107 student, DEAD

Prison School [slow-update]
Please log in to read the full chapter

“kau berada di sangkar..lebih tepat, kita berdua berada di penjara..penjara bawah tanah..”

“p-penjara bawah tanah??”

“ya..kau tak dapat keluar selamanya, sampailah mereka ambil nyawa kita sendiri demi kepentingan diri mereka sendiri..ughhh..”

“k-kau ok??”

“a-aku ok..jangan risau!! Kau patut risau dengan luka yang ada di dada kau tu..”

“aku ok..cuma ubat tahan sakit ni, tak lama lagi ia hilang..”

“ye ke? Kau patut berehat! Pergilah tidur sebelum masa dah sampai..”

Sepanjang masa aku berfikir tadi dan aku dah agak, sebab itulah tiada seorang pelajar pun yang muncul di sekitar bangunan sekolah, sebaliknya semua pelajar di kurung di bawah tanah. Lain daripada itu, Min hwan memberikan riak wajah dalam ketakutan, dan satu lagi! Apa yang dia maksudkan ‘sebelum masa dah sampai’? Aku tak boleh nak tanya banyak sangat dekat dia. Ia mungkin membuatkan dia tak selesa nak berkomunikasi dengan aku nanti.

Saat aku bersandar di dinding tanah yang sejuk ini berhadapan dengan Min hwan, aku fikir bahawa Min hwan, dia memang seorang serius dan segan saat dia berbual dengan aku tetapi lihat dari matanya, dia kelihatan begitu ketakutan. Aku memerhati dengan teliti, ketinggiannya lebih kurang 168cm dan suaranya garau dan sedikit serak, aku mengagak dia dalam linkungan 17 tahun. Melihat keseluruhannya badannya, sepertinya dia mengalami kecederaan keretakan tulang di pergelangan tangan, lukanya kelihatan masih baru sebab darahnya terlekat di lengan baju, ia darahnya masih merah dan dia sepertinya tidak selesa menggerakkan tangannya sesuka hati semasa berbual dengan aku.

 Aku bersabar dan bersabar dari tadi. Aaahhh!! Aku tak boleh nak kawal diri lagi! terlalu banyak soalan yang ada dekat kepala aku sekarang ni! Aku patut tanya Min hwan sekarang jugak!

“Min hwan...apa yang mereka buat pada kau sampai kau tercedera dekat pergelangan tangan kau??”

“m-macam mana k-kau tahu??”

“hanya melihat pergerakan badan kau dan riak wajah kau jugak..tolonglah..bagi tahu aku perkara sebenarnya”

“baiklah..aku faham. aku patut bagi tahu kau apa yang berlaku setahun ni di dalam sekolah ni..”

“apa dia?”

“Min ho...selama setahun ni, 107 pelajar dah mati”

“a-apa m-mati??!! Macam mana?!!!”

“mereka dibunuh atas sebab tertentu, aku tak tahu motif mereka lansung. Mereka jugak mengambil satu atau dua organ yang ada pada setiap pelajar yang 'kalah' dan kebanyakan aku dengar dari pelajar lain, kita semua hanya bahan uji kaji..”

“bahan uji kaji??”

Aku menanyakan soalan pada Min hwan tentang orang yang bertopeng. Dia memberitahu lagi, orang bertopeng ini telah menguasai sekolah ini selama setahun kerana ingin mencipta ‘sesuatu’ yang menakjubkan, ia mungkin diluar jangkaan semua orang.

“cipta sesuatu menakjubkan???”

“ya..tapi a-aku tak tahu...”

“hmm...macam tu rupany

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Hanna27
Mianei....T^T !! Saya terpaksa delete chap11 dan chap12

Comments

You must be logged in to comment
Frisur #1
Chapter 11: Update soon
aquariusxpisces
#2
Chapter 12: omooooooooo ayah junmin pembunuh ke ???????
ddddehyun #3
Chapter 12: Omg seram but menarikk..update soon
Tingkaibel #4
update soon!
youngminbfminwoo
#5
Dibuli atau dikaji sebagai bahan uji kaji
X sabarnye nak tnggu chapter seterusnya!!!
bubble_na_baebeul #6
Chapter 10: Update lah cpt author.haha
X sbr ni.black.black.black.
Mnutkan.cmna plak ngan white.huarggg
Bnyak mystery lah dlm ff ni..huhu
Palli update author
Minarine #7
Chapter 10: Daebak!! update soon!!
Zyxzhangyixing
#8
Chapter 9: Best btul semua chapter² ni.Janji tau.. update soon! ^-^
Seul-ssi #9
Chapter 9: best cerita ni!!!
hrap2 diorang bertiga semuanya baik2 je!!!
melryn05 #10
Chapter 9: yeay!! ada onew!! XD dan siapa white? 0.O
bila authornim nk update lgi!!!
saya tak sabar nk bca chapter 9 nnti!!