alone day

Castle Street's Apartment

Minah menekan butang 'off' di alat kawalan jauh TVnya. Tiada satu rancangan menarik pun untuk ditonton. jam di dinding dikerling, baru pukul 3 petang..lambat lagi Baekhyun nak balik..

"hai baby,kesian kan papa tinggal kita berdua je hari ni?hmm..nak buat apa erk?" Minah berjeda seketika.

"hah,kita berkenalan dengan jiran baru kita nak tak? ok...jom.." Minah bangun perlahan-lahan sebelum mula berjalan. Tiba-tiba kaki kanannya terasa berat. Segera Minah menoleh untuk melihatnya. 'kenapa ni? crem..? maybe..berbadan dua kan..." Minah terus berjalan tanpa menghiraukan kanak-kanak yang berumur 3 tahun itu memaut kakinya!

 

Tombol pintu ditarik dan dikunci. Selepas memastikan pintu sudah dikunci, Minah terus berjalan kearah kanannya. Tiba-tiba seorang kanak-kanak melintas dengan menundukkan wajahnya. Bajunya terkoyak-rabak dan dikulitnya terdapat sedikit kesan terbakar. Minah memandang budak itu lama. 'kesian..' bisik hatinya. 

"adik, adik duduk sini ke?" tegur Minah tetapi budak itu langsung tidak menoleh. terus budak itu masuk kedalam lif yang terdapat disebelah rumah Minah dan Baekhyun. Perlahan-lahan budak itu menoleh kearah Minah dan mengangkat wajahnya.

PAP!!! tiba-tiba pintu lif terus tertutup sebelum Minah dapat melihat wajah budak itu. "hish...sombong! menyampah aku!" bisik Minah dalam hati.

Tangan Minah laju saja mengunci pintu rumah mereka sebelum matanya mula meliar-liar memandang disekelilingnya. Minah bergerak ke rumah sebelahnya. Loceng ditekan berkali-kali.

Diam...Minah menekan lagi sekali, tangan kirinya pula laju mengetuk pintu rumah itu. KREAAKKK.....pintu itu terbuka dengan sendiri. "tak kunci ke?" 

"anyeong...ada sesiapa tak di dalam?" tiada sahutan langsung. Telinganya hanya dapat mendengar seperti anak-kanak sedang bermain didalam. Perlahan-lahan Minah masuk kedalam rumah itu. Diruang tamu rumah itu kosong. Minah mengaturkan langkahnya kearah bilik utama. Kelihatan 3 orang kanak-kanak sedang bermain anak patung. Anak patung itu kelihatan agak menyeramkan kerana separuh wajahnya hagus terbakar barangkali. Kanak-kanak itu langsung tidak mengangkat wajah, seperti tidak menghiraukan kehadiran Minah disitu.

"hai, main apa ni.." sapa Minah ramah. Langkahnya diatur menghampiri kanak-kanak itu. Ketiga-tiga kanak-kanak itu mula mengangkat wajah mereka apabila Minah mencangkung disebelah mereka. . Wajah mereka penuh dengan darah dan terdapat seorang budak yang tiada bebola biji matanya!

"arghH!!" jerit Minah  dan terduduk akibat terkejut

Minah terus berlari keluar dari rumah itu dan kunci ditangannya segera cuba dimasukkan kedalam tombol pintu tetapi, tiba-tiba telinga dapat menangkap bunyi seseorang sedang meminta tolong. Ikutkan hati memang tak kisah la siapa yang minta tolong tu sebab diri sendiri pun tak tertolong!.

Akan tetapi, Minah cepat-cepat tukar fikiran. 'nanti kalaulah aku nak beranak masa hubby tak ada kat rumah, siapa nak tolong kalau bukan jiran aku tu?' bisik Minah dalam hati. Keputusan dibuat.

Cepat-cepat Minah berjalan menuju kearah suara itu. Peristiwa pertemuannya dengan 3 kanak-kanak itu terus dilupakan. Laju saja kaki Minah mengatur kearah tangga kecemasan kerana bunyi itu dari sana. Minah segera membuka pintu tangga itu tetapi tiada sesiapa-pun di situ. Minah mendongak kebawah untuk melihat barangkali orang itu di bawah tetapi dia tidak nampak seseorang pun ditangga itu.

Tiba-tiba Minah terasa seseorang menolaknya dari belakang. Minah hilang keseimbangan dan secara tiba-tiba Minah terjatuh dari tangga. Budak lelaki tadi berdiri dibelakang Minah tanpa sebarang reaksi.

 

Baekhyun geram. Kali ini sudah 3 kali dia mendail nombor telefon Minah tetapi tetap tidak diangkat. 'tidur lagi ke?' Baekhyun runsing. dengan segera Baekhyun mendapatkan kunci keretanya. Hatinya sentiasa membisikkan yang perkara buruk telah berlaku pada Minah. Peristiwa malam tadi mula menghantui dirinya. Terus langkah baekhyun dituju kearah caunter pejabat yang dijaga oleh Chanyeol.

" Chanyeol, bagitahu boss, aku ada emergency!" jerit baekhyun tegas sebelum menghilangkan diri.

"kenapa? Minah nak bersalin ke?" tetapi soalan itu tidak dijawab oleh Baekhyun. Cepat saja tubuh baekhyun lesap dari pandangan sebaik saja Baekhyun keluar dari pintu pejabat.

"takkan Minah bersalin awal..tak silap kandungan dia baru mencecah 7 bulan..harap-harap tak ada apa-apa yang berlaku.." bisik Chanyeol sebelum menyambung semula kerjanya.

 

Baekhyun segera meletakkan keretanya dihadapan pintu lobi apartmentnya. Terus Baekhyun keluar dari kereta dan bergegas menuju kearah ruang dobi. Pengawal keselamatan itu tiba-tiba menghalang langkah Baekhyun.

"Uncle, saya nak cepat ni..bini..." rungut Baekhyun lalu memintas pak cik itu.Tiba-tiba pak cik menyampuk. "bini awak jatuh tangga...dia ada dihospital sekarang.." Baekhyun memandang pak cik itu dengan pandangan tidak percaya.

 

Tangan Minah yang sejuk diusapnya perlahan. Minah terjaga dari tidurnya. Baekhyun tersenyum.."hei..sorry ganggu awak tidur.."bisik baekhyun perlahan sambil mengucup dahi Minah.

"awak..sorry sebab tidak jaga baby kita elok-elok..." air mata Minah mula mengalir laju. Tangannya mengusap-usap perutnya yang sudah kempis.

"shuu...abang tak kisah ok..jangan nagis lagi.." Baekhyun mengusap air mata Minah yang laju saja mengalir. Baekhyun mengeluh. Terkenang akan nasib yang menimpa keluarganya. Nasib isterinya tidak apa-apa.

"Hei, kami datang nak melawat..boleh tak??" sekejap saja bilik wad Minah sudah dipenuhi dengan kawan-kawan Baekhyun dan Minah. Minah tersenyum. Gembira kawan-kawannya sudi datang melawatnya. Kedukaan dapat diubati sedikit dengan kesudian teman-teman berkongsi kisah suka duka bersama. Inilah semangat sahabat sejati..

 

2 hari berlalu, bayi mereka masih ditahan diwad untuk penjagaan rapi oleh pihak hospital kerana bersalin tidak cukup bulan manakala Minah sudah dibenarkan pulang. Balik sahaja dirumah, Minah terus terlelap akibat kepenatan. Baekhyun mengusap-usap lembut kepala Minah yang sedang ketiduran. Satu ciuman dihadiahkan buat isterinya.

Tiba-tiba pintu  rumah diketuk berkali-kali. Baekhyun turun dari katil dan mula menghampiri pintu rumahnya. Terus Baekhyun pergi membukanya tetapi tiada siapa-pun diluar.'cis, budak-budak...' rungut Baekhyun. Baru saja Baekhyun hendak tutup, tiba-tiba matanya tertangkap seorang budak dihadapannya yang tetiba saja muncul.. Mukanya pucat dan bajunya lusuh terkoyak rabak.

"adik buat apa disini?" tegur Baekhyun lalu duduk mencangkung, dan memandang budak perempuan itu. Budak itu tidak menjawab, hanya menundingkan jarinya kearah pintu lif. Baekhyun memandang pintu lif namun tiada apa-apa yang ada disitu.

Apabila Baekhyun memandang budak itu kembali, baru baekhyun perasaan sesuatu yang tak kena pada budak itu. Kaki budak itu tidak mencecah lantai! Terus tubuh Baekhyun tumbang dihadapan pintu rumahnya.

 

 

Baekhyun terjaga dari pengsannya apabila terdengar bunyi bising diluar. 'budak tadi...hhhee..scary..' bisik Baekhyun lalu cepat-cepat menutup pintu rumahnya. Terus Baekhyun berjalan kearah biliknya dan terus berbaring disebelah isterinya. Minah disebelahnya diperhati. Bakehyun mengusap-usap dadanya, masih terkejut dengan apa yang dilihatnya tadi.

Baru Baekhyun hendak melelapkan mata, tiba-tiba dia dikejutkan sekali lagi dengan kemunculan budak tadi!

"apa awak buat disini?!! pergi!!" jerit baekhyun kuat.

Budak itu tidak beri sebarang repond. Hanya tersenyum sebelum menjatuhkan kepalanya dihadapan baekhyun! Dengan segaja kepala itu mula terbang dan menghampiri Baekhyun manakala tubuh budak itu sedang bergerak kearahnya.

"PERGII!!" jerit baekhyun terkejut sambil cuba menghalang budak itu yang berada betul-betul diatasnya. Tiba-tiba Minah bangun perlahan-lahan dan berjalan keluar. Bayangan budak tadi sudah tidak kelihatan. Baekhyun mengusap dada dan memandang Minah pelik.

"awak nak pergi mana tu?" soal Baekhyun tercungap-cungap.

Minah tidak menjawab. Segera Baekhyun menghampirinya tetapi ditepis Minah sehingga menyebabkan Baekhyun terjatuh.

"JANGAN DEKAT DENGAN AKU!!!" jerit Minah dengan suara garau. Baekhyun terkelu. "sorry sebab I buat bising tadi...mesti you nak tidur tak lena kan?" Baekhyun terus memeluk Minah dari belakang. Minah tiada respond sebelum terus berjalan kearah dapur. Pintu peti sejuk dibuka dan terus ayam golek yang baru dibelinya diratahnya dengan rakus.

"awak?? awak buat apa ni?" Baekhyun bersuara lembut, tak mahu isterinya tersentap.

" PERGI SANA!!! AKUU LAPARR!!" jerit Minah dengan renungan mata yang cukup menakutkan, sebelum kembali melahap ayam golek tadi dengan rakus sekali. Baekhyun terkelu. Isterinya yang selama ini lemah-lembut sedang makan ayam sebegini? seekor ayam terus digigit dan dikunyah laju. Tulang pun ditelannya!

"awak nak saya masak ramen ke?" soal Bakehyun perlahan.

Tiba-tiba Minah merengus sambil memandang baekhyun tajam. Baekhyun terkejut.

"ok..makanlah ayam tu..I tak ganggu you.."

 

Baekhyun menyarung tali lehernya dngan kemas. sesekali matanya dijeling kearah isterinya yang sedang berbaring tetapi dengan mata yang terbuka dengan luas.

"awak nak saya masak apa untuk awak?"

Minah memandang Baekhyun terkejut lalu dengan cepat merangkak kearah baekhyun. Baekhyun yang terkejut dengan reaksi Minah hanya mampu mengusap dadanya.

"AYAM...ayam.." jawab Minah smabil menggerakkan kepalanya kekiri dan kekanan dengan posture merangkak.

"bangun, macam kucing pula I tengok you...malam ni I beli ayam madu pula..and ..hanwoo! your favourite!!" ujar baekhyun riang sambil membantu isterinya untuk duduk diatas katil.

"hanwoo?? mentah!! aku nak yang mentah!!" jerit Minah tetiba dengan tegasnya.

"bow? awak nak masak ke?"

Minah tidak menjawab. Baekhyun mengeluh sebelum keluar dari bilik.

"I pergi kerja dulu..." ujar Baekhyun tetapi tidak dibalas oleh Minah. Baekhyun kembali semula dan mencium ubun-ubun Minah yang masam.

"urr..I think you prefer shampoo rambut you yang masam tu.." ujar baekhyun sebelum menghilangkan diri.

 

Baekhyun hanya mendiamkan diri. Langsung tidak bersuara.dari tadi hanya mengelamun sambil mengacau airnya. Chanyeol yang duduk disebelah Baekhyun terus mencuitnya, membuatkan Baekhyun tersentak dan kembali ke alam nyata.

"awak ok tak ni Baekhi? aku tengok macam ada masalah je..banyak sangat ke kerja yang si SooMan bagi kat kau?" ujar Suho sebagai kawan yang paling matang.

"tak..bukan fasal kerja..fasal Minah..." Baekhyun berjeda.

"sejak malam tadi..peragai dia lain..."

"lain macam mana tu? dia bad mood ke?" teka Chen yang duduk dihadapannya.

" Bad mood tu yelah. Aku tanya 10 patah,langsung dia tak jawab...tapi sekarang peragai dia pula tu..menakutkan aku!" luah Baekhyun. Membernya yang lain melopong.

"dia duk buat apa kat rumah?"

" Dia kadang-kadang kerja nak merangkak kat aku. Kalau slow tu bolehlah tahan tapi, cara dia merangkak tu menakutkan aku. Laju semacam je..." rungut Baekhyun.

"pernah dia melekat kat dinding tak?" soal lay dengan cuak.

" haishh..nak melekat apanya hyung? dia tu manusia macam kita juga!!" tempik member yang lain.

" kalau ada orang yang merangkak kat korang laju-laju dengan buat wajah seram macam ni, korang tak terkejut ke? kalau boleh nak luruh jantung aku ni.." ujar baekhyun sambil melakonkan semula apa yang Minah buat pada pagi tadi.

"Hoi! terkejutlah aku bonggok!!" tempik luhan yang terkejut dengan 'serangan' Baekhyun tanpa signal tu. Baekhyun tersengih.

"hehe..sorrylah friends..."

"huishh..parahlah macam tu..."

 

baekhyun membuka pintu rumahnya perlahan. Terkejut Baekhyun apabila melihat Minah sedang duduk mencangkuk dihadapannya sekarang.

"AYAMM!! MANA AYAM??" tempik Minah kalut apabila Baekhyun masuk kedalam rumah. Plastik yang berada ditangan baekhyun dirampas dan terus ayam yang berada didalam plastik itu dikeluarkan dan diratah.

Baekhyun terkejut dengan tindakan drastik Minah.

"hhmm..enjoylah ayam tu...I pergi mandi dulu ye.." Baekhyun terus meletakkan segala barang-barangnya diatas katil dan mula menanggalkan bajunya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Mrs_owl
#1
Chapter 5: Wuuu, serius seram gila...meremang bulu roma baca time maghrib pulak tu.. macam macam rasa... apa apa pun daebak author nim...^_^||
ThunderLove
#2
Chapter 5: Interesting :)
ChanBaekLu #3
Chapter 5: Daebak!!! Saya suka cerita horror mcm ni!!! Author-nim jjang!!!
syeratulfarhana #4
Chapter 5: Alalalalla. X puas nyaaaaa
galaxy_here
#5
Chapter 5: kesian Minah dengan Baekhyun.
daebak authornim :)
-caas-
#6
Hi. I'm starting a shops list and I want to add your shop/gallery/list/contest/roleplay :
Read the rules, complete this form , put it in the comments box for this link and you will be on the list.

Author's name:
Author's link:
Co-authors:
Created:
Status:
Banner's link:
Shop's Title:
Shop's link:
Shop genre:
Description:
Author's Note:
Info you want to add:
Services/Packs/posters/trailers exp:

http://www.asianfanfics.com/story/view/802501/dream-city-shops-list-graphic-poster-trailer-advertise-shop-layouts-reviewer
hyesungnie
#7
Chapter 3: Uwaaa daebak ! Daebak ! Omo scary huh
imraen_
#8
Chapter 2: omo~ apa yang tengah berlaku ni ?/tutup mata/ ehh~ nak baca lagi~
airisvanilla #9
x sabar nk bace...daebak
imraen_
#10
Chapter 3: wuahh . menarik menarik . hehehe