TIGA BELAS

You Are My Perfect Imperfection
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] TIGA BELAS [/CONTENTID1]

[CONTENTID2] Akhirnya peristiwa yang dinantikan muncul jua dalam keadaan yang Minhee langsung tak jangkakan. Ketika itu Minhee sedang mengemaskan nota-nota di atas meja sebaik sahaja lampu kafe sekitarnya dimatikan. Minhee sedar dia telah terlewat untuk pulang ke dorm. Semasa menelaah nota tadi tak perasaan pula masa berlalu begitu pantas. Jam di tangan dikerling seketika. 10 tepat. Soojung pasti sudah berada di dalam bilik.

Kemudian dia didatangi seseorang. Minhee terus mengangkat muka bagi melihat siapakah orang yang tiba-tiba sahaja muncul saat kafe baru ditutup. Mungkin pekerja kafe yang hendak menghalau tapi tidak berdasarkan jaket kulit yang dipakai pemuda itu. Siapa pula ni?

"Saya Edison." Pemuda itu memperkenalkan diri seakan tahu pula Minhee telah mempersoalkan siapa gerangan dirinya. Dia menarik kerusi bertentangan dengan Minhee lalu duduk. Riak wajahnya tenang. Minhee sendiri tidak sabar mahu lari. Kaki dah bersedia daripada tadi.

"You don't have to be afraid of me. Lagipun, saya rasa awak dah expected semua ni." Kata Edison sambil memeluk tubuh. Dia duduk bersilang kaki, dagu tinggi menampakkan dia seorang yang punya ego tinggi. Macam Soojung.

"Apa maksud awak?" Walaupun gementar, tutur kata Minhee tidak terganggu. Tiada langsung gugup dalam sebutannya.

"For your next makeover. Awak pun tahu semua tu tak lengkap lagi kan." Mendengarkan kata-kata Edison, Minhee menelan liur. Dia jadi kaku.

The makeover is still unfinished. But who is he? Who is he working for?

"Jom ikut saya." Tanpa menunggu balasan kata daripada Minhee, Edison terus bangkit berdiri, mengajak Minhee agar ikut bersamanya. Kepalanya mengarah kepada sebuah kereta mewah berwarna merah. Minhee mengikut arah kepala Edison dan terkejut melihat model kereta tersebut. Ferrari!

"Nanti dulu. Awak buat semua ni untuk siapa?" Dengan beraninya Minhee bertanya walaupun sebenarnya Minhee kecut perut. Edison berpaling ke arahnya. Pandangan mata Edison yang tajam memang menakutkan. Ditambah lagi dengan eyebags berat di bawah mata serta ketinggian yang lebih kurang sama dengan Chanyeol. Tak ubah macam vampire atau soul reaper. Plus, he looks quite good. "I'm afraid I can't tell you that. But I promised I will give you some clue if you may cooperate with me."

Mahu tak mahu, Minhee terpaksa menurut. Dia teringat semula plan yang dirancang bersama Kyungsoo. Ikut flow. Junmyeon pula cakap kalau terlalu takut, ingat saja muka Junmyeon. Mesti rasa takut tu hilang. Okay, boleh tahan juga tips Junmyeon. Nasib baik sepupunya itu boleh tahan handsome.

Usai menyumbat segala barangan ke dalam isi perut beg, Minhee terus menggalas beg itu dibahu lalu bergegas mengekori Edison yang terlebih dahulu sampai di keretanya. Edison membukakan pintu buat Minhee dan Minhee sempat tertanya-tanya siapa Edison sebenarnya sehingga dia terlupa hendak mengucapkan terima kasih atas manners Edison.

Mereka tiba di hadapan sebuah butik setengah jam kemudian. Lebih tepat lagi sebuah mall yang terdiri daripada banyak butik-butik jenama terkemuka. Sebut sahaja Channel, Gucci, Guess, semuanya ada. Sedar tak sedar dah berkali-kali juga Minhee menelan liur. Berharap dalam hati janganlah ada muka dia terpampang lagi sebagai model mereka. Minhee masih ingat Soojung ada beritahu bahawa teman lelakinya sudah mula mencurigai identiti Minhee.

Mall tersebut nampaknya baru sahaja tamat operasinya. Beberapa orang pekerja berkemas-kemas menutup premis masing-masing. Lampu utama juga sudah digelapkan. Dua orang pekerja yang berjalan hendak pulang, tunduk hormat kepada Edison sebelum mereka meminta diri.

"Saya sepupu kepada owner mall ni." Beritahu Edison tanpa ditanya. Patutlah sejak dari melangkah di pintu masuk, ada sahaja orang yang tunduk hormat kepada Edison. Lagipun senang-senang saja Edison dapat akses masuk ke dalam mall yang sudah tamat operasinya. "Tapi owner ni masih belajar lagi. That's why sekarang ni saya yang gantikan tempat dia buat sementara. Ayah dia pun tak kisah sebab ayah dia masih pemegang saham terbesar."

Minhee agak terkedu apabila mendengar cerita Edison. Apabila Edison memandangnya, dia buat-buat senyum. Sedikit gementar dengan apa yang akan berlaku selepas ini.

Senyuman Edison yang meleret tiba-tiba itu menarik perhatian Minhee. Lantas dia mencurigai Edison. Senyum itu lain macam. Seperti ada makna tersirat. Minhee tidak melepaskan peluang untuk bertanya setelah langkah Edison sama lambat sepertinya. "Siapa sepupu awak tu?"

"Someone you know, but I can't tell you."

Fantastic. Memang Minhee dah agak. Memang Edison takkan beritahu siapa. Minhee sudah putus asa. Malas nak bertanya. Deringan telefon menghentikan sebentar langkah Edison sebelum dia seluk poket seluar untuk mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia meminta diri sebentar lalu menjawab panggilan.

Minhee takkan berdiri di tengah-tengah mall semata-mata hendak menunggu seseorang berbual-bual di telefon. Buang masa saja. Jadi, Minhee senyap-senyap mengekori Edison yang bersandar bahu pada sebuah tiang batu yang punya iklan besar memaparkan wajah artis terkenal dengan produk kecantikan. Minhee bersembunyi di sebalik tiang itu, telinga didekatkan ke arah Edison. Tanpa pengetahuan Edison, dia memasang telinga.

"Yifan, aku dah cakap kau tak payah risaulah."

Mendengarkan nama Yifan, terus terbeliak mata Minhee. Edison kenal dengan Yifan? Persoalan pertama, Yifan dalang semua ini?

"Aku dah uruskan semuanya. Ya... Tak boleh. Aku busy lepas ni. See you next time. Ok. Bye."

Sebaik kedengaran panggilan telah ditamatkan, Minhee kelam-kabut tak tahu nak buat apa. Edison tak boleh tahu yang dia sudah curi dengar. Namun, dia tak boleh berlari semula ke tengah mall. Mesti Edison akan perasan. Mata Minhee melilau-lilau ke sana sini dan idea terus muncul. Lantas dia berdiri di depan sebuah premis barangan sukan yang telah ditutup. Dia berpura-pura sedang memerhati barangan sukan di dinding kaca bahagian display. Terdengar bunyi tapak kasut mendekatinya dan Minhee mula menelan liur dek gementar. Harap-harap Edison tidak mengesyakinya.

Bahunya terasa disentuh dan Minhee secara spontan memusingkan badan, menghadap Edison. Edison nampak terkejut dengan aksi spontan Minhee. Mujur dia tidak mengutarakan apa-apa. Kecuali kepalanya membuat isyarat agar Minhee terus mengikutinya.

"I need to bring you to the next floor. Follow me."

Ada tiga buah butik pakaian yang masih dibuka atau berkemungkinan besar dipaksa oleh Edison agar tidak tutup awal. Mereka masuk ke butik pertama di mana seorang pemuda berdiri di pintu masuk lalu menunduk hormat disertai senyuman mesra. Dengan lesung pipit di kedua-dua pipi, dia menghulurkan tangan untuk bersalaman. Dalam keadaan takut-takut, Minhee tetap bersalaman dengannya. Halus sungguh kulitnya, macam kulit bayi! Serta-merta Minhee rasa rendah diri. Minhee yang perempuan pun punya kulit kasar macam kulit buaya.

"Nama saya Yixing. Pemilik butik ni. Awak mesti Minhee." Minhee agak terkesima melihat mata Yixing yang bersinar. Contact lens kelabu itu memang sangat sesuai sangat dengan raut wajahnya yang lembut. Tangan masih bertaut dan Minhee masih lagi terangguk-angguk bagai dipukau.

"Enough with the introduction." Edison tepuk tangan sekali. Menyedarkan Minhee yang cepat-cepat menarik semula tangannya. Jam di tangan Edison kerling dengan dahi berkerut. "We only got two hours and masih ada dua lagi butik nak pergi. Hyung dah siapkan apa yang saya minta?"

Yixing mengangguk sebelum mengarahkan dua orang pembantunya untuk pergi ke belakang stor sementar

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Chapter 21: Just nice :)
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
pikahbajet #3
Chapter 1: lawaklah chanyeol nih....
sweet33 #4
Chapter 7: wuuu..best sngat citer nie buat org rase coriuos nk tau ape yg berlaku seterusnye...hishh spe la dalang di sebalik semua ni..chanyeol ke yi fan?!!...btw update soon ! ^_^
izyana #5
Chapter 7: Bestnya! Author keep update
amalinnasuha07 #6
Chapter 5: Update soon