What ?! - Final
Nerd Become Popular"Yeri... Esok aku akan pergi ke China dengan keluarga aku. Aku akan berpindah di sana." Jackson menundukkan sedikit kepalanya.
"What????!!" Aku tidak percaya apa yang Jackson katakan. Aku terdiam kerana tidak tahu ingin berkata apa lagi.
"Yeri-ahh~ i'm really sorry. Aku tahu aku memberitahu kau agak lambat tapi aku tak nak kau susah hati." Jackson hanya mampu mengeluh melihat aku masih terdiam seribu bahasa.
"Ahh- Gwenchana. Jackson, aku minta maaf sangat-sangat. Aku tahu aku lukakan hati kau. Tapi percayalah di luar sana ada wanita yang lebih baik dari aku dan dapat membahagiakan kau. Aku berterima kasih pada kau sebab selalu ada di sisi aku dan lindungi aku dulu." Aku mengeluh sedikit. Tiba-tiba sahaja air mata Jackson jatuh ke pipinya. Aku mengusap perlahan air mata Jackson.
"Aku harap kau dan Kai bahagia dan kekal sampai bila-bila. Tapi kalau Kai sakitkan hati kau, aku tak akan segan-segan rampas kau dari dia. Ingat tau ?" Aku dan Jackson tergelak bersama-sama.
"Nanti kau jangan lupa aku pula. Dan jangan lupa untuk datang ke sini. ARASSO ??!" Jackson menganggukkan kepalanya.
Aku dan Jackson jalan bersama-sama keluar dari bangunan sekolah lalu ternampak Kai sandar di pagar sekolah menunggu aku. Kai melihat aku berjalan bersama Jackson.
"Y-yah Yeri-ahh.. Why so late ?" Kai memuncungkan bibirnya lalu aku menepuk bibirnya.
"Aigooo mianhaee. Tadi Yeri dengan Jackson ada benda penting. Erm Jackson pindah ke Chin
Comments