LAPAN

You Are My Perfect Imperfection
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] LAPAN [/CONTENTID1]

[CONTENTID2] Alangkah malu bukan kepalang ketika di bilik kuliah. Semuanya salah Prof Siwon yang bermisai lentik itu. Ceritanya berbunyi begini. Minhee sedang tidak dapat fokus memikirkan dalang disebalik semua ini. Otak sedang merencanakan macam-macam plan. Bermula dari plan A kepada plan G. Baru sahaja nak berfikir plan H, kedengaran namanya disebut. "Minhee! Yang awak selubung kepala tu kenapa? Bukak hoodies tu!"

Ish, menyibuk betul. Getus hati Minhee sebelum perlahan-lahan tangannya melurutkan fabrik hoodies. Mata dipejam sementara hati berdebar-debar. Akhirnya kedengaran mengahan terkejut daripada classmate yang lain. Saat dia membuka mata, dia dapat melihat Chanyeol yang duduk tiga meja di bawah dengan mulut melopong. Di meja paling hadapan, Yifan mengenyit mata. Kedengaran suara bisikan di serata tempat dan bunyi siulan daripada pelajar lelaki.

"Cantik rambut awak. Class, lepas ni saya tak nak awak selubung kepala lagi. Kalau saya nampak, saya takkan teragak-agak untuk minta pentadbiran ban pemakaian hoodies dalam kelas." Semua pelajar merengus. "Saya bukan nak dengki awak. Tapi saya tak mahu awak sorokkan diri awak. Dalam dunia tertiary education ni, awak perlu tonjolkan diri untuk menjadi pelajar yang terbaik. Faham semua?"

Pelajar-pelajar menyambutnya dengan perkataan faham yang panjang dan lemah. Namun masih ada lagi mata-mata yang memandang Minhee. Minhee dapat menangkap pandangan Chanyeol dan dia halakan penumbuk kepada Chanyeol. Chanyeol menutup mulut menahan gelak sebelum dia pandang ke depan semula. Anak mata Minhee terarah kepada Yifan. Dia nampaknya fokus dengan lecture prof Siwon. Beberapa saat kemudian, kepala Yifan berpaling ke belakang. Lebih tepat lagi ke arah Minhee. Minhee agak terkejut ketika mereka bertentang mata. Jujur jantung Minhee macam nak gugur sebab berdegup terlalu laju.

Kemudian Yifan senyum. Senyuman Yifan yang indah dan menawan kalbu.

Minhee terkebil-kebil. Dia cuba bertenang. No fangirling in the class. Perlahan-lahan Minhee pandang Yifan semula dan Yifan menyampaikan kata-kata isyarat.

Yifan mengetap kaca jam tangannya lalu dia tunjuk ke arah pintu. Mulut bergerak-gerak mengatakan Meet me after class.

Lantas Minhee mengangguk faham tanpa sedar. Alamak, dia sudah berjanji hendak berjumpa Kyungsoo dan Soojung di kafeteria nanti.

Tak mengapalah. Dia akan bertemu Yifan sekejap sahaja. Mungkin Yifan ada benda nak cakap.

"You look beautiful. I mean very gorgeous." Luah Yifan ketika mereka sama-sama menyusuri kaki lima kampus. Minhee membiarkan sahaja rambutnya tak dilindungi hoodies. Menarik perhatian beberapa pasang mata dan budak-budak kolej yang mula berbisik-bisik sesama sendiri. Pujian Yifan dia balas dengan senyuman yang dia ukir lambat-lambat. Sungguh Minhee tak biasa. Kalau dulu iyalah.

"I rasa menyesal pulak I baru je kenal dengan you. By the way, you nak ke mana sekarang ni? Kalau you tak ada kelas tengah hari nanti, lunch sama?" Pelawa Yifan berbaur mesra. Kuat betul bau kolon yang dipakai Yifan. Jenama CK agaknya macam Kyungsoo pakai. Minhee menggigit bibir bawah. Rasa serba salah pula. Jam ditangan dia tatap. Pukul 10.05 pagi. Masih ada masa sampai lunch.

"I think okay kot. I nak pergi kafeteria sekarang ni. Brunch maybe. Tak sarapan lagi." Tutur Minhee teragak-agak. Siapa yang tak mahu makan lunch dengan Yifan the popular guy in the Dahlia University? Mahu semua perempuan di kampus ini dah sediakan peluru berpandu untuk serang Minhee kalau mereka tahu Minhee ada lunch date dengan Yifan.

"I ada kelas pulak lepas ni. In 10 minutes. Kalau tak I dah temankan you kat kafeteria. My bad." Kata Yifan dan Minhee pantas berpaling kepadanya.

"Eh, no need! I dah ada kawan yang dah tunggu kat sana. You pergi lah kelas dulu. Kita boleh jumpa lunch nanti."

"Kalau macam tu, I ambil you kat kolej kediaman?" Yifan tertunduk sedikit memandang Minhee. Bukan salah Minhee kalau Yifan terpaksa berbongkok kalau nak bercakap dengan Minhee. Ketinggian Minhee mencecah lebih 170cm yang dikira tinggi lampai dalam kategori wanita. Yifan tu yang tinggi sangat.

"You tahu kolej kediaman I?" Tanya Minhee terlepas cakap sebenarnya. Mestilah dia tahu. Hari itu kan Kyungsoo yang bawa dia sampai ke depan bilik.

"Yup. See you pukul satu nanti." Yifan melambai sebelum dia melangkah ke arah bertentangan. Minhee daripada tadi menjilat bibir. Nervous. Penampilan baru yang tak seberapa ini pun dah menarik banyak perhatian. Apalagi kalau dia transform total. Mesti orang dah tak kenal Minhee.

Kaki menapak menuju ke kafeteria yang jauhnya memakan masa kira-kira 10 minit perjalanan daripada bilik kuliah. Kelihatan ramai orang yang ada di situ. Pasti mahu mengisi perut sementara menunggu kelas tengah hari ataupun sememangnya terlepas masa bersarapan macam Minhee.

Minhee mematikan langkah. Jari Minhee menyisir rambut lalu hoodies ditarik hingga menutup kepala. Risiko terlalu tinggi. Mata mengitari ke sekitar kafe, mencari kelibat Kyungsoo dan Soojung.

Spotted. Bukan susah sangat nak cari Soojung. Rambut blonde panjang berjurai paras pinggang. Ada topi beret studded atas kepala. Duduk bertentangan dengan Kyungsoo yang matanya membulat sambil berbual-bual dengan Soojung. Laju Minhee berjalan mendekati mereka. Mereka berdua duduk agak jauh juga daripada tempat Minhee berada.

Baru saja hendak mula melangkah, terdengar namanya dipanggil. Suara deep begitu pasti milik Chanyeol. Minhee bersumpah seranah dalam hati.

Jangan pedulikan, jangan pedulikan, jangan pedulikan. Jangan toleh.

Tanpa mempedulikan Chanyeol, Minhee bergegas mendekati meja Kyungsoo dan Soojung. Dia tidak lagi mendengar namanya dipanggil. Lega sedikit.

"Hai, korang." Tegur Minhee seraya menarik kerusi lalu duduk. Kyungsoo dan Soojung serentak berpaling ke arahnya. Minhee tak angkat muka, dia terus perhatikan permukaan meja bulat di hadapannya. Entah kenapa dia rasa exhausted sangat-sangat.

"Kau okay?" Kyungsoo memegang bahunya. Minhee menjatuhkan bahu seraya mengangguk. "Yeah. I guess."

"Makan dulu. Aku pergi order. K

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Chapter 21: Just nice :)
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
pikahbajet #3
Chapter 1: lawaklah chanyeol nih....
sweet33 #4
Chapter 7: wuuu..best sngat citer nie buat org rase coriuos nk tau ape yg berlaku seterusnye...hishh spe la dalang di sebalik semua ni..chanyeol ke yi fan?!!...btw update soon ! ^_^
izyana #5
Chapter 7: Bestnya! Author keep update
amalinnasuha07 #6
Chapter 5: Update soon