Point 3

Intersection

Point 3

 

Minho masuk ke dalam kelasnya sebelum meletakkan beg di atas kerusi. Key, bendahari  Badan Pengawas sekolah mereka sudah menunggunya dari tadi sambil memegang beberapa helaian kertas. Minho memaniskan wajah namun mengeluh kecil sebelum berkata pantas.

 

“Ada apa?”

 

“Minho-ah, Cikgu Young suruh kau periksa sama ada tentatif program ni betul atau tak. Dan, dia suruh kau jumpa dia waktu rehat nanti. Ada perkara yang nak dibincangkan, pasal kem tu.” Lancar saja Key memberi penjelasan. Minho mengangguk sambil memerhatikan kertas yang dibawa Key tadi. 

 

Kan kelmarin dah jumpa? Nak jumpa lagi buat apa? Hatinya merungut.

 

“Gwenchana. Aku akan jumpa dia nanti. Tentatif ni pun dah okay aku tengok.”

 

“Okay! Kalau ada apa-apa pertanyaan pasal yuran tu kau boleh minta maklumatnya dengan aku. Aku ada simpan proposal kem tu.”

 

Minho mengangguk pantas, setia melihat kelibat Key berjalan keluar dari kelas mereka. Dia kemudiannya duduk dan meraup wajahnya. Kepalanya betul-betul pening memikirkan Kem Apprentice yang akan diadakan nanti. Itu belum lagi termasuk Program Young Heritage yang akan diadakan dua bulan dari sekarang. Tidakkah para guru di sekolah itu tahu tentang dia yang akan menduduki O-Level Examination pada bulan November nanti?

 

“Minho-ah, dah breakfast?”

 

Minho mengangkat wajahnya dan melihat wajah riang Sulli di hadapan. Dia membalas senyuman gadis itu dan menggeleng kecil.

 

“Belum. Tapi, aku tak ada mood nak makan sekarang.”

 

“Wae(Kenapa)? Aigoo! Janganlah macam ni. Gaja (Jom)! Aku belanja.” paksa Sulli sambil menarik lengan lelaki itu. Minho tersenyum kecil dan cuba menarik lengannya daripada genggaman gadis itu.

 

“Gwenchana, Sulli-ah. Aku tak lapar. Terima kasih saja.”

 

Sulli memuncungkan mulutnya tanda protes. Namun, tidak kira berapa panjang muncung yang dihasilkan oleh gadis itu, Minho tetap tidak mahu makan buat masa ini. Kepalanya pening, dan matanya juga terasa berat sebab tidak tidur semalaman. Terlau banyak hal yang perlu diuruskannya setelah mereka berada di Tahun Kelima, lebih-lebih lagi apabila dia sudah menjadi Pengerusi Badan Pengawas. Kesibukannya semakin menjadi-jadi sehingga ada satu tahap di mana dia tidak dapat berjumpa dengan Yugyeom selama hampir dua minggu.

 

“Mianhe. Nanti kau belanja aku lain kali, okay?” pujuk lelaki itu dan Sulli cuma mengangguk perlahan. Mempamerkan wajah kecewanya. Dengan perasaan yang masih tidak enak, Minho mengeluarkan buku matematiknya dan cuba untuk menyiapkan latihan yang disuruh oleh Puan Lee kelmarin. Dia tidak pernah membuat kerja sekolah pada awal pagi begini, tetapi disebabkan dia sibuk semalam menyiapkan kertas cadangan , dia tidak berkesempatan untuk menyiapkan kerja itu di rumah.

 

“Minho!”

 

“Bwo?”

 

Seungri ketawa apabila mendengar suara jengkel Minho. Ketara benar kawannya itu sedang dalam tekanan. Dengan pantas, Seungri melingkarkan lengannya di bahu Minho sebelum memerhatikan tangan Minho yang cekap menulis jawapan bagi soalan matematik yang diberi oleh cikgu mereka kelmarin.

 

“Kau belum siap?”

 

“Nae, dengan jelas, Seungri. Kau tak nampak ke?” Minho bercakap tanpa melarikan matanya dari buku di hadapan. Seungri menepuk-nepuk belakang rakannya itu, kononnya turut bersimpati dengan kesibukan Minho.

 

“Aku faham dengan situasi kau Minho.” ujar Seungri dengan penuh bersastera. “Apa-apa pun, tadi Eva cari kau.”

 

Minho berhenti menulis dan mendongak memandang Seungri. “Eva?”

 

“Nae. Dia nak cakap sesuatu dengan kau.  Dia tak ada handphone ke sampai perlu cakap kat sini?” Seungri mengusap dagunya sambil memandang Minho penuh makna.

 

“Bukannya dia tak ada handphone. Aku yang tak beri nombor telefon aku.” sampuk Minho sebelum menyambung menulis jawapan.

 

“What?” kata Seungri separuh menjerit. “Adakah maksud kau, kau reject dia? Kau reject Han Eva? Princess Gangwon-Do High School? Kau mesti sudah gila!”

 

Minho tersengih. “Siapa cakap aku reject dia? Aku cuma tak beri nombor telefon aku. “

 

“Tapi, bagi perempuan itu maksudnya kau reject dia, bro! Kau ni, apa salahnya sekali sekala kau keluar dengan pelajar perempuan kat sekolah ni. Sekurang-kurangnya taklah kau tekanan macam ni. Lagipun…” Seungri sudah berbisik perlahan di telinga Minho. “…Eva dan kau sepadan beb! Macam pinang dibelah dua. Satu atlet sekolah, satu pula ketua pengawas sekolah. Hah! Kau nampak tak kimianya di situ?”

 

“Kimia?” tanya Minho berpura-pura bingung, namun dia tidak dapat menyembunyikan senyumannya daripada terukir.

 

“Nae, kimia. Kau kena dengar cakap aku Minho. Diorang Soo Hyun pun cakap kau sepadan sangat dengan Eva. Jangan lepaskan peluang! Aku tengok si Seunghyun tu nak potong jalan kau. Aku cuma bagi nasihat aje. Tak nak kau mengeluarkan air mata penyesalan pulak!”

 

Minho cuma ketawa sebelum menutup buku latihannya ynag sudah selesai bertulis. “Duduk di tempat kau, Seungri. Cikgu dah nak masuk” halaunya menyebabkan Seungri memberinya jelingan maut. Minho masih dengan tawanya sebelum mindanya mnerawang jauh entah ke mana.

 

*X *X *X*

“Macamana kau tahu?”

 

“Cecil, budak kelas sebelah cerita kat aku.” Ae Cha mendesis tidak sabar, menjawab soalan Jia.

 

“Jadi, Lee Na macamana?”

 

“Macamana apanya? Macam begitulah. “

 

“Dia dah tahu ke?”

 

“Entahlah. Aku rasa be…uish! Lee Na datang. Diam okay? Diam. Siapa bercakap aku gerudi mulut korang.” ugut Tae In sebelum menarik bukunya, pura-pura membaca.

 

Lee Na sudah mengambil tempat di kerusinya dan melentokkan kepala di atas meja. Cuba untuk tidur. Dia dapat merasakan mata-mata rakan-rakannya yang menemani setiap pergerakannya dari tadi. Lee Na malas untuk peduli. Yugyeom tiba tidak lama kemudian bersama dengan Taemin dan Jinyoung. Muka lelaki itu biasa saja, seperti belum tahu berita hangat di sekolah itu. Ae Cha dengan sedaya upayanya memberi isyarat mata kepada lelaki itu, berharap Yugyeom faham apa yang mereka ingin sampaikan.

 

“Wae?”

 

Yee Na dan Jia berpandangan sesama sendiri sebelum berbisik perlahan, supaya perbualan mereka tidak didengari Lee Na.

 

“Gyeommie-ah, kau tahu ke berita hangat kat sekolah ni?” bisik Yee Na. Yugyeom mengerutkan dahi dan menggeleng kecil. Wajah blur yang ditunjukkannya menampakkan dia tidak tahu apa-apa langsung tentang cerita yang rakannya maksudkan.

 

“Minho dan Eva….ARE DATING.” Jia berbisik tapi membesarkan keluasan mulutnya saat menyebut perkataan kedua terakhir itu. Yugyeom tersentak. Minho? Dating? Kenapa dia tak tahu apa-apa tentangnya?

 

“Macamana korang tahu?” tanya Yugyeom yang sudah mengambil tempat di atas kerusi, berhadapan dengan empat gadis itu.

 

“Aku dengar dari diorang Cecil. Dan Seungri pun ada cakap tadi. Kat luar kelas diorang.” Jelas Ae Cha.

 

“Korang rasa Lee Na dah tahu ke?” tanya Yee Na pula. Buku tidak dapat menarik perhatiannya saat ini.

 

Yugyeom menoleh belakang, melihat Lee Na yang tidur melentokkan kepalanya di atas meja. “Aku rasa dia dah tahu.” sampuknya perlahan.

 

“Dia mesti sedih. Kesiannya Lee Na.” Tae In mengeluh perlahan.

 

Yugyeom hanya diam dan cuba untuk menganalisis berita yang baru didengarnya. Memang logik jika Minho tidak memberitahunya tentang hal ini. Dia hanya dapat berhubung dengan lelaki itu hanya dua atau tiga kali dalam sebulan. Lagi pula, mereka bukannya budak kecil lagi untuk saling berkongsi rahsia. Minho dan dia sudah dewasa, bermaksud tidak semua perkara boleh dikongsi bersama. Tapi, apa yang Yugyeom risaukan sekarang adalah Lee Na. Gadis itu menyimpan perasaan terhadap Minho, hampir lima tahun. Lima tahun dan akhirnya hari ini, Lee Na mendapat tahu kalau Minho sudah menjalin hubungan dengan gadis lain. Hati siapa yang tidak sakit? Melihat kepada gelagat Lee Na, dia tahu gadis itu juga sudah tahu tentang hal ini.

 

*X *X *X*

“Lucu kan?”

 

Lee Na mulai bersuara setelah hampir satu hari mendiamkan diri. Dia dan Yugyeom bercadang untuk melepak di Taman Rekreasi Gangwon selepas pulang dari sekolah. Pemandangan di hadapan ditenung Lee Na dalam-dalam. Dia cuba untuk menidakkan rasa kecewanya. Cuba untuk meyakinkan dirinya kalau Minho hanya lelaki yang diminatinya, dan tidak akan menjadi miliknya.

 

“Apa yang lucu?” tanya Yugyeom tanpa melihat wajah gadis itu.

 

Lee Na tersengih sebelum tunduk memandang rumput. Tangannya sibuk mencabut anak-anak rumput yang berada di situ, namun dengan fikiran yang jauh melayang entah ke mana.

 

“Aku rasa lucu dengan diri sendiri. Aku tak faham kenapa aku bodoh sangat, berharap pada sesuatu yang mustahil.” Dadanya terasa sebak saat mengungkapkan kata-kata itu. Dia memang bodoh! Mana mungkin Minho mahukan dirinya sedangkan banyak lagi pelajar perempuan lain di sekolah itu, lebih cantik, lebih pintar, lebih kaya daripadanya. Dia? Tidak ada apa-apa pada dirinya. Pelajarannya baru-baru ini juga merosot menyebabkan ibunya membebel tidak berhenti.

 

“Lee Na-ah…”

 

“Aku benci dengan diri sendiri, Gyeommie-ah.” Lee Na menggigit bibirnya. “Kenapa aku bodoh sangat? Aku terlampau taksub dengan sesuatu yang aku takkan dapat. Aku kejar dia selama lima tahun ni, buang masa aku bercerita pasal dia, fikir dia setiap malam.”

 

“Maksud kau, perasaan kau untuk dia tu perasaan bodoh, begitu?”

 

Lee Na mengangguk pantas. Air mata yang sudah bertakung di tubir mata, cuba untuk ditahannya daripada jatuh. Semua perkara yang dilakukannya untuk lelaki itu adalah sia-sia. Tiada guna selama ini dia menghantar hadiah ‘smiley’ kepada Minho, menghantar surat berisi ucapan tahniah setiap kali lelaki itu mendapat anugerah kecemerlangan pada hujung tahun, memandang lelaki itu dari jauh. Semua itu sia-sia. Sia sia kerana akhirnya, Minho memilih gadis lain. Gadis yang tidak perlu menberi hadiah kepadanya, memberi surat kepadanya. Gadis itu hanya perlu senyum dan Minho sudah terpikat padanya.

 

“Suka dengan seseorang bukannya perkara bodoh.”

 

Lee Na mengangkat wajahnya yang dari tadi merenung rumput, dan kemudian memandang Yugyeom di sebelah.

 

“Kau tak rasa ke, buat dia happy lagi seronok daripada jadi girlfriend dia?” Yugyeom senyum. Matanya menjadi semakin kecil apabila dia tersenyum begitu. Lee Na tidak dapat menahan rasa lucunya apabila melihat wajah Yugyeom. Walaupun sedih, Yugyeom masih dapat membuat dia ketawa.

 

“Buat dia happy? Maksud kau?”

 

“Aku tak pernah beritahu kau ini, tapi sebenarnya Minho selalu tersenyum nampak smiley yang kau bagi kat dia.”

 

Muka Lee Na merona merah. Yugyeom tahu? Yugyeom tahu kalau dia ada memberikan hadiah itu kepada Minho setiap bulan?

 

“Mesti kau terkejut kan?” Yugyeom mencucuk pipi gadis itu dengan jari telunjuknya, menyebabkan Lee Na menampar tangan lelaki itu.

 

“Macamana kau tahu?”

 

“Alah,siapa lagi yang kemaruk dengan smiley si Minho, kalau bukan kau? Waktu Minho beri tunjuk aku smiley yang tak comel tu, aku dah tahu itu daripada kau. Dia selalu tunggu smiley tu setiap bulan, dan lepas tu dia akan tulis tarikh hari tu di belakang smiley yang kau bagi.” jelas Yugyeom sambil memandang hadapan.

 

“Jeongmal?” tanya Lee Na musykil.

 

“Nae.” Yugyeom mengangguk kecil. Lelaki itu tersenyum apabila melihat Lee Na tersenyum. Namun, keluhan gadis itu jelas kedengaran, meyakinkan Yugyeom kalau rakannya itu masih lagi dalam kesedihan.

 

“Mungkin memang sudah nasib aku. Suka dengan orang yang tak pernah fikir pasal aku langsung.”

 

“Mungkin.”

 

“Aku memang pernah bayangkan perkara ni berlaku, tapi tak sangka ia akan jadi sakit macam ni.” luah Lee Na. Apabila difikir-fikir, dia jarang berbual dengan Minho. Minho juga tidak begitu mengenali dirinya, tidak tahu tentang latar belakang keluarganya, tapi, kenapa sakit yang dirasakannya sekarang, lebih daripada yang dia mampu kawal? Menakutkan bagaimana lelaki yang hanya dipandangnya daripada jauh boleh memberi impak yang besar kepada jiwanya.

 

“Kadang-kadang, kita terpaksa ikut rentak perjalanan hidup yang sudah ditentukan untuk kita.”

 

Lee Na dapat melihat wajah serius Yugyeom saat dia mengeluarkan kata-kata itu. Air mata yang cuba ditahannya daripada tadi akhirnya menitis juga. Dia dapat melihat wajah panik Yugyeom apabila melihat keadaannya. Air mata memalukan itu segera disekanya dan dengan pantas dia menundukkan wajah. Lee Na terlalu tenggelam dalam tangisannya sehingga dia tidak sedar tangan Yugyeom menolak lembut kepalanya, rapat ke dada lelaki itu.

 

“Uljima (Jangan menangis). Satu hari nanti, aku yakin Minho akan sedar pasal kau. Dia akan sedar kalau tak semua kebahagiaan datang dari populariti atau pangkat.” ucap Yugyeom sebelum mengusap lembut rambut Lee Na. Lee Na menggigit bibir. Berharap apa yang dikatakan oleh Yugyeom itu, berlaku satu masa nanti. Menunggu saat Minho memikirkan tentang dirinya seperti mana dia fikirkan tentang lelaki itu selama ini.

 

*X *X *X*

 

Minho dan Yugyeom berjalan beriringan untuk pulang ke rumah. Keduanya hanya diam. Minho sekali-sekala akan melirik ke arah rakan karibnya di sebelah. Pelik apabila Yugyeom diam sahaja daripada tadi, tidak seperti selalunya. Dengan pantas dia berdehem.

 

“Kau okay ke?"

Yugyeom yang seperti baru tersedar dari lamunannya memandang Minho yang sedang tersengih.

 

“Okay. Wae?”

 

“Kau diam aje dari tadi. Macam tak ada mood.” Jujur Minho. Lelaki itu memasukkan tangannya ke dapam poket seluar, untuk melindung tangannya daripada angin sejuk yang bertiup menampar lembut tubuh mereka.

 

Yugyeom tersengih dan hanya fokus memandang jalan di hadapan mereka. Otaknya dari tadi menyuruh dia memberitahu Minho tentang sesuatu tapi mulutnya tidak mengizinkan dia berbuat demikian.

 

“Minho-ah.”

 

Minho berhenti apabila mendengar Yugyeom memangggil namanya. Kawannya itu rupanya masih berada di belakang.

 

“Nae?”

 

“Aku cuma terfikir, kalau sebelas tahun lalu, kau jadi macam Minho yang sekarang, kita akan berkawan baikkah?”

 

Minho mengebilkan matanya. Hairan kenapa Yugyeom bertanyakan soalan pelik itu.

 

“Apa yang kau cakap ni? Mestilah kita akan berkawan baik kan?”

 

Yugyeom menarik nafas sebelum tersesngih. “Entahlah. Aku tak yakin macam tu. Sebab, aku kan budak bermasalah? Bapa dan mak aku bercerai, aku jenis budak yang jarang belajar, tak kaya. Aku cuma terfikir, kalaulah kita tak pernah bertemu sebelas tahun yang lalu, mesti kau tak akan berkawan dengan aku sekarang, kan?”

 

Minho diam. Dia menunggu ayat seterusnya yang keluar daripada bibir rakannya itu

 

“Lihat sajalah diri kau sekarang. Budak popular, ketua pengawas, pelajar pintar, kawan-kawan kau pun budak-budak pandai. Dan ,aku tak pernah pun nampak kau lepak dengan budak dari kelas macam kami ni. Budak kelas ketiga dan keempat.”

 

“Aku kan selalu lepak dengan kau?” bantah Minho. Rahang pipinya sudah semakin kelihatan, menandakan tahap sabarnya sudah berada di hujung-hujung. Yugyeom tahu lelaki itu sedang menahan marah saat ini,. Tapi, dia hanya ingin memberitahu perkara yang sudah lama dipendamnya selama ini daripada Minho. Mungkin kerana dia adalah insan yang paling lama mengenali Minho, manusia yang kenal dengan lelaki itu sebelum mereka belajar di Gangwon-Do High school lagi. Jadi, hanya dia yang dapat merasakan perubahan Minho.

 

“Kalau aku bukan kawan kau dari dulu lagi, kau yakin ke kalau kau akan lepak dengan aku macam sekarang ni?”

 

Minho diam. Apa yang dia mampu lakukan saat ini hanya diam.

 

Yugyeom tunduk sebelum tertawa kecil. Dia kemudian menambah,” Mungkin sebab populariti , dan orang sekeliling yang buatkan kau jadi macam ni. Aku tak salahkan kau. Memang susah untuk kekal macam dulu kalau orang-orang di sekeliling kita mengerumun, memuji, berebut untuk berkawan dengan kita. Nak tak nak, kita terpaksa berubah. “

 

“Tapi, mestilah aku masih anggap kau kawan baik aku. Aku juga yang cadangkan kita dua untuk masuk Gangwon-Do. Tapi, masa mengubah segalanya kan? Jadi, aku tak salahkan siapa-siapa dalam hal ni. Tapi, aku cuma nak bagitahu kau sesuatu…”

 

Minho memandang wajah pahit Yugyeom. Wajah lelaki itu menampakkan kekecewan dan kesedihan. Yugyeom tidak pernah begini. Lelaki itu tidak akan pernah sedih sebegini, walapun waktu itu dia dilanda masalah. Betulkah kalau dia sudah banyak berubah, seperti yang Yugyeom katakan?

 

“Hati.” tunjuk Yugyeom pada hatinya. “ Ikut kata hati kau, dan jangan ikut cakap orang di sekeliling kau. Aku tahu kau tak sukakan Eva, Minho-ah. Aku tahu. Kau keluar dengan dia hanya sebab orang lain kata kamu berdua sepadan. Kau kawan aku selama sebelas tahun. Aku faham benar dengan perangai kau. Perempuan macam Eva bukan perempuan idaman yang kau selalu bagitahu aku dulu.”

 

“Kau juga cakap orang boleh berubah kan? Eva perempuan idaman aku. Aku takkan setuju untuk keluar dengan dia kalau aku tak suka dia, Yugyeom-ah.” bantah Minho dengan wajah tenang.

 

Yugyeom tersenyum sebelum berjalan meninggalkan Minho. Dia kemudiannya menoleh ke belakang. “Pilih apa yang hati kau mahu, Choi Minho. Bukan apa yang hati orang lain mahu. Ini hidup kau. Kau berhak tentukan jalan hidup kau sendiri.”

 

Yugyeom berjalan pergi meninggalkan Minho sendirian setelah mengungkap kata-kata berbisa itu. Minho cuba untuk menelan semua kenyataan pahit yang diberitahu oleh Yugyeom padanya. Dia juga tidak mahukan semua populariti itu. Dan, dia juga tidak faham mengapa Yugyeom mengatakan kalau dia sudah berubah. Dia masih lagi berkawan dengan Yugyeom, masih berbual dan bergelak tawa dengannya seperti dulu, jadi kenapa Yugyeom mengatakan kalau dia tidak seperti Minho yang dulu?

 

*X *X *X*

Bunyi batuk yang semakin kuat kedengaran di bilik sebelah , mengejutkan Yugyeom dari lenanya. Bunyi batuk itu kedengaran lagi. Yugyeom yang masih mamai, memaksa dirinya untuk bangun dan mnejenguk keadaan neneknya di bilik sebelah. Wanita itu dilihatnya sudah duduk di atas katil dan menyapu lehernya dengan minyak berubat. Mungkin untuk melegakan rasa gatal di kerongkongnya.

 

“Kenapa nek? Kerongkong nenek masih sakit lagi?” Yugyeom mendekati neneknya dan duduk di sebelah wania berusia itu.

 

“Nae. Gyeom tolong urut kaki nenek, ya? Ngilu nenek rasa tadi, tak dapat nak tidur.”

 

Yugyeom menurut sahaja dan menuang sedikit minyak urut di tangannya dan memicit kaki kurus neneknya. Wanita itu masih terbatuk-batuk seperti tadi, tambah merisaukan Yugyeom.

 

“Nanti, Gyeom call appa esok, suruh dia bawa nenek ke klinik ya?”

 

“Tak payah. Nenek takkan makan juga ubat kat klinik tu.” bantah neneknya yang sudah berbaring lemas di atas katil.

 

Yugyeom memuncungkan mulutnya tanda protes. Tangannya beralih pula, memicit kaki kanan neneknya. “Nenek tu terlampau penakut sangat. Macamana nak baik kalau penakut?”

 

“Tak payahlah kamu nak memandai-mandai. Tak ada guna juga semua ubat kat klinik tu. Nenek ni dah tua. Ubat beratus ribu won pun takkan sembuhkan nenek.”

 

Yugyeom tersengih. Neneknya itu mungkin pembahas terbaik di kampungnya dulu. Setiap kata-katanya, ada saja balasan wanita berusia itu. Keadaan menjadi sepi semula di antara mereka. Hanya bunyi batuk, yang semakin kurang, memecah suasana. Yugyeom khusyuk memicit tapak kaki dingin neneknya, tidak sedar wanita itu memandang wajahnya daripada atdi.

 

“Gyeom-ah.”

 

“Ya, nek?” Yugyeom mengangkat wajahnya, untuk melihat wajah berkedut, dan renungan sayu milik neneknya.

 

“Gyeom kena belajar rajin-rajin, ya?”

 

Yugyeom terdiam sebelum mengangguk kecil.

 

“Appa dan Umma Gyeom takkan kisah pasal Gyeom. Diorang hanya kisah pasal keluarga baru diorang. Jadi, kamu kena ubah hidup sendiri. Tak ada orang lain yang boleh tolong kamu selain diri kamu sendiri.” bebel neneknya, menyebabkan Yugyeom tersenyum lebar.

 

“Nenek kan ada?” ujar Yugyeom dengan senyuman.

 

“Kamu ingat nenek ni boleh tolong kamu? Menyusahkan kamu adalah!” suara neneknya sudah semakin meninggi. Yugyeom tertawa kecil sebelum mengangguk mengiyakan sahaja. Tambah dibantah, tambah banyak hujah wanita itu.

 

“Kalau Gyeom kaya nanti, nenek nak hadiah apa?” Yugyeom mengusik neneknya. Cuba untuk mengubah topik. Jika neneknya bertanya tentang keputusan peperiksaan penggal satunya, pasti sakit jantung orang tua itu.

 

“Hadiah? Erm..Gyeom belikan nenek dress saja lah. Nenek dah lama tak pakai dress.Terakhir kali nenek pakai sepuluh tahun dulu. Itupun sebab mendiang datuk kamu belikan. Kalau tak, sampai bila-bila nenek tak pakai baju tu.”

 

Yugyeom ketawa kuat mendengar kata-kata neneknya. “Geurae! Geurae! Nanti Gyeom belikan nenek dress. Warna apa, nek?”

 

“Warna apa-apa ajelah. Yang penting sesuai dengan kulit nenek.”

 

*X *X *X*

 

“Hai, Minho oppa.”

 

“Hai.” Minho membalas senyuman gadis junior itu sebelum merenung pintu lokernya. Sepatutnya hari ini, kad berbentuk ‘smiley’ akan terpampang di pintu lokernya minta diambil.

 

Hari ini sudah masuk bulan Mei. Adakah gadis misteri itu lupa untuk memberinya? Atau… gadis itu sudah mendengar berita kalau dia sedang bercinta dengan Eva. Sebab tu dia berhenti memberi Minho hadiah itu? Minho menggeleng, malas untuk memikirkan apa-apa perkara yang ias memeningkan kepalanya. Dibukanya pintu loker sebelum mengambil beberapa buah buku. Berharap kata-kata Yugyeom tidak benar. Dia masih Minho yang dulu. Tiada apa-aap yang berubah.

*X *X *X*

“Kang Lee Na! Kalau kamu nak tidur sepanjang masa saya mengajar, lebih baik kamu keluar!”

 

Suara  Puan Im bergema di dalam kelas seperti halilintar. Lee Na terbangun dan segera menegakkan duduknya. Mata Puan Im yang bulat seperti ingin memakannya hidup-hidup direnung Lee Na.

 

“Mianheyo, Im seongsaegnim.” ucap Lee Na perlahan sambil menundukkan wajahnya. Puan Im tidak mengangguk mahupun menggeleng. Ketara benar wanita itu marah dengan sikapnya.

 

Yugyeom di sebelah cuma diam. Sikap malas Lee Na semakin menjadi-jadi beberapa hari ini. Kadang-kadang gadis itu lupa untuk membuat kerja sekolah, dan terpaksa meniru hasil kerja Yee Na. Dia juga selalu tidur, dan tidak peduli dengan penerangan cikgu di hadapan. Yugyeom malas untuk bercakap apa-apa tentangnya. Lee Na juga dilihat seperti malas untuk berbual sejak dua menjak ini, jadi dia membiarkan sahaja.

 

“Tae In! Ae Cha! Surat apa yang kamu tulis dengan khusyuk tu?”

 

Puan Im sudah berjalan mendekati dua gadis itu, sebelum merampas sekeping kertas dari tangan Ae Cha. Perhatian seluruh pelajar di kelas 5-3, beralih kepada Puan Im yang sibuk membaca isi kandungan kertas tadi.

 

Wajah Puan Im semakin berkerut dan matanya melirik ke arah Lee Naa selang lima saat. Apa yang Ae Cha dan Tae In tulis sampai muka wanita itu tegang sebegitu ?

 

“Kang Lee Na. Kamu ada apa-apa masalah ke kebelakangan ni?” tanya wanita itu, perlahan, supaya tidak didengari oleh pelajar lain. Lee Na menggeleng kecil.

 

“Saya sudah bagitahu awal-awal sejak hari pertama lagi. Jangan bercinta, menaruh minat ataupun apa-apa yang berkaitan dengannya. Kamu ada hati dengan Choi Minho? Ketua pengawas tu?” tegas dan keras suara Puan Im

 

“Ap…” Lee Na memandang tajam Tae In dan Ae Cha, yang ketara sedang panik, sebelum memandang wajah Puan Im semula.

 

“Saya rasa saeng dah salah faham ni.” bohong Lee Na. Namun, dalam hatinya sudah mengumpul beribu kata makian yang akan dilemparnya kepada dua manusia itu.

 

“Saya tak kisah kalau kamu ada hati, minat, suka atau apa-apa lah dengan lelaki kat sekolah ni. Tapi, jangan burukkan prestasi kamu yang sedia buruk tu. Saya akan biarkan saja perkara ni. Tapi, kalau kamu masih tak berubah, saya akan hubungi kedua ibu bapa kamu dan bagitahu mereka. Saya takkan bertolak ansur, Kang Lee Na.”

*X *X *X*

“Apa yang korang dah buat, pabo yah!” Lee Na menggenggam penumbuknya . Tae In dan Ae Cha sudah berpandangan sesama sendiri. Takut apabila digertak begitu.

 

“Apasal korang ni busybody sangat, hah? Kalau korang rak menyusahkan tak apa! Tapi, ni sampai Cikgu Im dapat tahu! Korang ni tak ada otak ke apa?”

 

“Mestikah kau berteriak macam tu kat kami?” Ae Cha mulai bersuara. Sakit pula hatinya apabila Lee Na memaki mereka seperti itu. Dia dan Tae In cuma berbalas surat, berbincang tentang keadaan Lee Na. Mereka juga tidak mahu Cikgu Im tahu tentang rahsia itu. Tapi, apa boleh buat kalau surat itu dirampas oleh guru kelas mereka.

 

“Sudahlah, Lee Na! Diorang Ae Cha tak sengaja.” Yee Na cuba memujuk.

 

“Tak sengaja?” Lee Na tersengih. “Maksudnya, korang ‘tak sengaja’ memalukan aku lah? Puas hati korang sekarang?”

 

Yugyeom yang masih statik duduk di kerusinya cuma diam. Hanya menjadi penonton setia drama perperangan itu.

 

Tae In berdiri, cuba untuk berhadapan dengan Lee Na. “Kami minta maaf, okay? Minta maaf! Kami pun tak sangka kalau Cikgu Im perasan dengan surat tu. Lagipun, kami bingung sebab kau kebelakangan ni…”

 

“Apa yang korang nak peduli sangat pasal aku? Hal aku, hal akulah!” bentak Lee Na, memotong kata-kata Tae In. Nasib baik hanya mereka berenam saja yang berada di dalam kelas. Semua pelajar sudah pulang, jika tidak pasti haru jadinya.

 

“Yee Na-ah, jom pulang. Aku malaslah nak lama-lama kat sini. Panas!” sampuk Jia, sambil menarik lengan Yee Na. Gadis itu tidak suka mendengar pergaduhan. Terutamanya kalau pergaduhan itu membabitkan kawan-kawannya. Yee Na menurut sahaja dan keluar dari kelas mereka.

 

Ae Cha dan Tae In juga turut pergi, meninggalkan Lee Na yang masih panas membara di situ. Kalau api bertemu api, takut lain yang akan berlaku., Jadi, lebih baik mereka pulang, membiarkan Lee Na sejuk sendiri. Lee Na duduk dengan wajah ditundukkan memandang lantai. Kelas itu seakan tidak berpenghuni walaupun Yugyeom dan Lee Na berada situ. Lee Na merasa telinga dan pipinya sudah hangat, menyebabkan dia berpeluh .

 

“Kau tak rasa ke kau dah melampau?”

 

Lee Na mengangkat wajah, tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Wajah Yugyeom yang serius dipandangnya lama.

 

“Terlampau besar ke kesalahan diorang Tae In sampai kau nak maki, gertak diorang macam tu?” tambah lelaki itu lagi.

 

“Nae! Memang besar. Diorang malukan aku. “ ujar Lee Na ringkas.

 

“Malukan kau?  Aku tak rasa kau dimalukan dengan teruk tadi. Ada Cikgu Im teriak kalau kau suka dengan Minho? Tak kan? Ada Cikgu Im buat pengumuman kepada satu sekolah ni kalau kau suka Minho? “ Nada suara Yugyeom sudah semakin tegas. Lelaki itu juga sudah menyandar di kerusi, dengan kedua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar

 

“Korang tak faham aku. Aku sangka kau akan faham aku., Tapi, tak. Kau pun sama macam diorang Ae Cha!”

 

“Nak faham apa, Lee Na-ah? Kau bagitahu aku sekarang. Kau nak difaham macamana lagi? “

 

Lee Na menggigit bibirnya. Air mata yang meronta ingin keluar cuba untuk ditahan. Dia tidak mahu menangis di situ.

 

“Pergi. Aku tak nak tengok muka kau, jadi pergi!” arah Lee Na. Sakit hatinya apabila tiada satu orang pun yang faham dengan apa yang dirasakannya sekarang. Minho sudah mempunyai kekasih dan pada masa yang sama guru kelas mereka memarahinya. Dia merasakan seperti pelajar yang terdesak saat Cikgu Im mengetahui dia menyimpan minat terhadap Minho.

 

“Aku rasa kau ni dah mabuk sebenarnya.”

 

Dengan ayat terakhir itu, Yugyeom berdiri. Lee Na menyangka lelaki itu ingin keluar daripada kelas. Tapi, tekaannya salah. Lelaki itu sudah mengambil beg milik Lee Na, membuka zip beg itu dengan kasar, sebelum memuntahkan segala isinya . Lee Na terpempan. Dia melihat saja buku, kotak pensil dan segala perkakas sekolahnya yang bertaburan di atas lantai.

 

“Buang semua ni! Tak ada guna kau pergi sekolah! Buang duit mak bapak kau saja!” jerit Yugyeom, Wajah lelaki itu tegang, menampakkan urat sarafnya. Lee Na memandang wajah Yugyeom penuh benci. Ingin sahaja ditamparnya lelaki itu.

 

“Kau cakap aku buang masa? Jadi kau tu apa? Kau ingat kau bijak sangat? Kau tu tak pernah peduli pasal hal sekolah, bertindak suka hati macam sekolah ni kau yang punya. Kau cakap aku buang masa? Kau tu pun budak bermasalah, Kim Yugyeom.”  hina Lee Na dengan suara yang perlahan tetapi pedas. Dia tidak ingin menyebut perkataan itu. Sungguh! Tapi, kemarahan sedang meguasai dirinya sekarang. Dia tidak peduli jika Yugyeom terluka dengan kata-katanya. Lelaki itu yang memulakan pergaduhan.

 

Yugyeom memandang kosong gadis di hadapannya. Lelaki itu tidak memberi apa-apa reaksi. Tapi, itu sebenarnya berita buruk bagi Lee Na. Itu menunjukkan kemarahan Yugyeom sudah berada di puncak saat ini.

 

“Aku tak nak peduli apa-apa pun sekarang ni. Yang aku tahu, kau ni bodoh, Kang Lee Na. Bodoh. “

 

Lee Na mengenggam penumbuknya mendengar kata hinaan itu. Dia tidak dapat menerima kenyataan kalau lelaki yang berada di hadapannya sekarang ini adalah Yugyeom. Yugyeom tidak akan menghina dirinya, Yugyeom akan sentiasa berada bersama-samanya, bersetuju dengan tindakannya dan tidak pernah lupa untuki menyokongnya. Tapi, kata-kata yang keluar dari bibir lelaki itu hari ini, seperti bukan dari Yugyeom sendiri.

 

“Memang betul, suka dengan orang lain bukan perkara yang bodoh, tapi ia dah jadi bodoh kalau kau terlampau sedih sampai kehidupan kau macam dah tak ada makna. Minho, Minho, Minho! Apa yang berlaku dalam hidup kau, semuanya disebabkan Minho! Bagitahu aku, Lee Na! Kau lahir di dunia ni sebab Minho kah? Kau pergi ke sekolah ni untuk dapatkan apa? Dapatkan Minho?”

 

Senyap.

 

“Aku memang budak bermasalah. Aku tak nafikan tu. Aku tak sepandai Minho, tak sehebat Minho, tapi sekurang-kurangnya aku tak jatuhkan diri aku sendiri gara-gara seorang perempuan. “

 

“Tempoh hari kau cakap menyukai seseorang tu tak salah. Tapi, hari ni…”

 

“Aku tak cakap ia salah. Aku tak cakap diam-diam menyukai orang tu salah. “ pintas Yugyeom, memberhentikan kata-kata Lee Na. Wajah gadis itu direnungnya. Lee Na dapat melihat mata lelaki itu yang sudah berkaca, hampir menitiskan mutiara lelakinya di situ.

 

“Cinta yang benar ialah cinta yang boleh bawa kau realisasikan impian kau, Lee Na. Bukannya cinta yang buat kau memilih antara impian hidup atau perasaan kau. Apa impian kau waktu pertama kali masuk sekolah ni? Aku yakin kau dah lupakan semua azam kau kan? Kalau kau ingat, tak mungkin prestasi kau kat sekolah ni jatuh merundum. Berapa kali kau bercerita dengan diorang Yee Na tentang impian kau? Sekali? Dua kali? Aku yakin bilangannya kurang berbanding cerita kau tentang Minho.”

 

Lee Na menyapu kasar air matanya yang sudah laju keluar. Dia tidak mahu menunjukkan kelemahannya di hadapan lelaki itu. Dia ingin menolak kebenaran kata-kata Yugyeom. Tapi pada masa yang sama, tidak mampu menafikannya.

 

Lee Na terkesima saat merasakan tangan lembut hinggap di ubun-ubunnya. Dia memberanikan diri untuk mendongak, dan melihat wajah tenang Yugyeom. Mata lelaki itu sudah merah. Lee Na tahu Yugyeom juga tidak mahu memarahinya begini. Dia tahu Yugyeom juga sedih melihatnya dalam keadaan begini.

 

“Janji dengan aku kalau kau akan belajar betul-betul. Buktikan pada aku kalau…” Yugyeom menarik nafas perlahan. “ Maksud aku buktikan pada orang lain kalau perasaan kau pada Minho tu adalah cinta yang benar. Arasso? Tunjukkan pada Minho kalau kau layak untk bersama dengan dia. Bukan Eva, dan bukannya perempuan lain. Tapi kau.”

 

Lee Na mengigit bibirnya, membiarkan air matanya deras bercucuran. Kata-kata Yugyeom ada benarnya. Dia semakin jauh dengan impiannya, sehingga lupa apa tujuan asalnya belajar di Gangwon-Do High School. Dia terlupa semua itu. Dia hanya sibuk melayan perasaannya, yang entah berbalas atau tidak.

 

Lee Na melihat senyuman Yugyeom terukir di wajah putihnya, sebelum lelaki itu keluar daripada kelas. Dengan berat hati, buku dan segala peralatan sekolah miliknya yang berhamburan di atas lantai, dikutipnya. Berharap hari esok akan lebih indah. Berharap esok akan membawa cerita baru dalam hidupnya.

*X *X *X*

Esok, lusa dan hari seterusnya, seperti yang dia harapkan, telah membawa Lee Na kepada cerita baru. Perubahan pertama, dia mendengar berita yang mengatakan bahawa Minho telah berpisah dengan Eva. Dia tidak gembira dengan berita itu. Walaupun ia bermaksud Minho sudah tidak dimiliki oleh sesiapa lagi, tapi dia tidak boleh gembira dengan berita perpisahan dua manusia. Dia bukannya gadis yang kejam, bertepuk tangan atas kesedihan seseorang. Eva, seperti yang rakannya katakan, sering dilihat menagis sendirian. Mungkin masih tidak dapat menerima kenyataan, atau tidak dapat menerima keputusan yang dibuat oleh Minho. Dia bersimpati dengan gadis itu, memahami perasaannya. Mungkin, sebelum ini dia tidak kisah, tapi kematangan mengajarnya untuk menjadi lebih berperikemanusiaan. Perubahan kedua, Lee Na tidak menyangka bahawa hari pergaduhannya dengan Yugyeom adalah hari terakhirnya melihat lelaki itu.


I met a person, getting close to him, laugh, arguing with each other, then suddenly, he walks out of my life. That person I know has become someone I knew. Sad, isn’t it? But that is life.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Aisya_Nasuha
#1
Chapter 5: Best cerita ni.. Love it so much :D
LlyshaSyera #2
Chapter 5: cerita yang best..love it :)
JHNDAE
#3
Yes. Ada yugyeom ;u;

Sorry but to kawan author, harap enjoy hoho (yugyeom ade tuuu hehehe... ok sorry)