Point 1

Intersection

 

POINT 1

Bunyi kuat guruh yang diikuti oleh angin sejuk menjadi muzik latar bagi petang yang tenang itu. Aku memejamkan mata, cuba untuk mendengar bunyi titikan hujan yang gugur satu persatu di lantai, menghasilkan satu bunyi yang seragam. Jaket yang kupakai  kurapatkan ke tubuh, untuk menghangatkan badan yang sejuk dek cuaca petang itu. Satu persatu mahasiswa dan mahasiswi sudah keluar meninggalkan dewan kuliah mereka, mungkin untuk beristirahat lebih-lebih lagi pada cuaca begini. Semua manusia pun akan rasa mengantuk dan merindukan katil masing-masing.

 

“Ada orang duduk kat sini?”

 

Aku menoleh dan memberikan senyuman kepada gadis bertubuh kecil di yang sedang tersenyum mesra di hadapan. Aku menggeleng sebelum berkata pantas. “Tak ada. Duduk sajalah.”

 

Gadis bertubuh kecil tadi turut tersenyum sebelum mengambil tempat di sebelahku. Dia kemudiannya mengeluarkan sebuah buku tebal berwarna coklat muda, dan menulis sesuatu di atasnya. Aku khusyuk memerhatikan titisan air hujan di luar sehingga tidak sedar dengan gadis itu yang mengerling memandangku beberapa kali.

 

“Awak? Boleh saya minta tolong sikit?” tanya gadis itu sambil merenung wajahku. Aku mengebil-ngebilkan mata , berfikir soalan apa yang ingin ditanya oleh gadis itu.

 

“Tanya apa?”

 

“Erm..saya pelajar tahun pertama course psikologi dan kaunseling. Jadi, profesor kami suruh hasilkan satu tesis, dan guna sumber primer sebagai bahan kajian. So, saya terfikir nak jadikan awak responden saya, boleh kan?”

 

“Sure! Tentang apa?” Aku bersetuju sahaja. Lagipun, tidak salah untuk aku membantu gadis itu. Aku juga mahasiswi tahun pertama dan faham dengan semua tekanan tesis yang diberikan oleh setiap profesor di Universiti itu.

 

“Kamsahamnida! Saya gembira awak dapat tolong. By the way, saya Kim Tae Yaa. Dan awak?” Tae Yaa menghulurkan tangannya dan huluran itu kusambut mesra.

 

“Saya Kang Lee Na, Tahun pertama juga, Course undang-undang.” Jawabku mesra. Kami berjabat tangan sebelum Tae Yaa kembali merenung buku notanya, kali ini dengan lebih khusyuk.

 

“Saya bercadang nak gunakan hujan sebagai simbol perbincangan kita. Dan…” Tae Yaa menggigit belakang pensilnya, dengan dahi yang dikerutkan. “…apa yang awak dapat fikirkan tentang hujan? Maksud saya, apa perkara pertama yang terlintas di fikiran awak waktu tengok air hujan?”

 

Aku merenung wajah  Tae Yaa sebelum befikir dalam-dalam. Pemandangan di hadapan ku tenung penuh makna, cuba untuk mencari jawapan kepada soalan Tae Yaa. Aku mengambil masa beberapa puluh saat untuk mencari jawapan, manakala Tae Yaa di sebelah tenang menunggu.

 

“Intersecting lines.”

 

Tae Yaa memandang wajahku semula apabila mendengar jawapan yang keluar dari bibirku.

 

“Intersecting lines?” tanya gadis itu dengan wajah bingung.

 

“Nae.” Aku mengangguk kecil. “ Intersecting lines, atau…garisan bersilang.”

 

Tae Yaa menggigit bibir, sebelum mencatat sesuatu di atas buku notanya. Dia kemudian berkata paantas. “Wae?”

 

“Hurm…” Aku mengecilkan mata sambil merenung langit gelap yang masih lagi sibuk memuntahkan air hujan. Mindaku kembali semula pada kisah beberapa tahun lalu. Kisah di mana aku melalui zaman persekolahanku. Zaman persekolahan yang membawa seribu makna. “…sebab, hujan mengingatkan saya pada dia. Dan, takdir kami yang terlukis seperti garisan bersilang.”

 

Aku tersenyum nipis sebelum menghirup udara yang membawa bau air hujan, membiarkan Tae Yaa dengan kerja merekodnya.

 

…That time when two lines intersect…

 

Lee Na berlari laju turun dari bas sekolah, dengan tangan mengenggam sehelai kertas putih. Senyuman lebarnya tidak lekang di wajah, dan rambut tocang duanya berhayun-ayun kerana berlari dengan semangat.

 

“Umma!” Lee Na menjerit sebelum memeluk ibunya yang berada di hadapan pintu. “Umma! Lee Na dapat masuk Gangwon-Do High School lepas ni! Lee Na dapat masuk Gangwon-Do High School!” teriaknya macam orang gila. Ibunya hairan campur gembira mendengar kata-kata anak sulungnya itu. Kertas yang berada di genggaman Lee Na direnungnya.

 

“3A?” tanya ibunya tidak percaya. Lee Na mengangguk laju sebelum kedua mereka berpeluk lagi. Walaupun keputusan itu tidak sehebat mana, tapi, Lee Na masih layak untuk memohon bersekolah di situ kerana Gangwon-Do High School sudah menetapkan minimum 3A dalam Junior Academic Examination, untuk melayakkan diri bersekolah di situ. Sekolah itu merupakan sekolah impian Lee Na, dan dia memasang azam untuk bersekolah di situ. Sekurang-kurangnya, dia dapat membanggakan ayah dan ibunya, dan menjadi contoh yang baik kepada adik-adiknya.

 

“Malam ni, kita makan kat luar ya? Umma call Appa, suruh belanja kita makan steamboat.”

 

Lee Na dan adik perempuannya Lee Hi, yang masih berumur tiga tahun melompat riang mendengar kata-kata ibu mereka.

 

“Yeah Unni! Kita makan kat luar hari ni.” Jerit adiknya melompat-lompat.

 

Akhirnya! Setelah berusaha keras selama beberapa tahun, setelah dimarah guru Matematik dan Bahasa Inggerisnya beberapa kali, dia layak untuk masuk ke Gangwon-Do High School. Sekolah yang melahirkan ramai pelajar cemerlang di bandar mereka. Sekolah yang disegani ramai. Kali ini, dia boleh membuktikan kepada mak cik dan sepupunya yang lain, kalau dia juga bisa masuk ke sekolah berprestij itu walaupun keluarganya tidak sekaya mana. Ini baru permulaan. Dia akan memastikan impiannya untuk menjadi seorang peguam tercapai. Tunggu dan lihat!

 

*X* X* X*

 

Lee Na merenung tidak percaya bangunan megah di hadapannya sekarang. Bangunan sekolah bercat biru bercampur putih itu mencuri perhatiannya. Dia memang pernah melihat bayang sekolah ini dari jauh, tapi tidak menyangka kalau kawasan sekolah itu sangat luas, sehingga boleh menempatkan beberapa ribu orang di dalamnya. Sambil menarik-narik skirt sekolahnya, supaya nampak kemas, dan mengenggam tali beg sekolah dengan erat, dia masuk ke dalam sekolah itu. Lee Na mengerling ke arah beberapa orang pelajar perempuan dan lelaki yang juga baru sampai, sambil ketawa sesama mereka.

 

Uish! Macam budak pandai aje muka-muka diorang ni.

 

Mengenang perkara itu, Lee Na tersenyum lagi. Kali ini, dia juga akan dianggap sebagai pelajar pintar oleh orang lain. Bangga apabila dapat memakai baju uniform yang bertanda GDHS itu. Dengan riang, dia melajukan langkah, tidak mahu lewat tiba di dewan. Semua pelajar tahun pertama dikehendaki berkumpul di dewan untuk pengasingan kelas, dan dia tidak mahu lewat dalam hal penting seperti itu.

 

“Aduh, mak kau!”

 

Lee Na mengusap-usap punggungnya apabila sedar tubuhnya sudah terduduk bersimpuh di atas lantai. Hatinya memaki-maki orang yang melanggar dia dari belakang sehingga menyebabkan skirt uniform barunya kotor dek pasir.

 

“Aish! Yah! Tak ad…”

 

OH MY GODD!

 

Suaranya seakan tersekat di kerongkong apabila melihat seorang pelajar lelaki memandangnya dengan rasa bersalah. Ini bukan pelajar lelaki biasa. Kalau biasa, dia tak akan terdiam kaku macam sekarang. Lelaki di depannya ini, adalah lelaki pertama yang kacak pernah dilihat dalam sejarah hidupnya. Mata yang bulat, hidung yang mancung, rambut yang err…menawan, okay! Dia tahu dia terlampau berangan sampai lelaki di depannya melihatnya dengan penuh takut.

 

“Err…miss! Gwenchana?” Lelaki itu melambai-lambai tangannya di depan muka Lee Na.

 

“Nae! Saya tak apa-apa,” jawab Lee Na pantas tapi masih bersimpuh di atas lantai, macam dia tengah duduk bersantai di ruang tamu.

 

“Err..betulkah? Mianhe, saya tak nampak awak tadi.” Lelaki itu menghulurkan tangannya dan Lee Na, dengan otak yang masih berada di dunia lain menyambut huluran itu. Fuyoo! Halus sangat tangan mamat ni! Lee Na! Kau ke sini nak belajar okay? BE..LA..JAR! Keep your head straight!

 

“Tak apa! Saya tak kisah juga.”

 

Tak kisah lah sangat, Lee Na! Padahal kalau Soo Man, lelaki hodoh yang tinggal di sebelah rumahnya tu langgar dia tadi, mungkin tak bergigi lelaki tu. Tapi, sebab lelaki di depannya sekarang  %$@!e$as#%#@ (korang faham-faham lah maksud dia), ia dah jadi special case.

 

“Oh, baguslah macam tu. Saya sebenarnya nak cepat ke dewan. Saya pergi dulu.”

 

Lee Na mengangguk dan memerhatikan saja kelibat lelaki itu yang sudah berlari ke arah timur kawasan sekolah. Lee Na tersentak dari lamunan dan turut melihat jam tangan jenama Adidas yang terikat kemas di tangan kirinya .

 

Aish! Aku dah lambat ni! Rungutnya di dalam hati dan turut berlari ke arah yang sama.

 

*X* X* X*

 

“Semua pelajar Tahun Pertama sila lihat nama dan kelas masing-masing pada papan kenyataan di belakang. Selepas kenal pasti kelas kalian, sila duduk di ruang yang telah disediakan. Jangan berebut dan duduk mengikut kelas kamu!” suara seorang guru wanita bergema di seluruh dewan itu. Lee Na menurut arahan dan bersama berpuluh pelajar lain menyerang papan kenyataan itu. Dia terpaksa menggunakan kehebatan mengecilkan badan untuk menyusup di antara timbunan pelajar yang berebut-rebut melihat kelas mereka. Pelik! Apasal nak berebut-rebut sampai macam tu sekali? Ingat ini permainan siapa-awal-dia-dapat-kelas-pertama kah?

 

Akhirnya! Setelah mata betul-betul berada di depan kertas maklumat itu, tidak peduli dengan perang saudara yang bersiaran secara langsung di belakangnya, dia mencari-cari nama yang bermula dengan huruf K.

 

Kang Lee Na…Kang Lee Na…Kang Lee Na.

 

Kang Ha Na          1-4

Kang Lee Na         1-3

Kang Ma Ru          1-1

Kim Yu Gyeom      1-3

 

Hah! Dia melihat nama kelasnya sebelum keluar dari kawasan sesak itu. Mata fokus mencari ruang tempat duduk yang ditandai dengan nama kelas 1-3. Setelah melintasi beberapa puluh kerusi, akhirnya tanda  1-3, yang ditulis pada sekeping papan berada di hadapannya. Dia mendekati kerusi yang disusun kemas di situ, dan duduk di atasnya. Dia menggigit bibir sambil matanya liar melihat keadaan sekeliling. Tiga orang pelajar lelaki yang sedang bergosip macam perempuan di tepinya, dua orang pelajar perempuan yang galak bersembang sambil menunjukkan barang perhiasan mahal mereka, seorang pelajar perempuan yang sedang khusyuk membaca buk…wait! Diorang belum mula kelas lagi, perempuan tu dah belajar? Dia menggeleng kepala. Dilihatnya lagi seorang budak lelaki yang sudah tidur sambil duduk, dengan kepala terangguk-angguk. Okay! Konklusinya, hanya dia saja pelajar normal di Kelas 1-3! Full stop!

 

Lee Na cuba untuk menyedapkan hatinya, namun terpana seketika apabila melihat lelaki yang melanggar dia tadi sedang duduk menyandar di kerusi sambil mendengar lagu melalui headphone. Lelaki itu duduk bersama dengan pelajar Kelas 1-1 yang lain meyakinkan Lee Na bahawa, mamat kacak++ itu, merupakan budak pandai yang memang sukar untuk dimilikinya sampai mati.

 

“Semua pelajar Kelas 1-3! Saya, Puan Im Bo Ra, guru kelas korang untuk tahun ni. Kita ak… jangan tidur dan tumpukan perhatian!”

 

Lelaki yang tidur nyenyak tadi berdiri dari duduknya, terkejut mendengar teriakan itu. Pelajar lain hanya ketawa, termasuklah Lee Na apabila melihat wajah dan mata lelaki itu yang kuyu sebab bangun secara mengejut. Mungkin rohnya kelam kabut masuk balik dalam jasad gara-gara suara Puan Im.

 

“Nae, seongsaengnim! “ Lelaki tadi tunduk meminta maaf sebelum duduk semula, sambil memeluk beg sekolahnya. Lee Na kembali memandang hadapan, untuk mendengar penerangan Puan Im.

 

“Baiklah! Kalau tiada apa-apa persoalan, kita akan pergi ke kelas. Bergerak dalam barisan.”

 

Lee Na dan rakan sekelasnya yang lain akur sahaja, maklumlah, pelajar baru kan, sifat-sifat skema tu masih menebal. Lee Na berbalas senyuman dengan pelajar perempuan yang membaca tadi, sebelum ikut berjalan bersama rakan sekelasnya yang lain. Saat melintasi pelajar Kelas 1-1, matanya sempat mengerling mamat hensem tadi. Beberapa saat kemudian, lelaki tadi melambai padanya dengan senyuman.

 

Gosh! Dia lambai aku? Dia lambai aku dan senyum pada aku? Wait!Wait! Ini mimpikah?

 

Tanpa berfikir panjang, Lee Na senyum lebar, sebelum membalas lambaian lelaki itu. Dia kemudian terdengar suara ketawa seseorang, dan segera menoleh. Lelaki yang penidur tadi sudah ketawa kuat sambil memegang perut. Mata lelaki itu hampir tidak kelihatan apabila dia ketawa, fikir Lee Na.

 

“Kenapa kau ketawa?” Lee Na memandang lelaki itu dengan dahi berkerut seribu.

 

Lelaki tadi menggeleng pantas. “Tak ada! Tak ada apa-apa!”

 

Peliklah mamat ni! Lee Na menggeleng kepala. Malas mahu melayan lelaki dimensi ke-4 itu.

 

*X* X* X*

“Kalian sebagai pelajar baharu, mesti tahu setiap peraturan di sekolah ni. Tiada yang melanggar peraturan, seperti ponteng kelas, merokok!...” Puan Im sempat menghentak meja seorang lelaki berambut keriting, yang ketara benar hampir menangis kerana dijerkah sebegitu. Kenapa Cikgu Im pandang lelaki tu begitu? Bagi Lee Na, dia dapat rasakan lelaki berambut keriting itu jenis budak yang nerd dan tidak akan merokok macam yang Puan Im cakap.

 

Puan Im berjalan lagi mengelilingi ruang kelas, sambil menyilang tangan. “…tidak buat kerja rumah, tidur…” Dia mengerling lelaki dimensi ke-4 tadi sebelum menyambung bebelannya. “…dan kesalahan yang saya dan sekolah ni paling tak suka ialah…BERCINTA!”

 

Dengan kata-kata terakhir itu, Lee Na dapat merasakan mata wanita itu sedang menentang matanya. Lee Na menelan air liur, takut apabila direnung sebegitu. Macamanalah dia nak bertahan dengan guru kelas mereka selama setahun? Wanita itu betul-betul memberi luruh jantungnya.

 

“Sebab, bercinta akan menjauhkan kamu dari jalan kamu yang sebenar. Jadi, sebagai cikgu yang prihatin, saya tak mahu pelajar di kelas saya menjalin hubungan. Walaupun korang bukan kelas yang terpandai, tapi saya nak lihat usaha kalian untuk jadi pelajar cemerlang, faham?”

 

“Faham, seongsaengnim!”

 

Lee Na berpandangan dengan Meng Jia, budak perempuan yang duduk di sebelahnya sebelum mereka tersengih. Cikgu itu memang menakutkan. Mereka menyangka tekanan yang dirasa waktu ceramah Puan Im akan berhenti setelah wanita bersanggul itu keluar dari kelas, tapi sangkaan mereka salah. Guru Matematik mereka, Encik Han, lelaki empat puluhan yang bermata sepet dan berkepala botak di tengah, masuk kemudian dan menyerang mereka dengan kata-kata pedas dan lajunya seperti menggunakan N-16 , yang menyebabkan muka pelajar kelas 1-3 itu muram seperti ditampar hantu. Diorang baru pelajar Tahun Pertama! Untuk apakah kata-kata motivasi itu? Dan, terus terang mereka katakan, kata-kata motivasi itu bukan seperti pendorong, tetapi seperti pressure cooker, yang memberi tekanan pada setiap daging di dalamnya.

 

“Please give us a rest,” desis Yee Na, pelajar perempuan yang membaca tadi. Oh! Sedangkan pelajar pandai pun tak tahan, inikan pula pelajar macam Lee Na.

 

“Saeng! Saya nak ke tandas!” ujar satu suara. Mereka serentak memandang ke arah pelajar lelaki yang mempunyai pipi tembam, dengan rambut terpacak. Lelaki itu mengangkat tangan di udara sambil memandang Encik Han dengan penuh makna.

 

“Hensemnya.”

 

Lee Na tersengih mendengar komen Jia. Siapalah yang peduli dengan ugutan dan nasihat guru kelas mereka? Mereka tak boleh lari dari kenyataan kalau lelaki di Gangwon-Do High School kebanyakannya kacak-kacak. Macamana mereka nak patuh pada peraturan yang satu itu?

 

“Tandas? Kamu ingat kamu bercakap dengan siapa sekarang?”

 

Lelaki yang rambut terpacak tadi mengecilkan matanya, mungkin cuba untuk mengingat nama guru mereka itu.

 

“Siapa nama kamu?”

 

“Park Jin Young, Saeng! Park Jin Young,” jawab lelaki itu pantas.

 

“Park Jin Young-ssi, begitukah adab-adab tandas yang sekolah rendah kamu ajar?” Encik Han sudah duduk di atas mejanya dan memandang Jinyoung dengan tajam.

 

“Err…tak, Saeng!”

 

“Jadi, macamana cara yang sekolah rendah kamu ajar dulu?”

 

“Err..sekolah rendah saya sebenarnya langsung tak ajar apa-apa pasal hal tu. Maksud saya, perlukah hal peribadi macam tu diajar kepada kami?”

 

Lee Na dapat mendengar tawa kecil keluar dari mulut pelajar Dimensi ke4- tadi. Dia tidak menyalahkan lelaki itu. Sebab, dia sendiri pun berasa lucu dengan kebodohan Jinyoung dan wajah tidak percaya Encik Han.

 

“Park Jin Young-ssi, saya bukan bercakap tentang cara kamu kencing atau berak, saya cakap cara kamu meminta izin sebelum buat dua perkara tu!” Encik Han sudah meninggikan suaranya. Dan, jJnyoung pula, hanya buat muka tidak bereaksi. Nampak sangat budak lelaki itu jenis yang pemberontak.

 

“Boleh izinkan saya untuk ke tandas, Han Seongsaengnim?” Jinyoung menekan satu-persatu perkataan yang diucapnya. Lelaki itu keluar daripada kelas apabila Encik Han mengangguk kecil.

 

“Baiklah! Saya nak kamu salin soalan yang saya tulis di papan putih, dan cuba jawab. Soalan ni senang saja. Saya cuma nak panaskan enjin otak kamu yang mungkin sudah membeku sebab cuti lama.”

 

Kedengaran bunyi kerusi digerakkan dan bunyi zip beg dibuka. Semua pelajar tekun menyalin soalan guru Matematik mereka. Lee Na turut fokus namun tidak lama apabila kerusinya tergerak-gerak. Lee Na menggigit bibir apabila kerusinya bergerak lagi seperti ditendang seseorang. Dia menoleh ke belakang dan memeberi jelingan maut kepada pelajar di belakangnya.

 

Dia ingat kerusi aku ni bola ke?

 

“Ada pen lebih?”

 

Lee Na menjulingkan mata ke atas. “Kau tak bawa pen ke?”

 

Agak-agaklah mamat ni! Hari pertama sekolah dah tak ada pen?

 

“Tak ada.” jawab Lee Na pantas sebelum memandang hadapan semula. Dia menulis soalan ketiga , namun kerusinya ditendang lagi. Gosh!

 

“Bwo?” marah Lee Na dengan suara perlahan. Lelaki tadi cuma senyum sebelum berbisik, "Pensil ada?”

 

Lee Na mengeluh kasar. “Tak ada, tak ada dan tak ada, faham?”

 

Jia hanya melihat sahaja perbualannya dengan lelaki tadi. Well, dia bukannya kedekut atau apa, tapi tambah sakit hatinya apabila lelaki dimensi ke-4 itu seperti pelajar yang tiada matlamat. Ini Gangwon-Do High School! Dia sepatutnya tunjukkan ciri-ciri pelajar berjaya sikit!

 

Lee Na memandang semula ke hadapan dan menyambung kerjanya. Tenang sedikit apabila tiada lagi gangguan dari tempat duduk belakang.

*X* X* X*

 

Yugyeom tersenyum lebar pada lelaki di hadapannya sebelum menumbuk perlahan bahu lelaki itu.

 

“Amacam kelas kau? Okay?”

 

Minho yang sudah duduk di tepinya mengangkat bahu sambil memuncungkan mulut.

 

“Biasa aje! Semua classmate aku tekun berabis. Belum lagi mula belajar diorang dah buat study group. Pelik kan? Maksud aku, topik apa yang diorang belajar sebenarnya?” Minho menghirup minumannya sambil memerhati keadaan kantin yang semakin sesak dengan pelajar.

 

Yugyeom turut tersenyum sebelum menikmati sandwichnya. Lelaki itu mengunyah dengan rakus, berbeza sekali sikapnya dengan Minho yang berada di sebelah. Beberapa pelajar perempuan sibuk melihat kea rah mereka, ambil berbisik sesama sendiri.

 

“Kelas aku pun pelik, walaupun tak pelik dari segi pelajaran, tapi pelik dari segi lain.” Yugyeom memberi komen sambil menyiku lengan rakannya. Minho berpaling melihat Yugyeom di sebelah.

 

“Bwo?”

 

“Budak-budak perempuan tu tengah tengok-tengok kau, famous kau kan? Perempuan satu kelas aku tadi pun macam ada hati kat kau, aku tengok. Waktu kau lambai aku tadi, dia sangka kau lambai dia dan dengan semangatnya dia balas lambaian kau. Aku nak pecah perut tadi kau tahu?”

 

Yugyeom menggeleng-geleng kepala sambil ketawa kecil. Minho membulatkan matanya yang sedia perfect itu.

 

“Aku tak perasan pulak. Betulkah?”

 

“Nae” jawab Yugyeom masih dengan tawa yang bersisa. Sandwich yang tinggal sedikit disumbatnya terus ke dalam mulut.

 

“Kau rasa sekolah ni okay ke? Aku takut kita buat pilihan yang salah.” Minho mengeluh kecil.

 

Yugyeom hanya diam. Botol air Minho dicapai sebelum meneguk air putih di dalamnya. Lelaki itu menjawab kemudian. “Kau percaya aje dengan aku. Pilihan aku tak pernah salah.”

 

Kedua lelaki itu berbalas pandang sebelum Minho menumbuk kuat bahu Yugyeom, menyebabkan Yugyeom mengaduh kesakitan mengeluarkan suara nyaringnya.

 

“Temberang!” kutuk Minho sebelum matanya menangkap satu susuk tubuh pelajar perempuan yang lalu di depan mereka tadi. Gadis itu yang dilanggarnya awal pagi tadi. Dia kembali tunduk dan menyumbat sandwich milik Yugyeom di atas meja. Tidak sedar kalau rakannya di sebelah sedang khusyuk memikirkan sesuatu.

 

*X* X* X*

 

“Kim Yugyeom, duduk di sebelah Kang Lee Na.”

 

Lee Na tidak dapat menyembunyikan muka terkejut (dan gembira) nya apabila mendnegar arahan Puan Im. Guru Kelas mereka itu merombak tempat duduk pelajar di kelasnya, kononnya supaya persekitaran kelas itu lebih kondusif. Terus terang Lee Na katakan, persekitaran kelas itu tidak akan pernah kondusif dengan hanya mengubah tempat duduk jika pelajar yang duduk di dalamnya adalah pelajar yang sama. Dia berpura-pura tidak kisah apabila Yugyeom sudah mengambil tempat di sebelah. Senyuman lelaki itu memang tidak pernah hilang dari wajahnya, sejak kelmarin, fikir Lee Na. Mungkinkah dia ada penyakit sawan senyum?

 

Lee Na sudah mengeluarkan kotak pensilnya apabila Puan Im menulis sesuatu pada papan putih. Dikerlingnya Yugyeom di sebelah yang duduk diam sahaja seperti tiada niat untuk menyalin nota Puan Im. Lee Na berdehem kecil sebelum berkata perlahan, “Kau nak pinjam pen?”

 

Yugyeom menoleh melihat wajah Lee Na dengan wajah tidak percaya. Perempuan kedekut ni nak pinjamkan aku pen?

 

“Ani!”

 

“Erm..pensil?”

 

“Tak perlu!”

 

“Oh!” Lee Na mengebil-ngebilkan matanya. “Okaylah kalau macam tu.”

 

Aduh! Tak tahu malu kau ni Lee Na! Kau tak sedarkah maruah kau sebagai perempuan dah terjejas gara-gara lelaki ni?

 

“Aku nak pinjam buku nota kau saja. Sebab nota kelmarin aku tak dapat salin.”

 

Lee Na terdiam apabila medengar kata-kata Yugyeom. Terselit rasa bersalah dalam jiwanya sebab kedekut nak mampus kelmarin. Dia cuma geram dengan sikap sambil lewa lelaki itu yang seperti tidak berminat untuk belajar. Tapi, mungkin lelaki di sebelahnya itu ada baiknya juga. Sebenarnya, dia baru terfikir tentang kebaikan Yugyeom sebab…sebab…Yugyeom makan dengan lelaki pujaan hatinya, di kantin tadi! Maksudnya di sini, Yugyeom dan Mr. Perfect itu kawan baik!

 

“Oh, okay, Nanti aku bagi pinjam.” Jawab Lee Na dengan sopan santunnya.

 

Yugyeom nampaknya seperti tidak mengesyaki apa-apa dan mulai mengambil kotak pensil dan buku notanya dari dalam beg. Lee Na melihat sahaja gelagat lelaki itu. Dari tadi dia ingin bertanya sesuatu kepada Yugyeom tapi ketakutannya melebihi segala-galanya.

 

“Err..nama kau apa ek?”

 

Yugyeom mengangkat wajahya dari menulis dan merenung muka Lee Na yang sedang senyum plastik.

 

“Kim Yugyeom.” jawab Yugyeom dengan suara mendatar. Berapa kali sudah namanya dipanggil di kelas itu, tapi perempuan di sebelahnya itu masih belum tahu namanya? Dan, baru saja Puan  Im menyebut namanya tadi. Perempuan itu betul-betul pelik, fikir Yugyeom.

 

“Oh, ya kan! Cikgu ada sebut nama kau tadi.” Lee Na tertawa kecil menutup kebodohannya. Tidak tahu untuk membuka cerita apa dengan lelaki itu.

 

“Err…Gyeommie! Kawan kau kat kantin tadi budak kelas mana?”

 

Lee Na bertanya tanpa melarikan matanya dari papan putih. Dia cuba untuk memancing topik tentang Mr. Perfect itu , walhal sebenarnya dia sudah tahu kelas lelaki pujaan hatinya.

 

“Gyeommie?”

 

Lee Na berhenti menulis dan melihat muka hodoh Yugyeom di sebelah. Lelaki itu memberinya pandangan apasal-buruk-sangat-nama-yang-kau-bagi-aku menyebabkan Lee Na terkaku. Lee Na cuma diam. Dia sengaja memanggil Yugyeom dengan nama ‘manja’ itu, supaya Yugyeom rasa lebih selesa berbual dengannya.

 

“Nama dia Choi Minho dari Kelas 1-1. Ada tiga orang adik beradik dan dia abang sulung. Kami berkawan sudah hampir enam tahun, sampai bau kentutnya pun aku kenal.”

 

Mulut Lee Na ternganga besar waktu mendengar penerangan Yugyeom yang padat, ringkas dan terperinci itu.

 

“Macamana  baunya?”

 

“Macam…” Yugyeom memandang siling kelas, cuba untuk mengingat, tapi tersedar akan sesuatu. Perempuan di sebelahnnya sudah tersengih-sengih.

 

“Yah! Kang Lee Na! Itu pun kau nak tahu ke?”

 

Lee Na mengetap bibirnya, cuba untuk menahan ketawa. “I’m just asking.”

 

“Kim Yugyeom-ssi! Kang Lee Na-ssi! Berdiri di luar kelas! Jigeum (sekarang) !”

 


There will always be a reason why you meet people, either you need them to change your life or you’re the one that will change theirs.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Aisya_Nasuha
#1
Chapter 5: Best cerita ni.. Love it so much :D
LlyshaSyera #2
Chapter 5: cerita yang best..love it :)
JHNDAE
#3
Yes. Ada yugyeom ;u;

Sorry but to kawan author, harap enjoy hoho (yugyeom ade tuuu hehehe... ok sorry)