Asylum

Ghost Town
Please Subscribe to read the full chapter

 

Prompt 1 :  Pada suatu malam, seorang artis, pesakit mental dan seorang kanak-kanak menerokai kapal usang dihantui sesuatu.

 

 

Yoongi tidak percaya apa yang berada dihadapannya ketika itu sungguh memukau. Tangannya menggenggam erat berus rata untuk melukis tatkala matanya sedang mengimbas imej pemandangan waktu senja disebuah tasik - Yoongi tidak dapat menghalang dirinya daripada terus tersenyum kerana terlalu mengagumi pemandangan senja yang tersergam indah kini berada dihadapannya.

Jari-jemarinya mengusap perlahan pada permukaan kanvas yang bersaiz sederhana besar itu, matanya tajam saja memandang kanvas putih yang belum dia cemar menggunakan beberapa jenis warna poster. Ketika sedang mengamati suasana tenang disekitarnya tumpuan Yoongi terganggu apabila dia terdengar satu bunyi seperti barang terjatuh diatas lantai muka bumi.

Yoongi menoleh sepantas kilat dan dahinya terkerut apabila melihat berus-berus lukisannya yang berada didalam bekas tin khas untuk menyimpan berus terjatuh menyebabkan berus-berus tersebut jatuh bertaburan diatas rumput yang mengering itu.   Yoongi mencangkung - tunduk memungut barangnya yang bertaburan itu. Keluhan kecil dia lepas sebelum kepala terdongak memandang ke arah langit yang semakin menggelap itu.

"Ah. Takkanlah..." Bibirnya berbisik perlahan - hanya cukup untuk dirinya dengar. Rengusan Yoongi kedengaran lagi sebelum dia mengambil keputusan untuk menyegerakan tujuan asalnya datang ke tasik itu. Tangannya cepat mencapai beberapa jenis warna poster yang terampai diatas kerusi buaian yang dia bina tadi sebelum berdiri berhadapan dengan kanvas putihnya semula.   

Yoongi memerhatikan pemandangan itu sekali lagi dan kali ini matanya lebih tertumpu kepada sebuah kapal laut usang yang terbiar tidak jauh terapung diatas tasik itu - Yoongi mengikut panjang jeti yang menyambungkan kapal dengan daratan. Dia tersenyum lagi dan memberikan nota mental kepada dirinya sendiri yang dia akan melukis kapal itu persis dengan yang nyata.

Yoongi menghembus nafas yang dia tarik sedalamnya tadi sebelum mula mencampurkan beberapa warna sekunder dan primer bersama tapi nafas yang dia hembus untuk kedua kali ini terhenti apabila Yoongi dapat merasakan telinganya bergerak kerana refleks terhadap satu bunyi yang datang dari arah belakang. Dahi Yoongi terkerut sedikit - pada mulanya dia memberitahu dirinya yang itu mungkin hanya angin yang meniup pokok-pokok disitu tapi bunyi itu semakin kuat dan semakin dekat padanya pula. Seperti ada sesuatu yang bergerak cuba melepaskan diri daripada semak itu. Yoongi meletakkan berusnya dan kali ini seratus-peratus menoleh memandang ke arah bunyi itu datang. 

"Hey?" Yoongi bersuara setelah menelan air liurnya sedikit hanya cukup untuk membasahkan tekaknya yang terasa kering. Seperti mendengar suara Yoongi menegur pengerakan dalam semak itu berhenti dan Yoongi menunggu dalam lebih kurang 120 saat sebelum menghela nafas yang agak berat - sedikit bengang kerana apa yang dia hendak lakukan terhenti hanya kerana bunyi yang dia dengar didalam semak.

Yoongi agak berjaga-jaga kerana apa yang dia ingat sebelum dia bertolak dari rumahnya menuju ke tasik ini. Namjoon banyak kali memesan kepadanya yang berhati-hati dengan kawasan itu kerana terdapat sebuah suaka yang terletak didaerah itu dan Namjoon juga memberitahu yang sudah banyak pengunjung yang datang dikacau oleh orang gila yang terlepas dari suaka tersebut. Ketika itu Yoongi hanya tertawa dan tidak begitu mengambil tahu tentang pada saat inilah kata-kata Namjoon terngiang-ngiang didalam telinga sehingga ke akal fikirannya. Tetapi sudah beberapa minit berlalu dan bunyi itu tidak kedengaran lagi membuatkan Yoongi tidak membuang masa dan mula menyapu berus berwarnanya pada kanvas putih itu. 

Tumpuan Yoongi sepenuhnya jatuh kepada lukisannya dan ketakutan sementara Yoongi itu sudah hilang serta-merta atau kemungkinannya tidak tatkala sebuah batu betul-betul terbang menembusi kanvasnya sehingga berlubang dan Yoongi jatuh terduduk diatas rumput itu - mulut ternonong dan matanya membuntang akibat diserang panik. Kepalanya lantas tertoleh memandang kiri dan kanan sebelum dia percaya dia ada melihat sesuatu - bukan! Mungkin seseorang sedang berdiri dicelah sebuah pokok renek tapi besar. Setelah mendapat kekuatan kakinya yang terasa longlai itu dalam masa beberapa saat. Yoongi menjerit kuat sehingga suaranya bergema didalam hutan itu. 

"S-siapa tu?!" Yoongi menelan air liurnya apabila terdengar suaranya bergetar akibat ketakutan tapi dia gagahkan juga dirinya. Tanpa Yoongi sedar kakinya melangkah maju kehadapan.  Mungkin dalam beberapa langkah Yoongi ambil - seorang lelaki berbaju serba putih dan nipis keluar dari belakang pokok sambil memandang tajam ke anak mata Yoongi - lelaki itu memandang Yoongi tanpa sebarang ekspresi  dan muncul seorang kanak-kanak lelaki yang menarik baju lelaki dewasa itu seraya bersuara.

"Hyung! Janganlah, nanti kita kena tangkap lagi!" Yoongi terpaku ditempatnya.  Matanya yang membulat itu tidak terkedip tatkala memandang kanak-kanak itu dan lelaki tersebut. Yoongi menelan air liurnya dan cuba mencari suaranya yang hilang itu.  Kerutan dahi Yoongi berkurangan apabila kanak-kanak itu meluru ke arahnya dan memeluk kaki Yoongi sambil berkata. "H-hyung, tolong jangan laporkan kami. Selamatkan kami! Kookie merayu hyung. Kookie merayu..." Yoongi memegang bahu kanak-kanak itu dan memandang lelaki yang daripada tadi hanya memandang kosong dihadapannya.

Yoongi menghulurkan dua tin minuman suam kepada kanak-kanak lelaki yang bernama Jungkook atau digelar Kookie dan abangnya yang bernama Taehyung itu sebelum dia mengambil tempat duduk dihadapan adik-beradik itu. "Apa yang sedang berlaku ni?" Yoongi menyoal - cuba mengorek rahsia mereka dan apa yang Jungkook lakukan sehingga dia meminta Yoongi membantu mereka berdua.

Jungkook memberitahu yang Taehyung adalah seorang pesakit yang ditempatkan di suaka yang terletak didaerah itu dan kebakaran kecil menyebabkan kekecohan berlaku di suaka itu pada awal pagi tadi. Jungkook mengambil kesempatan untuk membawa abangnya melarikan diri dari tempat itu. Kebakaran? Kenapa aku tak nampak mana-mana asap? Yoongi sempat bertanya kepada dirinya sebelum mendengar lagi apa yang Jungkook katakan. Yoongi mengerutkan dahinya sedikit.

"Tapi, Kookie tahu kan apa yang Kookie buat ni salah?" Jungkook memandang Yoongi dengan mata bulatnya - langsung tidak berkedip dan entah kenapa pandangan Jungkook itu membuatkan Yoongi seram sejuk. "Uhm. Bawa hyung Kookie keluar dari tempat yang akan sembuhkan dia tu sal-" Belum sempat dia mengabiskan ayatnya Jungkook menjerit. "Tapi Tae hyung tak gila! Dia tak sakit jiwa macam semua orang cakap! Tae hyung tak gila!" Jeritan Jungkook itu bergema dan membuatkan Yoongi menutup telinganya - b

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
vjinerds
Subscriber only sebab kadang-kadang ada rated M atas sebab-sebab penggunaan grafik berunsurkan keganasan yang agak keterlaluan!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 2: apa yg jadi sebenarnya?? huhu cian Kookie sy...
nanadjiyongie_01
#2
Chapter 14: Wuuuuu I miss ur stories..Walaupun confusing..berkerut dahi baca tpi bestttt ?
Keep updating authornim! Hwaiting!!!?
idzowllies #3
Chapter 14: saya suka chap 11 dan 12 (´༎ຶོρ༎ຶོ`) boleh tk buat cerita mcm chap 12 lg? Mengelirukn tapi best
idzowllies #4
Chapter 5: new reader! chap ni sy rasa familiar laa. Sy ada bca tapi ni versi awk dan wataknye bts suka jimin dalam ni xD
koghoul #5
Chapter 12: 3 kali bace sebab saya konfius dan kenapa saya rasa ayat yg takhir tu macam sedih sangat ek T.T
Yvonne_Zhang
#6
Chapter 11: Setelah sekian lama author nim,muncul juga akhirnya..hahaha..hrap author da idea lgi untuk crita strusnya..klau kita nak buat request boleh eh?
nanadjiyongie_01
#7
Chapter 11: chapter ni best...ada pengajaran yg bermakna.. saya ada terbaca pasal trypophobia ni...mula2 tgk gmbr dia cam ok je...tgk lama2 rasa geli plak //hahahhaha//
update soon authornim...moga dpt idea yang best!hwaiting!
Yvonne_Zhang
#8
Chapter 9: Authornim daebak..btw,kcian jimin..huhu,psti cmelkan kalo jimin ni btul2 bdak 7 thun(5 thun pun x pa)..psti bntuk fzikal dya mcm budak2 yg slalu jd iklan susu dugro tu kan..keke..pa2 pun,daebak authornim..kepada namjoon,jga2 da yg memerhati..hahaha..
up7tion #9
Chapter 1: ni bab 1st saya baca dan saya suka sangat mmg kenalah watak taehyung jadi org tak waras hahaha kalau author perasan. Saya komen pada setiap chapter sebab saya mmg kagum sgat dengan karya authornim dan saya nak request bole? Saya hrp author periksa saya dah hantar kat pm^^v

Update sooooooon!!