Ketakutan

Help Me! [MALAY FANFIC]
Please Subscribe to read the full chapter

"Tweet!" bunyi burung kedengaran.Hampir gugur jantung Hyun Hwa.Mana datangnya bunyi tu? Oh! Rupanya daripada beg sandang dia!.Dia terlupa yang dia memang sorokkan telefon bimbitnya di dalam beg itu sebelum kelas bermula.Bunyi itu merupakan mesej.Mesej kakaotalk-nya.

-ADIK! BEST TAK BELAJAR?-

Mesej itu daripada kakaknya,Hyomin.Mahu terkejut dia lepas dengar bunyi 'tweet' tadi.Ala-ala bunyi mesej twitter tu..

Eh,kakak aku ni.Masa ni boleh pula dia mesej.Pukul 2 pagi ni.Aku tahulah dia suka bergayut.Bila aku marah dia bergayut,dia cakap aku pon sama.Alasan dia lagi satu,katanya nak reka tarian untuk lagu ciptaannya sendiri iaitu 'Nice Body'.Nama lagu tu seksi betul! Kalau omma tahu,habis kakak aku tu.Fikirnya lagi.Hyun Hwa hanya mengabaikan mesej kakaknya itu.Tujuannya hanya satu buat masa sekarang,cari sahabatnya.

Selepas berjalan hampir satu jam,Hyun Hwa berhenti duduk buat sementara waktu.Sedang dia leka berfikir,kedengaran seperti orang bersin.Terus Hyun Hwa mencari sumber bunyi tersebut.Dia sudah berada di blok belakang sekali tetapi tiada siapa pon di situ.Sekali lagi bunyi orang bersin.Kali ini dia tahu datang dari mana bunyi itu,dari stor tempat simpan barang-barang makcik-makcik 'cleaner' sekolah dia.Stor tu berada betul-betul di hujung sekali.Boleh dikatakan agak seram untuk melalui kawasan itu kerana di situ terdapat beberapa pokok besar.Hyun Hwa menggagahkan diri untuk pergi ke stor itu.Dia kena kuat.Dia cuba memulas tombol bilik itu,tetapi bilik itu dikunci dari dalam.Dia terus bersuara "Ada sesiapa tak kat dalam? Ni aku,Hyun Hwa!" jeritnya.Tiba-tiba bulu romanya naik.Seperti ada 'benda' memerhatikannya dari atas pokok besar itu.

Baru sahaja dia hendak melangkah pergi,dia terdengar seperti seseorang menjerit namanya.Yongguk! Suara Yongguk! Terus dia kembali ke depan pintu stor itu.

"Yongguk! Buka pintu ni cepat!!" Hyun Hwa menjerit.Di balik pintu pula,Yongguk sedang mengengsot ke pintu stor itu.Lepas aje pintu stor terbuka,Hyun Hwa terus masuk ke dalam stor itu dan terus mengunci pintu itu balik.Dia tak tahan asyik diperhati oleh 'seseorang'.Kelihatan Yongguk terbaring lemah di atas lantai.Bilik ini berhabuk.Terus dia buka kipas dan lampu di dalam bilik itu.Nasib baik bekalan elektrik masih ada.Dia takut Yongguk lemas aje duduk dalam tu sebab panas yang teramat.Nasib jugalah banyak penyapu,terus dia sapu.Sekurang-kurangnya Yongguk dapat bertahan.Dia rasa seperti dia dan Yongguk akan duduk lama dalam bilik tu sebab dia rasa tak sedap hati semacam aje.Jadi,daripada situ,terus aje dia ubatkan Yongguk.Luka Yongguk sama macam luka Daehyun.Perlu dijahit secepat

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
parkhyunhwa
Fanfic ni nak habis dah T^T

Comments

You must be logged in to comment
sweetiara #1
Chapter 27: Hmm, ceritanye cam tergantung, xde kesudahan.. Dah ada unsur seram. Apapun good luck utk fanfic seterusnye.. Himchan & hara comel he ('-')
kimyunmi
#2
Chapter 27: Oh mai that ending? Alahai sedihnya... :(( Author-nim cerita ni mmg DAEBAK! Keep it up!~
hyemipark
#3
Chapter 25: Wohh so creepy btw best gile cite ni... x sabar nk bace next chap... author nim please update soon... kyaa i can't wait
ImTheExoLGirlz
#4
Chapter 24: what the...... youngjae T^T
akmarlove #5
i love this story..update soon..hehe:D
kimyunmi
#6
Chapter 18: Hello! New readers here^^ author-nim cpt update lg x sbr nk tahu ape yg bkl terjadi after this!!
Seram plk tu cerita ni bce pun mlm2 haih sabor je lh -_-