Black 1

Prison School [slow-update]
Please log in to read the full chapter

Author POV

Min ho berpura-pura berbaring disebelah Min hwan dan tidur. Dia mengesyaki Myung soo terdengar perbualan diantara dia dengan K tadi. Min ho tahu Myung soo bukan seorang yang mudah diperdayakan dengan sebarang penipuan walaupun ia perkara kecil, sama seperti Min hwan. Yang lebih pelik sekali, bagaimana mereka boleh terselamat dari Ujian S tanpa kecederaan yang teruk seperti pelajar lain yang Min ho lihat, pelajar lain mengalami kecederaan parah manakala Min hwan hanya sedikit luka di pergelangan tangannya sahaja, Myung soo pula tidak mengalami sebarang kecederaan teruk. Adakah mereka ni ‘orang dalam’disekolah ni? Tetapi tak mungkin mereka berniat jahat. Semasa Ujian S yang lepas, mereka menolong pelajar lain keluar dari kotak yang dipenuhi air. Banyak perkara Min ho fikir, tetapi dia tahu Min hwan dan Myung soo bukan dalang kepada semua perkara yang berlaku dalam sekolah ni.

Min ho POV

Aku mula bangun dari lantai lalu aku bersila. Aku memanggil Min hwan dan Myung soo sebab ada sesuatu yang ingin aku bincangkan. Mereka memberi reaksi yang agak pelik tetapi mereka bersikap seperti biasa.

“A-Aku curiga, macam mana korang boleh terselamat dari Ujian S selama setahun dan tidak mengalami kecederaan teruk pun, siapa korang berdua ni?”tanyaku tanpa teragak-agak.

“baru sekarang kau nak tanya? Lama kitaorang tunggu kau tanya soalan ni! Kau memang lembap!”Min hwan sepertinya menunjukkan sikap tidak sabarnya.

“a-apa yang korang cakapkan ni??”aku tidak mengerti.

“AKU CAKAP KAU ni tak kenal kitaorang berdua ke?”Myung soo bercakap kuat sehingga gegendang telingaku terasa sakit.

“huh??! S-siapa korang ni? Aku tak faham” aku mula pening, apa yang diorang cakap tadi masuk telinga kiri lepastu keluar telinga kanan aku ni!!

“kitaorang ni sama seperti kau, penyiasat.”terus-terang Min hwan.

“a-apa?! Korang berdua ni penyiasat?! kenapa korang berdua tak bagi tahu aku?!”kataku tidak mempercayainya.

“sebab kitaorang tak tahu sama ada kau ni ahli kitaorang atau pun kau ni Black sebab tu kitaorang berhati-hati dengan kau selama ni. Tapi bila tengok cara kau berfikir dan cara kau menyelesaikan masalah, memang pasti kau ahli kumpulan kitaorang..”kata Myung soo pula.

“kejap! Aku tak faham sebenarnya. Kumpulan? Kumpulan apa pulak ni?! Dan siapa Black?!!”tanyaku yang makin pusing mendengar penjelasan mereka yang berbelit ini.

Min hwan menjelaskan setahun yang lepas, pihak polis membuat keputusan untuk hantar seorang penyiasat ke Polar Highschool iaitu dia, Min hwan. Tetapi mungkin berbahaya untuk hantar seorang, jadi mereka berfikir untuk hantar penyiasat secara beransur. Maksudnya Min hwan dihantar saat pembukaan sekolah Polar Highschool, selepas 4 bulan, Myung soo dihantar kesini kemudian 6 bulan kemudian kira-kira setahun kemudian, Min hwan memberitahu akulah penyiasat yang seterusnya dihantar kesini. Penjelasan Min hwan agak masuk akal. Dia juga memberitahu, pihak polis ingin membentuk sebuah Unit Khas M yang terdiri daripada tiga ahli kumpulan iaitu Min hwan, Myung soo dan Min ho. Tetapi kenapa pihak polis tidak memberitahu aku hal yang sebenar??

“kenapa pihak polis tak beritahu aku hal ni?”

“sebelum tu..aku nak tanya kau, apa kau buat sebelum masuk sekolah ni?”tanya Min hwan.

“err..pagi-pagi aku keluar rumah lepastu aku segera berjalan masuk ke sekolah ni..”terangku.

“itulah masalahnya!! Kau sepatutnya pergi balai polis sebelum masuk sekolah!! Patutlah kau tak tahu!!”jelas Myung soo yang baru tahu tentang situasi aku yang sebenarnya.

“ada lagi soalan yang aku nak tanya..siapa Black?”

“oh..kau nak tanya pasal Black ke? Tanya dekat Myung soo..”jawab Min hwan.

Myung soo tersenyum pahit. Dia kelihatan sedikit lain dari yang lain saat mendengar nama Black. Aku dapat melihat peras

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Hanna27
Mianei....T^T !! Saya terpaksa delete chap11 dan chap12

Comments

You must be logged in to comment
Frisur #1
Chapter 11: Update soon
aquariusxpisces
#2
Chapter 12: omooooooooo ayah junmin pembunuh ke ???????
ddddehyun #3
Chapter 12: Omg seram but menarikk..update soon
Tingkaibel #4
update soon!
youngminbfminwoo
#5
Dibuli atau dikaji sebagai bahan uji kaji
X sabarnye nak tnggu chapter seterusnya!!!
bubble_na_baebeul #6
Chapter 10: Update lah cpt author.haha
X sbr ni.black.black.black.
Mnutkan.cmna plak ngan white.huarggg
Bnyak mystery lah dlm ff ni..huhu
Palli update author
Minarine #7
Chapter 10: Daebak!! update soon!!
Zyxzhangyixing
#8
Chapter 9: Best btul semua chapter² ni.Janji tau.. update soon! ^-^
Seul-ssi #9
Chapter 9: best cerita ni!!!
hrap2 diorang bertiga semuanya baik2 je!!!
melryn05 #10
Chapter 9: yeay!! ada onew!! XD dan siapa white? 0.O
bila authornim nk update lgi!!!
saya tak sabar nk bca chapter 9 nnti!!