TUJUH

You Are My Perfect Imperfection
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] TUJUH [/CONTENTID1]

[CONTENTID2] Duit syiling bernilai 10 sen dimasukkan ke dalam slot yang disediakan sebelum dia menekan butang merah. Botol kosong 1.5 liter telah diletakkan di ruangan botol air. Air mineral turun mencurah-curah seperti air terjun yang mengalir dari tempat tinggi. Satu minit sahaja botol tersebut telah penuh. Sedikit titisan air melimpah keluar selepas corong air tidak lagi mengeluarkan air mineral. Dengan berhati-hati Minhee menutup botol itu lalu dibawa keluar sementara tetingkap kecil lutsinar ditolak menggunakan siku.

Ipod memainkan lagu Taeyang-Eyes Nose Lips yang merupakan kegemarannya. Sambil senyum gembira, tangan sebelah diseluk ke dalam poket lalu punat volume ditekan agar volume semakin kuat. Dia macam terdengar bunyi enjin yang agak kuat daripada belakang namun tak dia endahkan. Mungkin kenderaan yang lalu lalang sahaja.

Walaubagaimanapun peristiwa yang terjadi seterusnya adalah yang paling dia tidak sangka.

Tiba-tiba sahaja lengannya direnggut kasar dan dia ditarik oleh seseorang. Minhee menjerit sekuat-kuatnya. Memekik meminta tolong. Tapi disebabkan tempat itu sunyi sepi, 100% tiada orang akan membantu. Kemudian mata Minhee ditutup dengan kain hitam. Hati Minhee berdebar-debar dalam ketakutan. Hujung mata Minhee sudah berair. Muka Minhee panas. Perasaan takut mula memakan diri dan Minhee meronta-ronta agar dilepaskan. Dia ditolak masuk ke dalam van tapi dia terdengar penculik itu meminta maaf kepadanya.

Minhee terkedu sebentar. Logik otak berkata kalau penculik sebenar takkan meminta maaf. Sudah lama dia terhidu klorofom. Hati mula membantah.

Ini adalah penculik yang tahu masa silam kau dan ingin mengambil kesempatan ketika kau sedang leka.

Trauma mengabui memori dan Minhee menjerit sekuat hati. Dia pengsan.

Jam di dinding sudah menunjukkan angka 2 pagi. Kelopak mata sudah mengugut untuk tertutup. Tapi dipaksa agar dibiarkan terbuka. Handphone daripada tadi dia tatap. Menanti balasan mesej dan panggilan daripada Minhee. Hampa. Satu mesej dan panggilan pun tak berjawab.

Kyungsoo memasang tekad. Dia yakin ada sesuatu telah terjadi kepada Minhee. Hatinya langsung berasa tak sedap sejak pulang daripada perpustakaan petang tadi. Memang dia nampak Minhee ada di perpustakaan tapi dia lupa hendak mesej Minhee bertanyakan adakah dia selamat pulang lepas Chanyeol menarik dia keluar dari perpustakaan.

Dia bangkit dan duduk tegak daripada baringnya apabila terdengar ketukan pintu yang bertalu-talu. Semakin risau Kyungsoo jadinya. Berlari-lari anak dia mendapatkan pintu. Apabila daun pintu dibuka, Soojung terus memeluknya. Hampir tertolak Kyungsoo ke belakang. Terasa basah bahunya. Rupa-rupanya air mata Soojung.

"Minhee tak balik bilik lagi! Aku risau ni, Kyungsoo! Mana dia pergi?"

Kalau Soojung yang merupakan kawan baik Minhee pun sudah risau begini, apalagi Kyungsoo yang punya ikatan rasmi dengan Minhee. Kini perasaannya bisa diibaratkan seperti dia benar-benar akan kehilangan Minhee.

Kyungsoo pegang kedua-dua bahu Soojung. Matanya menatap mata Soojung dengan penuh keazaman. "Kita akan cari Minhee sampai jumpa."

Cahaya mentari menerobos tabir. Terasa sekeliling masih dingin disebalik cahaya yang hampir menyakitkan mata. Terpisat-pisat mata terbuka. Tangan memegang kepala yang sedikit berpinar dan pusing.

Sebaik mata terbuka, nafasnya turun naik dek panik. Pandangannya tepat ke arah siling. Ada bintang fluoresen yang bertaburan di dinding. Minhee menarik nafas lega dan dia mula relaks. Bersyukur kerana rupanya dia berada di dalam bilik. Entah kenapa dia terasa lemah yang amat sangat. Mungkin kerana mimpi buruk yang dia alami malam tadi.

Dalam keadaan yang masih terbaring, Minhee mengitari pandangan ke sekitar bilik. Nampaknya Soojung tiada. Katilnya kosong. Bantal terjatuh ke lantai dan selimut berbelit pada bolster. Cadar berkedut seribu. Dahi Minhee semakin berkerut. Dia meraba-raba meja sisi untuk mendapatkan handphone.

Pada masa yang sama, kedengaran suara bercakap-cakap dari luar bilik. Minhee kaku sekejap. Dia cam suara tersebut. Pintu terbuka, menampakkan tangan yang membalut tombol. Tapi orangnya tidak masuk. Gelang silver dengan pendant spike itu semestinya Soojung.

"I don't know where she went. Oh God. Aku rasa macam nak pengsan. What should we do, Kyungsoo?" suara Soojung kedengaran lelah dan penat.

"Better kita report polis. Aku dah call Chanyeol tapi dia tak angkat. Baekhyun pulak beritahu yang Chanyeol tak balik dorm malam tadi." Beritahu Kyungsoo. Nadanya juga kedengaran kepenatan.

Tiba-tiba Soojung melangkah masuk dan dia nampak terkejut yang amat sangat ketika bertentang mata dengan Minhee. Minhee cuba senyum sebelum Soojung terus meluru ke arahnya.

"Minhee!!! Oh my God. Where ha

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Chapter 21: Just nice :)
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
pikahbajet #3
Chapter 1: lawaklah chanyeol nih....
sweet33 #4
Chapter 7: wuuu..best sngat citer nie buat org rase coriuos nk tau ape yg berlaku seterusnye...hishh spe la dalang di sebalik semua ni..chanyeol ke yi fan?!!...btw update soon ! ^_^
izyana #5
Chapter 7: Bestnya! Author keep update
amalinnasuha07 #6
Chapter 5: Update soon