat rasakan tubuhnya menggeletar satu badan dan air matanya mengalir lagi – membasahi wajahnya.    ‘O-omma...’ ‘O-omma...mianhae...’    Taehyung memejam matanya erat dan dia mati kutu – buntu dengan keadaan sekelilingnya. Taehyung mencubit dirinya sendiri untuk terjaga dari tidurnya kerana apa yang berlaku adalah sama seperti sebuah mimpi tapi – Taehyung terasa sakit. Dia mahu meraung kuat tapi takut yang dia akan menarik perhatian para zombi itu.    Jangan nangis. Taehyung ah. Taehyung mengesat air matanya dan memeriksa peluru yang ada tapi nafasnya hampir terhenti apabila mendapati peluru didalam senapang itu penuh walhal seingat Taehyung dia melepaskan tembakan tadi agak banyak. Dia menelan air liur dan terkejut apabila mendengar suara yang sama mengumumkan.    “You lose.”    Taehyung menjadi seram sejuk – ketika itu barulah otaknya dapat memproses apa yang sedang berlaku kepada dirinya, beberapa jam lepas Taehyung bermain permainan video di komputernya selama berjam-jam tanpa henti kerana terlalu taksub dengan jalan cerita dan kekejaman serta kerosakan yang dia lakukan terhadap zombi-zombi yang muncul disetiap bab permainan video itu.   ‘Takkanlah...’ bisiknya dan menduga sesuatu yang dia kurang pasti. Baru sahaja dia mahu kembangkan idea baru yang berlegar dikepalanya. Taehyung memandang senapang yang berada didalam genggamannya.   “Kalau betullah apa yang aku sangka ni betul, senapang patah ni akan bertukar menjadi The Pacifier.” Taehyung bercakap dengan dirinya sendiri. Dengan teragak-agaknya - Taehyung menarik picu senapang patah itu dengan jari-jemarinya terketar hebat.   “Kill all the zombies or they’ll kill you first.”    Taehyung berdiri dan matanya dibuka seluas mungkin.    “Three-“   Taehyung mula bersedia dan mengangkat senapangnya. “Two-“ Telinganya dapat menangkap satu bunyi familiar yang datang dari arah timur.    “One-“   Bbang!    “Oh !” Taehyung terlepas sasaran buat kali pertama dia acukan – tangannya yang menggeletar itu mungkin menjadi punca utama tembakannya tersasar dan satu mayat hidup itu sedang meluru laju ke arahnya – benda itu sempat melompat dan mahu menerkam Taehyung tetapi Taehyung sempat melepaskan satu tembakan jarak dekat dan zombi itu lesap seperti abu berterbangan.   Nafas Taehyung turun naik dan sedikit sebanyak dia gembira namun kegembiraannya tidak berpanjangan apabila semakin banyak mayat hidup yang keluar enta
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
vjinerds
Subscriber only sebab kadang-kadang ada rated M atas sebab-sebab penggunaan grafik berunsurkan keganasan yang agak keterlaluan!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 2: apa yg jadi sebenarnya?? huhu cian Kookie sy...
nanadjiyongie_01
#2
Chapter 14: Wuuuuu I miss ur stories..Walaupun confusing..berkerut dahi baca tpi bestttt ?
Keep updating authornim! Hwaiting!!!?
idzowllies #3
Chapter 14: saya suka chap 11 dan 12 (´༎ຶོρ༎ຶོ`) boleh tk buat cerita mcm chap 12 lg? Mengelirukn tapi best
idzowllies #4
Chapter 5: new reader! chap ni sy rasa familiar laa. Sy ada bca tapi ni versi awk dan wataknye bts suka jimin dalam ni xD
koghoul #5
Chapter 12: 3 kali bace sebab saya konfius dan kenapa saya rasa ayat yg takhir tu macam sedih sangat ek T.T
Yvonne_Zhang
#6
Chapter 11: Setelah sekian lama author nim,muncul juga akhirnya..hahaha..hrap author da idea lgi untuk crita strusnya..klau kita nak buat request boleh eh?
nanadjiyongie_01
#7
Chapter 11: chapter ni best...ada pengajaran yg bermakna.. saya ada terbaca pasal trypophobia ni...mula2 tgk gmbr dia cam ok je...tgk lama2 rasa geli plak //hahahhaha//
update soon authornim...moga dpt idea yang best!hwaiting!
Yvonne_Zhang
#8
Chapter 9: Authornim daebak..btw,kcian jimin..huhu,psti cmelkan kalo jimin ni btul2 bdak 7 thun(5 thun pun x pa)..psti bntuk fzikal dya mcm budak2 yg slalu jd iklan susu dugro tu kan..keke..pa2 pun,daebak authornim..kepada namjoon,jga2 da yg memerhati..hahaha..
up7tion #9
Chapter 1: ni bab 1st saya baca dan saya suka sangat mmg kenalah watak taehyung jadi org tak waras hahaha kalau author perasan. Saya komen pada setiap chapter sebab saya mmg kagum sgat dengan karya authornim dan saya nak request bole? Saya hrp author periksa saya dah hantar kat pm^^v

Update sooooooon!!