003

My Love Potion

Taehyung menyuap telur goreng gulung itu ke dalam mulutnya. Dia memandang tempat duduk di sebelahnya yang kosong.

 “Ma,mana si pendek ni?” Taehyung menyoal. Pn.Kim mengetuk kepala Taehyung dengan sudip.

“Aww. Apa ni ma!” Taehyung mengusap kepalanya.

“Tak baik panggil dia pendek. Kamu ingat kamu tinggi sangat ke?” Taehyung tarik muncung. EN.Kim hanya menggelengkan kepalanya.

“Shin Young tak keluar makan malam langsung. Dia asyik berkurung je dalam bilik dia dari balik Universiti tadi. Ada pape jadi kat dia ke,Tae?” Taehyung menkongketkan bahunya. Dia terus sambung makan macam tak ada masalah.

“Huw.. Aku takut geram! Eiii.. Boleh pulak tikus bongok tu buat macam tu! “ Shin Young membebel di dalam selimut. Dia terdengar bunyi pintu biliknya dikuak dari luar. And tiba-tiba selimutnya direntap kasar.

“Oi. Kau boleh tidur? Dengan baju tidur?” Taehyung menyoal. Shin Young yang baring macam katak itu segera bangun.

“Suka hati aku lah. Apa masalahnya dengan kau? Aku curi baju tidur kau ke?” Shin Young mula dah beleter memanjang.

“Bukanlah. Hari ni kan hari Jumaat. Bukan kau patut hantar laporan mingguan kau pada Cikgu Roo ke?” Taehyung berkata.

“Omo! Laporan aku! Aku stress sangat lah ni sampai aku lupa pasal laporan mingguan aku!” Shin Young berjalan ke arah beg posyennya.

“Eh kejap.” Dengan selamba Taehyung menarik kolar baju Shin Young.

“Eihh kenapa? Kalau kau nak cakap… Jap lagi la..” Shin Young cuba lepaskan diri tapi. Ye lah.. Dia pendek dan kurang kekuatan jadi.. menyerah adalah satu cara yang sangat efisyen buat masa tu -_-   .

“Aku nak ikut.” Shin Young berhenti bergerak.

“Kau nak ikut? Kau ada hal ke dengan Cikgu Roo?” Shin Young menyoal. Kolar Shin Young dilepaskan oleh Taehyung.

“Kau taulah nanti.” Taehyung berkata.

“aku bawa kau tapi bukan hari ni. Aku ada satu je Posyen Terbang and posyen ni memakan masa nak buat. Nanti kalau aku dah buat aku bawa kau jumpa dia. Minggu….” Tiba-tiba Taehyung merampas posyen itu and terus dia minum.

“WOI! Tu posyen aku! Kau keluarkan balik!” Tekak Taehyung dicekik.Taehyung dah macam mamia nak mati dah. Taehyung cepat-cepat telan posyen tu.

“Ei.. Apahal manis sangat posyen nie?” Taehyung rasa macam dia telan 3 tan gula.

“Memanglah. Tu perisa stra..”

“Dah dah.. Aku malas lah nak dengar kau bebel.”  Pinggang Shin Young dirangkul.

“Oi oi.. Kau nak meraba ke apa?” Muka Shin Young diletakkan di ketiaknya.

“EiI!” Shin Young menutup mulutnya. Time tu Taehyung terus terbang.

‘Nasib la kau ni pendek,senang aku nak angkut kau.” Taehyung berkata.

‘Kan aku cakap pendek itu comel. Ehh.. aku lupa.. Eh ! Kau pakai ubat ketiak tak? Bau ketiak kau macam bau taik hippo! Busuk..” Shin Young tak habis-habis bercakap.

‘Sebelum aku guna pentagram aku or aku lepaskan kau sekarang ni.. Baik kau diam.” Shin Young memandang bawah. Bapak tingginya Taehyung terbang. So.. Shin Young ambil keputusan untuk diam aje lah.

“Heyyy !” Mereka berdua menoleh ke arah suara itu. Cikgu Roo melambaikan tangannya sambil duduk di atas penyapu terbangnya.

“Eh… Taehyung dengan Shin Young rupanya.. Macam mana hubungan korang sekarang ni?” Cikgu Roo menyoal.

“Cikgu.. Lain kali.. Janganlah hantar burung murai dan si pendek dekat rumah saya ni..” Taehyung berkata. Perkataan pendek and burung murai itu dituju khas untuk Shin Young. Cikgu Roo hanya ketawa.

“And cikgu.. Jangan lah hantar saya kat rumah tikus bongok yang bangang ni..” Perkataan tikus bongok yang bangang itu pula merujuk kepada Taehyung. Mereka berdua berpandangan.

“Apa kau pandand-pandang?” Shin Young menyoal kasar.

“Baik kau diam sebelum aku lepaskan kau ke bawah.” Shin Young menyilangkan tangannya. Menyampah. Cikgu Roo tak henti-henti ketawa dengan gelagat dyorang.

“Shin Young..” Shin Young memandang Cikgu Roo dengan muka masam.

“Minggu ni.. Teruk sangat ke?” Cikgu Roo menyoal sambil ketawa.

“Cikgu.. Tak lawak okey. Cikgu tolonglah saya bebas daripada tikus bongok yang bangang ni.” Shin Young menjuihkan mulutnya ke arah Taehyung.

“Kau..”

“Okay aku diam.” Shin Young menutup mulutnya.

“Errr. Cikgu. Buku…”

“Eh saya lupa. Nah.” Tiba-tiba buku itu muncul entah dari mana. Mesti Cikgu Roo guna sihir dia. Shin Young menyambut buku itu .

“Ohoii.. Beratnya!!!” Dia menjerit. Dia memandang buku itu.

“Eh kejap.. Buku apa ni?” Shin Young menyoal Cikgu Roo.

“Itu Buku Panduan Sihir yang tak patut dikeluarkan dari perpustakaan lama. Hehe.” Cikgu Roo tersengih.

“Apahal cikgu bagi tikus bongok yang lagikan bangang nie?” Shin Young tak puas hati. Dulu dia nak sangat baca buku tu tapi tak boleh! Memang tak boleh baca. Tak adillah bagi Shin Young. Manusia boleh baca,kenapa ahli sihir tak boleh?

“sebab mulanya.. Taehyung tak nak terima awak tinggal di rumah dia so kitorang buat perjanjian. Dia benarkan awak tinggal dalam rumahnya 3 bulan dengan syarat,saya kena bagi buku yang dia nak dari dunia kita.” Cikgu Roo menerangkannya pada Shin Young tanpa selindung sedikit pon.

“Ini RASUAH namanya! Eh kejap.. Ingat saya nak sangat ke apa duduk rumah dia!” Shin Young geram betul. Cikgu Roo macam menangkan Taehyun je.

“Kenapa cikgu masih nak bagi saya tikus yang bongok lagi bangang ni? Saya pelik. Kenapa cikgu pilih dia? Kenapa dia?” Shin Young menjerit geram. Geram yang amat. Mukanya merah.

“Kenapa kamu marah?”

“Sebab… Sebab… Sebab..” Shin Young terdiam.

“Perasaan takut and marah bukanlah satu perasan yang buruk.” Cikgu Roo mengusap lembut pipi Shin Young.

“Marah and takut.. Perasaan yang menakjubkan sebenarnya. Contohnya bila kamu dilamun love. Adakalanya kamu akan rasa marah and takut juga. Kalau betul kamu marah and takut.. Maksudnya kamu serious..” Shin Young terdiam.

“Tolonglah cikgu..” Sekejap aje dia diam.

‘Tolonglah jangan guna penjelasan macam tu untuk elak soalan saya. Perasaan takut and marah yang cikgu cakap dan rasa takut and marah saya pada Taehyung jauhhhh beza okay!” Cikgu Roo pulak yang terdiam. Kemudian dia tersengih.

“Hehehe. Kantoi taktik saya..” Dia mula terbang jauh dengan penyapu terbangnya.

“OI! Cikgu! Datang balik lah!! Jangan nak lari!” Shin Young menjerit. Tiba-tiba dia terdengar sesuatu.

“Tapi Shin Young,memilih Taehyung sebagai bahan uji kaji awak merupakan tidakan yang tepat. Saya  yakin pada pilihan saya jadi janganlah risau..” Shin Young tiba-tiba diam. Mesti Cikgu Roo gunakan Sihir Perbualan sebab Taehyung macam orang pekak. Cuma Shin Young and Cikgu Roo sahaja yang boleh dengar perbualan mereka.

“Oi dah jom balik.” Taehyung terbang sekejap. Tiba-tiba dia stop.

“Kau kenapa tetiba stop ni? Kau jangan buat jahat dengan aku.” Taehyung diam.

“Kau jangan berani jatuhkan aku.” Kalau kau jatuhkan buku aku memang aku jatuhkan kau.” Shin Young menjengilkan matanya.

“Kau memang kejam tahap king kong nak runtuhkan bangunan!” Shin Young meronta-ronta.

“Diam,aku jatuhkan kau bebetul nanti.” Panas betul hati Shin Young dengan Taehyung ni.

“Aku gagal..” Dia mengeluh.

“Aku gagal sebab rasa takut and tertekan. Aku rasa macam tak boleh tidur je. Kalau aku berterusan macam ni.. MATILAH AKU!” Shin Young mengigit kukunya.

‘Sebelum aku kena bunuh dengan dia.. Baik aku bertindak dulu.. Kalau tak sia-sia aje aku tak tidur sampai pagi. Aku tertekan pun sebab dia..” Shin Young cuba memikirkan sesuatu.

“Haa! Aku ada satu idea..Hehe.” Senyuman jahatnya meleret. Dia membuka beg yang dipenuhi posyennya.

“Baik aku sediakan Posyen Taat.” Dia mengeluarkan semua bahan.

“Apa yang penting sekarang ni.Aku kena buat dia patuh and taat perintah aku.” Shin Young memasukkan sesuatu dalam posyen itu. Posyen taat mempunyai kuasa untuk pastikan seseorang itu bertindak mengikut suruhan kita.

“Walaupun cikgu tak pernah ajar posyen ni.. Aku rasa aku pernah ulang kaji dulu pasal posyen ni. Sikit lagi..”

And…

“YEY! I made it!!” Shin Young mengelap penuhnya.

“Kim Taehyung…” Dia ketawa.

“Kau siap sedialah untuk patuh perintah aku. Lepastu akan akan perintahkan kau sukakan aku.” Ketawa jahatnya keluar. Dia memandang Posyen Taat yang berwarna coklat itu. Tak sabar untuk melihat hasilnya esok.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
intanshahirah #1
Chapter 12: Owwhh..So sweet..
misz_dina #2
Chapter 12: Omo...sweetnye >\\\<...sye bce ff ni asyik senyum sorg jerr.adik tengok pon pelik.btw,a/n ni org timur ke?teka je .x tau betul ke x..
hyemipark
#3
Chapter 12: How cute plus sweet
Asyik tersengih je saya baca chap ni haha ><
Looking for your next ff
FF NI MMNG DAE TO THE BAK
FIGHTING!!!!
starlight_miss
#4
Chapter 12: so sawit!!!
Sawako184
#5
Chapter 12: aaaah sweetnya~
Sawako184
#6
Chapter 11: dh habis ke citer ni?
starlight_miss
#7
Chapter 11: alolo... comelnye diorang
sweet!
hyemipark
#8
Chapter 10: Finally ><
Wahh kelako plk chap ni hahaha lol
Sorang teguk Posyen Lupa,sorang duk lukis pentagram Hahahaha lel
PLEASE UPDATE SOON
FIGHTING!!!
ilirsyana #9
Chapter 9: author ! jahat . knp lme tk update . hm smpai hati . jgn laa buat citer ni trgantung . at least pliss pendekkan jln cerita ke . hm