The Last Point

Intersection

THE LAST POINT

Aku berbalas senyuman dengan Tae Ya, yang ketika itu sudah tidak membuka bukunya. Gadis itu hanya mendengar kisahku dan sudah tidak peduli untuk merekod apa-apa di buka tebalnya. Hujan yang semakin reda kupandang sayu. Pura-pura tidak perasan dengan renungan Tae Ya.

 

“Awak ada bertemu dengan dia, selepas tu?”

 

Aku tersenyum sebelum menggeleng. “Saya tak pernah bertemu dengan dia lepas tu, walaupun sekali. “

 

Setelah menamatkan pelajaran di Gangwon-Do High School , aku menyambung pelajaran peringkat A-level selama hampir setahun setengah. Setelah mendapat keputusan yang melayakkan aku ke Seoul International University, aku memohon kemasukan ke dalam unversiti impianku itu. Dan kini, aku bergelar seorang penuntut di universiti terkemuka di Korea Selatan. Gembira? Sudah tentu aku gembira. Tapi, walaupun begitu, masih ada sedikit kekosongan dalam jiwaku. Kekosongan yang memaksa aku berharap pada satu perkara.

 

“Hujan dah berhenti. Saya pergi dulu, Tae Ya. Apa-apa pun, nice to meet you!” Aku bersalaman dengan gadis itu.

 

“Nice to meet you too, Lee Na. Terima kasih sebab sudi jadi responden dalam tesis saya.”

 

Aku mengangguk sambil menghadiahkan gadis itu senyuman. Aku berjalan keluar dari kawasan itu, untuk kembali ke bangunan kediamanku. Namun, mindaku masih menerawang memikirkan cerita lama ku itu. Sehingga ke hari ini, aku masih menyimpan kemas rahsia yang hanya aku seorang saja yang mengetahuinya. Minho, Tae Ya, dan temanku juga tidak tahu tentang satu perkara ini. Perkara yang menyedarkan aku, di saat hatiku dan otakku sendiri menemui jalan buntu. Perkara yang bernama ‘Mimpi’. Apa maksud mimpi pada kalian? Mainan tidur? Petanda? Atau salah satu dimensi yang membolehkan kalian bertemu dengan roh orang lain yang sudah tiada?

 

Walau apapun maksud mimpi, satu perkara yang aku tahu tentangnya ialah, hati dan jiwa kita tidak bisa berbohong ketika bermimpi. Dan, malam sebelum keputusan peperiksaan dikeluarkan itu merupakan malam yang mengubah diriku dan juga perasaanku. Malam yang hening itu, secara tidak sedar, aku bermimpi tentang dia. Aku melihat dia melangkah masuk ke kelas dengan senyumannya, duduk menyandar di kerusi seperti yang dia sering lakukan, dan bergurau senda denganku. Aku menangis waktu itu. Aku masih ingat, dalam mimpi itu, aku memeluk tubuhnya dan memarahinya kerana pergi meninggalkan diriku tanpa pesan dan berita. Aku melafazkan rasa rindu ku padanya, dan tanpa sedar aku menangis. Bukan saja menangis di dalam mimpi, tetapi aku juga menangis dalam tidurku.

 

Adakah itu cuma mainan tidur? Ya..mimpi memang mainan tidur, tapi perasaan yang kita rasakan ketika bermimpi itu adalah perasaan yang sebenarnya-benarnya. Perasaan yang tidak dipengaruhi oleh kehodohan realiti. Aku terfikir, mengapa aku tidak perasan tentang perasaan itu sebelum ini? Setelah puas mencari, aku mendapat jawapannnya. Aku terlalu tenggelam dan asyik dalam dunia realiti ku, dan tidak sedar dengan impian kecil, yang tersemat jauh di lubuk hati ku. Impian yang aku bina bersama dia. Aku terlalu memikirkan cerita ku yang seperti cerita novel, dan lupa dengan cerita yang sepatutnya aku jalani dalam kehidupan sebenarku.

 

Mungkin, perkataan Mimpi mempunyai maksud yang pelbagai, tapi, mungkin juga ia salah satu cara yang Tuhan gunakan untuk menyedarkan kita tentang impian kita yang sebenar. Mungkin.

*X *X *X*

 

“Lee Na-ah! Jakkapman!”

 

Aku berhenti berjalan, dan membesarkan mata saat lenganku sudah ditarik oleh Yura. Aku seperti lembu yang ditarik oleh tuannya, dan hanya menurut ke mana Yura membawaku. Setelah berhenti di hadapan Arts and Social Science Faculty, dengan nafas yang tercungap-cungap, aku memberi pandangan membunuh kepada gadis itu.

 

“Mianhe, Lee Na-ah. Aku cuma nak tengok mamat tu sekejap. Waktu ni kelasnya habis. Please, please, please?”

 

Aku mencebik saat melihat Yura membuat aegyonya yang tidak menjadi itu. Tidak lama kemudian, Dani dan Ji Kyung turut menyertai Yura. Aku cuma mengekalkan wajah poyo ku, hairan macamana aku pun boleh ikut terjebak dalam urusan mereka

 

“Alah, sabarlah, Lee Na. Kau ni tak berperasaan betullah.” gurau Ji Kyung. Aku cuma mengangkat kening. Berharap mamat yang mereka ingin lihat itu keluar cepat dari kelas dan terus pulang rumah jadi tidaklah aku dan totally spies itu terperuk di situ lama-lama.

 

Sambil duduk mencangkung, kerana penat berdiri lama, mataku tertancap pada susuk tubuh yang aku kenali. Sangat kenali. Lelaki itu sudah berjalan keluar dari pintu hadapan sambil menggantung tali begnya pada sebelah bahu sahaja. Seperti terkena kejutan elektrik, aku pantas berdiri. Tidak sedar dengan kawan-kawanku yang turut sama teruja di situ.

 

Lelaki tadi sudah berjalan melintasi kami, dan mataku membulat saat melihat wajah lelaki itu. Mataku masih setia melihat lelaki tadi sehingga dia keluar dari bangunan fakultinya.

 

“Alah! Yura, apasal kau tak bagi dia nombor telefon kau?” Ji Kyung merungut.

 

“Aku nervous lah pulak tadi.” Yura menghentak kakinya di lantai. “Lee Na! Kau kenapa?”

 

Aku tidak mendengar sepatah haram pun apa yang mereka katakan. Kakiku berlari selaju mungkin, mengejar orang itu. Aku mendengar jeritan Totally Spies yang sedang memanggil namaku, tapi otakku tidak dapat berfikir tentang apa-apa pun sekarang ni. Yang aku tahu, aku ingin menemui lelaki itu. Aku ingin bertemu dengannya.

 

Kakiku berhenti berlari apabila melihat insan yang aku kejar itu berhenti di sebuah pondok. Dia menyapa kawan-kawan lelakinya yang lain, dan tersenyum riang. Mengukir senyuman yang sudah lama tidak aku temui. Senyuman yang aku rindu tanpa aku sedari. Tiada apa-apa yang berubah kecuali warna rambutnya yang dulu hitam kini diwarnakan dengan warna silver. Hidung dan mataku terasa hangat tiba-tiba. Dadaku juga berat seperti dihimpit batu bata, menyebabkan aku berdiri kaku seperti tunggul di situ.

 

“Kim Yugyeom?”

 

Wajah lelaki itu kemudian tepat menoleh ke arahku. Rasa terkejut memenuhi setiap ruang wajahnya. Dia turut diam seperti aku dan kami hanya berbalas pandang di situ. Aku lega kerana jarakku yang jauh sedikit daripada dia, menghalang dia daripada melihat air mataku yang sudah laju turun. Pandangan terkejutnya tadi kini diganti dengan renungan lembut. Renungan yang sama sewaktu dia mengucapkan kata-kata terakhirnya padaku sebelum dia meninggalkan Gangwon-Do.

 

Dengan mata dan pipi yang dibasahi air mata, aku mengukir senyuman. Yugyeom kulihat membalas senyumanku. Mata lelaki itu semakin sepet apabila dia senyum membuatkan aku semakin rindu pada dirinya. Kenapa aku tidak sedar perkara ini dari dulu? Kalau lelaki itu dan impianku memang tidak dapat dipisahkan? Di saat aku memasuki Gangwon-Do High School, sekolah impianku, aku menemui dirinya, dan menjadi sahabat baiknya. Di saat aku bertemu dengan lelaki idamanku, dia hadir sebagai cupid dan cuba untuk merapatkan aku dengan Minho. Dan, saat ini, aku bertemu lagi dengannya, di university impianku.

 

Mungkin lelaki yang menjadi sebahagian daripada impianku bukan Choi Minho seperti yang aku sangkakan selama ini, tetapi Kim Yugyeom. Kim Yugyeom kawan baikku. Aku tidak terkejut,  kerana aku tahu Tuhan tidak akan memberi aku mimpi aneh itu tanpa sebab.

 

“Lee Na! Apa kena dengan kau?” suara Ji Kyung kedengaran di sebelah. Aku tunduk memandang wajah gadis itu sebelum memandang Yugyeom yang dari tadi masih merenungku.

 

“Lee Na! Jangan cakap dengan aku kau pun ada hati dengan mamat tu!” marah Ji Kyung mneyebabkan aku ketawa kecil.

 

*X *X *X*

Minho merenung langit yang tidak berhenti memuntahkan air hujan ke bumi. Matanya kemudian menangkap kelibat seorang gadis yang berdiri di sebelahnya sambil memeluk buku. Mungkin sedang menunggu hujan berhenti, fikir Minho.

 

“Awak tak ada payung ke?”

 

Gadis itu seperti terkejut dengan pertanyaan Minho dan mengangguk malu. Minho dapat melihat wajah merah padam gadis itu di balik bukunya.

 

“Awak tengah tunggu kawan?” Gadis itu memberanikan diri bersuara. Minho senyum sambil menggeleng perlahan.

 

“Ani! Saya tunggu nak pelawa awak pulang. Dengan payung ni.” usik Minho sambil mengangkat payungnya. Gadis itu terdiam seribu bahasa dan wajahnya juga sudah semakin merah menyala.

 

Minho ketawa kecil. “Taklah. Saya bergurau saja. Jangan ambil hati.”

 

“Tak! Saya tak ambil hati.” balas gadis itu. Matanya melirik ke arah Minho yang sudah mengeluarkan bungkusan coklat dari dalam poketnya. Mata Minho turut melirik ke arah gadis itu menyebabkan dia cepat-cepat mengalihkan pandangan. Tidak mahu Minho tahu kalau dia memandang lelaki itu daripada tadi.

 

“Coklat ni sedap. Nak ?” pelawa Minho sambil tersengih.

 

Gadis tadi menelan air liur perlahan dan menggeleng kaget.

 

“Awak nak tahu, setiap hari mesti ada orang selit coklat ni kat fail saya. Yang menghairankan, orang tu macam tahu kalau saya suka sangat dengan coklat ni.” Jelas Minho sambil membuat aegyonya.

 

Jantung gadis tadi semakin berdegup kuat.

 

“Terima kasih, Bae Su Ji. Coklat ni memang sedap.”

 

Su Ji mendongak dan memandang Minho dengan mata membulat.

 

“Nae, saya tahu. Saya nampak awak selit coklat ni tempoh hari. Sebenarnya dah banyak kali saya nampak.” Minho tersenyum sebelum mendongak memandang langit. “ Awak nak tahu sesuatu? Kawan baik saya cakap, saya mesti ikut apa kata hati saya. Dan bukannya kata hati orang lain. Saya cuba untuk buat apa yang dia suruh, dan..saya rasa gembira! Kalau saya tahu saya akan gembira macam ni, saya akan sentiasa ikut kata hati sendiri.”

Su Ji tersenyum walaupun dia bingung mengapa Minho menceritakan perkara itu padanya.. “Baguslah kalau macam tu.”

 

“Dan, kata hati saya sekarang suruh saya hantar awak pulang dengan payung ni, awak setuju?”

 

Su Ji mengetap bibirnya, menahan senyum. Tidak sangka pujaan hatinya mempelawa dia pulang. Ini bagaikan mimpi dirasanya. Dia bukanlah gadis popular yang cantik dan seksi di tempat itu. Jadi, mendengar pelawaan itu dari Minho sendiri, membuatkan hatinya seakan ingin meletup.

 

“Nae, saya setuju.” Jawab Su Ji, sambil berbalas senyuman dengan Minho.

 

Apabila kita lakukan sesuatu yang kita inginkan, kita akan sedar kebahagiaan itu lebih bermakna daripada kebahagiaan yang kita rasa saat melakukan apa yang orang lain inginkan. Kita tidak perlu mengorbankan diri sendiri hanya untuk nampak hebat di mata orang lain. Cukup hanya diri kita sendiri sahaja yang tahu betapa bercahayanya hidup kita. Kerana, seperti yang gadis itu katakan,  tiada guna jika kita bersinar terang dengan cara membakar diri sendiri seperti bintang di angkasa. Bintang akan meletup pada bila-bila masa dan begitu juga nasib manusia yang hidupnya sama seperti bintang.

 

-Tamat-


If you're really a part of my dream, you will come back one day. But, if that 'one day' doesn't come, you're meant to be a part of  someone else dream.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Aisya_Nasuha
#1
Chapter 5: Best cerita ni.. Love it so much :D
LlyshaSyera #2
Chapter 5: cerita yang best..love it :)
JHNDAE
#3
Yes. Ada yugyeom ;u;

Sorry but to kawan author, harap enjoy hoho (yugyeom ade tuuu hehehe... ok sorry)