3

H e a r t ♡

Aku pulang ke Villa kali ini ,hampir seminggu juga aku tidak balik ke sana.Balik atau tidak , tiada siapa akan kisah .Kecuali satu perkara , para Suho tidak membenarkan aku keluar dari bandar ini.Aku tidak tahu apa yang dimaksudkan mereka.Aku pernah cuba lakukannya setahun lalu ,aku dengar bandar sebelah lebih baik untuk orang-orang sepertiku.Kurang penindasan , banyak golongan miskin dan sederhana yang berganding bahu bercucuk tanam demi terus hidup.Mereka juga tidak kisah akan penempatan setinggan , tapi mereka masih tidak terlepas dari kerajaan yang mencari sukarelawan untuk perang emosi.Paling penting , aku mendengar disana heartsmith mereka begitu aktif membaiki hati.

Aku ditangkap di sempadan.Sempadan bandar memang di kawal ketat.Aku tidak tahu mengapa aku berada disenarai mereka yang tidak boleh keluar dari bandar itu dan pergi ke daerah lain.Primrose masih di dalam daerah Sina, Daerah Sina namanya sama dengan Kerajaan Keraajaanku ini,Kerajaan Sina.Untuk mengelakkan kekeliruan, Kerajan dan Daerah wajib disebut jika kau mahu menyebut tentang "Sina".Namun , keliling bandar ini bertembok dan dikawal ketat untuk keluar ke daerah Sina yang lain.Primrose juga bandar utama kerajaan.Kebanyakan pelatih ,di latih disini.Sejak penangkapan itu ,aku terpaksa sentiasa terperangkap di Primrose sepanjang hidupku.

Satu lagi perkara yang aku sangsi , aku satu-satunya orang luar yang dapat tinggal di villa itu.Mereka yang mengetahui tentang aku tinggal di villa para Suho akan memberi reaksi berbeza-beza .Dari golongan atas hingga golongan yang ditindas seperti aku dan Luhan.Seperti Chief , dia bersimpati denganku.Luhan pula , akan sentiasa memaksaku tidak pulang dan menyuruh aku menemaninya.

Aku teringat tentang seorang menteri yang ku jumpa ketika aku mengutip sampah di pejabat gabenor di Sina central.Dia memandangku seperti mengenaliku dan bertanya di mana aku tinggal.Tanpa teragak-agak atau sangsi ,aku menjawab sahaja aku tinggal di Villa para Suho itu.Wajah menteri itu meninggalkan kemesterian dan tanda tanya yang aku sendiri pun tidak dapat tafsir.Aku merasa ada sesuatu yang dia tahu tentang aku.Aku seolah-olah dibenarkan tinggal bersama para Suho ini bermotif.

Aku memasuki Villa melalui pintu belakang.Itulah jalan masuk untuk orang seperti aku , aku bukannya orang penting di Villla itu.Hanya pelatih dan para Suho layak memasuki melalui pintu hadapan yang lebih terhormat.

Aku akan melalui dapur dan juga beberapa tempat rehat pembantu rumah di Villa itu sebelum sampai ke stor.Villa tidak begitu bising dengan apa-apa music dan juga orang sedang berlatih bakat- bakat mereka.Villa ini ada beberapa studio penghalang bunyi untuk mereka berlatih.Kadang-kadang ada juga pelatih yang degil berlatih di luar studio.Ini mengingatkan aku pada Donghae , bekas sukarelawan yang mencampak isteri dan anaknya keluar dari kedai biskut mereka tempoh hari.2 tahun lalu , dia pelatih di Villa ini dan dia berlatih bermain Violin tidak kira tempat.

" aku fikir kau sudah mati dimana-mana di luar sana.Seminggu kau tidak kembali." Pein muncul tiba-tiba.Lelaki kurus kering seperti Luhan , tetapi wajahnya masih kacak disebalik badan yang kurus itu, dia sebagai tukang kebun di Villa ini.

Orangnya semuda Tao, masih remaja.Jika Tao masih hidup ketika ini, umurnya baru mencecah 20 tahun.Aku melepaskan nafas kelegaan selepas terkejut dengan kehadiran Pein yang muncul secara tiba-tiba itu.

" ada mana-mana Suho menanyakan aku?" Pein berfikir seketika lalu memetik jarinya..

"ah, ada Chief datang kemari menanyakan tentang kau ke Suho Joonmyun.".

"Oh , " aku hanya mengangguk.Aku tidak terkejut sangat , Chief sudah memberitahu aku yang dia ada menanyakan aku ketika melawat Suho Joonmyun.

"Kau tidur di mana malam ini ?" Soalku kepada Pein.Pein juga golongan sepertiku , akan mencari mana-mana sahaja tempat diluar sana untuk berlindung seusai sahaja menamatkan waktu bekerja.Pein mendekatkan dirinya ke telingaku..

"Aku sebenarnya , membina khemah kecil di taman.Daun-daun ku jadikan atap , sebagai penyamaran khemahku itu" Aku memandang Pein tidak percaya.

" Jangan risau , plan aku cukup berjaya. Tiada siapa akan terperasan , aku taburkan garam sekeliling khemah agar berjaga-jaga dari binatang liar kecil." Katanya lagi separuh berbisik.

"Ah , aku tau kau licik. Betapa plan kau itu selalunya berbahaya , kau sentiasa selamat.Aku selalunya tidak mempercayai kau, bende yang aku patut buat kerana hal keselamatan juga.Oleh kerana kau sering berjaya.Aku terpaksa sentiasa mempercayai kau."Ujarku.Dia tersengih lalu memukul lembut lenganku.

"Haha, aku tahu itu." Katanya mula membanggakan diri sendiri.Aku memusingkan bola mata ,jengkel. Mahu sahaja aku menyuruh Pein tidur denganku di stor , tetapi aku sahaja satu-satu orang bawahan yang dibenarkan tidur di dalam Villa ini dan juga beberapa pembantu rumah yang penting.

" Aku keluar dulu , nanti tak pasal -pasal aku dipecat mereka kerana masih berada di dalam Villa ini pada waktu seperti ini." Pein meminta diri , aku kembali berjalan ke stor yang aku tinggal ..

Buka sahaja pintu stor,aku merungut geram.Mereka menambah banyak barang di dalam stor itu ketika tidak ketiadaanku.Jika keadaannya begini , mereka akan menambah lagi banyak tikus yang tidak diundang dan juga ruang untuk aku berbaring juga makin kecil.Mahu sahaja diberi peringatan , namun siapalah aku.Aku hanya si penumpang.Mahu tidak mahu , aku menyusun barang-barang yang tidak digunakan itu ketepi dan menyusunnya lebih teratur.

Selepas hari yang memenatkan kan, aku ditambah lagi kerja yang tidak bergaji seperti ini.Aku berpeluh dan sedikit kepenatan selepas memunggah barang-barang itu ketepi.Aku memandang sekeliling stor itu jika aku berpuas hati dengan ruang yang ada untukku berbaring.Nasib baik tilamku tidak ditindih dengan barang-barang mereka.

Semenjak aku tinggal di stor ini , aku akan memastikan barang-barang tidak berhabuk dan tidak membahayakan penafasanku.Ketika aku pertama kali tinggal disini ,aku mengambil masa hampir sepanjang hari ,memunggah kotak-kotak dan juga barang-barang dapur yang tidak digunakan di stor itu.Malah aku mengelap mereka agar tiada satu habuk pun yang tinggal.Yang paling penting ,cukup kemas dan teratur agar tiada kehadiran tikus.

Aku berbaring ditilamku yang dibentang di lantai stor itu selepas selesai mandi.Memandang keatas syiling yang menggantung lampu nelon.Aku masih boleh merasa sejuk walaupun aku memakai beberapa baju tebal kerana selimutku tidak begitu tebal untuk melindungi aku dari kesejukan.Aku harap Pein baik-baik sahaja diluar sana dengan cuaca sejuk sebegini.

Sebelum tidur , aku akan selalunya berfikir tentang banyak perkara , terutamanya ibuku , yang mati di medan perang emosi.Oh , aku tidak menjelaskan ini .Aku tidak tahu bagaimana pahlawan di medan perang emosi berlawan, aku berfikir jika mereka menyanyi , bermain alat muzik , berpuisi dan sebagainya diatas pentas dan musuh hanya menonton dan mempertahankan hati mereka.Siapa yang berjaya menghasilkan emosi terlampau kepada pihak musuh , mereka akan menang.

Hati yang patah dapat diperbaiki , hati yang mati , membuatkan orang itu terluka selama-lamanya,seperti ibuku.Dia kemurungan selepas pulang dari medan perang emosi.Ayahku kecewa, hatinya juga patah seribu melihat ibuku begitu .Ibu meninggal dunia kemudiannya kerana tekanan perasaan yang terlampau.

Ibuku menjadi pahlawan di medan perang emosi dengan bercerita.Ketika aku masih kecil , ibu ku berce rita sebelum aku tidur.Cerita-ceritanya hebat, malah aku terbawa-bawa ke mimpi kerana cerita-cerita dongeng yang diceritakan ibu. Ibuku tertangkap oleh Para Suho apabila dia tersilap langkah pada suatu hari.Jiranku menanyakan bagaimana mahu menidurkan anak dengan cara lebih baik dan sihat.

Ibuku memberitahu apa yang dibuat selalunya kepadaku sebelum tidur.Aku tidak tahu bagaimana , jiranku itu seperti menikam ibuku dari belakang.Kebolehan ibuku diketahui oleh Para Suho .

Ayahku mengurung diri selepas kematian ibuku.Dia mengurung diri dibengkel kayunya .Aku dapati dia mengukir banyak patung dari kisah -kisah diceritakan ibuku terutamanya pinochio , ikan duyung dan juga goblin.Ayahku hilang selepas itu, aku tidak tahu dia kemana.Aku menjual patung-patung yang diukirnya , hasilnya cukup memberikan aku makan untuk beberapa bulan .Selepas habis sahaja duit hasil jualan patung-patung itu, aku mula merempat untuk beberapa tahun diusia yang muda dan berjumpa dengan Luhan.

Tiba-tiba aku menangis memikirkan keluargaku .Aku akan sentiasa berperasaan begini selalunya.Memikirkan bagaimana wajah mereka yang hampir aku tidak ingat.Ianya menjadi lebih menyakitkan. Perang sebegini tidak masuk akal, ini juga adalah sumpahan kepada kerajaan ini.

Dulu , aku tidak pasti pada zaman bila.Yang aku pasti zaman itu sebelum nenekku dilahirkan , mungkin moyang kepada moyang aku pun tidak dilahirkan lagi.Aku tidak tahu pada tarikh tahunnya.Kerana aku tidak pernah kesekolah untuk mempelajari dan memahami sejarah aneh kerajaan ini.Zaman dulu aman, masih ada kerajaan berperang dengan darah.Pendamaian dilakukan .Dipersetujui banyak pihak .Kerajaan Sina ini dulu berperang dengan sebuah kerajaan yang pemerintah dan kebanyakan rakyatnya mengamalkan ilmu hitam.Pendamaian adalah sebuah perkara yang amat disyukuri oleh kerajaan Sina ini kerana berperang dengan kerajaan yang mengamalkan ilmu hitam sebegitu amat mengerunkan.

Kerajaan Sina mahukan pendamaian. Mereka sepatutnya menuntut bela untuk Putera dari negeri Azalea yang mati disihir oleh kerajaan yang mengamalkan ilmu hitam itu.Kerajaan Sina akhirnya mahu berdamai sahaja, kerana berperang dengan mereka seperti tiada penghujung.Semuanya berjalan lancar sehinggalah negeri Azalea memberontak.

Ahli sihir terpenting kerajaan itu di bunuh oleh pemberontak.dari negeri itu.Jadi , kerajaan itu menyumpah Kerajaan kami kepada rakyat-rakyatnya memiliki kepingan hati yang tersimpan di dalam dada.Hati itu berdendam , beremosi yang tidak stabil dan memerlukan peperangan .Hati akan mati atau hancur jika diserang oleh emosi yang terlampau.

Emosi ini dihasilkan dari bermain piano atau alat muzik lain, berpuisi, bercerita , apa-apa sahaja yang boleh membuahkan satu emosi yang menyentuh hati kita dan ianya akan hancur dan mati.Pihak musuh menyerang kami dahulu dengan bunyi violin yang mengasyikkan.Beberapa rakyat berubah sikap , dari situ mereka mengenal pasti sumpahan hati itu kesannya bagimana.

Jika hampir seluruh rakyatnya tidak berperikemanusian , kerajaan akan hancur, membalas perang menyelamatkan kami.Kami berperang dengan kerajaan -kerajaan yang bersekutu dengan kerajaan yang mengamalkan ilmu hitam itu.

Setahu aku , pelatih yang akan menjadi pahlawan di medan perang emosi ini akan berperang di Azalea.Aku berfikir ,bagaimana jika suatu hari nanti aku akan menjadi salah seorang dari mereka.? Aku takut kalah .Mereka kata , hati yang mati amat menyakitkan. Mereka tidak merasa apa-apa untuk selama-lamanya.Seperti ibuku .

Hati yang tercedera , mereka akan berubah sikap yang pelbagai kepada bengis , tidak dapat mencintai orang lain , perasaan takut yang melampau dan banyak lagi perubahan sikap yang mengerunkan terutamanya tidak berperikemanusian. Tetapi menjadi pelatih ,kau tidak akan kelaparan , mereka menyediakan pakaian yang elok dan menyediakan tilam yang empuk.

Jadi, pada asalnya .Kepingan hati ini tidak pernah wujud dan tidak ada perang emosi sebegini tetapi sehinggalah sumpahan itu.

 

A/n : excuse me for my baku-ish bahasa..bahasa melayu yang agak awkward ni kene dengan zaman ni cerita ni..saja ja tulis cam.. 

And i hope, the perang emosi thinghy gave an explanation well OuO

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet