Black & The Guest
Prison School [slow-update]Min hwan POV
Aku dan Myung soo mendengar penjelasan dari Min ho tentang nenek misteri dan Black.
Min ho ada hubungan dengan Black? Tapi ni betul ke? Ia cuma sekadar memori Min ho yang lalu lagi satu, dia mengalami kemalangan 8 tahun yang lalu dan kehilangan memori. Takkanlah nenek yang dijumpai Min ho tu omma Black. Kita semua tiada bukti nak menunjukkan Black ada kaitan dengan Min ho. Cuma ia sekadar tekaan seorang penyiasat. Tapi, bila aku tengok mata Min ho, dia sepertinya berkata benar. Pandangan matanya tiada rasa gentar ataupun ingin menipu.
Semakin lama kami ‘mendalam’ kes ni, semakin rumit ingin kami selesaikannya. Identiti Black, Ujian S dan cari jalan keluar dari sekolah ni..belum satu pun yang kami dapat selesaikan. Aku dah setahun dekat sangkar ni manakala Myung soo cuma 4 bulan dan Min ho baru 3 hari. Aku agak kagum dengan Min ho. Dalam 3 hari ni, kami dapat bermacam-macam petunjuk darinya. Cara pemikiran dia luar biasa dan aku dapat rasakan sesuatu yang lain macam dekat diri Min ho. Ada sesuatu dia sorokkan dari aku dan Myung soo. Tapi apa..??
Semasa kami berbual, ada satu bola kecil sebesar bola tennis tercampak masuk ke dalam penjara kami. Ada lampu kecil mengelip-ngelip dekat bola misteri itu.
“b-bola apa tu??”Myung soo berasa hairan dan cuba mendekati bola tersebut. “bola ni...”
“jangan!!”jerit Min ho.
“Myung soo!! Jauhkan diri kau dari b--”belum sempat aku menarik lengan Myung soo, bola itu mengeluarkan asap yang terlalu banyak sehingga kami bertiga tercampak ke tepi.
Kepulan asap ni menyebabkan aku tak dapat lihat sekeliling penjara ni. Myung soo disebelahku tapi dia tidak sedarkan diri. Aku pula menutup hidungku dari pada menghidu terlalu banyak asap. Aku tercari-cari kelibat Min ho tapi tiada. Dia tercampak dekat mana.
“M-Min hwan....”suara yang sayup kedengaran, tu suara Min ho.
Ahh!! T-tangan aku! Tangan aku dipegang oleh seseorang t-tapi aku tak nampak!! kepulan asap ni terlalu banyak. Susah aku nak tengok. D-dan..aku dapat rasakan..ada pisau menikam paha kananku.
“Shh....”bisikan suara seakan-akan suara lelaki.
“arrghhh!!!!......s-siapa k-kau?”aku menahan kesakitan.<
Comments