5

H e a r t ♡

      Aku begitu lapar , ketika aku mencapai roti ditangan Luhan aku menggeletar .Mungkin aku perlu menambah makanan kami dengan sup paku -pakis seperti yang di lakukan Pein.Masalahnya , kami berdua tiada masa untuk memasak .

 

      " Aku rasa kita patut cuba sekali lagi untuk seludup keluar dari bandar ni..."

kerana sibuk mengunyah roti dan diselang-selikan meneguk susu dari botolnya , aku tidak pasti aku mendengar dengan jelas apa yang dikatakan Luhan. " Kita mungkin boleh menyorok di dalam guni kelapa yang ingin di bawa keluar.Kereta kuda mereka muat-muat memasukkan guni-guni tu.. mereka mungkin tidak dapat memeriksanya dengan teliti..." kata Luhan lagi...kali ini aku mendengar dengan jelas...

 

" Cadangan kau itu bagus. Mahu cuba lakukannyakah?" Kata aku acuh tidak acuh..Aku tahu Luhan tidak serius memikirkan perkara itu.Melakukannya tidaklah begitu senang.Malah sangat rumit dan berisiko tinggi.

 

Kami pernah mencuba sekali untuk seludup keluar dari bandar ini.Luhan boleh keluar secara bebas dan berhadapan dengan pengawal di sempadan.Namun aku tidak..Aku tidak dibenarkan keluar kerana dalam senarai mereka walaupun aku tidak tahu apa sebabnya.Luhan masih mahu mengikuti aku seludup secara sembunyi-sembunyi walaupun dia dibenarkan keluar dengan bebas.

 

Kami mencuba masuk di dalam keranda -keranda yang sudah diukir cantik dan mahu dihantar ke bandar sebelah.Keranda yang kami menyorok , bertindih dengan keranda lain.Keranda itu juga ada lubang , jadi kami bernasib dapat bernafas.Kami tertangkap , kerana keranda itu tetap di periksa satu persatu.Betapa rumit pun kami cuba .Kami tetap akan tertangkap.Sebab tu ,apa-apa cadangan pun kali ini , kami hanya jadikannya bahan gurauan kerana kami sudah berputus harapan.

 

"Luhan , kau keluar sahaja dari sini ..Bina kehidupan lebih baik di luar sana." Aku menyuarakan cadangan bodohku itu.Sudah tentu dia tidak akan bersetuju.Namun , aku mahu dia tinggalkan aku.Aku jadi satu bebanan untuk Luhan keluar dari bandar ini dan terpaksa berlapar setiap hari kerana tidak cukup makan.

 

"Jawapan aku T I D A K" kata putus Luhan.

 

"Tapi kau boleh mengembara lebih , untuk mencari Kai.." kataku.

 

" Buat apa aku mencarinya ?? Mencari orang yang tidak mahukan aku lagi..aku hanya mencari kesengsaraan.."

 

" Kau boleh bawa dia jumpa heartsmith..."

 

" aku tidak boleh.Memang perasaan sayang dan cinta itu ada lagi untuk dia tapi..." dia mengetap mulutnya dan  mengepal tangannya.Dia kelihatan seperti merasa sebuah kekecewaan yang amat sangat.. " Dia telah melukakan aku .Aku berpaling darinya..."

 

kata-kata Luhan itu  membuatkan aku menelan air liur beberapa kali.Aku harap Luhan tidak jatuh cinta padaku..Aku bukan jenis yang sukakan  kaum sejenis.Tidak sama sekali..

 

" maksudnya kau cintai orang lain kali ini?" Aku dengan yakin bertanya..

Dia menggeleng.."Tidaklah..aku cuma tidak boleh bersamanya lagi...aku sangat marah..."

Aku melepaskan keluhan berat tapi itu sebenarnya lebih kepada keluhan kelegaan..

 

"Aku takkan tinggalkan kau Yifan.." kata Luhan dengan merengus.

"Ingat itu." Katanya lagi.Aku hanya mengangguk.

 

☆☆☆☆☆☆☆

     Aku jarang berjalan-jalan di seluruh Primrose , reaksi aku bagaikan rusa masuk kampung sepanjang masa dan hanya mengikuti Luhan dari belakang.Luhan membaca beberapa kali alamat yang ditulis di dalam secebis kertas.Aku lihat bibirnya membiru , mungkin kerana cuaca yang sejuk..Salji yang turun malam tadi juga masih tidak mencair di atas tanah.Aku hampir lupa memujinya tentang ramalan tepatnya semalam.

 

"Semalam hujan salji..." kataku sambil menendang kepulan salji dihadapanku.

" Terima kasih..." kata Luhan .Aku sedikit keliru..."Terima kasih untuk apa?"

" Kau akan memuji aku nanti... jadi aku akan cakap dulu..." Dia tersenyum kebanggaan mungkin kerana ramalan tepatnya itu .Tetapi di dalam senyuman itu , wajahnya kelihatan pucat.

"Oh..."kataku...

 

Kami berjalan ke kawasan pasar awam .Di mana setiap penduduk di bandar Primrose ini akan mendapat bekalan makanan dan juga bahan-bahan perniagaan mereka..Aku jarang ke sini , kerana datang di sini memerlukan duit juga.Kadang-kadang aku akan cemburu dengan orang yang keluar dari pasar ini dengan membawa ikan, sotong atau lauk dari laut yang lain.

 

"Aku tidak begitu berpuas hati dengan gaji kita sebulan hanya cukup untuk makan roti dan minum susu sahaja..." Kataku...

" Bersabar Fan , bertahan hingga yang boleh... aku rasa kita patut cuba cadangan seludup keluar aku tadi..." Kata Luhan .Aku tersengih lalu memukul tangannya lembut..Luhan ketawa.

 

Kami meneruskan perjalanan , berjalan di tepi jalan tar yang masih berhadapan pasar awam..Kereta kuda lalu -lalang membawa bekalan dan juga orang-orang kaya yang mengayuh basikal ke pasar seorang diri.....

 

Ada satu blok bangunan di hadapan kami , itu tempat tinggal orang yang sederhana kaya , yang kebayakan mereka yang menang di perang emosi...Di bawah blok ada deretan kedai seperti kedai menjahit ,kedai kasut ,kedai Keysmith si pembuat Kunci dan lain-lain.Kami berjalan di kaki lima itu sambil mengintai ke dalam kedai. Suasana kurang sibuk berbanding di pasar tadi... Kami masih tak menjumpai kedai heartsmith itu.

 

" Sepatutnya kedai itu berada di deretan ni... " rungut Luhan...Sebanarnya ada satu blok lagi dihadapan kami , kami perlu melintas jalan tar di hadapannya .. mataku meliar kearah blok dihadapanku ..ada beberapa kedai lagi dibuka , kebanyakannya kedai tukangan seperti kayu , besi dan sebagainya...kemudian mataku tertangkap pada sebuah kedai yang pintunya tertutup tidak seperti kedai terbuka yang lain .Pintu kayunya di cat warna maroon dan papan tanda di atasnya jelas terpampang " HEARTSMITH". .Aku menarik bahu Luhan lantas menunjukkan padanya ke arah kedai itu.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet