008

My Love Potion

“Saya dah balik…” Shin Young menutup pintu.

“Shin Young.. Lambatnya kamu pulang hari ini.” Pn.Kim berkata. Shin Young menunduk tanda maaf-jika-menyusahkan.

“Eh tak pe tak pe. Kamu nak makan nasi?” Pn.Kim menyoal.

“Tak . Tadi saya dah makan dekat tempat cikgu..” Pn.Kim hanya angguk tanda faham. Dia baru berkira-kira mahu pergi tapi sekali lagi Shin Young memanggil namanya.

“Erm.. Mak cik..” Pn.Kim memandang Shin Young.

“Taehyung dah balik?”

“Dah. Dia ada dalam bilik.” Shin Young angguk tanda faham.

Shin Young mengigit bibirnya. Dah ketuk ke tak nak? Nak serbu ke tak nak? Nak buat apa ek? Hmmmm…

“TAEHYUNG!!!!” Dia terus membuka pintu sambil menjerit. Taehyung yang sedang tidur segera bangun memegang jantungnya.

“Woi ketot! Kau tak reti ketuk ke ape?” Taehyung memegang dadanya. Dia bernafas macam ornag baru habis berlari.

“Taehyung!”

“APE BENDE?!” Taehyung punya muka betul-betul pucat.

‘Wei babun. Aku suka kau and aku nak tau apa perasaan kau pada aku..” Shin young berkata direct plus laju nak mampus.

“Kau tengah buat sesi confession ke nie?” Taehyung menyoal. Agak tenang sedikit.

“Lebih kurang arh tapi lebih gramatis.” Shin Young buat muka.

“Gramatis otak kau panggil aku babun.” Taehyung berkata.

“Ye lorh. Aku buat ulang tayang semula k.” Shin Young berkata. TAehyung angguk tanda setuju.

“Haaa kan bagus.” Taehyung berkata.

“Okay. Tae Tae.. Aku suka kau and aku nak tau apa perasaan kau pada aku..”

“Eh salah!” Dia merentap kolar baju Taehyung. Pergh ganas beno.

“Aku nak kau suka aku..” Taehyung terkebil-kebil.  Sebab dia pun baru bangun tidur,tak pasal-pasal Shin Young buat perangai pelik.

“Kalau tak…”

“Kalau tak apa?” Taehyung menyoal setelah sekian lama Shin Young mendiamkan diri.

“Kalau tak.. Hmph.. Aku pun tak tau.. Aku tak tau apa yang patut aku buat..."

“Oh.. Macam tu ke?” Shin Young angguk.

‘Jadi.. Apa patut aku buat?” Taehyung menyoal.

‘Huh…?”

“Kau ni lembap ke ape hah? Terangkanlah pada aku apa  yang aku patut buat..” Entah kenapa Shin Young rasa macam nak naik angin.

“OI MANGKUK! KALAU AKU TAU APA YANG KAU AND AKU KENA BUAT,TAK DE LAH AKU TANYA!” Shin Young menggocang badan Taehyung.

“Oi oi oi.. Aku sebenonya tak lah benci sangat kat kau..” Taehyung berkata dalam goncangan itu.

“Haaa kalau gitu jangan gerak.” Automatik badan Taehyung mengeras. Shin Young menyumbat Posyen Cinta itu ke dalam mulut Taehyung.

“KAU minum nie!” Shin Young memandang Taehyung. Nak tengok kadar keberhasilannya….

“Posyen Cinta.. Bukan ke boleh menambahkan perasaan suka antara kitorang? Cepatlah posyen oi.. Tolong aku!” Shin Young betul-betul berharap ada miracle akan berlaku. Taehyung mengelap mulutnya.

“Macam mana? Manis sangat ke? Susah nak telan ke?” Shin Young menyoal bertubi-tubi. Belum sempat Taehyung menjawab,Shin Young meneguk posyen itu.

“OI..” And keadaan jadi diam… Sunyi.

‘Taehyung dan aku dah minum tapi takde perubahan? Posyen nie tak menjadi ke? Posyen ni… Posyen ni GAGAL  KE?!!!!!” Shin Young mencampak bekas posyen tu and muka dia nampak lifeless nak mampus.

“Er Shin Young. Kau okay tak?”

“Selama nie dah banyak gila posyen aku hasilkan.. Takde satu pun gagal….” Shin Young mamai sengsorang.

‘And kalau aku gagal dalam tugasan ni aku tak layak jadi ahli sihir..” Dah macam orang tak betul cakap sorang pon ade.

“Yang kau kasi aku tadi tu.. Posyen Cinta ke?”

“Hmmm.” Shin Young angguk.

“Heh.. Gagal ke?” Taehyung menyoal. Muka Shin Young 100% kecewa.

“Rasanya memang dah gagal.” Dia mengeluh.

“ Ummm. Cuba kau datang sini..” Tiba-tiba Taehyung bersuara.

“Ha?” Shin Young mendongak.

“Kau nampak macam nak nangis je.” Shin Young tutup mukanya.

“Mana ada. Aku okay la.” Shin Young mengesat air matanya.

“Meh je la sini.. Aku tenangkan kau. Kau kan suka aku.. Kan?” Taehyung menghulurkan tangannya.

“Siapa yang suk..” Tiba-tiba Shin Young berdiri.

“EH?!!” And automatik dia pergi ke arah Taehyung.

“EH KEJAP KEJAP!!!” And terus dia peluk Taehyung.

~~~~~~~ Ok awkward disitu ~~~~~~~~

“Huh………………………………………?”

“EIHHH!! Ape kebenda nie!! EIHH!!” Shin Young menolak Taehyung.

“OI kau kalau cakap boleh tak jangan jerit. Aku ada telinga yang normal lagi. Kau yang peluk aku,kau pulak yang lari.” Taehyung menutup telinganya.

“Eihh aku takde niat langsung nak peluk aku! Tapi..Tapi..” Shin Young diam kejap.

“Tapi aku rasa macam ada orang kawal aku lah.” Mereka berdua diam.

“Woi.. Kau kawal aku ork?” Dia menunjal-nunjal kepala Taehyung.

“Agak lah kut ye pon nak menuduh ketot.. Kejadah benda aku kawal kau? Kau tu yang suka kawal aku. Apa pulak aku?!” Taehyung membangkang.

“Entah-entah.. Aku…”

“Oi babun.” Shin  Young pandang Taehyung.

“Kau jilat jamban aku sekarang.”

“WOI! Melebih gila kau! Jilat lah sendiri!!” Shin Young berkata. Taehyung tersenyum.

“Kalau macam tu… Shin Young..”

“APA?! Kau menakutkan aku lah wei!” Shin Young berkata.

“Meh sini jap..” Taehyung menghulurkan tangannya.

“Eihh janganlah.. Aku..” Tiba-tiba badan Shin Young bergerak dengan sendiri and duduk sebelah Taehyung. Taehyung tersenyum.

“Kau nak peluk aku tak?”

“EIHH!! TAK NAK TAK NAK!!!” Shin Young menolak-nolak badan Taehyung.

“Hmmm.. Tapi aku nak kau peluk aku. Sekarang peluk aku..” Shin Young berhenti tolak badan Taehyung tapi dia peluk Taehyung pulak.

“See ! See ada orang kawal badan aku!”

“Tak nak peluk aku kuat-kuat ke?” Taehyung menyoal sambil ketawa.

“KIM TAEHYUNG!” Apa yang Taehyung arah memang Shin Young akan ikut.

“Erghhh Tolonglah .. Apa dah jadi nie..” Shin Young rasa macam nak nangis dah.

“Aku rasa aku faham..”

“Apa yang kau faham?..”

“Posyen ni buat seseorang jujur pada kata hati sendiri..”

“JUJUR?”

“Maksudnya kau tak gagal lah.” Taehyung siap belai rambut Shin Young lagi.

“Woi. Melebih dah tu.” Shin Young berkata.

“Dengar tak aku cakap.. Kau tak gagal pun sebenarnya..”

“Jangan sibuk hal aku boleh tak? “ Shin Young menolak Taehyung sedikit.

“Ceh. Sekarang nie kau cuma boleh salahkan diri kau lah.”

“asal lak?”

“Siapa lah suruh kau buat posyen dengan cemerlang sangat?” Taehyung gelak. Sebenarnya senyuman and ketawa Taehyung comel tapi tapi.. ada masa mengerikan jugak tau tak.

“Cuti musim panas nak dekat dah..Mesti Taehyung akan layan aku macam mainan dia..” Shin Young mengeluh.

“Jom..” Shin Young hanya follow Taehyung dari belakang. Tiba-tiba Taehyung mengunjurkan tangannya ke belakang. ( Cewah mengunjurkan.. Dah macam pseudopodium diunjurkan oleh Amoeba s.p untuk proses makan.. –apa sabit bio pulak dah woiiiii- = ini bermaksud homework menggunung tidak disiapkan lagi= hahaha k hambar!). Shin Young mengundurkan dirinya jauh sedikit daripada Taehyung.

“Meh la.”

“Tak nak!”

“Tak nak?” Taehyung angkat kening. Nak tak nak. Akhirnya Shin Young menggapai tangan Taehyung.

“Baik kau stop melawan aku.. Kau tak akan dapat menangkis kehenseman aku.”

“Eiii bapak koya nya kau. Tercirit aku di sini.” Shin Young buat muka.

“Satu lagi aku nie still manusia,bukan babun yang nak makan kau.” Genggaman itu diperkuatkan.

“Bagi aku kau still babuntannn.” Shin Young menjelirkan lidahnya.

“Babuntannn tu ape?”

“Babun+ orang utan la bengong.” Terus Shin Young gelak. Taehyung buat muka -_- 

“Alololo aku gurau je Ahahaha..” Shin Young gelak sampai terlompat-lompat.

“Kau ingat lawak ke?” Taehyung menyoal.

“Aah lah ngekkkk.. hahahahha.” Shin Young ketawa bapak kuat sampai orang pandang.

‘Kau diam sebelum aku suruh kau peluk aku. “ terus Shin Young diam.

“Ceh kau nie. Memang tak suka tengok aku happy kan?” Shin Young terus pandang tempat lain. Taehyung hanya tersenyum kecil.

“Apa kau senyum-senyum? Gila eh?” Taehyung tarik muka.

“Aku senyum salah. Aku buat muka salah. “

“Alololo marah ke?” Taehyung angguk.

“Koya macho lah nie?” Shin Young tengah tahan gelak.

“Aku memang macho..” Terus Shin Young gelak.

“Muka kau? Macho? Jangan buat bulu ketiak aku tumbuh la weiii. “ Taehyung geram betul dengan Shin Young nie.

“Kau tak nak peluk aku ke?” Muka kejam Taehyung keluar.

“Ala Tae…” Hmph. Kalau tolak pon.. Dia tau dia akan peluk Taehyung jugak. Taehyung tersenyum kemenangan.

“aku suka tengok kau marah.”

“Aku benci dengar ayat kau.”

“Aku suka sebab kau sudi dengar.”

“Kau diam.” Shin Young meletakkan jarinya di bibir Taehyung tanda diam.

“Okay maam . “ Dia sengih. Shin Young buat muka.

“Awak biar betul Hyojin?” Shin Young meragui Hyojin.

“Betullah.. Tadi saya tengok budak tu naik okay je.” Shin Young ikut je lah apa yang Hyojin cakap. Dia pon naik ke bangunan tinggi tu.

“Tinggi gila sia. Cam ne aku nak lompat?” Shin Young menelan air liurnya.

“Hyo…” Hyojin terus melompat. Terkejut Shin Young.

“Cis padanlah dia lompat. Chanho sambut rupanya.”

“Chanho.. Oppa..” Ew… Mereka berpusing-pusing mcm nak bagi muntohhh je semua benda.

“Ew..” Muka Shin Young memang tak leh bla gile.

“Woi.” Shin Young menoleh ke arah suara tu.

“Tak nak turun ke?”

“Aku nak turun lah nie.” Shin Young berkata. Dia baru nak guna tangga yang dyorang  panjat tadi tapi dah hilang.

“Kejap. HYOJIN!” Shin Young menjerit memanggil sahabatnya.

“Eh sorry lah Shin Young. Lupa nak cakap tadi Chanho buat tangga nie patah…”

“Cis.” Shin Young dah mula rasa gayat. Tadi bajet handal sangat. Huhu. Taehyung yang diam dari tadi memandang Shin Young.

“Okay tak?” Shin Young geleng.

“Meh la sini..” Taehyung mendepakan tangannya. Shin Young memandang Taehyung tanda aku-tak-yakin-kau-nak-sambut-aku.

“Sini je lah.” Shin Young geleng.

“Meh la…” Nak tak nak.Shin Young memejam kan matanya and macam biasa,badannya akan bergerak tanpa disuruh. Dia melompat and Taehyung menyambutnya.

“And this is me…Aku dengan dia minum Posyen yang sama tapi yang rasa perasaan tu lebih cuma aku..” Shin Young mengeluh seorang diri.

“Okay tak?” Taehyung menyoal. Dan nada suara dia memang lain. 

“Aku.. Okay je.” Taehyung melepaskan Shin Young.. And kemudian mereka memandang ke tempat lain.

“Shin Young! “ Shin Young tersedar.

“Okay tak?” Geleng pon tak,angguk pon tak.

“Hey kenapa nie? Pucatnya muka.”

“Trauma?” Dia menjongketkan bahunya.

‘Kenapa aku je rasa macam nie? Tak adilnya!”

“Dah tu?” Tak berjawab

“Yahh Shin Young!” Shin Young memandang Hyojin.

“Emm.. Sakit perut lah. I nak pergi toilet jap.” Shin Young bangun meninggalkan Hyojin yang terkebil-kebil. Shin Young berjalna ke bilik air sambil non-stop fikir pasal that thing.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
intanshahirah #1
Chapter 12: Owwhh..So sweet..
misz_dina #2
Chapter 12: Omo...sweetnye >\\\<...sye bce ff ni asyik senyum sorg jerr.adik tengok pon pelik.btw,a/n ni org timur ke?teka je .x tau betul ke x..
hyemipark
#3
Chapter 12: How cute plus sweet
Asyik tersengih je saya baca chap ni haha ><
Looking for your next ff
FF NI MMNG DAE TO THE BAK
FIGHTING!!!!
starlight_miss
#4
Chapter 12: so sawit!!!
Sawako184
#5
Chapter 12: aaaah sweetnya~
Sawako184
#6
Chapter 11: dh habis ke citer ni?
starlight_miss
#7
Chapter 11: alolo... comelnye diorang
sweet!
hyemipark
#8
Chapter 10: Finally ><
Wahh kelako plk chap ni hahaha lol
Sorang teguk Posyen Lupa,sorang duk lukis pentagram Hahahaha lel
PLEASE UPDATE SOON
FIGHTING!!!
ilirsyana #9
Chapter 9: author ! jahat . knp lme tk update . hm smpai hati . jgn laa buat citer ni trgantung . at least pliss pendekkan jln cerita ke . hm