TUJUH BELAS

You Are My Perfect Imperfection
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] TUJUH BELAS [/CONTENTID1] [CONTENTID2] Perasaan Minhee sekarang ini seperti seorang debutante. Seolah-olah pertama kali memunculkan diri dalam majlis sosial. Tangan masih lagi memegang lengan Kyungsoo, Minhee dapat melihat pelajar-pelajar lelaki membulat mata melihat penampilannya malam itu. Para gadis melemparkan pandangan sinis seraya berbisik-bisik sesama sendiri.

"Bukan ke dia dari keluarga Son?"

"Jadi selama ni Minhee dari keluarga Son?"

"Tak sangka aku berkawan dengan sosialit!"

"Aku ingatkan dia dah larikan diri ke negara lain."

Minhee gigit bibir bawah. Tak menyangka dia akan mendengarnya lagi.

"Pedulikan diorang. Be yourself." Bisik Kyungsoo seraya mereka melangkah ke bahagian buffet. Meja panjang itu tersusun pelbagai makanan dan minuman. Di setiap hujung meja itu ada sebuah pasu besar dengan bunga-bunga mawar yang sangat cantik. Minhee membuntuti Kyungsoo sehinggalah mereka berdua mengambil tempat masing-masing di sebuah meja bulat yang sudah sedia ada dengan Soojung dan Jongin di kerusi mereka. Entah bilalah mereka berdua duduk di situ.

Mereka berempat menjamu selera di selangi dengan perbualan yang di selangi gelak ketawa. Irama lagu kuat bergema di seluruh grand hall. Apabila tiba lagu romantik, Jongin tiba-tiba mengajak Soojung menari dan Soojung dengan gembiranya tidak menolak. Minhee dan Kyungsoo saling berpandangan sebelum sama-sama tersenyum. Tanpa sepatah kata, Kyungsoo menadahkan tangan dan Minhee terus memegang tangannya.

Minhee dan Kyungsoo menari sehinggalah lagu itu akhirnya tamat. Bertukar pula kepada lagu yang lebih rancak. Minhee asyik senyum lebar sepanjang bersama dengan Kyungsoo. Dia gembira sebab final exam akhirnya tamat dan tak lama lagi dia akan graduate dan Kyungsoo tetap akan bersama dengannya walaupun mereka tidak saling mencintai.

Semuanya terasa bagaikan mimpi. Happy ending. Tapi, misi Minhee belum lagi selesai.

Mereka berdua duduk semula di tempat mereka, masing-masing menyisip sedikit minuman untuk membasahkan tekak, sebelum Yifan menegur dari belakang. Lelaki tinggi lampai itu kelihatan amat mengagumkan daripada biasa yang Minhee lihat. Dengan sut putih lengkap dan rambut yang disisir rapi dan kemas, Yifan benar-benar tampak seperti seorang putera dari kayangan.

"Can I dance with you? If you don't mind." Pelawa Yifan kepada Minhee.

Rasa macam nak jerit sahaja. Minhee pantas mengangguk lalu mengambil tangan Yifan dihulur kepadanya. Dia pandang sekejap kearah Kyungsoo seperti meminta kebenaran. Kyungsoo senyum lalu mengangguk sebelum dia menyibukkan diri dengan telefon bimbitnya.

"You look very beautiful. I never know you were Son." Kata Yifan, membuai pinggang Minhee. Lagu genre romantik dimainkan lagi dan mata Minhee sempat melirik ke belakang Yifan. Ketinggiannya sudah bertambah berkat kasut high heels yang di pakainya dan dia dapat mengecam Sehun yang menari bersama seorang gadis. Sehun senyum sinis kepadanya. Senyuman yang sama yang dia saksikan selepas dia dibelikan high heels daripada stor milik Sehun.

Pipi Minhee memerah. Dia pandang semula Yifan yang sangat kacak dan fikiran ligat membuat keputusan. "Thank you. After all, this is all your hardwork."

Riak wajah Yifan berubah keliru. Minhee jilat bibir dek gementar.

Ah, sudah.

"What do you mean?" Tanya Yifan yang benar-benar nampak kebingungan.

"The dress, shoes and accesories. You bought them for me." Dia mencuba lagi. Mahu memastikan dugaannya itu tepat.

"What?"

Apabila Yifan tampak betul-betul bingung dengan kata-kata Minhee, barulah Minhee tahu selama ini bukan Yifan yang menjadi dalang di sebalik semua ini. Dalam benak Minhee, hanya seorang sahaja yang dia fikirkan sekarang ini.

He must be somewhere here.

"Yifan, please excuse me." Minhee lantas me

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Chapter 21: Just nice :)
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
pikahbajet #3
Chapter 1: lawaklah chanyeol nih....
sweet33 #4
Chapter 7: wuuu..best sngat citer nie buat org rase coriuos nk tau ape yg berlaku seterusnye...hishh spe la dalang di sebalik semua ni..chanyeol ke yi fan?!!...btw update soon ! ^_^
izyana #5
Chapter 7: Bestnya! Author keep update
amalinnasuha07 #6
Chapter 5: Update soon