keputusan akhir

Castle Street's Apartment

Sejak akhir-akhir ini, tingkah laku Minah semakin menjdai-jadi. Ada aja yang dilakukannya yang membuatkan Baekhyun tak senang duduk. Nak tak nak, terpaksalah Baekhyun memohon cuti untuk menjaga isterinya itu.

"sayang, I ada buat hot chocolate untuk you. Nah.." Baekhyun menghulurkan mug yang dipenuhi dengan coklat panas. Minah yang sedang duduk sambil memeluk kakinya sendiri memandang Baekhyun dengan matanya yang merah dan berair.

"hey, kenapa menangis ni?" Baekhyun terus meletakkan mug tadi di coffe table dan duduk disebelah isterinya. Belakang isterinya diusap-usap perlahan. Minah tidak memberi sebarang respond. Tetap macam tadi, menghinjut-hinjut badannya kehadapan dan kebelakang.

"awak..apa kata kita jumpa pakar kaunseling lepas ni?" agak berat untuk Baekhyun bersuara namun terluah juga. Minah berhenti menghinjut badannya dan mula menghampiri Baekhyun. Telinga Baekhyun dirapatinya.

" aku tak sewel tau...kalau kau nak, pergi sendiri..." bisik Minah dengan nada memerli. Side-burn Baekhyun dijilatnya perlahan.

"awak..apa ni? kotorlah..." rungut Baekhyun lalu mengelap side-burnnya dengan hujung lengan baju.

"kotor?! kotor ni jugalah jadi kesayangan kau!!" perli Minah perlahan ditepi telinga Baekhyun. Baekhyun meraup wajahnya.

"kenapa kelakuan you pelik sangat selepas you balik dari hospital ni?!! you kena sampuk dengan apa hah?!!" tempik Baekhyun geram. Minah tidak menjawab. Hanya mendiamkan diri sambil memeluk kakinya. Sesekali dia menggeletar sedikit dan mula menangis ketakutan.

"abang..i takut....huhu...hhummm..hehehe.." sekejap saja menangis, terus mula ketawa. Baekhyun sudah lali. Terus Baekhyun masuk ke dalam bilik dan berbaring diatas katil. Tiba-tiba Minah muncul lalu tidur disebelah Baekhyun sambil membelakanginya.

"walaupun i tak tahu apa yang terjadi kat you sebenarnya, tapi you tahu kan I tak suka you tidur membelakangi I?" terus Baekhyun mengalihkan tubuh Minah agar menghadapnya. Sebaik saja Minah menghadapnya, terkejut Baekhyun apabila melihat wajah yang menakutkan di hadapannya sambil melopong mulutnya.

"arghhH!!" jerit Baekhyun sambil cuba untuk turun dari katil tetapi terjatuh pula. Baru saja dia nak bangun, tiba-tiba satu tangan dari bawah katil menggenggam erat kakinya. Rupa-rupanya seorang kanak-kanak dengan wajah yang berdarah sedang memegangnya!

"TEPI!!" jerit Baekhyun kuat lalu menendang wajah budak itu. Terus  baekhyun berjaya meloloskan diri dan berlari keluar dari bilik namun terkejut sekali lagi apabila tiba-tiba muncul Minah dihadapan pintu bilik.

Dada Baekhyun berdegup kencang akibat 'dihadiahkan' kejutan yang dahsyat dalam bilik. Minah tanpa sebarang reaksi terus berjalan masuk kedalam bilik dan masuk tidur. Perlahan-lahan Baekhyun menghampiri katil dan turut berbaring disebelah Minah. Baekhyun mengurut-urut dadanya sebelum melelapkan matanya tetapi tidak berjaya kerana masih terkejut.

Perlahan-lahan Baekhyun menghampiri Minah dan memeluknya erat akibat ketakutan.

'namun, selama ini baekhyun tidak sedar bahawa dia sekarang bukan tinggal bersama-sama dengan 'isterinya' yang sebenar.'

 

Baekhyun terjaga dari tidur apabila cahaya matahari yang terik menyinari wajahnya. Segera Baekhyun memadang kearah isterinya namun isterinya tidak kelihatan disitu. Baekhyun bangun lalu mula memanggil isterinya.

"awak?..awak kat mana?" sunyi...Baekhyun berjalan kearah dapur dan terkejut melihat Minah terketar-ketar di sudut dapur sambil memegang pisau. Segera Baekhyun menghampiri Minah namun Minah yang terkejut dengan kehadiran Baekhyun terus menghunus pisau itu pada Baekhyun. Nasib baik hanya lengannya yang luka.

"hah..awak..mianhe..s...ay..a..." Minah terketar-ketar apabila melihat darah yang mengalir pada luka dilengan Baekhyun. "no,no...its ok.." ujar Baekhyun sambil membelek lukanya.

Tiba-tiba Minah tersedu-sedu sebelum tersengih. Darah yang mengalir ditenung lama. Minah kejap memengang lengan Baekhyun, Baekhyun hanya memiarkan isterinya. Tiba-tiba wajah Minah menghampiri luka tersebut sebelum Minah mula menjilat darah yang mengalir.

"apa yang awak buat ni??" tempik Baekhyun sambil menarik tangannya dari dijilat Minah. Minah memandang Baekhyun dengan pandangan marah. Minah mula ketawa terkekek-kekek sebelum tiba-tiba menangis.

" kenapa you suka sangat marah dekat I? apa yang kurangnya I? I tak cukup lawa ke?" Minah mula bersuara tersedu-sedu. Kepalanya ditunduk. Baekhyun terdiam.

"CAKAP!! I TAK CANTIK KAN DIMATA YOU!! CAKAP!!" jerit Minah tiba-tiba sambil memandang Baekhyun dengan pandangan tajam. Matanya dibeliakkan seluas-luasnya.

"apa you merepek ni...you dah cukup cantik bagi I. I tak kisah you hodoh sekalipun sebab I sayang you, faham.." ujar Baekhyun sambil memengang kedua-dua bahu Minah kejap. Minah menyegetkan kepalanya ketepi dengan matanya yang masih terbuka luas.

" HODOH?? YOU NAK KATA YANG I NI HODOH?? MACAM TU??!!" tempik Minah lalu menolak tubuh Baekhyun ketepi. Terus Minah mengambil pisau tadi dan mula menghiris kulit wajahnya. Darah laju saja mengalir dari pipi gebu Minah. Baekhyun cepat-cepat bangun lalu terus menghalang Minah dari menghiris wajahnya sendiri.

"You dah gila ke apa ni?!!" tempik Baekhyun sambil memengang lengan Minah kejap. Minah termenung sebelum pisau ditangannya dilepaskan.

 

Baekhyun memandang doktor yang baru habis memeriksa tekanan darah Minah."macam mana doc?"

doktor itu menarik nafas panjang sebelum berkata, "tekanan darahnya rendah. Mungkin akan faktor persekitaran dan saya harap encik dapat menolong isteri encik yang masih lemah ini." terus doktor itu mengemaskan barang-barangnya dan Baekhyun menolong Minah bangun dari pembaringannya. Baekhyun memimpin Minah berjalan keluar bilik rawatan dan duduk dikerusi yang disediakan di hospital itu. Minah hanya diam membisu.

"you kenapa ni? adabenda  yang tak kena ke terjadi pada you ni?" Baekhyun bersuara perlahan. Minah yang pucat dipandangnya. Minah tidak menjawab.

Tiba-tiba Minah mengangkat wajahnya dengan reaksi innocent.

"bayi..mana bayi kita??" tiba-tiba Minah ceria dan menanyakan bayi mereka. Senyuman Minah meleret.

"awak nak jumpa bayi kita ke? jom.." Baekhyun terus membawa Minah ke bilik rawatan bayi mereka.Minah keliahtan sihat saja sepanjang mereka berjalan menuju ke wad bayi mereka.

"ni anak kita?" Minah memandang bayi mereka dengan senyuman meleret. Baekhyun mengangguk mengiakan. Fikirannya kini berserabut memikirkan sikap Minah yang sering bertukar-tukar.

Minah menghulurkan tangannya kearah bayi itu dan tiba-tiba Minah mencekik bayi mereka. Bayi yang kecil itu mula menangis.

"Apa yang awak buat ni?? Ni bayi kita!!" tempik Baekhyun sambil cuba menghalang Minah mencekik bayi mereka. Terus Baekhyun menolak kuat Minah ketepi dan menyebabkan Minah terduduk sebelum mengilai dengan kuat.

"BAYI KITA?? BAYI ITU SEPATUTNYA MATI JUGA!! BIAR SENASIB DENGAN AKU!!" tempik Minah kuat sebelum cuba menyerang Bakehyun pula. Dengan segala kudrat yang ada, Baekhyun menolak Minah ketepi, menyebabkan Minah terhantuk pada besi penghadang dan tidak sedarkan diri.

"awak..awak...mianhe...I tak segaja..bangun..." Baekhyun menepuk-nepuk pipi Minah. Jururawat yang kebetulan lalu disitu terus membantu Minah.

 

13-7-2011: Castle Street's Apartments digemparkan dengan letupan gas di tingkat tujuh pada pukul 8 malam. Kesemua penghuni yang hampir beratus-ratus orang bergegas menuruni anak tangga kecemasan kerana lif tidak dapat dihidupkan kerana letupan itu menyebabkan seluruh apartmen itu terkena renjatan elektrik. Dalam keadaan gelap, seluruh penghuni yang sempat melarikan diri kebawah dapat melihat dengan jelas api yang mula merebak ditingkat 7 itu. Disebabkan angin pada malam itu bertiup kencang, dengan cepat api itu merebak ke tingkat 6 dan penghuni yang terperangkap di tangga kecemasan di tingkat 6 & 7 terus dibakar hidup-hidup. Tepat 9 malam, pihak bomba berjaya memadamkan api itu dari terus merebak.

Selepas insident itu, ramai penghuni yang terselamat telah berpindah kerana rumah mereka rosak teruk. Ada yang tidak tahan akibat satiap malam pasti kedengaran seperti orang meminta tolong di tangga itu. Hanya beberapa penghuni yang masih bertahan tinggal disitu hanya berani tinggal di tingkat satu. Kesemua tingkat tidak berpenghuni sehinggalah Baekhyun dan Minah berpindah ke tingkat 7.

 

Minah memandang apartment yang megah berdiri dihadapannya kini. rasa sayu apabila memandangnya walaupun Minah terpaksa melalui pengalaman yang pahit disitu. Baekhyun didalam kereta mendukung bayi mereka erat. Dahi bayi mereka yang masih kemerahan diciumnya dengan penuh kasih sayang. 

"dah?" soal Baekhyun sebaik saja Minah masuk kedalam kereta. Minah mengangguk perlahan.Baekhyun memandang Minah simpati. Wajahnya teruk terdapat kesan lebam, luka dan calar.

Minah mengambil bayi mereka dari dakapan Baekhyun. Bayi itu masih lena dibuai mimpi indah. Terus Baekhyun memandu kereta pergi dari Castle Street's Apartment.

'budak' itu memandang kereta Baekhyun meluncur keluar dari apartment itu. Budak itu tersengih.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Mrs_owl
#1
Chapter 5: Wuuu, serius seram gila...meremang bulu roma baca time maghrib pulak tu.. macam macam rasa... apa apa pun daebak author nim...^_^||
ThunderLove
#2
Chapter 5: Interesting :)
ChanBaekLu #3
Chapter 5: Daebak!!! Saya suka cerita horror mcm ni!!! Author-nim jjang!!!
syeratulfarhana #4
Chapter 5: Alalalalla. X puas nyaaaaa
galaxy_here
#5
Chapter 5: kesian Minah dengan Baekhyun.
daebak authornim :)
-caas-
#6
Hi. I'm starting a shops list and I want to add your shop/gallery/list/contest/roleplay :
Read the rules, complete this form , put it in the comments box for this link and you will be on the list.

Author's name:
Author's link:
Co-authors:
Created:
Status:
Banner's link:
Shop's Title:
Shop's link:
Shop genre:
Description:
Author's Note:
Info you want to add:
Services/Packs/posters/trailers exp:

http://www.asianfanfics.com/story/view/802501/dream-city-shops-list-graphic-poster-trailer-advertise-shop-layouts-reviewer
hyesungnie
#7
Chapter 3: Uwaaa daebak ! Daebak ! Omo scary huh
imraen_
#8
Chapter 2: omo~ apa yang tengah berlaku ni ?/tutup mata/ ehh~ nak baca lagi~
airisvanilla #9
x sabar nk bace...daebak
imraen_
#10
Chapter 3: wuahh . menarik menarik . hehehe