Bedlam

Ghost Town
Please Subscribe to read the full chapter

Bedlam

“Dan sekarang kamu faham mengapa kamu tidak boleh meninggalkan tempat ini.”

 

Namjoon membuka panel belakang perakam digitalnya dan perlahan meletakkan dua bateri kecil yang sepadan ke dalam slot. Menekan panel plastik kembali ke tempat asalnya dia menekan butang kuasa dan skrin elektronik berkelip hidup, memancarkan dengan cahaya biru pucat yang menerangi malam yang gelap di sekelilingnya. 

 

Mendongak ke langit malam musim luruh Namjoon kagum dengan beberapa banyak struktur bangunan besar yang berada di hadapannya menghalang bintang-bintang yang berkerlipan seperti benteng hitam gelap yang menganga, memakan intipati alam semesta di sekelilingnya. 

 

Dia tahu malam ini istimewa. Di tengah bandar Gwangju, orang-orang tua bercakap tentang malam ini dengan nada bisikan dan memberi amaran kepada anak-anak mereka untuk tidak merayau atau berjalan bersendirian di kawasan suaka, terutamanya pada waktu senja. 

 

Rata-rata pengembara yang bertanya kepada penduduk tempatan tentang suaka dan tarikh 14 Oktober 1964 telah berusaha untuk menjaga jarak mereka dengan suaka tersebut. Satu-satunya maklumat yang mereka akan nyatakan adalah bahawa apa yang telah berlaku di suaka sangat dahsyat dan ramai yang tercedera apabila berada di sekitar kawasannya. 

 

Namjoon telah mendapat amaran daripada orang tuanya dan dia telah mendengar cerita-cerita menakutkan yang tersebar tetapi dia masih bertekad, berdegil untuk merekodkan enigma suaka tersebut.

 

Menggeledah beg sandangnya, Namjoon mengeluarkan lampu suluh plastik dan menghidupkannya dan menghasilkan cahaya lurus ke satu arah yang sangat terang, Namjoon menyuluh dan melompat atas lengkungan tinggi bangunan di depannya, menolak perlahan pintu pagar berkarat yang mempunyai huruf-huruf besar sehingga terbentuk perkataan Bedlam.

 

Namjoon melepaskan keluhan kecil, menghangatkan udara sejuk disekitar mulutnya dengan bertukar menjadi kabus yang halus. Namjoon menyandang begnya semula dan, dengan langkah yang yakin, dia menolak pintu masuk dan masuk ke dalam bangunan.

 

Namjoon berdiri berhadapan dengan pintu purba yang melihat pintu masuk atrium yang mereput. Ketika dia menghayunkan pancaran lampu suluhnya ke hadapan, ia menerangi lorong-lorong berdebu yang secara beransur-ansur terapung ke tanah dari siling yang turut mereput. 

 

Merendahkan lampu suluhnya yang terang, dia membersihkan meja resepsi yang penuh dengan fail para pesakit jiwa dan lapisan debu kelabu itu. Dengan mengambil satu langkah ke hadapan Namjoon dengan perlahannya membuka salah satu fail pesakit yang menguning. Kebanyakan tulisan itu sudah tidak boleh dibaca tetapi apa yang dia boleh baca dengan jelas ialah nama, Dr. Austin Lee. 

 

Apabila dia membawa fail itu lebih dekat ke wajahnya untuk cuba menguraikan lebih banyak maklumat yang dia mahu peroleh suara lembut telah bergema datang dari kegelapan pekat yang berada di sekelilingnya itu, "Kamu harus membantu!"

 

Meletakkan fail yang dia pegang dia mengayunkan semula lampu suluh di seluruh penjuru bilik tersebut, bersungguh-sungguh untuk mencari dari mana datangnya suara itu. Ketika Namjoon berdiri dengan belakangnya menyentuh  pada meja Namjoon menatap kegelapan dengan ekspresi yang bingung, kerana tidak ada sesiapa yang dapat dia lihat. 

 

Matanya melirik ke arah perakam yang masih berada dalam cengkaman tangannya dan, mengesahkan bahawa perakam itu masih merakam, dan mengambil keputusan untuk kembali ke meja. Namun apa yang dia alami seterusnya membuatkan dia teruja dan terpana seketika kerana bau minyak wangi yang sangat lembut menusuk langsung ke dalam lubang hidungnya seolah-olah mahu menarik perhatiannya. Seolah-olah setiap deria rasanya sedang diuji,

 

 "Tolong." Dengan suara yang hampir tidak dapat didengar berbisik ke telinganya dan tidak lama itu dia boleh melihat kelibat seorang jururawat yang berdiri betul-betul di belakang meja resepi. Namjoon sempat memerhatikan setiap perincian pakaian yang dipakai wanita itu, blaus putih dan kardigan merah yang sudah terkoyak pada sikunya mungkin kerana dia menghabiskan kehidupannya dengan menjaga pesakit sepanjang masa. Rambutnya disematkan dalam gaya yang sanggul tradisional tahun 60an dengan dua tali  hitam tergantung dari belakang ke depan kaca mata berbingkai hitamnya. Apa yang paling menarik perhatian Namjoon, adalah noda kemerahan yang luar biasa berada di bahagian tengah dada jururawat itu yang kelihatan kegemerlapan dengan pantulan lampu suluhnya yang memantul.

 

Namjoon mengelipkan matanya sekali dan kelibat jururawat itu sudahpun hilang, semua yang tinggal adalah imej yang Namjoon simpan dalam fikirannya. Untuk seketika dia mendengar suara lembut itu lagi. Ianya kurang jelas tetapi apa yang dia boleh agak ialah suara yang sama berbisik “Tolong." dengan lembut. 

 

Namjoon menggosokkan matanya beberapa kali dan kemudian mengedipkan matanya lagi untuk membiasakan matanya dengan ruang yang kembali pekat dengan kegelapan yang kelihatan seperti mampu menelan mana-mana bayangan manusia.

 

Namjoon masih menatap ke dalam jurang gelap itu sambil terus-menerus mengimbas semuala ingatannya tentang apa yang baru saja terjadi kepadanya. Imej itu masih jelas dalam fikirannya, dia seolah-olah hanya dapat memberi tumpuan kepada ingatannya terhadap wanita spektrum ini. Lebih-lebih lagi noda merah yang berkilauan di dadanya, yang Namjoon kini sedar mungkin itu adalah darah. Penampakan ini juga Namjoon anggap seolah-olah wanita itu berada dalam kesusahan, memanggilnya dan menggesa dia untuk membantu wanita itu melarikan diri dari neraka yang menyeksa.

 

Namjoon tunduk untuk mendapatkan fail pesakit yang terjatuh, kemudian Namjoon membuka tangannya dan dengan lembut meletakkan jari-jemarinya di sekeliling kertas yang berkedut itu. Dia berpendapat bahawa tindakkannya untuk memeriksa dokumen itu telah menghasilkan penampakan hantu dan mungkin dia telah diberi petunjuk lain yang akan membawa dia ke penderitaannya, atau mesej rahsianya.

 

Namjoon meletakkan lampu suluhnya dengan kuat di antara giginya, dan dia dengan telitinya membuka fail manila itu dan mula membaca setiap maklumat yang terkandung di dalamnya. Dia membaca dengan penuh khusyuk s

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
vjinerds
Subscriber only sebab kadang-kadang ada rated M atas sebab-sebab penggunaan grafik berunsurkan keganasan yang agak keterlaluan!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 2: apa yg jadi sebenarnya?? huhu cian Kookie sy...
nanadjiyongie_01
#2
Chapter 14: Wuuuuu I miss ur stories..Walaupun confusing..berkerut dahi baca tpi bestttt ?
Keep updating authornim! Hwaiting!!!?
idzowllies #3
Chapter 14: saya suka chap 11 dan 12 (´༎ຶོρ༎ຶོ`) boleh tk buat cerita mcm chap 12 lg? Mengelirukn tapi best
idzowllies #4
Chapter 5: new reader! chap ni sy rasa familiar laa. Sy ada bca tapi ni versi awk dan wataknye bts suka jimin dalam ni xD
koghoul #5
Chapter 12: 3 kali bace sebab saya konfius dan kenapa saya rasa ayat yg takhir tu macam sedih sangat ek T.T
Yvonne_Zhang
#6
Chapter 11: Setelah sekian lama author nim,muncul juga akhirnya..hahaha..hrap author da idea lgi untuk crita strusnya..klau kita nak buat request boleh eh?
nanadjiyongie_01
#7
Chapter 11: chapter ni best...ada pengajaran yg bermakna.. saya ada terbaca pasal trypophobia ni...mula2 tgk gmbr dia cam ok je...tgk lama2 rasa geli plak //hahahhaha//
update soon authornim...moga dpt idea yang best!hwaiting!
Yvonne_Zhang
#8
Chapter 9: Authornim daebak..btw,kcian jimin..huhu,psti cmelkan kalo jimin ni btul2 bdak 7 thun(5 thun pun x pa)..psti bntuk fzikal dya mcm budak2 yg slalu jd iklan susu dugro tu kan..keke..pa2 pun,daebak authornim..kepada namjoon,jga2 da yg memerhati..hahaha..
up7tion #9
Chapter 1: ni bab 1st saya baca dan saya suka sangat mmg kenalah watak taehyung jadi org tak waras hahaha kalau author perasan. Saya komen pada setiap chapter sebab saya mmg kagum sgat dengan karya authornim dan saya nak request bole? Saya hrp author periksa saya dah hantar kat pm^^v

Update sooooooon!!