001

My Love Potion

Siapa yang tak kenal tukang sihir? Mereka duduk di alam lain. Berbeza sedikit dengan manusia. Tapi yang hebat. Hey,Dyorang pon ada Universiti . Universiti itu ditubukan dua dan ianya memisahkan penyihir lelaki dan penyihir perempuan. Penyihir lelaki dan penyihir perempuan tidak disatukan dalam satu universiti atas sebab mereka berlainan cara penyihiran. Tukang sihir lelaki menggunakan Heksagram (I hentam je) untuk menyihir manakala penyihir perempuan menggunakan Posyen seperti air tapi dihasilkan dengan penuh tertib untuk menyihir.

“Haihhh! Apepahal rumah tu jauh sangat.” Gadis itu masih lagi beterbangan di kawasan langit. Mencari rumah yang akan menjadi tempat dia mendapat markah terbaik untuk semester akhirnya.

“Kalau jauh macam ni.. Habislah posyen aku.” Gadis itu still lagi mencari rumah itu dari pandangan atas.

“Abang, bukan ke hari nie ke budak perempuan tu patut sampai?” Tanya Pn.Kim sambil mencuci pinggan. En.Kim yang sedang membaca surat khabar mendongak memandang isterinya.

“Aah sepatutnya hari ni. Tak lama lagi sampai lah tu.” Dia kembali membetulkan cermin matanya kemudian menyambung semula bacaannya yang diganggu sebentar tadi.

“Aiiii! Saya tak sabar betul bila dia sampai! Rasa macam ada an..”

PICHHHHH (Bunyi kaca)

“Mangkuk!” En.Kim berlari memeluk isterinya. Terkejut apabila kaca yang berada betul-betul di sebelahnya itu pecah. Mata mereka terkelip-kelip memandang gadis yang jatuh telentang kat ruang tamu mereka.

“Aduiii..” Selepas beberapa saat barulah dia bangun sedikit.

“Kan betul aku cakap,posyen tu tak cukup.” Dia berdiri membetulkan uniformnya. Dia mendongak. Bulat matanya.

“Ehh maaf! Saya buat kerosakan ye? Saya kutip balik kaca nie..” Dia kelam-kabut nak kutip kaca.

“Eh Tak..”

PICHHHH….

Bulat mata mereka semua.

‘Ikan aku..” En.Kim memandang ikannya itu. Cepat-cepat dia kutip and letak dalam bekas berair yang lain. Sayang betul dia kat ikan dia tu. Haduyai..

‘Saya mintak maaf saya tak..” Dia terlanggar pasu bunga yang besar. Dengan senang pasu itu jatuh. Dan.. PICHHHH…

‘Saya be..”

“Tak pe tak pe.. Mak cik akan buat.” Pn.Kim dah tak sanggup tengok barang kaca rumah dia pecah. Macam mana dia nak tutup kaca balkoni dia tu kalau dah pecah macam tu. Pasu bunga tu pulak!! Bukan murah!!!!

‘Oh saya lupa! Apa khabar? Nama saya Park Shin Young. Saya dari Universiti Penyihir Perempuan yang dihantar untuk tinggal di sini sehingga tugasan semester tamat. Mulai hari ni juga saya akan berada di bawah jagaan keluarga Kim.” Dia menunduk hormat. Tapi tanpa dia sengaja dia nyaris terlanggar TV besar di belakangnya.

‘AAAAA!!!” En.Kim and Pn .Kim dah menjerit tapi tiba-tiba seluruh badan Shin Young tidak boleh bergerak. Matanya meliar mencari sihir tu. Dia tau ada orang guna sihir dalam rumah tu. Dia dapat rasa.

“Apa bising-bising nie?” Tanya satu suara. Shin Young terus pandang lelaki di hadapannya.

“Tae Tae, lepaskan Shin Young. Kesian dia.” En.Kim berkata. Taehyung melepaskan Shin Young. Shin Young terduduk.

‘Kejap. Saya rasa macam pernah tengok je muka encik nie.” Taehyung diketepikan.

‘Siapa ? Saya?” Shin Young angguk.

“Oh! Saya ingat!!!!! Encik nie lah yang pro bapok pasal sihir kan? Ramai cikgu saya asyik cakap pasal encik! Wowwww! Saya tak sangka saya akan tinggal dengan encik!   Cikgu saya kawan lama encik. Dia cakap walaupun encik dah berkawin and menetap di dunia manusia,encik betul-betul terkenal di dunia sihir kami. Boleh tak kalau encik tunjukkan sedikit sihir encik kepada saya? Saya betul-betul berminat untuk melihat sendiri kehebatan encik di hadapan saya.” Kata Shin Young. Penuh berharap.

‘Maaf Shin Young,Pak cik tak boleh gunakan sihir pak cik dah.” Terkejut Shin Young.

“EHHH! Kenapa?!” Dia menjerit.

“Woi woi. Cakap slow boleh tak? “ Taehyung mengorek telinganya. See,cepat betul cair taik telinga dia tu.

“Selepas kawin dengan Lee Hwan Hui,saya ambil keputusan untuk hidup macam manusia. Normal. Tanpa ada kuasa sedikit pon.” En. Kim berkata.

“Kan best kalau pak cik jatuh cinta dengan ahli sihir je and bukan manusia..” Bendulnya la si Shin Young nie.

‘Ehem..” Pn.Kim berdehem. Shin Young tersengih.

‘Kamu betul-betul kurang faham pasal cinta eh?” Shin Young menjongketkan bahunya.

“Tapi mungkin saya akan tau tak lama lagi sebab…” Tiba-tiba Taehyung terbatuk. Mereka memandang Taehyung.

“Eh lupa.. Shin Young,ini anak kami,Taehyung… Kim Taehyung.” Pn.Kim memperkenalkan Taehyung tapi Taehyung macam tak ada perasaan. Muka dia macam perlu-ke-aku-kenal-dia?

“So kalau dia dalam rumah nie… “

“SAYA FAHAM..” Semangat Shin Young berkata.

“Faham? Faham apa?” En.Kim menyoal.

“untuk settlekan tugasan saya,saya perlukan dia sebagai bahan uji kaji saya.” Selamba dia menunding jari ke arah Taehyung.

“Ceh. Ahli sihir perempuan memang tak guna. Dyorang mana boleh apa-apa tanpa posyen tak guna dyorang tu.” Taehyung berkata. Sinis. Mereka berpandangan. Mata berlawan mata.

“Siapa yang kau cakap tak guna tu hah? Kau tu yang tak guna. Dah lah separuh manusia separuh ahli sihir..” Shin Young berkata. Dia mengetap gigi. Geram betul dia dengan mamat depan mata dia ni.

‘Yang kau tu,apa kau maksudkan dengan bahan uji kaji huh,si pendek?” Angin satu badan Shin Young bila Taehyung hina dia pendek.

“Aku tak pendek okay! Tinggi aku 143 cm tau tak!” Shin Young berkata. Taehyung ketawa.

“Sebab tu lah aku panggil kau ‘si pendek’ , si pendek…. “ Berasap muka Shin Young.

“Dah-dah malas aku gaduh dengan kau. Cakap balik apa tugasan kau sampai kau kena hidup kat sini?” Taehyung menyoal.

“Profesional sikit,Shin Young.” Shin Young menarik nafas agar dia rasa sedikit tenang.

‘Okay dengar nie. Aku budak yang baik,cemerlang,bijak,pintar,pandai,cantik,ba…”

‘Kau boleh tak jangan puji diri sendiri. Semak la.” Taehyung berkata.

“KAU…”

“Pendek..”

“EIIII!!!”Shin Young tak boleh tahan dah.

“Geramnya aku! Biar aku ubah saiz kau supaya lagi kecik daripada microorganisma!”Shin Yeong mengeluarkan satu posyen.

“Tengoklah Posyen Transfigurasi aku! Dengan nie aku harap kau jadi tikus!” Belum sempat dia campak posyen tu.

‘Heksagram Sihir  2.” Automatik Shin Young tak leh gerak.

“Kurang ajar. Aku tak boleh gerak! Dia guna kuasa Heksagram dia.” Itulah kelebihan penyihir lelaki.

“So..” Taehyung duduk di hadapan Shin Young.

“Kalau aku kena posyen kau nie.. Aku akan jadi tikus eh? Okay menarik. Kalau macam tu aku simpan benda nie dulu. Mana tau kalau kau buat hal. Aku boleh jirus posyen nie kat kau.”

“Melampau betul mamat nie.”

“So kau nampak sekarang. Bukan kau sorang boleh guna sihir. Aku pun boleh. Jadi aku nasihatkan kau.. Jangan lawan aku,okay?” Cepat-cepat Shin Young cuba angguk.

“Hmmm. Boleh tahan bagus gak kau nie. Kau lepaskan kau dari sihir aku.” Taehyung menyentuh hujung kuku Shin Young and then terus satu badan Shin Young boleh gerak.

“Huh.. Huhh… Fuhhhh..” Shin Young betul-betul takut kalau dia lumpuh tadi. Takut tak pasal-pasal Taehyung salah baca jampi sihir dia. Tak pasal-pasal Shin Young jadi mangsa lumpuh dia -_-.

“Oh sebelum tu,kau janji ikut semua perintak aku kan?” Taehyung menyoal.

“Janji? Dengan kau? Memang ta…” Mulutnya terkunci. Terus dia angguk cepat-cepat.

‘Main kasar betul mamat nie..” Shin Young baru boleh bercakap.

‘So perintah pertama aku untuk kau.. Apa kata kau jilat jamban aku.”  Taehyung membuat smirk.

“Agak la bangang! Jamban kot. Kau kencing berak kat situ!” Shin Young memarahi Taehyung,. Arahan pertama yang terkeluar daripada IQ Albert Einstein.

“Kalau macam tu korek hidung aku pon boleh..” Taehyung berkata. Menghulurkan hidungnya.

“Cepatlah.. Aku tunggu nie..” Taehyung berkata. Shin Young menelan air liurnya.

PANGG!

‘ADOI!!!!” Taehyung menjerit memegang belakang kepalanya.

‘Shin Young tu tetamu bukan hamba! Layanlah di elok2…” Taehyung still mengusap belakangnya yang sakit. Berdenyut otak. Rasa nak cabut saraf kepala.

“Maafkan mak cik.. mak cik tak taulah perangai siapa dia ikut..” Pn.Kim menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.

“Tolonglah ajar dia baik-baik.” Shin Young berkata dalam hati. Dia rasa nak nangis sangat tadi.

“Mulai hari ni.. Aku akan tinggal sini sampai tugasan aku settle? TAK NAK!!! AKU NAK BALIK!!!!” Shin Young melompat-lompat atas katilnya. Stress betul dia.

“Kenapa Teacher Roo bagi aku raksaksa bangang tu?! EIIII! Menyampahnye!!” Habis selimut di sepaknya..

“Dah tiba masanya untuk kamu jalankan tugasan akhir kamu sebelum kamu layak di gelar ahli sihir yang sebenar.” Shin Young hanya mengangguk.

“Tugasan akhir awak ialah ‘Posyen Cinta’ .” Shin Young memandang cikgunya dengan pandang kosong.  Tak faham maybe ?

“Tugasan ini agak sukar,tak apa ke?” Cikgu Roo menyoal.

“No. Its okay. Saya pasti dapat 100% macam selalu.” Yup. Selama nie mana pernah di gagal mana-mana ujian pon.

“Cikgu pon yakin dengan kamu. Buat yang terbaik okay?” Pipi Shin Young diusap lembut.

“Untuk tugasan nie. Awak kena buat seorang budak laki bernama Taehyung. Kim Taehyung untuk jatuh cinta pada awak..” Cinta? Apa tu? Macam dalam drama ke?

“Untuk itu.. awak perlu sediakan bahan untuk ‘Posyen Cinta’ dulu. Bahan utama posyen ini ialah buat dia tertarik pada awak.” Tertarik?

‘Lagi rendah perasaan awak pada dia dan lebih kuat dia tertarik pada awak,lebih tulenlah posyen awak. Posyen yang tulen akan menghasilkan efek yang lebih hebat juga..” Tarik? Tinggi? Rendah? Okay???

‘Tapi kalau tahap ketulenannya rendah pun tak apa juga. Sebab setakat ni takde siapa berjaya hasilkan posyen yang 100% tulen..” Cikgu Roo berkata. Memegang salah satu posyennya.

“Kalau macam tu saya akan jadi orang pertama.” Shin Young confident yang dia boleh lulus ujian last tu.

“Awak yakin?” Shin Young angguk.

“Kalau awak begitu yakin,kita buat sedikit perubahan pada peraturan. Kalau awak gagal.. Awak tak boleh graduate.. Setuju?” Cikgu Roo menghulurkan tangannya.

“Deal.” Mereka bersalaman.

“Haishh aku takut dihina ke? Asal aku takut sangat nak tido.. Tapi.. Aku kena tido.. Aku nak tido.. Aku.. Zzzzzz..”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
intanshahirah #1
Chapter 12: Owwhh..So sweet..
misz_dina #2
Chapter 12: Omo...sweetnye >\\\<...sye bce ff ni asyik senyum sorg jerr.adik tengok pon pelik.btw,a/n ni org timur ke?teka je .x tau betul ke x..
hyemipark
#3
Chapter 12: How cute plus sweet
Asyik tersengih je saya baca chap ni haha ><
Looking for your next ff
FF NI MMNG DAE TO THE BAK
FIGHTING!!!!
starlight_miss
#4
Chapter 12: so sawit!!!
Sawako184
#5
Chapter 12: aaaah sweetnya~
Sawako184
#6
Chapter 11: dh habis ke citer ni?
starlight_miss
#7
Chapter 11: alolo... comelnye diorang
sweet!
hyemipark
#8
Chapter 10: Finally ><
Wahh kelako plk chap ni hahaha lol
Sorang teguk Posyen Lupa,sorang duk lukis pentagram Hahahaha lel
PLEASE UPDATE SOON
FIGHTING!!!
ilirsyana #9
Chapter 9: author ! jahat . knp lme tk update . hm smpai hati . jgn laa buat citer ni trgantung . at least pliss pendekkan jln cerita ke . hm