EMPAT BELAS

You Are My Perfect Imperfection
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] EMPAT BELAS [/CONTENTID1] [CONTENTID2] Butik seterusnya yang mereka pergi bukanlah butik pakaian seperti yang Minhee sangkakan. Mestilah bukan, sebab tadi dah dapat dua pasang dress dan tak mungkin 'Si Dia' mahu berikan Minhee dress lagi. Minhee tertinggal di belakang lagi apabila Edison berdepan dengan seorang pemuda yang lebih kurang sama tinggi, muka masam sambil berpeluk tubuh.

"Kau tahu waktu sekarang ni sepatutnya aku sedang berada di rumah, tengah tengok TV sambil suap Miranda makan?" Tegas pemuda itu. Bibir mengherot masam.

"I don't care about your cat. You better find shoes that fits her." Arah Edison sebelum dia melepasi pemuda itu. Apabila Minhee sedar dirinya diperhatikan, dia menegur pemuda itu dengan kata hai dan langsung tak dapat balasan. Sebaliknya dia hanya ditinggalkan dengan muka yang langsung tak mahu senyum.

"Sorry, miss. Tuan Sehun memang susah sikit nak mesra dengan orang." Satu suara menyapa Minhee dan Minhee toleh ke kiri. Seorang wanita dalam usia 20-an tunduk hormat kepada Minhee. "Biasanya dia jarang datang ke butik ni sebab sibuk belajar. Saya pun hairan kenapa dia datang hari ini."

Bibir Minhee membentuk huruf 'O' tanpa sedar dan anak matanya mengekori arah Edison dan Sehun di dalam kedai sehinggalah Edison tertoleh ke arahnya. Isyarat kepala Edison membuatkan Minhee bergegas mendekati Edison.

Mereka dijemput duduk di bahagian lounge belakang stor. Minhee tak pernah sangka dekat dalam butik kasut pun ada tempat lepak ekslusif begini. Apapun, Sehun adalah majikan di sini berdasarkan bagaimana pekerjanya memanggilnya sebagai Tuan Sehun walaupun dia masih bergelar pelajar.

Wajah Sehun sebenarnya tampan juga. Walaupun keningnya asyik berkerut, sekali-sekala dia senyum juga apabila Minhee memerhatikannya. Rambut Sehun walaupun belah dua ala-ala zaman 90-an punya fesyen, nampak stylish sebab diwarnakan kuning sementara bahagian sideburn dibiarkan hitam. Minhee terfikir, adakah ini Oh Sehun yang Chanyeol selalu ceritakan? Former roommate yang sayang kucingnya lebih daripada awek sendiri?

Persoalan itu mati di fikiran sebaik sahaja Sehun meletakkan tiga buah kotak kasut di atas sebuah meja kecil. Logo Jimmy Choo tertera jelas di luar kotak dan Minhee menahan diri daripada menjerit dek kejutan. Nilai sepasang kasut Jimmy Choo lebih tinggi berbanding dua harga dress Versace yang Minhee baru dapat tadi.

"Saiz awak 10 kan?" Tanya Sehun dan Minhee pantas mengangguk. Untuk gadis yang agak tinggi seperti Minhee, saiz 10 yang besar itu tidak menimbulkan kehairanan. Standard lah saiz kaki seorang model macam saiz kaki lelaki.

Sehun membuka satu daripada kotak tersebut dan mengeluarkan sepasang kasut tumit tinggi yang Minhee anggarkan tumitnya setinggi lima inci. High heels itu berwarna silver, setiap strap dihiasi dengan butiran permata yang berkilauan.

"Trylah." Kata Sehun lalu mendekatkan kasut tersebut ke lantai. Betul-betul di depan Minhee. Keningnya nampak sedikit berkerut apabila melihat sneakers lusuh yang tersarung di kaki Minhee. Perlahan-lahan Minhee mahu menyembunyikan kakinya ke bawah kerusi. Namun, tangan Sehun pantas menangkap buku lalinya sebelum sneakers ditanggalkan.

Wow, kalau macam inilah gaya Sehun layan perempuan, tak dapat dibayangkan bagaimana dia layan Miranda.

Pantas Minhee membongkok, merampas high heels dari tangan Sehun dengan alasan dia boleh buat sendiri. Sehun nampak macam hendak membantah, tapi dia duduk semula di kerusinya. Senyum kecil terukir dibibir.

Usai menyarungkan high heels tadi, Minhee cuba bangkit. Kedua-dua pemegang kerusi dipegang sebagai langkah berhati-hati. Sudah bertahun-tahun juga Minhee tak mengenakan kasut tumit tinggi sebegini. Paling tinggi pun satu inci sahaja. Apapun, Minhee cuba untuk melangkah walaupun tiba-tiba bahagian buku lali terasa sedikit sengal-sengal.

Dia baru hendak mengelilingi meja apabila entah kenapa dia boleh tersadung kaki sendiri. Habis dia terjelepuk ke lantai dalam posisi yang amat memalukan. Jatuh terlentang okay, nasib baik tangan sempat capai hujung meja. Tak tersembam muka Minhee ke lantai karpet biru gelap butik kasut Jimmy Choo milik Sehun.

"Are you okay?!" Edison kedengaran panik seraya mendekati Minhee. Lambat-lambat Minhee angkat kepala, menahan malu yang bukan kepalang. Tangan Edison memegang lengan Minhee dan membantu dia untuk berdiri semula. Dari hujung mata, Minhee dapat melihat Sehun senyum herot, menahan ketawa walaupun dia cuba buat-buat selamba.

Cis, Minhee tarik semula tanggapan awal tadi. Memang betul macam Chanyeol cakap. Miranda lebih penting daripada segalanya buat Sehun.

Dengan helaan nafas kasar, Minhee cuba meraih semangat. Tak mengapa, ini kan baru first time dia cuba high heels selepas beberapa tahun. Mestilah belum biasa.

"If you're not okay, we'll try again next time." Kata Edison setelah dia menolong Minhee duduk semula ke kerusi. Strap yang berbelit-belit Minhee tanggalkan. Kepala memandang Edison walaupun tangan masih sibuk untuk cuba menanggalkan kasutnya. Sneakers lusuh Converse hitam itu tak sabar-sabar hendak dipakai semula.

"Saiz kasut ni dah fit." Beritahu Minhee, anak mata beralih ke arah Sehun yang masih ada sisa senyuman di bibir. "Rasanya kasut yang lain pun sama saiz kan?"

Sehun menegakkan badan, tangan di pemegang kerusi. "Of course. Awak cuma perlu pilih design yang awak suka je."

Diperhatikan dua lagi kotak kasut dan Minhee jadi keliru mahu pilih yang mana satu sebab ketiga-tiga kasut itu memang nampak cantik sangat-sangat. Ada sepasang kasut berwarna hitam dan sepasang pumps berwarna putih salju. Semua warna mungkin hanya rona yang biasa dan plain dan tipikal, tapi sentuhannya amat halus. Namanya pun kasut jenama Jimmy Choo.

Mungkin Minhee terlalu lama membuat keputusan atau Sehun sendiri yang tak sabar, akhirnya ketiga-tiga kotak kasut tersebut ditutup oleh Sehun. Salah seorang pekerja yang berdiri di depan pintu digamit lalu disuruh agar menyediakan kasut tersebut untuk Minhee.

Cermin mata yang hampir melurut ke hujung hidung ditolak kasar setelah sneakers disarung semula. Diamati Edison dan Sehun silih berganti. Dalam kotak fikiran bermain pelbagai persoalan. Edison ada kaitan dengan Yifan. Sehun pula ada kaitan dengan Chanyeol. Kalau macam tu, semua ni kerja salah seorang daripada mereka?

"Let's go to the next store." Ajak Edison menghulurkan telapak tangannya. Minhee tak terus mencapai tangan Edison, sebaliknya dia hanya merenung kosong wajah Edison. "Ada lagi?"

"Accessories. Necklace and whatsoever." Beritahu Edison lagi. Tapak tangan masih lagi diunjuk.

"Wah, saya ingatkan dah cukup dah dengan baju dan kasut. Kayanya bos awak." Ucap Minhee sebelum dia mencapai tangan Edison. Edison menolongnya berdiri. Mungkin bimbangkan Minhee tercedera pasal terjatuh tadi.

"Memang kaya pun. Lagi kaya daripada saya." Sampuk Sehun yang kini sedang memegang tiga beg kertas. "Semua ni untuk awak dan bos kami dah bayar semuanya untuk awak."

"T-terima kasih." Tak terkata Minhee dibuatnya. Beg kertas ditangan semakin bertambah dan menjadikannya lima beg kertas yang kini berada dalam tangan Minhee.

"My pleasure." Balas Sehun. "Oh ya, don't forget to practise. Practise makes perfect."

Senyuman Sehun semakin lama semakin sinis. Mahu sah

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Chapter 21: Just nice :)
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
pikahbajet #3
Chapter 1: lawaklah chanyeol nih....
sweet33 #4
Chapter 7: wuuu..best sngat citer nie buat org rase coriuos nk tau ape yg berlaku seterusnye...hishh spe la dalang di sebalik semua ni..chanyeol ke yi fan?!!...btw update soon ! ^_^
izyana #5
Chapter 7: Bestnya! Author keep update
amalinnasuha07 #6
Chapter 5: Update soon