Point 2

Intersection

 

POINT 2

“Lepas kau dah cari midpoint dia, baru kau cari locationnya yang sebenar, contohnya, kalau x ni di coordinate 3,4, then, ….”

 

“Stop! Stop! Stop!” Lee Na menutup kedua belah telinganya, tidak tahan dengan penerangan yang berbelit-belit itu. Yee Na di sebelah memberinya pandangan membunuh. Lee Na memang begitu. Selalu terlebih dalam lakonan tidak berbayarnya.

 

“Apa yang kau tak faham, Kang Lee Na?”

 

“Macamana kau dapat tahu itu midpoint dia? Maksud aku, dia tak bagitau pun kat sini. Mungkin ini pun boleh jadi midpoint…” Lee Na menunjuk kertasnya. “…ataupun, bahagian sini pun boleh jadi. Jadi, macamana kau dapat tahu ini midpoint yang sebenar?”

 

Yee Na sudah berpandangan dengan gadis itu. “Sebab….”

 

“Sebab suka hati si Yee Na lah nak tetapkan itu midpoint dia, kau pulak yang sakit hati!” Yugyeom sudah duduk di hadapan kedua gadis itu, sambil membawa buku matematiknya. “Yee Na sayang, ajar aku juga, boleh?”

 

Yee Na menjulingkan mata ke atas. “Sayang kepala otak kau!”

 

Yugyeom hanya senyum dan turut membuka bukunya selepas berebut ruang meja dengan Lee Na.

 

“Kau nak minta ajar bab berapa, Gyeommie?”

 

Yugyeom membelek-belek bukunya sebelum menjawab pantas. “Bab enam. Aku tak faham apa yang cikgu Han bebel kelmarin.”

 

“Macamana kau nak faham kalau membuta aje satu hari!” kutuk Lee Na tapi pantas menjauhkan mukanya apabila Yugyeom sudah menunjukkan penumbuk, mencabar gadis itu.

 

“Bab enam? Okay, tapi kejap. Aku nak ajar Lee Na dulu.”

 

Lee Na senyum lebar sebelum mendengar penerengan Yee Na , kali ini dengan lebih khusyuk, takut kawan mereka yang bijak pandai itu melarikan diri dan trauma untuk mengajar lagi. Kehidupan sekolah mereka di Gangwon-Do High School, sebenarnya tidaklah teruk sangat seperti hari pertama mereka masuk ke sekolah itu. Seperti budak sekolah lain, mereka tetap bergelak tawa, tidur waktu cikgu mengajar, sembunyi makan di kelas dan macam-macam lagi lah aktiviti ‘haram’ yang diorang sapu. Tapi, tak lah haram tahap infinity. Walaupun sekolah yang mereka duduki sekarang, merupakan sekolah yang cemerlang, tapi perangai mereka, yang pastinya kelas ke-3 dan ke-4 saja, langsung tidak menunjukkan ciri-ciri yang baik.

 

Dan, perangai setan itu berkekalan sehingga mereka masuk ke Tahun Kedua. Yugyeom dan Lee Na pula sudah menjadi rapat, sebab masing-masing ada kepentingan sendiri. Yugyeom sering meminjam buku nota Lee Na sehingga kadang-kadang gadis itu terpaksa membeli buku nota baru. Yugyeom kadang-kadang lupa di mana dia membuang buku nota Lee Na sehingga buku itu tidak dapat lagi ditemui. Pada mulanya, Lee Na memang mengamuk tahap gaban, tapi dia menutup saja kes kehilangan buku notanya apabila Yugyeom datang dan memberitahunya tentang perkembangan Minho. Yugyeom yang seperti cupid (kanak-kanak yang bertugas memanah hati manusia dengan rasa cinta), sering menceritakannya setiap butir hidup Minho. Contohnya seperti, di mana lelaki itu tinggal, apa yang Minho minat, dan sehinggalah maklumat tahap bahaya seperti apa warna seluar dalam lelaki itu. Terus terang, bukan Lee Na yang bertanyakan hal itu, tapi Yugyeom yang memandai membocorkan ‘rahsia kerajaan’ Minho.

 

Melalui Yugyeom jugalah, Lee Na mengetahui sikap Minho yang sering melukis tanda ‘smiley’ di setiap buku dan mejanya. Lelaki itu juga selalu menyelitkan ‘smiley’ yang comel dan montel pada namanya. Tidak kira pada kertas ujian, nama pinjaman buku teks, buku latihan, atau di mana-mana sahaja. Di mana-mana saja! Kecuali pada borang pendaftaran. Sebab lelaki itu masih waras lagi untuk tidak mahu dibuang oleh pengetua sekolah mereka. Dan, disebabkan terlalu kemaruk dengan lelaki itu, Lee Na juga terikut-ikut melukis tanda ‘smiley’ berdekatan namanya, dan juga di buku notanya. Tapi, silapnya, Yugyeom, Jia, Yee Na, dan Ae Cha akan ketawa kuat sambil menepuk-nepuk meja apabila melihat ‘smiley’nya yang langsung tidak menunjukkan ciri-ciri montel seperti ‘smiley’ milik Minho. Lee Na cuma mampu redha. Memang sudah nasibnya berkawan dengan orang-orang yang tidak berperasaan seperti empat manusia itu.

 

Tapi, yang lebih menyedihkan, Lee Na tidak pernah berbual dengan Minho walapun sudah hampir setahun mereka belajar di sekolah yang sama.Walaupun Yugyeom sering memaksanya untuk berbual atau menyapa Minho, tapi ketakutan Lee Na melebihi segala-galanya. Lidahnya kelu apabila melintas bersebelahan dengan lelaki itu sehinggakan perkataan “hai” saja pun payah untuk dia menyebutnya. Dan, Minho juga bukanlah pelajar yang biasa-biasa. Lelaki itu semakin popular apabila dilantik menjadi pengawas sekolah, dan mendapat anugerah kecemerlangan sewaktu mereka berada di Tahun Pertama. Jadi, apa yang mampu dilakukannya ialah menghantar ‘smiley’ , yang dibuat daripada kad manila, kepada lelaki itu setiap bulan. Tidak ada orang yang mengetahui tentang perkara itu termasuklah kawan-kawannya dan Yugyeom. Lee Na akan melekat ‘smiley’ itu di pintu loker Minho pada awal pagi dan tdak dapat berhenti senyum selama satu hari apabila melihat ‘smiley’ itu sudah tiada, kemungkinan sudah disimpan oleh Minho. Lee Na tahu dia pengecut, tapi lebih baik jadi pengecut daripada jadi ahli lumba pecut kan?

 

*X *X *X*

 

Lee Na berdiri di hadapan pagar sekolah, merenung titisan air hujan yang jatuh ke bumi. Hanya dia sahaja yang berada di situ. Mesyuarat Kelab Drama tidak disangka habis lewat, dan dia tersekat di sekolah apabila hujan turun dengan lebat. Entah berapa kali ayat penyesalan lahir di hatinya kerana malas membawa payung. Kali ini, barulah dia faham perasaan orang tua-tua dahulu sewaktu mewujudkan peribahasa ‘Bawa payung sebelum hujan’.  Tapi, tiada guna dia memotivasikan diri di situ, terutamanya apabila cuaca semakin sejuk. Nanti saja dia membuat refleksi diri apabila sudah berada di rumah. Lee  Na menoleh ke kanan apabila mendengar bunyi tapak kaki seseorang. Matanya membulat dan jantungnya juga berdetak kencang persis Bam Bam Got7 menyanyi rap apabila melihat lelaki itu berada di sebelahnya. Dengan kelajuan pantas,Lee Na memalingkan semula wajahnya ke hadapan, tapi kali ini dengan perasaan yang hampir meletup.

 

Choi Minho!

 

Lee Na mengerling payung yang berada di genggaman lelaki itu. Mindanya sibuk memikirkan kenapa Minho masih belum keluar dari pintu sekolah dan masih berdiri di situ, sedangkan lelaki itu ada membawa payung. Dia mencuri pandang wajah Minho yang serius memandang pemandangan di hadapan mereka. Lee Na tidak dapat menahan senyum. Walaupun hanya berdiri di sebelah lelaki itu tanpa apa-apa perbualan, tapi hatinya rasa bahagia. Kerana, hanya mereka berdua yang berada di situ. Tiada peminat Minho, tiada guru dan tiada orang lain. Betapa Lee Na berharap masa terhenti bergerak, memberinya waktu untuk berada lama sedikit dengan pujaan hatinya selama tiga tahun itu.

 

“Awak kawan Yugyeom kan?”

 

Lee Na terkejut mendengar suara lelaki itu. Dipandangnya di kiri dan kanan, tapi, tiada sesiapa di situ melainkan dia dan Minho. Minho mengukir sengih di wajahnya, yang jelas sekali menaambahkan ketampanan lelaki itu.

 

“Saya cakap dengan awak.”

 

Minho tertawa kecil apabila melihat Lee Na mengangguk janggal.

 

“Nae..” jawab Lee Na perlahan. Tidak tahu untuk berkata apa lagi.

 

“Saya kawan Yugyeom juga. Choi Minho, dari kelas 3-1”

 

Lee Na menerima huluran tangan Minho. Mereka berjabat tangan sekejap sebelum Minho menghadiahkannya senyuman. Berasa lucu kerana sebenarnya Minho tidak perlu memberitahu namanya. Lee Na sudah tahu semuanya daripada Yugyeom, bukan sahaja nama tapi segala-galanya tentang lelaki itu.

 

“Saya Kang Lee Na.”

 

Suasana sepi semula. Otak Lee Na ligat berfikir mecari topik untuk dibualkan. Dia tidak mahu peluang keemasannya berduaan dengan lelaki itu diisi dengan bunyi rintik hujan saja. Dengan mengumpulkan segala keberanian, Lee Na bersuara. “Awak tengah tunggu kawan ke?”

 

Minho merenung wajah Lee Na sebelum menggeleng pantas. Lelaki itu tersenyum lagi, dan berkata pantas. “Aniyo! Saya tengok awak sendiri di sini. Bahaya kalau saya pulang dulu sebab dah tak ada sesiapa yang tinggal . Kadang-kadang, pengawal keselamatan tak boleh dipercaya.” ujar lelaki itu, dengan suara yang perlahan sedikit apabila menyebut ayat terakhir itu. Takut pengawal keselamatan yang duduk berdekatan situ mendengar.

 

Lee Na ketawa kecil. Hatinya berbunga mekar saat ini menyebabkan dia mati akal untuk berkata apa-apa. Walaupun begitu, masih ada satu kemusykilan yang berlegar di mindanya. Adakah lelaki itu akan buat perkara yang sama kepada gadis lain?

 

“Oh, kalau begitu, kamsahamnida.” Lee Na  menghadiahkan lelaki itu senyuman, dan Minho turut membalasnya.

 

“Gwenchana. Kawan Yugyeom kawan saya juga.”

 

Dengan perkataan terakhir itu, Lee Na seakan ingin melompat mengalahkan atlet lompat jauh Korea Selatan dan berlari di seluruh padang sekolah mereka selama lapan pusingan tanpa henti. Minho mengambil berat tentang dirinya walaupun mereka tidak pernah berbual sebelum ini? Minho, lelaki yang diminati ramai itu, sedang risau tentang dirinya? Apa kebaikan yang dia lakukan semalam sehingga Tuhan memberi dia kebahagiaan begini?

*X* X* X*

 

Lee Na masuk ke dalam bilik, cuba untuk mengingat kejadian tadi sebelum tersenyum lebar. Rasa bahagianya tidak dapat dilesapkan oleh apa-apa masalah pun saat ini. Payung warna hitam milik lelaki itu direnungnya. Sewaktu Lee Na bercadang untuk meredah saja hujan yang sudah semakin reda, Minho meminjamkan dia payung itu. Dia terpaksa pulang, takut jika ibunya semakin risau kerana waktu sudah mencecah pukul  5 petang. Dan Minho dengan baik hatinya memberi dia payung itu.

 

“Saya lelaki, takkan demam gara-gara terkena hujan. Awak pinjamlah payung ni. ”

 

Itu ayat yang Minho katakan padanya saat dia menolak pelawaan lelaki itu.

 

Telefon bimbitnya segera dicapai sebelum mencari nama GyeomKyeop (GyeomCute) di ruang contacts telefonnya. Lelaki itu mesti dimaklumkan tentang kejadian tadi.

 

“Yeoboseoyo?”

 

“Gyeommie-ah!” jerit Lee Na, tidak kisah jika telinga rakannya yang seorang itu pekak disebabkan suaranya.

 

“Aigoo! Kuatnya suara kau!”

 

“Gyeommie-ah! Kau mesti tak percaya apa yang berlaku tadi. Gosh! Aku rasa macam nak pengsan! Cuba teka! Teka apa yang terjadi tadi! Palli (cepat)!”

 

“Yalah! Yalah! Sabar sikitlah! Erm…kau dapat watak orang gaji?”

 

Lee Na mencebik sakit hati. Dia tahu kalau dia jarang mendapat apa-apa watak dalam persembahan teater sekolah, tapi walaupun begitu, dia sanggup untuk tidak berlakon seumur hidupnya di atas pentas jika hanya mendpaat watak sebagai orang gaji.

 

“Kau sedang menghina aku ke atau apa?”

 

“Tak adalah! Kau kan suruh aku teka tadi?”

 

“Gyeommi-ah! Minho..” 

 

“Ya, ada apa dengan Minho?”

 

Lee Na dapat mendengar suara Yugyeom yang semakin jengkel di situ. Ada dia kisah? Ceritanya lagi penting daripada masa lapang Yugyeom.

 

“Minho pinjamkan aku payung, Gyeommie-ah! Dia pinjamkan aku! Aku rasa tak percaya, kau tahu? Dan, dia temankan aku sampai hujan berhenti.”

 

“So?”

 

Lee Na mendengus tidak percaya. Mata dijulingkan ke atas. “So? Kau cakap ‘so’ ? Dia caring dengan akulah maksudnya. Dan dia cakap dengan aku tadi, kalau kawan kau kawannya juga. Maksudnya dia anggap aku sebagai kawan, kau tahu?” Lee Na sudah berbaring sambil mengimbas kembali wajah tampan Minho.

 

“Jinjja?” tanya Yugyeom tidak percaya.

 

“Nae! Bertuah kan kawan kau, Gyeom? “ Lee Na ketawa mengada-ngada macam perempuan disampuk oleh jin ‘miang’

 

“Eww! Dari mana kau belajar cara ketawa si Dulcia?”

 

Lee Na ketawa kuat sebelum menyambung lagi ketawa jin miangnya, menyebabkan Yugyeom mnejerit kuat. Dia tidak dapat mennagkap jelas kata-kata lelaki itu. Hanya perkataan seperti

 

‘Gosh!’

 ‘Eww!’

 ‘Geli aku!’

 ‘Dulcia!’

 

sahaja yang dapat ditangkapnya. Lee Na sengaja. Seronok rasanya menyakat Yugyeom yang mengetuai gerakan anti-Dulcia di sekolah mereka. Dia tahu lelaki itu benci benar dengan budak perempuan daripada kelas 3-4 itu. Hanya disebabkan Dulcia menyebarkan berita palsu saat mereka berada di Tahun Kedua. Berita yang berbunyi, “Kim Yugyeom dari kelas 2-3 tu boyfriend aku!”. Dan, dari saat itu, dengan rasminya Yugyeom mengisytiharkan perang antara kerajaannya dengan kerajaan Dulcia. Siapa tahu kalau Yugyeom tu rupanya sensitif juga orangnya.

 

*X *X *X*

 

Lee Na, dengan penuh semangat melangkah masuk ke kelas. Hari masih awal, tapi dia sengaja untuk merasa kesejukan embun dan bunyi burung berkicau pada awal pagi di sekolah itu. Dengan senyuman yang tidak lekang di bibir, Lee Na mengambil tempat di kerusinya. Okay! Sebenarnya, dia bukan mahu mendengar bunyi burung berkicau atau embun apa kejadah, tapi sebenarnya dia tidak sabar mahu mengembalikan payung milik Minho. Dan tidak sabar untuk memberitahu rakannya lain yang masih belum tiba tentang peristiwa kelmarin. Suasana kelas itu masih sepi, dan hanya bunyi kipas yang kedengaran memecah suasana. Dengan senang hati, Lee Na mulai mengeluarkan buku sejarahnya dari dalam beg dan mulai menelaah.

 

Putera Minho, anak kepada King Brian III telah mengeluarkan perintah kepada angkatan tenteranya untuk menyerang balas….

 

Aik? Lee Na menepuk pipinya dan mulai membuka bab 4 buku teks itu.

 

Presiden Korea Selatan baharu yang dilantik pada tahun 1899 diberi kuasa untuk menjatuhkan hukuman kepada pencetus Kumpulan Tunjuk Perasaan MinXia yang diketuai oleh Choi Minho….

 

Apa masalah buku teks ni? Dia mengangkat buku itu dan memeriksa kulitnya, takut buku lain yang terambilnya. Tapi buku itu memang buku teks sejarah mereka. Dengan kebingungan yang berada pada tahap 97%, Lee Na menyambung pembacaannya.

 

Pada tahun 1105, Daerah Tamra dimasukkan di bawah penguasaan Dinasti Goryeo pada masa pemerintahan Raja Yugyeom (1215-1259) dan namanya diganti menjadi Jeju. Pemerintahan yang kejam menyebabkan rakyat Jeju melakukan pemberontakan. Pemberontakan Sambyeolcho diketuai oleh Choi Minho, Go Ae Cha dan Park Jin Young, namun berhasil dipatahkan oleh angkatan Panglima Park Yee Na yang bergerak di bawah arahan Raja Yugyeom. Penguasa Mongol pada masa itu, Meng Jia telah menghantar ufti kepada Raja Yugyeom , bagi…..

 

Gosh! Apa kena mengena buku ni?

 

Lee Na menutup kasar buku sejarah itu dan melemparnya ke dalam beg. Otaknya tidak dapat fokus sekarang. Dan, pada masa itu juga Yugyeom dan Kwon Tae In masuk ke dalam kelas sambil bergelak tawa. Lee Na menjegilkan mata melihat dua pasangan yang mencurigakan itu.

 

“Selamat pagi, Lee Na. Awal kau sampai hari ni?” Tae In menyapanya dan duduk di sebelah Yugyeom.

 

“Yaa…” jawab Lee Na , dengan suara mendatar dan tidak berperasaan. Tidak kisah jika Tae In terasa dengan sikap dinginnya. Lee Na memberi isyarat mata kepada Yugyeom yang duduk di sebelahnya. Cuba untuk menghantar mesej melalui ‘bluetooth’ otak mereka.

 

Oi.. apasal dia duduk kat sini ni? Nanti si Jia datang.

 

Yugyeom mengelip matanya sekali. Cuba untuk menjawab mesej Lee Na yang dihantar melalui telepathy.

 

Biarlah. Si Jia belum datang lagi. Aku nak berbual sekejap dengan dia.

 

Berbual? Tak payah! Kalau kau nak berbual, kau berbual aje dengan aku. Suruh dia balik pergi tempatnya.

 

Sengallah kau ni!

 

Bwo? Lee Na menjegilkan mata, kalaulah pandangan boleh membunuh, pasti Yugyeom sudah tidak bernyawa di situ,.

 

Rilek arh! Dia ada masalah nak luah kat aku. Pasal Taemin.

 

Taemin? Kalau dia da masalah dengan Taemin, suruhlah dia jumpa Taemin. Kenapa dia nak jumpa kau?

 

Sebab aku kan kawan si Taemin, pabo!

 

“Yah!” Lee Na menjerit kuat, mengejutkan Yugyeom dan Tae In. Jangan heran! Lee Na sudah faham dengan isyarat Yugyeom. Kalau lelaki itu tersengih, maksudnya dia sedang menghina .

 

“Aku malas lah nak lama-lama kat sini. Aku nak keluar kejap!” Lee Na segera mengambil payung milik Minho dan tersenyum penuh makna ke arah Yugyeom. Lelaki itu turut tersenyum dan kembali bercerita dengan Tae In.

*X *X *X*

Lee Na menarik nafas dan menghembuskannya secara perlahan. Jantungnya tidak henti berdegup laju dari tadi. Dengan mengumpulkan segala keberanian, Lee Na melangkah ke kelas 3-1, namun dia tidak perlu mencari lama kerana Minho sudah berdiri menyandar di koridor depan kelas mereka. Lelaki itu memang kemas dan tampan seperti biasa. Dan, perkara itu kadang-kadang menyebabkan Lee Na rasa rendah diri. Yalah, dia bukannya termasuk dalam golongan budak perempuan cantik di sekolah itu, (comel adalah), dan Minho pula pelajar lelaki yang bolehlah dikatakan, dikenali ramai dan popular. Beza mereka dalah seperti langit dan bumi. Tapi, itu tidak menghalang Lee Na daripada menyukai lelaki itu. Kerana,dialah orang pertama di Gangwon-Do High School yang menyukai Minho, orang pertama yang terjumpa dengan lelaki itu, dan orang pertama yang Minho bawa bercakap waktu berada di sekolah itu. Juga ….orang pertama dan satu-satunya perempuan yang memberi Minho hadiah ‘smiley’ setiap bulan.

 

“Min…”

 

Lee Na terdiam apabila melihat budak perempuan junior, yang dia tidak tahu namanya, turut berada di situ. Melihat kepada gelagat mereka, sepertinya Minho dan gadis itu sedang berbual dengan serius, entah tentang apa.

 

“Oh, Lee Na-ah?”

 

Minho tersenyum apabila melihat Lee Na di situ. Dengan perasaan berbelah bahagi dan tidak tahu untuk berkata apa-apa lagi, Lee Na menghulurkan payung hitam milik lelaki itu.

 

“Kamsahamnida sebab pinjamkan saya payung ni.” ucap Lee Na, rasa bersalah kerana menganggu perbualan Minho. Tapi, dia tidak dapat membohongi perasaaannya yang menjerit kegembiraan apabila Minho membahaskan dirinya dengan panggilan ‘Lee Na-ah’.

 

Lee Na-ah, Lee Na-ah, Lee Na-ah.

 

Suara Minho berlegar-legar di otaknya.

 

“Gwenchana. Yang penting awak tak terkena hujan.” Minho senyum selepas menikam anak panah cinta tepat ke jantung Lee Na. Lee Na dapat merasakan gadis junior tadi hanya mendengar perbualan mereka dengan wajah tidak puas. Ada aku kisah? Lee Na berbisik di dalam hati. Cadangnya, dia ingin bertanya samada lelaki itu tidak sakit kerana terkena hujan kelmarin, tapi melihat ada pelajar lain turut berada di situ, dia mematikan sahaja niatnya.

 

“Saya pergi dulu.”

 

Minho mengangguk dan memandang Lee Na yang sudah berjalan untuk kembali ke kelas 3-3. Lee Na menggigit bibir, berasa gembira kerana dapat berbual dengan lelaki itu, walaupun pada masa yang sama berasa cemburu sedikit apabila melihat Minho berbual dengan budak junior tadi. Tapi, dia tahu kalau Minho belum berpunya. Kalau tidak, pasti Yugyeom sudah memberitahunya tentang hal itu. Jadi, tidak ada apa-apa yang perlu dia risaukan.

 

“Siapa nama unni tadi?”

 

Lee Na terdengar suara lunak budak junior tadi dari jauh.

 

“Park Lee Na. Dari kelas 3-3.”

 

Lee Na berasa kepalanya seperti dihentak oleh kayu besbol di situ di saat dia mendengar jawapan Minho.

 

Park Lee Na? PARK Lee Na? PARK?

 

Dengan pantas, dia masuk ke dalam kelas dan berdiri di hadapan kawan-kawannya yang sduah bergelak tawa di situ. Nampaknya, ramai kawannya yang sudah tiba, dan kehadirannya menghentikan Yugyeom dan Jinyoung yang sedang bergelak tawa sambil duduk di atas meja. Menghentikan suara merdu Tae In dan Taemin yang menyanyikan lagu duet di situ. Diorang ingat sekolah ni apa? High School Musical?

 

“Lee Na, my friend!” jerit Jia, memeluk bahu gadis itu. Lee Na tidak menjawab dan hnaya memandang rakan-rakannya satu persatu.

 

“Lee Na-ah, kau ke mana tadi?” Jinyoung pula kali ini bertanya, sambil merenung wajah Lee Na penuh khusyuk. Yugyeom yang masih duduk santai di atas meja cuma tersengih.

 

Dengan mata yang dibesarkan untuk menambah efek lakonannya, Lee Na berkata kuat. “Korang! Nama aku apa?”

 

“Tshk! Kau kena penyakit sawan kah?” Yee Na yang sedang fokus mengajar Ae Cha, kini sedang menumpukan perhatian pada Lee Na di hadapan. Lee Na menggigit bibir mendengar soalan kasar si Yee Na.Kawannya itu memang nampak lembut , tapi di dalamnya brutal beb!

 

“Nama kau? Kang Lee Na?” jawab Taemin , dengan muka innocentnya.

 

“Salah!”

 

Jinyoung mengerutkan dahinya sambil berkata kuat dengan dialek Busannya yang pekat “Bwo? Micheosso (Kau gilakah) ?”

 

“Bworago? Kau cakap aku gila?” Lee Na mencapai buku tebal Yee Na dan menghempasnya tepat di ubun-ubun Jinyoung menyebabkan lelaki itu menjerti kesakitan.  Lee Na dan kawan mereka yang lain ketawa kuat terutamanya Yugyeom waktu melihat muka penyesalan Jinyoung.

 

“Palli! Apa nama aku?”

 

“Kang Lee Na lah! Kang Lee Na! Kau ni dah kenapa?” gesa Ae Cha. Malas untuk terlibat dalam perbualan bodoh itu.

 

“Tak! Mulai hari ni! Jangan lagi panggil aku Kang Lee Na! Panggil Aku Park Lee Na. Arasso? Park. Lee. Na!” kata Lee Na tegas sambil mencekak pinggang. Tujuh orang manusia tadi hanya diam.

 

“Park Lee Na? Kenapa pula Park? Kau nak kahwin dengan Jinyoung ke?” tanya Tae In tidak percaya menyebabkan Yugyeom tertawa kuat, mengeluarkan suara nyaringnya. Jinyoung mengebilkan matanya, tidak mahu membayangkan mimpi ngeri itu. Jia pula sudah ketawa kuat, mengalahkan Yugyeom, dan gadis itu menghentak-hentak mejanya, berasa lucu yang teramat sangat (konon).

 

“Kau nak kahwin dengan Jinyoung?” Jia bertanya sebelum ketawa lagi, sebelum dia maju, memegang kedua bahu Lee Na dan ketawa kuat di depan muka gadis itu. Sehingga segala tempias, puting beliung, taufan menyerang muka comel Lee Na. Apa kena si Jia ni?

 

“Jugyeojullae (Kau nak mati) ? ” bisik Jia penuh ugutan, dan Lee Na dapat melihat api kemarahan dan kecemburuan (?) membara di mata sepet gadis itu.

 

Lee Na ketawa paksa, menepuk kuat tulang belakang Jia, memberi isyarat kalau dia tidak akan mengambil lelaki pujaan hati gadis itu.

 

“Tak! Aku ada sebab sendiri. Korang  nak tahu kenapa? Sebab…. Minho cakap nama aku Park Lee Na!” ujar Lee Na penuh teruja, tapi apa yang didengarnya adalah bunyi ketawa, yang kini disertai oleh semua kawannya kecuali Yugyeom. Ae Cha yang dari tadi malas untuk masuk campur juga turut menyertai koir ‘ketawa’ itu. Apa yang lucu?

 

“Lee Na-ah! Crush kau salah sebut nama kau pun kau bangga? Adoi! Apa nak jadi dengan kau ni?” Lee Na memandang muka Taemin dalam-dalam, sedalam lautan Hindi. Taemin, budak nerd itu pun sekarang sudah berani mengutuknya?

 

“Selamat pagi, kelas!”

 

Jinyoung, Taemin dan Tae In berlari ke tempat duduk mereka apabila melihat Puan Im sudah masuk di kelas. Lee Na dengan perasaan sebal, duduk di kerusinya dan memikirkan kata-kata Taemin tadi. Betul juga apa yang dikatakan oleh Taemin. Dia sepatutnya rasa kecewa sebab Minho tidak terlalu tahu tentang dirinya. Sedangkan nama penuhnya pun lelaki itu lupa, apalagi perkara lain yang berkaitan dirinya. Dia mengeluh.

 

“Gupjunghajima (Jangan risau). Mungkin sebab dia salah dengar.”

 

Lee Na menoleh ke kiri , berpandangan dengan pemilik suara itu. Yugyeom memberikannya senyuman. Betulkah apa yang lelaki itu katakan? Kalau Minho bukan lupa tapi cuma salah dengar?

“Kau yakin ke?” tanya Lee Na, mempamerkan wajah kecewanya.

 

“Nae. Kau mesti percayakan aku.” Yugyeom berkata yakin sebelum mengenyit matanya menyebabkan Lee Na tersenyum.

 

Dia memandang semula ke hadapan, mendengar penerangan Puan Im. Lee Na percaya pada Yugyeom. Dia yakin kalau Minho sebenarnya salah dengar namanya kelmarin, dan bukannya lupa. Tidak mungkin lelaki itu lupa walhal dia baru saja memberitahu namanya kepada lelaki itu kelmarin. Baginya, adalah satu keajaiban jika dua insan jatuh cinta pada masa yang sama. Satu hari nanti, dia berharap keajaiban itu menjadi miliknya.


The more I hide my feelings, the more I fall for you, but, I never realise the pain I get while hoping for something that I can’t have.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Aisya_Nasuha
#1
Chapter 5: Best cerita ni.. Love it so much :D
LlyshaSyera #2
Chapter 5: cerita yang best..love it :)
JHNDAE
#3
Yes. Ada yugyeom ;u;

Sorry but to kawan author, harap enjoy hoho (yugyeom ade tuuu hehehe... ok sorry)