Point 4

Intersection

 

POINT 4

“Saeng tahu ke mana dia pindah?”

 

Lee Na melihat Puan Im menggeleng perlahan. “Saya pun tak tahu, Lee Na. Saya pasti akan beritahu kamu kalau saya tahu ke mana dia pergi, tapi mianhe. Saya tak diberi tahu apa-apa mengenainya. Saya akan cuba cari tahu, tapi tak janji kalau saya akan dapat cari di mana dia berada sekarang.”

 

Lee Na mengangguk kecil. “Kamsahamnida, Im seongsaengnim.” Dia memberi tunduk hormat sebelum keluar dari bilik guru. Siapa lagi yang boleh ditanya nya? Telefon bimbit Yugyeom juga tidak dapat dihubungi. Dengan keluhan berat, Lee Na berjalan kembali ke kelas. Yugyeom sudah tidak hadir selama seminggu. Dan, selama seminggu itu jugalah Lee Na ke hulu hilir bertanya kepada orang yang mengenali Yugyeom. Malangnya, tidak ramai yang rapat dengan lelaki itu di sekolah ini. Hanya dia dan rakan sekelas mereka sahaja. Jika dia juga tidak tahu apa-apa tentang kepergian lelaki itu, siapa lagi yang tahu?

 

Minho.

 

Lee Na menggeleng pantas. Mungkin lelaki itu tahu, tapi dia tidak berani untuk bertanya padanya. Takut nanti dia tergagap-gagap seperti orang bodoh saat berhadapan dengan Minho.

 

Patutkah aku ke rumahnya?  Munkin halmeoni tidak ikut pindah bersama lelaki itu.

 

Lee Na memberi senyuman kepada Jia dan yang lain, sebelum duduk di tempatnya.

 

“Ottohkei? “ tanya Ae Cha prihatin.

 

“Im seonsaengnim pun tak tahu. Ke mana dia pergi sebenarnya? Langsung tak beritahu kita apa-apa.” Rungut Lee Na sambil matanya merenung kerusi kosong milik Yugyeom.

*X *X *X*

“Yeoboseoyo? Ada orang kat rumah?” Lee Na mengetuk pintu itu beberapa kali. Tingkap yang separuh jernih itu diintainya, cuba untuk melihat jika ada orang yang berada di dalam.

 

Mungkin halmeoni pun ikut pindah.

 

“Yeobeoseoyo!” Lee Na mengetuk lagi. Berharap ada halmeoni di dalam. Tapi dia tahu dia, kalau dia membuang masa di situ. Halmeoni tidak akan ditinggalkan bersendirian. Pasti wanita itu akan ikut sama.

 

Dengan perasaan hampa, Lee Na mengenggam tali beg sekolahnya, sebelum berjalan keluar dari kawasan rumah itu. Tiba-tiba, matanya tertancap pada basikal berwarna merah hati, yang diletak berhampiran pagar kayu rumah Yugyeom. Basikal tua itu sudah tercabut satu tayarnya, dan besinya juga sudah berkarat separuh. Mungkin pembeli besi buruk saja yang berminat dengan basikal itu. Lee Na menyusun langkah mendekati basikal itu, sebelum duduk mencangkung untuk memeriksa keadaannya. Bibirnya kemudian mengukir senyum.

 

“Woohoo!” Lee Na menjerit kuat sambil mendepakan tangannya. Kelajuan basikal yang dikayuh Yugyeom semakin menguatkan tamparan angin di wajah mereka. Lee Na tidak kisah dengan keadaan rambutnya yang sudah berserabut.

 

“Gyeommie-ah! Laju lagi!” arah gadis itu.

 

“Kau ingat kaki aku enjin ?” rungut Yugyeom di situ. Lee Na ketawa terbahak-bahak sebelum memegang kemas baju lelaki itu, cuba untuk mengimbangkan badan.

 

“Lee Na-ah!”

 

“Nae?” jawab Lee Na penuh semangat. Basikal yang dikayuh Yugyeom semakin perlahan. Lee Na dapat melihat wajah Yugyeom yang sudah berpaling ke belakang.

 

“Kau nak tahu sesuatu? Orang-orang tua dulu kata, waktu kau kayuh basikal laju-laju, kau mesti tutup mata, lepas tu sebut nama orang yang kau mahu dalam hati. Kalau kau buat dengan betul, kau akan dapat orang tu.” Yugyeom memandang Lee Na dengan penuh yakin.

 

“Jinjja?” tanya Lee Na penuh teruja. Tapi kemudian dia seperti tersedar akan sesuatu dan mencucuk pipi Yugyeom.

 

“Aaaa~ Kau menipu kan? Geojitmal (Penipu)!” kutuk Lee Na sambil tersenyum-senyum. Yugyeom masih mengekalkan wajah seriusnya dan memandang Lee Na tidak percaya.

 

“Aku tak menipu! Suka hati kau lah nak percaya atau tak.”

 

Yugyeom mengayuh basikalnya semula, membawa mereka melintasi  jalan di mana di kiri dan kanannya dipenuhi lautan bunga Canola kuning. Lee Na tersengih , menutup matanya sebelum berteriak kuat. “CHOI MINHO!!”

 

Dia dapat mendengar bunyi ketawa Yugyeom selepas itu. “Aku cakap dalam hati, bukannya teriak. Pabo!”

 

“Gwenchana! Mungkin kalau aku jerit, lagi besar peluang aku. Kau sudah sebut ke?”

 

“Aku? Sudah!”

 

“Jeongmal? Nama siapa yang kau sebut? Aku kenal ke?” Lee Na tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya. Dia tidak dapat melihat wajah Yugyeom kerana lelaki itu khusyuk memandang jalan di hadapan.

 

“Aku tak nak bagitau kau!” ringkas saja Yugyeom menjawab.

 

Lee Na memuncungkan mulut. Perahsia betul mamat ni!

 

“Geojitmal (Penipu)..” ujar Lee Na sambil tersengih. Basikal itu dipandangnya lagi sebelum dia berdiri, dan mengatur langkah untuk beredar dari situ.

*X *X *X*

“Cakaplah!”

 

“Alah! Kau lah yang cakap.” Yee Na menolak bahu Jia sebelum mereka berdua berpandangan, menghantar mesej melalui bluetooth mata.

 

Lee Na berhenti menulis dan memandang kawannya silih berganti. “Wae? Ada apa-apa yang korang nak bagitahu aku?”

 

Jia tersenyum semanis mungkin. Berharap Lee Na tidak terasa dengan kata-kata mereka nanti. Lagipun, sudah lama gadis itu tidak bercerita apa-apa mengenai Minho. Menyebut nama lelaki itu juga jarang. Jadi, mereka takut jika berita itu disampaikan kepada Lee Na , nanti gadis itu akan teringat lelaki itu semula. Lee Na memang banyak berubah setelah dia dan diorang Ae Cha bergaduh besar tempoh hari. Gadis itu semakin rajin membuat kerja sekolah, mendengar penerangan cikgu di hadapan dan kurang berbual jika tidak ada perkara penting.

 

“Erm..kau ada dengar berita pasal Minho?”

 

Lee Na memandang wajah Jia, cuba untuk mencari apa berita yang ingin diberitahu gadis itu. Dia kemudian tersengih sebelum menyambung menulis. “Kenapa? Dia ada kekasih baru lagi?” sindir  Lee Na.

 

Tae In dan Ae Cha hanya ketawa. Dua orang manusia itu sudah tidak berani untuk berbincang apa-apa berkenaan Minho.Tidak mahu Perang Dunia Ke-3 meletus semula.

 

“Aniya!” desis Jia tidak sabar. “ Program Young Heritage anjurannya failed. Ataupun dengan kata lain, gagal! Kami dengar cerita kalau pengetua marah dia dan Prefect Team . Program tu kan melibatkan sekolah lain juga. Kami dengar kalau semua tu salah Minho.”

 

Yee Na mengusap dagunya, dan Jia sudah membulatkan mata memandang muka tak berperasaan Lee Na.

 

“Betulkah? Kesalahan apa yang dia buat?”

 

“Dia lakukan spotcheck , yang sepatutnya tak dibuat, tepat waktu Profesor jemputan dari University Cambidge tu sampaikan ceramah.”

 

“Jadi, apa yang salahnya?” Ae Cha sudah menyampuk.

 

“Salahnya..” Yee Na memandang wajah rakan-rakannya satun persatu. “ …dia sepatutnya tak lakukan spotcheck waktu tu, dan buat spotcheck means kau tak percaya dengan pelajar sekolah lain. Mestilah sekolah lain rasa terhina. Sebab semua pelajar yang ikut program tu pelajar cemerlang dan of course berdisiplin.”

 

Ae Cha, Jia dan Tae In mengangguk faham. Mereka serentak memandang Lee Na yang masih khusyuk menulis. Tidak mengulas lebih lanjut tentang hal itu.

 

“Lee Na-ah, kau tak ada apa-apa nak cakap ke?” tanya Tae In curiga.

 

Lee Na memandang wajah rakannya sambil mengangkat bahu. “ No comment.” ucapnya lagak seorang artis yang ditemu ramah. Gadis itu kemudian ketawa, sedar dengan sikap ‘perasan artis’ nya. “Maksud aku, aku tak ada apa-apa nak cakap. Mungkin dia ada sebab sendiri .”

*X *X *X*

“Kamu tak sedar kah apa yang kamu dah buat Choi Minho? Ini pertama kali sekolah kita dapat kritikan macam ni. Kenapa kamu tak dengar cakap saya tempoh hari?” Encik Han sudah menghempas failnya di atas meja. Memandang Minho yang sedang menundukkan wajah dengan renungan tajam.

 

“Maaf, seongsaengnim.”

 

Hanya itu yang mampu diucapnya. Sudah hampir sepuluh kali dia menyebut kata azimat itu, tapi dia sedar itu tidak akan dapat mengubah apa-apa. Dia tahu semua itu salahnya. Dia tidak tahu bagaimana minuman keras itu tidak dapat dijumpai, padahal kedua matanya sendiri dapat menangkap barang itu. Setelah dia memaksa team nya melakukan pemeriksaan mengejut, tiada apa-apa yang mereka jumpai. Tiada. Pelajar itu pasti licik kerana dapat menyembunyikannya.

 

“Saya betul-betul kecewa dengan kamu, Choi Minho. Saya kecewa sangat. Walaupun kamu nak jalankan tugas dengan betul, kamu tak boleh bertindak sembarangan macam tu. Ni semua bukan tentang kamu seorang, tapi juga melibatkan saya, team kita, dan nama Gangwon-do High School.” Encik Han sudah memicit-micit kepalanya. Bingung dengan apa yang telah berlaku.

 

“Kamu boleh keluar.”

 

Minho memberi tunduk hormat, meminta maaf sekali lagi sebelum keluar dari pejabat lelaki itu. Dia menarik nafas dalam sebelum mengehmbuskannya perlahan. Kata-kata Encik Han ada benarnya. Dia tidak patut bertindak terburu-buru. Kakinya melangkah masuk ke dalam kelas 5-1.

 

Kelas mereka sudah kosong, tidak hairan kerana sekarang sudah pukul empat petang. Dengan perlahan, dia mengemas buku-bukunya yang berterabur di atas meja sebelum memasukkannya ke dalam beg. Dia tidak dapat menumpukan perhatian pada pelajarannya kebelakangan ini. Dengan masalah yang menimpa, mana mungkin dia boleh berlagak macam tiada apa-apa yang berlaku. Laci meja diintainya, takut ada barang yang tertinggal. Tapi, matanya tertancap pada sekeping surat dan kad berbentuk ‘smiley’, yang sudah lama tidak dilihatnya. Kedua-duanya terselit kemas di laci meja miliknya. Minho mengambil kad dan surat itu sebelum duduk di atas kerusi.  Smiley itu direnungnya dalam-dalam sebelum isi kandungan surat tadi dibacanya.

 

Dear Mr Crush,

 

Minho tersenyum kecil. Memang itu perkataan wajib yang akan ditulis oleh gadis misteri itu bagi setiap surat yang ditulisnya.

 

It has been a long time, right? Sorry for not giving you any gifts and letters for these past few months. I’m not busy. I just… I don’t know.

 

Jujur macam selalu. Komen Minho.

 

You must wondering, why did I write to you in English, right? Well, it just because I want to improve my English. No hidden meanings behind it.

 

Minho ketawa kecil.

 

Our O-Level examination is around the corner, so I guess it’s not wrong to use English in my last letter. I’m kinda learning and writing letters for my crush at the same time. Like people said, killing two birds by one stone.

 

Last letter?

 

I heard some not-good news from my friend about you. My friends are truly(?) (is that correct? Well, you can correcting my grammar mistakes here, but of course I’ll not taking this letter back) paparazzi in our school so I’ll know everything that happened here. I’m understand the shattered feelings that you going through at this moment. With all of the stupid problems and exams stuff, you must be so depressed and frustrated. Perhaps, those little ty problems (sorry for cursing here) will bring you down, but just remember there is always one person here who will always support you. It’s not me, of course! Don’t misunderstand. 0_0  Huh! Okay! I  admit it, it’s Me. ^_^ kekekeke

 

Minho ketawa lagi.

 

Minho-ah… do you know how much I want to called you by that name? But, that kind of name can only be used by your close one, so, it’s kinda appropriate for me to use it. We’re not even close. As you know, this is my last letter. Don’t ask me why because I have my own reasons. I really want to tell you one thing. If you ever feel like giving up, remember that there is someone out there that looks up to you. Do it for them. Don’t ever give up, Minho-ah. Stay smiling just like all the smiley cards  I gave you all this time. You look more handsome though, wearing that charming smile. (I’m not flirting, okay? Just telling a fact.)

 

Goodbye,

Coward Girl

 

Minho melipat semula kertas tadi dengan sengihan. Smiley itu dipegangnya erat. Lega kerana dengan semua yang berlaku, masih ada insan di luar sana yang menyokong dirinya. Berada di sisinya.

 

“Coward girl?” Minho merenung surat itu sebelum berdiri, melangkah keluar dari kelas.

*X *X *X*

Lee Na menelan air liur yang pahit dirasakannya sebelum menghampiri Minho yang sedang berdiri di hadapan tangga. Waktu rehat sudah habis, dan ramai pelajar yang menaiki tangga tersebut, menyebabkan keadaan di situ sesak sedikit. Cadangnya dia ingin bertanya kepada Minho waktu rehat tadi, tapi kelibat lelaki itu tidak kelihatan di kantin. Mungkin sibuk meronda kawasan sekolah.

 

Lee Na! you can do it!

 

“Err..Choi Minho.” panggil Lee Na dengan berhati-hati. Alamak! Terpanggil nama penuh lah pulak!

 

Minho menoleh memandangnya. Lelaki itu tidak senyum mahupun menjeling. Wajahnya tidak menunjukkan apa-apa reaksi sebenarnya.

 

“Nae?”

 

“Saya nak tanya pasal Yu-Yugeyom. Awaktahudiapindahkemana?”

 

“Bwo?”

 

Lee Na menampar wajahnya secara mental. Menyalahkan diri sendiri kerana nervous tak tentu pasal di hadapan lelaki itu.

 

“Yugyeom..awak tahu dia pindah ke mana?” tanya Lee Na. Kali ini dengan penuh jelas.

 

“Oh, Yugyeom. “ Minho merenung wajah Lee Na menyebabkan gadis itu tersentak sedikit.” Awak tak tahu apa-apa pasal Yugyeom?”

 

“Tak.” Geleng Lee Na, menanti jawapan yang akan keluar dari bibir lelaki itu.

 

“Dia keluar dari bandar ni, tinggal dengan ayahnya. Halmeoni dah meninggal jadi tiada orang yang bole..”

 

“Jakkapman!” Lee Na tidak dapat menganalisis ayat Minho itu. “Halmeoni?”

 

“Halmeoni meninggal. Penyakit radang paru-paru.” Minho tunduk saat memberitahu hal itu.

 

Lee Na terpempan. Dadanya berdegup laju. Bukan disebabkan Minho, tapi disebabkan berita mengejut yang didengarnya. Wajah Yugyeom kemudian terlintas di minda. Wajah riang itu. Senyuman Yugyeom. Rakannya itu benar-benar menyayangi neneknya . Apakah perasaan Yugyeom saat wanita itu meninggalkannya? Lee Na menahan air matanya daripada jatuh. Tidak dapat membayangkan kesedihan Yugyeom waktu itu, dan yang lebih mengharukan, dia tiada di sisi lelaki itu saat Yugyeom memerlukan seorang sahabat untuk menemaninya.

 

“Kamsahamnida.” ucap Lee Na sebelum berniat untuk masuk ke kelasnya semula, tapi suara Minho memanggil namanya menghentikan langkahnya.

 

“Kang Lee Na!”

 

Lee Na menoleh ke belakang. Melihat senyuman lebar terpampang di wajah lelaki itu. Dan, lelaki itu juga menyebut namanya dengan betul kali ini.

 

“Smiley tu, boleh awak bagi kat saya lagi? “

 

Minho tahu? Lee Na diam seribu bahasa. Ingin sahaja dia lari dari situ dan menyembunyikan wajahnya, tapi dia masih waras untuk tidak berbuat demikian.

 

“Macamana awak ta..”

 

“Yugyeom bagitahu saya sebelum dia pindah. Dia tak sebut nama awak, Tapi dia cuma cakap, ada seorang kawannya yang terlampau penakut dan bagi saya surat dan kad smiley  tanpa bagitahu identiti sendiri. Siapa lagi kawan rapat Yugyeom, kalau bukan awak? Dan… ada sikit kesalahan grammar di surat yang awak bagi, tapi gupjunghajima! Kesalahan kecil macam tu tak akan menyebabkan markah dipotong.” kata Minho sambil tersengih.

 

Lee Na menggaru lehernya yang tidak gatal sambil ketawa malu.

 

“Boleh awak janji satu hal dengan saya?” tanya lelaki itu lagi.

 

 Lee Na mematikan lamunannya dan segera memandang lelaki itu. “Apa dia?”

 

“Kalau awak dapat 9A dalam peperiksaan O-level nanti, jangan berhenti beri saya surat dan kad smiley tu. Tapi, bukan secara sembunyi. Saya nak awak bagi saya secara berhadapan. Face to face. Boleh?”

 

Lee Na merenung wajah Minho dengan rasa tidak percaya. Minho tahu identitinya yang sebenar, dan lelaki itu meminta supaya jangan berhenti bagi dia semua benda memalukan itu? Adakah ini mimpi?

 

“Geurae.” Lee Na mengangguk kecil. Minho sudah berjalan mendekatinya, membuatkan Lee Na semakin berasa janggal di situ.

 

“Yaksog Yaksog (Janji Janji) ?” Minho mengeluarkan jari ‘pinky’nya sambil tersenyum. Lee Na dapat merasakan beberapa orang pelajar perempuan sedang memandang mereka. Dan, Lee Na juga dapat melihat kepala Tae In dan Jia mengintai dari celah tingkap kelas. Lee Na tidak menipu saat memberitahu Minho kalau rakan-rakannya memang berbakat menjadi paparazzi.

 

“Yaksog Yaksog!” balas Lee Na sambil melilit jari ‘pinky’Minho dengan jarinya. Mereka berbalas senyuman sebelum Lee Na beredar dari situ, untuk melangkah ke kelas. Yang pastinya, Tae In, Jia, Yee Na dan Ae Cha sudah menunggu di depan pintu dengan wajah bagitahu-kami-apa-yang-terjadi-tadi. Dan yang peliknya, Jinyoung turut berada di situ, tidak mahu ketinggalan cerita. Lee Na tersenyum kecil.

 

“Budak Yugyeom tu memang betul-betul berbakat jadi cupid” ujar Lee Na. Tambah membingungkan lima manusia itu.

*X *X *X*

Wajah sugul dan tertekan pelajar memenuhi dewan peperiksaan Gangwon-do High School. Bunyi mendesis pelajar yang dipenuhi oleh perkataan-perkataan seperi Chromosome, Yeast, Distillation, Skin cell semakin membingungkan kepala Lee Na. Dia menutup telinga, cuba untuk menghafal proses pertumbuhan cell. Yee Na yang duduk selang dua baris di hadapannya sedang menundukkan kepala 90 darjah, fokus membaca sejak tadi. Gadis itu juga sangat menakutkan pada waktu peperiksaan. Dia akan menengking setiap orang yang berbual dengannya, merengus setiap masa dan akan membawa buku ke mana-mana sahaja. Jadi, dia dan diorang Jia memang tidak berani untuk mendekati gadis itu pada waktu-waktu begini. Suara penjaga peperiksaan menyedarkan semua pelajar, menyuruh mereka meletakkan beg dan semua buku di luar dewan. Lee Na menutup bukunya, berharap apa yang dibacanya tadi keluar dan berbalas pandangan dengan Ae Cha. Mereka berbalas ucapan Good Luck sebelum masuk semula ke dewan, bersama dengan alat tulis dan slip peperiksaan.

 

Kalau awak dapat 9A dalam peperiksaan O-level nanti, jangan berhenti beri saya surat dan kad smiley tu. Tapi, bukan secara sembunyi. Saya nak awak bagi saya secara berhadapan. Face to face. Boleh?

 

Suara Minho terngiang-ngiang di telinganya. Lee Na tersenyum. Dia menarik nafas sebelum merenung kertas peperiksaan yang sudah berbaring di atas meja. You can do this, Lee Na! Fighting!

 

*X *X *X*

 

Mata Lee Na terbuka luas saat mendengar jeritan ibunya. Nafasnya turun naik dengan laju.  Matanya meliar memerhatikan setiap inci ruang bilik tidurnya sebelum menyentuh pipinya yang basah, entah disebabkan apa. Apa semua ni?

 

“Lee Na! Ireona (bangun) ! Ambik result kamu hari ni.” Suara ibunya kedengaran lagi dari luar bilik.

 

“Arasso, Umma! ” jerit Lee Na, sakit telinga mendengar suara kuat ibunya pagi-pagi begini. Dengan rasa mengantuk yang masih menguasai diri, Lee Na bangun dan masuk ke dalam bilik air. Berniat untuk membersihkan diri, walaupun terselit sedikit rasa tidak senang dalam hatinya. Berharap perasaan buruk yang dirasakannya saat ini tidak ada kaitan dengan keputusan peperiksaannya.

*X *X *X*

Lee Na dan rakannya lain saling berpandangan sesama sendiri. Dia menelan air liur sambil memerhatikan Yee Na yang sudah berbaris untuk mengambil slip keputusannya. Reaksi gadis itu ditenungnya penuh fokus dan melihat kepada senyuman Yee Na, Lee Na tahu gadis itu mendapat keputusan yang diingininya.

 

“Yee Na-ah! Ottohkei?” suara Tae In tenggelam dalam jeritan beberapa orang pelajar. Dengan keberanian setinggi keberanian Harry Potter sewaktu berhadapn dengan Voldemort, Lee Na menghampiri Puan Im. Dia dan wanita itu berpandangan seketika, namun perhatian mereka teralih pada satu jeritan pelajar di barisan kelas 5-1. Wajah gembira Minho sudah memberitahu segala-galanya. Lelaki itu dipeluk oleh beberapa kawan lelakinya, dan Encik Han juga dilihat sedang tersenyum gembira sambil menepuk belakang lelaki itu. Lee Na cuma diam. Dia memandang hadapan semula dan melihat mata Puan Im setia merenungnya dari tadi.

 

“Dia pelajar cemerlang. Sekolah memang menaruh harapan tinggi pada Minho. Jadi, tak menghairankan kalau dia dapat keputusan terbaik.”

 

Lee Na tersenyum mendengar penjelasan Guru Kelas mereka. Wanita itu memandangnya penuh makna . Lee Na cuma tersengih. Puan Im tahu tentang dirinya yang menaruh perasaan pada lelaki itu. Jadi, dia tahu maksud tersirat di sebalik pandangan wanita itu. Dengan hati berdebar, Lee Na menunggu Puan Im mencari slip keputusannya. Wanita itu kemudian mendongak, memandangnya penuh senyuman.

 

“Chukahae (Tahniah), Kang Lee Na! 8As!”

 

Lee Na tersentak sebelum berteriak kuat, sehingga Jia dan yang lain tertawa kelucuan. Dia segera memeluk tubuh Puan Im dan merenung keputusannya sekali lagi. Takut Puan Im terlebih sebut bilangan A nya.

 

“Awak dah improve, Lee Na. Congrats. Saya tahu awak sebenarnya boleh.”

 

Lee Na hampir menitiskan air mata kegembiraannya di situ. Dia berpelukan kemudian dengan empat sahabat karibnya. Walaupun keputusan itu tidak sehebat Yee Na dan Minho, tapi keputusan itu sudah cukup terbaik baginya. Sedangkan dalam peperiksaan sekolah , dia tidak pernah mendapat A sebanyak yang diperolehnya sekarang. Rakannya lain juga tidak kurang hebatnya. Sebab , mereka sudah mula serius sejak bulan Jun lalu, jadi, tidak hairan mengapa mereka bisa lulus dengan cemerlang. Kata-kata ‘Aku sudah belajar tekun tapi masih tak dapat keputusan bagus’ tidak pernah wujud sebenarnya. Asalkan kita berusaha, ganjaran yang akan diterima juga setimpal dengan usaha yang kita buat.

 

Lee Na berhenti melangkah saat melihat Minho sudah berdiri di hadapannya. Jia, Ae Cha, Yee Na dan Tae In berpandangan sesama sendiri, sebelum berjalan meninggalkan dua manuia itu. Lee Na memberi isyarat kalau dia akan menghubungi mereka nanti, dan Yee Na dilihat mengangguk faham.

 

“Tahniah!” ucap Lee Na pada lelaki itu. Minho cuma tersenyum sebelum duduk di atas kerusi panjang, yang diletak derdekatan pagar sekolah. Lelaki itu menepuk ruang kosong di sebelahnya tanda menyuruh Lee Na untuk duduk di situ. Lee Na menurut sahaja.

 

“Gomawo. Dan, tahniah juga untuk awak.”

 

Lee Na tertawa kecil. “Keputusan saya taklah cemerlang sangat. Dan…” Lee Na memandang wajah lelaki itu. “Saya minta maaf. Sebab tak dapat tunaikan janji saya kat awak. Say tak dapat 9A.”

 

Minho merenung pemandangan di hadapannya sambil menarik nafas perlahan. “Saya yang tentukan peraturan, jadi saya berhak mengubahnya. Kang Lee Na!”

 

Lee Na memandang wajah Minho yang sedang tersengih-sengih di sebelahnya.

 

“Janji dengan saya kalau awak dapat 8A, awak tak boleh berhenti bagi saya kad dan surat “

 

Lee Na ketawa kuat. “Tak boleh macam tu. Itu menipu namanya.”

 

“Well, saya berhak ubah peraturan tu. Awak tak ada kuasa untuk menghalang.” ujar Minho nakal. Lelaki itu senyum menampakkan barisan giginya yang putih.

 

“Tapi, perjanjian tetap perjanjian” balas Lee Na perlahan. “Minho-ah!”

 

Lee Na tunduk memandang kakinya. Dia dapat melihat wajah bingung Minho saat mendengar nama panggilan itu.

 

“Boleh tak kalau untuk hari ni, kita berbual guna banmal (bahasa tak formal)? Tiada Saya dan Awak. Hanya ada Kau dan Aku?”

 

Minho megerutkan dahinya sekejap. Lelaki itu merenung wajah Lee Na dengan perasaan ingin tahu namun mengangguk sahaja selepas itu, tanda bersetuju. Lee Na tersenyum senang. Dia kembali memandang hadapan, untuk melihat kenderaan yang lalu lalang di situ.

 

“Kau nak tahu sesuatu?” tanya Lee Na, berasa janggal sedikit apabila menggunakan cara panggilan sebegitu. Tapi, wajah Minho menunjukkan dia tidak kisah.

 

“Pasal apa?”

 

“Pasal...” Lee Na mengerutkan dahinya, cuba untuk menyusun ayat. “ Pasal bintang.”

 

Minho tersengih. “Kenapa dengan bintang?”

 

“Waktu pertama kali aku jumpa kau kat sekolah ni, aku dah tahu kau akan bersinar macam bintang.”

 

Lee Na memuncungkan mulutnya apabila Minho ketawa. Dia tidak rasa kata-katanya tadi berunsur komedi.

 

“Bintang yang bersinar terang, mencantikkan langit pada waktu malam, sering dipuja orang. Itu pandangan pertama waktu aku tengok kau.” tambah Lee Na. Dia membiarkan saja gelagat Minho yang tersengih-sengih menahan senyum dari tadi.

 

Lee Na tunduk kemudian, “Tapi sayangnya, bintang bersinar dengan cara membakar dirinya.”

 

Dengan ayat terakhir itu, Minho terdiam. Otaknya cuba untuk mencari maksud di sebalik kata-kata Lee Na. Apa yang ingin gadis itu sampaikan sebenarnya?

 

“Waktu kita di Tahun Pertama, aku mulai tertarik dengan kau. Bukan sebab kau kacak, tapi sebab kau macam bintang. Tapi, bukan bintang yang menyerlah macam kebanyakan bintang, tapi sebab kau macam bintang yang tak terlalu terang , tapi masih bercahaya.”

 

“Apa kena mengena diri aku dengan bintang?” mendatar suara Minho bertanya. Dia memandang wajah Lee Na untuk mencari jawapan. Tapi, wajah gadis itu saat ini kosong. Kosong dan tidak menunjukkan apa-apa reaksi pun.

 

“Aku suka dengan bintang yang tak terlalu terang. Sebab, sekurang-kurangnya, ia dapat hidup lama dan tak terlalu membakar dirinya. Tapi, semakin masa berjalan, bintang yang aku suka tu semakin menyerlah dari hari ke hari. Aku gembira tapi pada masa yang sama sedih. Sebab, itu bermaksud, bintang tu sedang menyiksa diri sendiri, dan mungkin akan hilang dari angkasa pada bila-bila masa apabila ia sudah kehabisan sumber tenaga.”

 

Lee Na menggigit bibirnya. Ayat yang keluar dari bibirnya sekarang, adalah ayat yang tulus dari hatinya. Sudah lama dia ingin memberitahu perkara ini kepada lelaki itu. Dan, dia berkeputusan untuk memberitahunya hari ini, saat ini.

 

“Tak pernah ke kau terfikir, sebab apa bintang tu nak menyerlah hingga sanggup membakar dirinya? Apabila bintang yang mengerumuninya adalah bintang yang terang, berkelip dengan gah, tiada manusia yang akan melihat pada bintang yang kurang bercahaya tadi. Jadi, untuk memastikan dirinya dilihat, dia semakin membakar dirinya, supaya ia juga bercahaya seperti bintang di kiri dan kanannya. Supaya manusia juga mengenalinya. Supaya ia tidak tenggelam.” Laju Minho memberikan penjelasan. Mereka berdua tahu kalau topik yang dibincangkan sekarang ini adalah bukan tentang bintang, tetapi tentang Minho.

 

Lee Na tersengih. “Mungkin itu salah satu puncanya. Tapi, lebih baik kurang bersinar dan tak dikenali, daripada membakar diri sendiri dan kemudian meletup di angkasa.” Dia kemudiannya memandang Minho semula. “Apa guna bersinar untuk orang lain, jika kita tak dapat bersinar untuk diri sendiri?

 

Minho diam. Kepalanya ditundukkan. Tenggelam dalam dunia fikirannya sendiri.

 

“Kau akan lebih bersinar kalau kau dahulukan diri sendiri daripada orang lain, Minho. Aku, Yugyeom, kawan sekelas aku yang lain, kami memang tak bersinar terang macam kau dan diorang Seungri. Kami bintang yang tenggelam, macam kau cakap tadi. tapi, sekurang-kurangnya, kami dapat jalani kehidupan remaja sebenar. Kami mempunyai masa lebih untuk bergelak tawa, tidak memikirkan perkara yang memeningkan kepala kami. Kami tak kisah apa yang orang lain cakap, sebab hidup kami, hak kami. Apa guna jadi kapten kapal kalau perjalanan kapal itu tidak dapat kita tentukan sendiri?”

 

Lee Na berdiri perlahan sambil berbalas pandang dengan Minho. “Mianhe, sebab aku tak dapat tunaikan janji. Keputusan aku kurang daripada apa yang kita janjikan. Jadi, aku rasa, surat dan kad tempoh hari, memang hadiah terakhir yang aku dapat bagi untuk kau.”

 

Lee Na cuba untuk menahan sebak. Kalau boleh, dia tidak mahu mengungkapkan kata-kata itu. Tapi, dia harus. Walaupun lelaki di hadapannya sekarang adalah lelaki impiannya selama lima tahun, tetapi, kadang-kadang, dia harus buat tindakan yang betul.

 

“Bukankah kau sukakan aku?”

 

Soalan Minho semakin mengguris hatinya. Lee Na tidak berani untuk memandang wajah lelaki itu. Takut empangan air mata yang ditahannya dari tadi pecah.

 

“Nae. Memang betul aku sukakan kau. Walaupun selama lima tahun ni kita tak rapat, tapi aku mengaku yang aku selalu fikirkan kau. Cuma, kadang-kadang, aku keliru dengan perjalanan hidup. Aku bingung sehingga ada satu tahap, aku tak tahu arah tujuan hidup aku sendiri. Jadi, aku rasa lebih baik aku tak fikirkan semua hal ni.  Hanya tunggu dan lihat saja.”

 

“Susahlah. Sebab aku rasa aku dah mula sukakan kau.” Luah Minho sambil memandang wajah Lee Na dengan penuh sayu.

 

Lee Na menahan rasa. Ini adalah situasi yang sering diimpi-impikannya. Kata-kata yang memang ingin didengarnya dari Minho sendiri. Situasi yang sering diigaunya sebelum tidur. Dan kini, keajaiban itu berlaku di depan matanya.

 

“Kalau memang benar, kau adalah sebahagian daripada impian aku, kau akan menemui  aku juga satu hari nanti.” Lee Na senyum setelah memberi kata putusnya. Dia berjalan meninggalkan Minho dan cuba untuk tidak menangis di situ.

 

Sesungguhnya, keputusan yang dibuatnya hari ini, dia juga tidak dapat memahaminya sendiri. Apa yang dia tahu, dia ingin lakukan perkara yang betul sekali saja dalam hidupnya, dan hari ini adalah masanya. Dia sebenarnya sudah letih. Letih dengan perasaan yang dimilikinya sekarang. Letih untuk berfikir tentang cinta, kasih sayang dan lelaki. Air mata yang laju bercucuran Lee Na usap perlahan. Dia menahan esakan , takut orang yang berjalan di depan dan di belakangnya mendengar tangisan itu.

Zaman persekolahannya sama seperti remaja lain. Kehidupannya sebagai gadis remaja juga sama dengan gadis lain di luar sana. Meminati seorang lelaki, bergelak tawa dan bertengkar dengan rakan, ditinggalkan oleh kawan baik sendiri, dimarahi guru, gagal dalam peperiksaan. Semua perkara itu akan dilalui oleh semua gadis sepertinya. Jika kalian tidak merasa semua itu, itu bermaksud memori di bangku sekolah kalian tidak sempurna. Namun, ada satu perkara yang gadis lain mungkin sukar untuk lakukan. Satu perkara yang membezakan cerita zaman persekolahannya dengan gadis remaja lain. Iaitu, menolak cinta lelaki yang mereka idamkan. Dan, itulah perkara yang Lee Na baru lakukan. Kenapa? Kerana, dalam hidup ini, ada takdir pertemuan yang dilukis seperti garisan bersilang. Kalaulah memang benar, garisan pertemuan kalian dengan seseorang bukan garisan bersilang, insan itu akan hadir semula dalam hidup kalian. Jika tidak, mungkin nama insan itu memang ditakdirkan untuk berhenti ditulis sehingga bab tertentu dalam buku kehidupan kalian.


At some point, you will realize that you have done too much for someone, that the only next possible step to do is stop. Leave them alone. Walk away. It’s not like you’re giving up, and it’s not like you shouldn’t try. It’s just that you have to draw the line of determination from desperation. What is truly yours will eventually be yours, and what is not, no matter how hard you try, will never be.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Aisya_Nasuha
#1
Chapter 5: Best cerita ni.. Love it so much :D
LlyshaSyera #2
Chapter 5: cerita yang best..love it :)
JHNDAE
#3
Yes. Ada yugyeom ;u;

Sorry but to kawan author, harap enjoy hoho (yugyeom ade tuuu hehehe... ok sorry)