Diary

Ghost Town
Please Subscribe to read the full chapter

 

Prompt 4 :  Apabila menulis diari setiap hari sama seperti mengurangkan baki hidup kamu didunia.

 

 Suasana pada hari itu sungguh ceria dan kelihatan semua pelajar Sekolah Menengah Tinggi Sains itu sedang memanfaatkan waktu berehat mereka dengan sebaik-baiknya dan kebanyakan mereka dengan bebasnya bergerak kemana saja yang mereka mahu namun tidak untuk aku.

Hanya kerana ketika kelas pertama bermula tadi aku terjebak dalam masalah yang Taehyung buat, aku harus berdiri dihadapan kelas sehingga waktu pulang tiba. Bukan itu saja, sebaik saja waktu pulang tiba masih ada satu lagi hukuman yang menungguku. Hukuman untuk membersihkan halaman sekolah. Bengang juga pada mulanya kerana kejadian yang berlaku tadi bukannya salah aku tapi -

"Chiminnie~  Taetae mianhae." Taehyung yang kelihatan menyesal (sedikit) berkata sambil menatapku dengan riak wajahnya yang penuh kasihan itu. Sudah tentu dia palingt teruk dimarahi tadi dan aku cuma terkena pada tempiasnya memandangkan kami berdua adalah kawan baik atau seperti pelajar lain gelar - kembar siam yang tidak pernah berjauhan.

Aku menjelingnya menunjukkan yang aku masih belum sejuk dari api amarahku tadi. "Chiminnie. Kita kan kawan, takkan lah kau merajuk lama-lama?" Taehyung menarik-narik tanganku kini - masih memujukku yang mesti kelihatan bodoh apabila merajuk. "Ya, kawan pun kawan tapi kalau didenda takkan lah nak ajak aku sekali?" Aku menjawab dengan nada sedikit masih berasa tidak puas hati.

"U-uh, neh, mianhae, I'm really feel sorry." Taehyung terus menatapku dengan riak wajahnya yang semakin kelihatan sedih - wajahnya yang seperti anak kucing hilang ibu itu membuatkan aku berasa hiba dan aku memarahi diri sendiri kerana terlalu lembut hati dengan Taehyung kerana kawan baikku  seorang ini memang tahu benar bagaimana cara hendak membuat aku berhenti marah akan dirinya. 

Ketika sekolah sudah kelihatan sepi, aku dan Taehyung masih khusyuk menyapu dihalaman sekolah padahal jam tanganku sudah menunjukkan pukul 2! Tapi sampah dihalaman masih belum habis kami sapu. Huh! Benar-benar menyusahkan. Kami meneruskan denda itu dengan senyap kerana masing-masing sudah boleh mendengar diri sendiri tercungap-cungap dek kerana kepenatan, lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca yang mataharinya terpancar terik diatas kepala kami. Aduh, melemaskan sungguh!

"Yes! Akhirnya habis juga kerja kita!" Kataku dengan sangat gembira apabila melihat halaman sekolah yang tadinya kelihatan seperti tempat pembuangan sampah kini sudah bersih dan bebas daripada sebarang sampah. "Oh, Chim. Aku kena pulang sekarang ada tutor kelas dengan Seokjin hyung, takpe kan kau pergi buang sampah sendiri?" Tanya Taehyung sebaik saja aku selesai mengikat beg plastik yang sarat dengan daun kering serta sampah sarap sebelum dimasukkan kedalam tong sampah.

"Hm macam mana eh." Aku berfikir sejenak sebelum menjawab. "Okay takpelah. Kau baliklah dulu." kataku sambil tersenyum sipi. "Omo thank you Chim! Aku gerak dulu eh? Jumpa esok!" Taehyung bersuara lalu berganjak pergi terlebih dahulu - itupun setelah dia berlari laju untuk pergi mendapatkan beg sekolahnya dikelas meninggalkan aku seketika bersama dengan sampah-sarap sebelum betul-betul meninggalkan aku. 

Secara jujurnya. Membawa sampah yang berat sendirian ke tempat pembuangan sampah memang aku berat hati tapi kerana Taehyung sering berada disisiku dikala aku dalam kesusahan, jadi, anggap saja ini adalah untuk membalas budinya walaupun kenyataan sebenar aku didenda kerana tindakan bodoh Taehyung untuk mengejek guru disiplin kami awal pagi tadi didalam kelas. Dengan hatiku yang berat aku menjinjing tong sampah itu menuju ke tempat pembuangan sampah yang terletak dibahagian selatan sekolah itu.

Disebabkan tempat membuang sampah itu sedikit tinggi dan bertemu pula dengan Park Jimin yang terkenal dengan kependekannya aku harus mengangkat tempat sampah itu agar plastik yang kuikat tadi akan terkeluar dengan mudah. Benar-benar berat. Lenganku yang berotot itu turut berasa sakit mungkin juga kerana sudah lama aku tidak bersenam? Aku hampir tertawa kecil disitu tapi tidak mahu membuang masa yang lama disitu - sebaik saja tong sampah itu kosong, aku segera mengorak langkahku ke kelas.

Namun belum sampai langkah keempat aku ambil. Kakiku berhenti tatkala daripada pandangan sisi aku boleh melihat sesuatu yang agak menarik perhatianku. Kini pandanganku jatuh memandang sebuah buku berwarna baldu merah yang terdampar ditepi sebuah tong samapah besar yang terletak di tempat pembuangan sampah itu. Aku mendekati buku itu sebelum mengutipnya.

Diary ke? Tanyaku pada diri sendiri sambil membuka satu-persatu helaian buku itu. Sepertinya buku ini sudah dibuang. Duh mestilah sudah kalau tidak, mana mungkin buku ini boleh terdampar disini dengan sendirinya. Kusempat lihat tulisan berwarna merah yang tertulis didalam buku itu. Terkerut-kerut dahi aku rasa ketika cuba memahami isi tulisan itu tapi akhirnya tidak dapat juga. Mata pen yang digunakan sangat nipis dan tajam tambahan pula sudah luntur seperti terkena air. 

"Omo- dah pukul berapa ni?!" Tiba-tiba aku teringat tentang masa yang berlalu - mataku melirik ke arah jam tanganku yang telah menunjukkan pukul 2:25 petang. Aku meletakkan buku itu semula dimana tempatnya sebelum aku kutip tadi lalu mengangkat tong sampah kecil yang aku jinjing kesitu tadi dan berlari menuju ke kelas. Mengambil segala baranganku sebelum mengunci kelas.

Setelah memastikan pintu kelas ditutup rapat dan rapi aku bergegas meluru ke arah pintu pagar utama sekolah sebelum langkahku terhenti dihadapan pintu pagar utama tersebut. Tiba-tiba saja aku teringat akan buku diary yang aku jumpa tadi. Dan secara tiba-tiba juga satu perasaan aneh menerpa diriku ketika itu. Perasaan yang seakan memaksa aku untuk pergi mendapatkan buku itu semula dan membawanya pulang walaupun aku sedar yang buku itu sudah lusuh dan adalah sebuah buku yang terbuang. 

Tanpa berfikir panjang langsung aku segera berlari menuju ke tempat pembuangan sampah tadi. Walau sudah letih menguasai diriku sejak tadi aku tetap memaksa diriku untuk berlari lebih cepat ke tempat itu. Setibanya aku disitu - dahiku terkerut seribu ketika mendapati diary itu tidak lagi kelihatan ditempat itu. 'Eh? Aku letak kat sini kan tadi?' bisikku kepada diri sendiri sambil mataku melilau-lilau ke kiri dan kanan mencari dimana keberadaannya sebelum satu imej familiar berwarna merah baldu kutangkap dengan pandanganku yang semakin liar mencari.

Kulihat diary itu berada di hadapan satu lagi tong sampah besar yang berada 15 langkah dari tempat aku berdiri. Mungkin ada orang yang nampak buku itu dan membuangnya ketempat lain. Sekiranya dugaanku betul. Entah kenapa aku rasa bersyukur yang orang itu tidak membawa pulang buku itu atau membuangnya terus masuk ke dalam tong sampah. Akhirnya aku selamat sampai ke rumah dengan sebuah buku berada didalam dakapanku erat.

Malam itu aku duduk termenung jauh ketika mengambil tempat duduk bersantai ditepi tingkap bilikku. Ada banyak benda yang sedang berlegar dimindaku saat itu sehingga membuat kepala aku terasa pening dan berat. Salah satu perkara yang aku terlalu fikirkan adalah buku latihan Sejarah yang tertinggal didalam kelas walhal kerja itu aku harus hantar kepada cikgu tepat awal pagi esok.

Puas aku berfikir bagaimana caranya untuk mendapatkan buku itu tapi malam sudah pekat dan memang mustahil untuk aku berlari ke sekolah dan menyelinap masuk ke dalam kelas semata-mata hanya untuk mendapatkan buku latihan itu. Mustahil aku mahu membahayakan diri sendiri hanya kerana hal sebegitu rupa. Aku melepaskan keluhan berat. Salah aku juga kerana cuai sangat. Kalaulah aku mengingatkan diri sendiri agar tidak lupa untuk memeriksa kedalam laci meja sebelum pulang tadi... Haih.

"Oh, diary tadi!" tiba-tiba aku bersuara apabila teringat akan buku diary yang aku kutip disekolah petang tadi. Aku mencapai beg sekolahku dan mengeluarkan buku tersebut serta sebatang pen yang akan kugunakan untuk menulis pengalaman yang aku lalui hari ini.

"Dear diary, awal pagi ini. Taehyung telah melukis muka Puan Han dan menconteng wajah itu dengan perkataan-perkataan yang kurang ajar dimana Taehyung menunjukkan kertas itu kepada aku dan secara tidak langsung dan tidak sengaja guru disiplin kami. Puan Han telah menangkap kami dan Puan Han betul-betul bengang. Oleh sebab itu kami didenda dengan sehabis baik. Bukan itu saja aku baru sedar yang buku latihan aku tertinggal dikelas dan kerja sekolah itu aku kena submit awal pagi esok kepada Encik Jung. Teringat pada kata-kata Encik Jung yang garang gila tu. Dia kata kalau ada pelajar yang tak submit esok. Dia akan denda dan aku tak nak didenda lagi. Tidak selepas aku terkena teruk hari ini! Kalaulah aku boleh minta supaya Encik Jung tidak dapat hadir untuk hari esok. Akan aku siapkan kerja dikelas esok!"

Ya, walaupun aku tahu menulis diary itu tidak dapat menyelesaikan masalahku, tapi setidaknya aku dapat merasa sedikit lebih tenang daripada sebelumnya. Perkara penting disini, aku boleh menceritakan masalahku hanya pada diary dan jauh lebih baik daripada menceritakan hal ini kepada omma. Yang nanti hanya akan memarahiku. Cukuplah aku didenda tadi tidak dengan omma lagi.

●~●

Hari ini ketika aku menjejakkan kaki dikelas. Aku mendapati ramai sekali pelajar yang berkumpul sama seperti dipasar. Kulihat beberapa orang rakan sekelasku bermundar-mandir untuk menghampiri rakan sekelas aku yang ada ditempat duduk yang

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
vjinerds
Subscriber only sebab kadang-kadang ada rated M atas sebab-sebab penggunaan grafik berunsurkan keganasan yang agak keterlaluan!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 2: apa yg jadi sebenarnya?? huhu cian Kookie sy...
nanadjiyongie_01
#2
Chapter 14: Wuuuuu I miss ur stories..Walaupun confusing..berkerut dahi baca tpi bestttt ?
Keep updating authornim! Hwaiting!!!?
idzowllies #3
Chapter 14: saya suka chap 11 dan 12 (´༎ຶོρ༎ຶོ`) boleh tk buat cerita mcm chap 12 lg? Mengelirukn tapi best
idzowllies #4
Chapter 5: new reader! chap ni sy rasa familiar laa. Sy ada bca tapi ni versi awk dan wataknye bts suka jimin dalam ni xD
koghoul #5
Chapter 12: 3 kali bace sebab saya konfius dan kenapa saya rasa ayat yg takhir tu macam sedih sangat ek T.T
Yvonne_Zhang
#6
Chapter 11: Setelah sekian lama author nim,muncul juga akhirnya..hahaha..hrap author da idea lgi untuk crita strusnya..klau kita nak buat request boleh eh?
nanadjiyongie_01
#7
Chapter 11: chapter ni best...ada pengajaran yg bermakna.. saya ada terbaca pasal trypophobia ni...mula2 tgk gmbr dia cam ok je...tgk lama2 rasa geli plak //hahahhaha//
update soon authornim...moga dpt idea yang best!hwaiting!
Yvonne_Zhang
#8
Chapter 9: Authornim daebak..btw,kcian jimin..huhu,psti cmelkan kalo jimin ni btul2 bdak 7 thun(5 thun pun x pa)..psti bntuk fzikal dya mcm budak2 yg slalu jd iklan susu dugro tu kan..keke..pa2 pun,daebak authornim..kepada namjoon,jga2 da yg memerhati..hahaha..
up7tion #9
Chapter 1: ni bab 1st saya baca dan saya suka sangat mmg kenalah watak taehyung jadi org tak waras hahaha kalau author perasan. Saya komen pada setiap chapter sebab saya mmg kagum sgat dengan karya authornim dan saya nak request bole? Saya hrp author periksa saya dah hantar kat pm^^v

Update sooooooon!!