004

My Love Potion

Pagi tu Shin Young dah macam pencuri tak berbayar. Dia berjalan terhincut-hincut (eh.. Gini eh eja dia?) ke dapur. Dia pandang kiri and kanan.

“Selamat..”

“Omo!” Shin Young terjerit sikit. Pn.Kim terkelip-kelip memandang Shin Young yang pucat.

‘Kamu demam ke?” Shin Young geleng sambil tersengih.

“Duduklah.. Mak cik buatkan sarapan. Taehyung tengah bersiap tu.” Shin Young mengigit bibirnya.

“Okay.” Dia duduk di kerusi biasanya. Menunggu dengan gementar. Pn.Kim menyediakan teh untuk Taehyung and susu untuk Shin Young.

“Thanks.” Shin Young minumnya and Pn.Kim menyambung semula kerjanya . Shin Young mengambil kesempatan itu dengan mencampurkan Posyen Taat itu ke dalam teh Taehyung kemudian mengacaunya dengan segera.

“Ma..” Shin Young tersentak.

“Yang kau pulak terkejut babun nie dah kenapa?” Taehyung memandang Shin Young.

“Tak.. Tak ada pape.” Shin Young berdehem. Dia meneguk air susunya.

“Aiii Taehyung.. sudah-sudah lah settlekan rambut tu. Sarapan jom.” Pn.Kim duduk dihadapan Shin Young.

“Ye lah.” Taehyung tak duduk. Dia terus capai teh tu and terus minum. Shin Young dah tersenyum jahat.

“Yes dia minum.”

‘Mak cik.. saya pergi dulu ye.”

“Eh tunggulah Taehyung.” Pn Kim berkata.

“Saya tunggu dia kat luar.” Shin Young mencapai begnya,menyarung kasutnya dan menunggu di luar rumah. Taehyung angkat kening.

“Dah pahal dengan pendek tu?” Pn Kim menjeling Taehyung.

“Ye lah ye lah. Eh ma,ma letak lebih gula ke dalam teh ni? Manis gila.” Taehyung berdehem sedikit. Dia memang tak suka benda manis.

“Lebih gula? Ma letak macam biasa lah. Kamu kan tak suka manis.” Pn Kim berkata. Terus dia bangun untuk kemas dapur. Taehyung rasa semacam aje.

“Eh cepatlah. Shin Young tunggu tu.” Dengan muka blank, Taehyung mencapai begnya,menyarung kasutnya and berjalan keluar. Shin Young yang sedang duduk di buai dipandangnya.

“Oi. Cepatlah!” Taehyung memanggil Shin Young. Shin Young angkat kening.

“Posyen tu tak kuat ke? Or dia guna heksagram or pentagram dia tu?” Nak tak nak Shin Young jalan je la.

“Wei.”

“Hm”

‘beg aku berat lah. Kau angkat boleh tak?” Shin Young nak test Taehyung.

“Kau ing…” Terkejut Taehyung apabila tangannya ringan sahaja mengambil beg yang dihulurkan oleh Shin Young.

“Terima kasih.” Dengan gembira ,Shin Young berjalan dahulu.

“Woi!” Shin Young menoleh sambil angkat kening. Dia masih lagi tersengih sebelum tu.

“Kau letak something ke dalam teh aku tadi?” Taehyung menyoal.

“Mana ada.” Shin Young menjelirkan lidahnya.

“Eiiii perempuan ketot ni!” Taehyung mengangkat tangannya. Shin Young dah terketar. Dia dah fikir macam-macam. Manalah tau posyen tu mengalir dalam badan Taehyung sekejap je ke.

“Jangan guna heksagram or pentagram!” Shin Young berkata sambil menutup mukanya. Muka dulu yang dia protect. Kang calar pulak muka comel dia. Taehyung terkedu bila seluruh badan dia mengigil.

“Posyen apa kau letak?!” Taehyung bengang. Shin Young tersenyum.

“Posyen memang tak pernah hampakan aku.” Shin Young mengusap kepala Taehyung tanda mengejek.

“Kau main kasar.”

“So? Kau pun main kasar haritu.” Shin Young berkata. Ungkit kisah lama.

“Eiii Siap lah kau pendek yang tak guna. Ketot.. Gemuk…”

“Woi.. Aku tak gemuk okay!” Shin Young tak suka orang cakap dia gemuk walaupun dia tau.. And dia sedar. Dia memang kuat makan.

“Kau..”

“diam.” Automatik Taehyung diam. Memang Taehyung rasa nak aja dia tumbuk Shin Young ni.

“Wow! This is amazing.” Shin Young tiru cara Anna Frozen cakap amazing.

“Kau....”

“Aku cakap diam.” Taehyung terus diam.

“Aw. Good boy. Muahahaha” Shin Young ketawa kejam. Lepas dia dah puas ketawa dia stop.

“Kau tak nak ketawa sekali ke?” Taehyung buat muka kau-memang-nak-kena-ni.

“Gelaklah.” Tiba-tiba Taehyung baru nak gelak.

“Hah…”

“Diam.” Taehyung terdiam.

“Ohoi. Seronok jugak kenakan kau.” Tanduk Shin Young terserlah.

“Ehhh janganlah..” Taehyung buat puppy eyes.

“Kau ingat kau comellah?” Shin Young ulang tayang balik ayat Taehyung.

“Okay dengar ni. Sekarang kau dah jadi hamba aku.. Faham? Tak kiralah betapa kau tak nak ikut arahan aku.. Tapi.. Posyen yang mengalir dalam badan kau tu akan paksa kau ikut segala kemahuan aku..” Shin Young senyum sinis. Dia puas hati.

“Wei Taehyung. Nak semua daging tu boleh?” Taehyung memandang Shin Young. Pn Kim and En Kim pandang Taehyung. Dyorang tau anak dyorang sangat tak suka kongsi makanan.

“Ka….”

“Silakan.” Belum sempat Pn.Kim nak cakap something,Taehyung dah potong dulu. Ternganga Pn Kim and En Kim.

Pintu bilik Taehyung diketuk dari luar.

“Masuk.” Muka Shin Young tersembul.

“Kau keluar balik.” Taehyung mengarahkan Shin Young keluar.

“Apa kuasa kau nak suruh aku keluar? Aku nak masuk.” Shin Young melemparkan senyuman. Taehyung mengeluh.

“Silakan.” Dengan muka happy Shin Young duduk atas meja study Taehyung.

“Kau tak nampak ke aku tengah buat homework? Duduk la bawah.” Taehyung berkata. Shin Young geleng kepala tanda tak nak.

“Aku nak duduk atas ni boleh tak Taehyung?” Shin Young menyoal. Dia nak ketawa tengok muka give-up Taehyung.

“Silakan.” Shin Young sengih. Taehyung sambung balik kerja dia even dia tau Shin Young kacau dia. Kalau dia halau pun Shin Young akan arahkan dia buat something and bla-la-la-la-la.

‘Apa tujuan kau masuk bilik aku?” Selepas beberapa minit diam baru Taehyung bersuara balik.

“Aku suka kau tanya soalan tu.” Taehyung angkat kening.

“Ni homework aku.” Bulat mata Taehyung tengok buku-buku Shin Young.

“Jangan cakap…”

“Yup! Buat semua homework aku.” Shin Young menayangkan giginya tanda sengih.

“Aku pun ada homework.” Taehyung membantah.

“Taehyung?” Taehyung buat muka menyampah.

‘Ya.”

“Buat homework aku. Sekarang!”

“Okay.” Shin Young tersenyum gembira. Taehyung tak sengih or senyum tapi menderita.

“Apalah motif kau letak posyen dalam aku punya teh?” Taehyung menyoal. Dia berhenti menulis kejap.

“Yang pasti bukan untuk balas dendam.” Taehyung angkat kening tanda tipu-eh?

“Betullah. Tak caya?” Taehyung angguk.

“Okay. Dengar ni. Aku .. Aku perintahkan kau supaya sukakan aku!” Shin Young berkata. Penuh yakin.

“Ohoii. Kepala hotak kau.. Memang mutahillah sengal. Ni lah orang pendek. Akal pon pendek!” Terus Taehyung caci Shin Young.

“Dah kau ingat kau tinggi maka akal kau panjang?” Taehyung angguk. Sakitnya hati Shin Young nie. Patutnya dia buat Posyen Bisu biar Taehyung tak leh bercakap!

“Oi. Ini satu arahan and kau kena taat! Sebab tu aku isi Posyen Taat dalam teh kau!” Shin Young geram. Kenapa gagal? Dia penat berjaga and itu hasilnya? Omo. What the flushhhh?

“Walaupun kau arahkan aku suka kau. Benda tu mustahil.” Taehyung tekankan perkataan M.U.S.T.A.H.I.L itu. Shin Young tak faham.

“Haihh kau ni. Bengap betul. Kau tak tau ke perasaan cinta or sayang kat seseorang tu macam mana?” Shin Young geleng.

“Okay dengar eh. Jantung aku nie ha. Yang cantik and sihat ni langsung tak berdebar bila kau dekat dengan aku. Steady je. Kau rasa sekarang ni arahan tu berkesan tak pada aku?” Shin Young geleng.

“Sebab tu lah aku cakap mustahil.” Taehyung menyambung. Shin Young terdiam buat seketika. Cuba loadingkan and cari maksud bagi semua kata-kata Taehyung tadi.

“Kau.. Aku maybe lah tak berapa nak faham sebab ayat kau macam.. Macam bombastik sangat sampai susah otak aku nak tafsir..”

“Tu lah namanya akal pendek.”

“Kau diam !” Taehyung terus diam.

“Tapi. Aku akan pastikan yang kau akan suka aku,sayang aku and jatuh cinta pada aku!” Semangat beno si Shin Young ni.

“Kan aku cakap. Mustahil. Kau tak faham bahasa ke?” Taehyung berkata. Shin Young diam.

“Apa-apa pun. Buat homework aku sekarang!” Terus Shin Young keluar dari bilik Taehyung.

“Ada ke Posyen Jantung Berdebar?” Shin Young baring di atas katilnya.

“Mungkin aku patut buat Posyen Tertarik..” Shin Young bermain dengan selimutnya.

“Tapi..Posyen tu.. Cikgu Roo je yang tau buat.. Hmmm Kalau aku mintak kat dia.. agak-agak dia halalkan tak?” Shin Young mengigit bawah bibirnya. Berfikir.

“Ehhh tak boleh tak boleh! Sebagai seorang ahli sihir yang bakal graduate,aku tak boleh rendahkan maruah aku and minta tolong dengan cikgu. Aku kena buat semua tu sendiri. Fighting!” Shin Young memberi kata-kata semangat kepada dirinya.

“Tapi.. Apa sabit jantung berdebar dengan love? Macam sengal je.”

“Woi.” Taehyung memandang kosong ke arah Shin Young.

“Ape?”

“Aku nak daging kau..” Taehyung mengeluh.

“Silakan.” Dengan hati yang berbunga penuh riang lalalalalala blalalallala,Shin Young terus ambil daging Taehyung tanpa rasa bersalah. Shin Young sambung makan semula. Tiba-tiba dia nampak sesuatu.

“Taehyung.”

“Apa lagi?” Tak senang Taehyung nak makan.

“Aku nak fishball kau.” Shin Young memberikan sengihan terbaiknya.

“Silakan.” Shin Young ambil semua fishball Taehyung tanpa tinggalkan satu pun untuk Taehyung. Mereka sambung makan semula.

“Tae..”

“Kau ambil la semua sekali. Aku dah kenyang.” Taehyung hulurkan bekas makanannya kepada Shin Young.

“Hehe. Terima kasih.” Betullah si Shin Young ni tak ada perasaan kesian.  Tanpa melengahkan masa,dia terus sumbat semua makanan Taehyung dalam mulutnya.

“Baiknya lah kau ni Taehyung.” Kata Chan Ho. Taehyung diam. Malas nak jawab. Perut dia betul-betul lapar.

“Minah ni memang kejam lah! Tak pasal-pasal aku tak boleh guna heksagram or pentagram aku. Geram betul aku dengan dia. Kau tengok lah ketot,ada hari ada ubi.. Eh.. Ada ubi.. Haaa.. Ada ubi ada batas,ada hari aku balas.” Baru betul.

Shin Young menepuk-nepuk perutnya yang kenyang itu. Memang sedap betul kalau makan makanan orang lain. Rasa nikmat je tengok orang tu lapar. Hahahaha.

“Erm.. Shin Young.” Shin Young angkat kening bila Hyojin memanggilnya.

“Kau dengan Taehyung pernah kiss eh?” Terkejut babun Shin Young.

“Agaklah. Siapa nak kiss tikus bangang lagi bongok tu? Tak kuasa aku.”

“Apa kau merepek ni?” Shin Young menyoal Hyojin.

“Takde lah. Haritu ada siapa entah cakap kau dengan Taehyung kiss atas bumbung sekolah..” Ahh.. Baru Shin Young ingat scene tu. Mana ada dia kiss. Tikus yang bangang lagi bongok tu yang membirah tahap ulat bulu terlebih bulu. Eii.

“Tapi disebabkan korang adik beradik kembar,dyorang rasa dyorang salah tengok.” Hyojin menyambung. Shin Young angguk setuju.

“Tapi kan.. Aku tak rasa dyorang salah.” Start dah.. Shin Young rasa nak free kick aja si Hyojin tu.

“Kau dengan dia pernah kiss kan?” Shin Young geleng laju.

“Eihh sapa nak kiss dengan tik… I mean dengan mamat psiko pakai si.. I mean mamat psiko yang perasaan perfect tu.” Shin young berkata. Hyojin smirk ke arah Shin Young .

“Apa?”

“Cara kau cakap tu macam korang dah kiss! Aww!” Tak pasal-pasal Hyojin peluk Shin Young.

“Woi woi!” Shin Young cuba melepaskan dirinya tapi kuat betul manusia yang bernama Hyojin ini memeluknya. Sampai rasa nak patah tulang belakang.

“Kau dengan dia dah kiss!” Sempat pulak buat filem Hindustan free. Main peluk sambil pusing-pusing.

“Woi! Eihh! Kau salah ni..” Masih lagi dalam cubaan untuk melepaskan diri tapi gagal.

“Adakah kau bertepuk sebelah tangan?” Hyojin langsung tak endahkan kata-kata Shin Young.

“Natang apa kau merepek ni? Kau lepaskan aku !!“

“Oh. Rupa-rupanya Shin Youngku sedang dilamun cinta. AA!” Baru lah dia lepaskan Shin Young . Sesak nafas Shin Young.

‘Aduyaiii. Sakit betul otak aku dia peluk..”

“Aku ada satu idea!” Malas betul otak Shin Young layan Hyojin buat masa ni. Pelukan yang kuat tadi buat Shin Young nak terberak. Huhu.

“Dengar tak ni Shin Young?” Shin Young angguk.

“Nanti jom kita pergi Busan sama-sama.”

“Busan?” Dunia apakah itu?

“Aah Busan. Malam musim panas ni dyorang ada buat pertujukan bunga api.” Mata Hyojin bersinar-sinar.

“Okay so?” Shin Young tak dapat tangkap.

“Kau kena ikut aku!!”

“Kenapa aku kena pergi? Wajib ke?”

“Yup. Wajib.”

“Pahal pulak da?”

“Sebab itu a part of satu misi.”

“Misi apa pulak da…..?”

“Misi ‘Membuat Jantung Taehyung Berdebar’.”Jantung berdebar? Buatnya jantung Taehyung berdebar sampai meletop kang.. Habis musnah gred dia nanti.

“So kalau jantung dia berdebar.. apa jadi?” Shin Young menyoal.

“Maknanya dia suka kau lah!! Aaa..” Shin Young angkat kening.

“Aah la. Asal aku tak pernah terfikir selama ni ek? Aku fikir cuma nak hasilkan posyen sampai aku tak tahu macam mana nak buat cara natural. Okay aku akan cuba kali ni!” Shin Young angguk sesorang.

“Shin Young?” Shin Young tersedar dari lamunan dia.

“Dengar tak?” Shin Young geleng.

“Ulang balik..” Shin Young menyuruh Hyojin rewind apa yang Hyojin cakap tadi.

“Aku cakap.. Aku dengan Chan Ho pon fall in love bila kitorang sama-sama tengok pertunjukan bunga api!” Mata Hyojin dipandang oleh Shin Young . Tiada penipuan nampaknya. Bagus. Dia boleh jadikan Hyojin sebagai tok gurunya.

“Betul ke ni tok guru?” Eh. Tok guru?

“Ye betullah!” Hyojin menjerit excited.

“Shin Young. Berusahalah untuk pujuk Taehyung!” Shin Young angguk dengan excited.

“Aku akan cuba!” Mereka membuat high-5/ hi-5? Entah. Saya pon da confuse.

“Pertujukan bunga api?” Shin Young angguk.

“Jomlah pergi sesama. Kalau kau cakap kau tak berminat pergi.. Aku….”

“Jom.” Taehyung cut line Shin Young.

“Eh. Senang lah pulak kau setuju dengan aku malam ni.” Shin Young berkata. Pelik pulak dia dengan Taehyung ni.

“Kalau aku tolak nanti kang.. Entah posyen apa lagi kau sumbat dalam badan aku ni. Aku malas nak gaduh. So.. Okay kita pergi sesama.” Taehyung berkata. Bantal di tangannya di campakkan ke katilnya.

“Kau ni bijak jugak eh tikus.” Shin Young sengih. Taehyung angguk je la kemudian dia baring atas katilnya. Nak tidur. Penat.

“Wei wei..”

“Hmmm.”

“Bangun lah.” Haihh even Taehyung sendiri tak nak bangun,badannya akan automatik bangun di sebabkan posyen itu.

“Apahal?” Taehyung menggaru rambutnya.

“Apa kata kalau kau cakap kau … ‘sayang aku,suka aku,cintakan aku’.. Cepatlah!!...” Shin Young berkata sambil melompat-lompat.

“Okay. Duduk la. Dah macam babun yang dah lama tak makan aje aku tengok kau ni.” Cepat-cepat Shin Young duduk bersila depan Taehyung.

“Aku tak suruh duduk atas lantai. Duduk sebelah aku ni ha.” Taehyung berkata.

“Tak nak aku. Kau seram. Cakap je la cepat.”

“Ye lah ye lah.” Shin Young tersenyum. Dia pasti yang bila Taehyung cakap macam tu mesti lepastu Taehyung suka dia and dia dapat graduate! Aaaaa seronoknya >_< !

Tengah-tengah Shin Young duk berangan,tetiba dia rasa dia terapung.

 “YAH KIM TAEHYUNG!”

“Kau tak nak duduk sebelah aku.” Baru je Shin Young nak libas balik,Taehyung dah potong dulu.

“Baik kau diam kalau tak aku tak cakap.” Barulah Shin Young diam.

“Aku suka kau.”

“Sepatutnya dia yang berdebar. Asal aku pulak?” Shin Young jadi pelik pulak dengan dia.

“Pastu aku cintakan kau.” Shin Young beranikan diri untuk pandang mata Taehyung.

“And aku sayang kau.. Sayang gegila. Aku paling sayang kau dalam hidup aku...” Rasa macam nak meletup pulak hati Shin Young.

‘Walaupun aku tak rasa apa-apa tapi berapa kali kau nak dengar pun aku boleh cakap.” Serentak dengan itu Shin Young terjatuh atas lantai. Sakitnya tak diendahkan.

“Eihh! Apa guna kau cakap kalau tak ada maksud!!!” Geram betul Shin Young dengan Taehyung ni.

“Apa maksud ayat kau tu? Bukan kau suruh aku cakap ke tadi?” Taehyung macam biasa. Suara tak bernada dia tu memang boleh buat Shin Young tersentap. Kadang-kadang la.

“Aku tak fahamlah.” Shin Young rasa bengang bila dia tak faham apa-apa pun.

“Kau tak akan faham lah aku rasa. Apa kau ingat C.I.N.T.A tu semua cinta jujur ke? Ada je orang menipu untuk puaskan hati dia. Or untuk balas dendam. Macam saja-saja. Pastu bila dia rasa bosan dia tinggalkanlah orang tu .. Apa susah.” Taehyung baring semula.

“Aku tak sangka manusia kejam.”

‘Ahli sihir yang sihir orang supaya sukakan dia walaupun orang tu tak sudi… Lagilah kejam.” Silent.. Shin Young bangun and terus keluar dari bilik Taehyung.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
intanshahirah #1
Chapter 12: Owwhh..So sweet..
misz_dina #2
Chapter 12: Omo...sweetnye >\\\<...sye bce ff ni asyik senyum sorg jerr.adik tengok pon pelik.btw,a/n ni org timur ke?teka je .x tau betul ke x..
hyemipark
#3
Chapter 12: How cute plus sweet
Asyik tersengih je saya baca chap ni haha ><
Looking for your next ff
FF NI MMNG DAE TO THE BAK
FIGHTING!!!!
starlight_miss
#4
Chapter 12: so sawit!!!
Sawako184
#5
Chapter 12: aaaah sweetnya~
Sawako184
#6
Chapter 11: dh habis ke citer ni?
starlight_miss
#7
Chapter 11: alolo... comelnye diorang
sweet!
hyemipark
#8
Chapter 10: Finally ><
Wahh kelako plk chap ni hahaha lol
Sorang teguk Posyen Lupa,sorang duk lukis pentagram Hahahaha lel
PLEASE UPDATE SOON
FIGHTING!!!
ilirsyana #9
Chapter 9: author ! jahat . knp lme tk update . hm smpai hati . jgn laa buat citer ni trgantung . at least pliss pendekkan jln cerita ke . hm