Missing
Prison School [slow-update]“SAYA TAK BERSETUJU!!!”Inspektor Choi membantah.
“hanya dia boleh melaksanakan tugas ini!!”En. Kim membalas semula, dia merupakan Ketua Polis di Itaewon.
“saya tak benarkan anak saya menjalankan tugas ni!!! Saya takkan biarkannya!!”Inspektor Choi menghempas kertas usul di atas mejanya sebelum berjalan keluar dari bilik mesyuarat. “Min ho-ah.....mianei”
XXXXXXXXXXXXXXXXXX
Min ho baru pulang dari sekolah. Dia berjalan seorang diri. Kebelakangan ni dia tidak menerima sebarang kes. Ni membuatkan dia rasa bosan sepanjang minggu ni.
“bosan..bosan..bosan...”rungut Min ho.
Seorang lelaki berpakaian sut hitam lengkap berada dihadapannya, memandangnya dengan serius. Min ho dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dengan lelaki tidak dikenali itu. Dia memberhentikan langkahnya sambil merenung lelaki itu semula. Min ho berfikir dia sememangnya seorang pegawai polis. Salah satunya Min ho mengetahuinya pekerjaannya ialah selalunya, pegawai polis di Itaewon berumur dalam lingkungan 30 tahun dan ketinggian lebih kurang 6 kaki, umur...itu tak penting. Sut hitam yang bersih, kemungkinan dia baru memakai sut tersebut kerana dia diarahkan oleh pihak atasan untuk berjumpa dengan orang penting dan tidak memakai baju polis takut identitinya diketahui. Bau yang ada dibadannya seakan-akan bau asap rokok, selalunya, di balai polis terdapat ramai orang merokok disana, oleh kerana terlalu banyak asap rokok, baunya melekat dibaju. Salah satu perkara yang paling penting kasutnya, ia kelihatan kotor, selalunya polis sentiasa meronda satu tempat ke satu tempat dan dia tiada masa untuk membersihkan kasutnya sendiri.
“Choi Min ho..aku Hee chul, aku nak cakap sesuatu dengan kau”
“kalau tengok reaksi muka kau, aku tahu...ada kes, betul tak?”
“hmmm...seperti yang aku jangka, kau memang seorang penyiasat yang dikagumi”
“terima kasih..”
“boleh kita berdua berbincang dalam kereta?”
“boleh, tiada masalah!”
Wajah Min ho kelihatan begitu teruja dan gembira. Selama 2 minggu, 30 minit dan 44 saat telah dia tunggu untuk mendapatkan kes. Apa kes yang menantinya kali ni?
Hee chul memberikan satu fail berwarna coklat pada Min ho. Senyuman lebar terukir di wajahnya. Kes yang dinanti
Comments