1

H e a r t ♡

Kami berperang melalui nyanyian ,kami berperang melalui bercerita , kami berperang melalui bait-bait lirik , kami berperang melalui bermain instrument , kami melancarkan perang melalui bermain dengan emosi yang terlampau.Tiada pertumpahan darah tetapi ianya menikam dari dalam diri kami.Mereka akan mati melalui hati yang sudah patah .Hati dibunuh oleh sebuah emosi yang hebat dan menakjubkan yang sepatutnya memberikan kita rasa dan kebahagian.Ini adalah dunia kejam kami.

ketika aku berumur 16 tahun ,aku cuba membahayakan diriku  sengaja dengan tidak meluakkan apa-apa makanan untuk beberapa hari demi mendapat gastrik.Walaupun aku rasa tindakan aku agak bodoh,tetapi dengan cari itu aku dapat meminta simpati mereka.Namun , tindakan itu tidak bertahan lama , aku perlu makan untuk mendapatkan sedikit tenaga .Aku perlu bekerja untuk medapatkan 2 buku roti sehari . Aku melakukannya kerana dunia ini seperti sudah kehilangan manusia yang berhati lembut dan mulia, aku fikir jika aku melakukan itu aku masih dapat melihat mereka yang mulia.Manusia-manusia yang berjalan di dalam hidupku semuanya mempunyai hati keras seperti batu dan tidak mempunyai rasa simpati.

" Kita dah kekurangan heartsmith yang lebih berkebolehanlah." Rungut seorang Chief yang menjaga keamanan bandar Primrose itu di suatu pagi ketika aku datang ke pejabatnya untuk mengutip bakul sampah.

Dia suka bercakap seorang diri begitu, sikapnya juga suka berubah-ubah.Heasrtsmith amat penting di negara kami ,mengubati orang-orang yang mati di dalam perang Emosi.Mereka mati dari segi hati mereka yang rosak dan patah.Jadi heartsmith akan membaiki hati mereka.Tapi tidak ramai yang peduli untuk berjumpa heartsmith ini.

"Wu Yifan, kau tinggal dengan para Suho bukan?" Sapa Chief separuh umur itu selepas menyedari kehadiran aku di bilik itu.Mulut aku terkunci , teragak-agak untuk menjawab jawapannya.

Mengakui aku tinggal dengan para Suho atau para penjaga itu adalah bagiku sesuatu perkara yang memalukan.

" Bagitahu saja." Dia masih menunggu jawapanku.Akhirnya aku menjawab dengan anggukan kecil.. Dia memandang aku dengan simpati.Dia tahu, para suho itu akan bersikap separuh mulia ,separuh tidak.Seperti layanan mereka kepadaku, aku diberikan tempat tetapi aku masih perlu bekerja diluar dengan berhempas pulas.Tempat yang di beri mereka kepada ku pula cuma sebuah stor..

Aku tidak mengendahkan respon nya itu , aku kembali mengangkat beberapa plastik sampah lalu segera keluar dari pejabatnya.

☆☆☆☆☆☆☆

" Aku mahu jadi heartsmith.." Kata Luhan di suatu petang yang lebat dengan hujan.Kami duduk di luar pintu belakang sebuah kedai buku roti yang terbuka.Bumbung kecil diluar pintu cukup menghalang air hujan dari terpercik ke arah kami.Kami duduk disitu berehat dari kerja yang memenatkan dan juga kami berkeputusan untuk menyatakan impian kami yang tidak mungkin akan tercapai ketika waktu rehat itu.

Aku ketawa menyindir dengan kata-katanya. " Di mana kamu akan berguru untuk itu?"

Luhan melepaskan keluhan berat." Aku mahu ubati manusia yang perangai macam binatang ni , tidak salahkan niatku? Mereka pada mulanya manusia yang berperikemanusiaan sebelum pergi ke perang emosi.Aku mahu kembalikan mereka dengan apa cara sekali pun.."

Aku mengenali Luhan ketika kami merebut sebiji epal yang dibuang ditepi jalan.Ketika itu kami masih kanak -kanak yang mahu meningkat ke alam remaja.Epal itu dimenangi tangannya.Aku bertekad mahu membunuh diri kerana epal itu harapan aku yang terakhir untuk terus hidup.Aku tidak menyangka dia membelah epal itu menjadi dua dan menghulurkan separuh kepadaku.

" Aku mahu menyanyi...."kini giliranku pula mengatakan impianku.Luhan mengalih pandangannya ke arahku dengan sedikit terkejut.

"Kau tidak pernah menyanyi..." Luhan membulatkan matanya.Nadanya suaranya juga sedikit bergetar mungkin terkejut dengan penyataanku.Jika kau itu berbakat , lantas kau akan ditarik berlatih untuk menjadi sukarelawan di perang emosi.

" Ya Luhan , aku juga takut mendengar suaraku..Kalau mereka dapati aku mempunyai suara yang lunak untuk menyanyi.. kau tahukan apa akan jadi kan?"Aku akui itu , aku mahu menyanyi tetapi aku terpaksa sorok kemahuanku itu seboleh-bolehnya.

Luhan menunduk suram.Memang menyakitkan jika kita terpaksa sorok sesuatu yang mungkin apa diperlukan oleh kemahuan diri kita.Ianya perlu diluahkan dan sebagai makanan kepada perasaan.

"Aku mahu menyanyi bukan untuk jadi pendekar di medan perang emosi itu." Kerana aku mahu menyanyi untuk kemahuanku dan minatku.

" aku juga tidak yakin jika aku dapat tundukkan pihak musuh dengan nyanyianku." Kataku lagi, aku mahu menyanyi ikut perasaan bukan paksaan.

" Kau tinggal dengan Para Suho ,kau hati-hati yifan.Jangan pernah cuba untuk menyanyi dimana-mana ." Amaran Luhan.

Aku mengangguk.Para Suho adalah penjaga kepada pelatih yang akan menghadapi perang emosi.Mereka juga melatih pelatih ini menjadi cukup berbakat dengan kebolehan mereka.

" Aku mahu mati sahaja.." Kata-kata Tao masih tergiang di kepalaku.Dia membunuh diri beberapa tahun lalu.Dia adalah pelatih yang berada di fasa pertama sebelum ke perang emosi.Hubungan kami amat rapat , walaupun aku cuma anak pungutan para Suho dan bekerja di dalam Villa itu seperti orang suruhan dan kini dipaksa bekerja diluar untuk menyuap sendiri mulutku dengan makanan.Mereka hanya menyediakan stor di villa itu sebagai tempat teduhanku.

Aku memandang ke arah air hujan yang turun ke tanah dengan lebatnya.Ini mengingatkan aku kepada Tao, yang suka akan hujan dan akan bermain di dalam hujan tiap kali dia terasa tertekan.

" Kenapa tidak ramai yang ingin menjadi heartsmith?"Soalku , mata masih memandang ke hadapan.

" Mereka tidak mempunyai hati yang cukup kuat untuk menjadi mulia.?"jawab Luhan.

"Manusia dilahirkan pada asalnya berhati mulia bukan.?"

" Tapi mereka masih ada ego, jadi menjadi mulia itu langsung hilang.."

"Kenapa masih ramai bekas pendekar perang emosi tidak mangambil peduli untuk berjumpa heartsmith dan baiki hati mereka?"soalku lagi..

" Jika hati dah jadi tidak berperikemanusian, mereka juga tidak mempedulikan diri mereka juga.."jawab Luhan.

"Kalau begitu aku mahu jadi heartsmith juga." Kataku selepas tiba-tiba terfikir akan keputusan itu. Luhan tersenyum..

" Aku mahu jual hati aku sahaja, aku mahu jadi heartsmith dengan cara aku sendiri."

"Luhan?" Aku memandangnya.

" Hati yang dibaiki tidak cukup baik untuk kembalikan kemulian mereka.Aku mahu beri hati yang masih tidak pernah patah."

" Jika kau beri itu pada mereka , nanti tiada satu pun yang tinggal untuk kau."Aku tidak percaya dengan kata-kata Luhan itu.

" Jika kita melakukan perkara yang baik.Hati akan sentiasa tumbuh yang baru bukan?".

ah , aku hampir terlupa pasal yang ini. Dan jika hati itu patah , hati akan berkurang dan tidak akan tumbuh yang baru.

"Aku mahu jadi heartsmith seperti kau." Kataku yakin dan melemparkan senyuman kepadanya.Dia membalasku dengan anggukan dan tepukan lembut di belakangku..

☆☆☆☆

Aku ke pejabat Chief seperti selalunya di setiap waktu pagi untuk mengangkat plastik sampah.Dia masih membebel dengan diri sendiri dan aku terdengar dia berkata .."Kita ada heartsmith paling muda.Berpengalamankah?".

Sebelum aku keluar dari pejabatnya.Dia berteriak memanggilku.." Wu Yifan!" Serta merta aku memberhentikan langkahku dihadapan pintu.

" Semalam kamu tidak berada di Villa? .Aku datang melawat Suho Joonmyun semalam."

aku berpaling kepadanya ." Tuan cari sayakah?"

dia tergelak kecil. " Aku melawat Joonmyun, alang-alang aku tanya pasal kamu kepadanya."

Kenapa pula dia mahu mengambil kisah tentangku.." Saya temankan Luhan malam tadi." Jawabku meraba leher belakangku.

"Luhan ? Lelaki yang elok rupanya itu ?"

" kenal diakah?"

" pengangkut pinggan yang bekerja di bangunan kerajaan itu kan?" Mengapa orang tua ini boleh sibuk mengambil tahu orang-orang yang tidak penting dan berpangkat rendah darinya?

"Ya?" Aku mengangkat kening sebelahku.

" Awak temani dia tidur di atas bumbung bangunan lama belakang di Sina central itu?dia masih tinggal di tempat seperti itukah?"

"Ya.?"

" Tempat itu bukan tempat perlindungan yang baik.Bila-bila masa sahaja dia akan sakit kerana kesejukan dan kepada kamu juga jika selalu menemaninya di situ.Mahu sahaja aku menyuruhnya tinggal di pejabatku ,rumahku sudah tentulah tidak.Isteriku akan bising.Pejabat ini lagipun lagi baik dari tinggal di atas bumbung bangunan itu."

Aku tenganga.." Tuan rela suruh dia tinggal disini?"

"Megapa ? Pejabatku luas .Malam-malam , boleh sahaja dia bentangkan tilam dilantai. Dia juga boleh menemani aku di waktu aku bekerja terlebih masa di lewat malam."

" Chief berhati sangat mulia.." kataku kagum.Mataku bertakung air mata terharu.

" Sebab saya masih ada hati saya..." " ini bukan sebab hati..ini juga mungkin sikap dari diri tuan sendiri."kataku terlebih teruja.

"Sudahlah Yifan, jangan puji aku lebih-lebih.Katakan cadangan ku ini kepadanya.."

"Baiklah , saya pasti akan sampaikan ini.."

☆☆☆☆☆☆☆

Aku berjalan bergegas ke tempat kerja Luhan kerana tidak sabar menyampaikan berita menggembirakan tadi.Walaupun hanya dapat perlindungan di dalam sebuah pejabat.Ianya lebih selesa dari duduk diatas bumbung bangunan lama yang tidak terlindung oleh apa-apa dari cuaca sejuk atau hujan..

Sewaktu dalam perjalanan, seorang ibu dan anak dicampak keluar dari pintu belakang sebuah kedai biskut.

"Bang buka pintu ni!!" Jerit wanita itu selepas pintu di tutup.Anak perempuanya menangis disisinya.Sepertinya , lelaki yang mencampak mereka merupakan suami wanita itu.Aku lantas ke arah mereka.

"Noona , tak apa-apakah?, kenapa noona dicampak keluar?!" Soalku kerisauan.

Wanita itu memandangku dengan pilu. "Suami noona baru pulang dari perang emosi."

" Dia main apa?".soalku.

" Violin... dia pandai main violin dan dia ditangkap 2 tahun lalu dan dilatih di Villa penjaga Suho."

Jadi aku menanyakan siapa suaminya semenjak aku tinggal di sana.Katanya , suaminya adalah Lee Donghae..Aku kenal lelaki ini , dia bermain violin hampir tanpa henti untuk sepanjang hari di villa.Kadang-kadang , aku tidak dapat tidur kerananya.Bunyi violinnya kadang-kadang akan berbunyi sumbang membuatkan pelatih lain juga merungut akan kehadirannya.

" hatinya mungkin tercedera.." kata wanita itu dengan kecewa.

" Kami tiada tempat tinggal lain di Badar Primrose ini. Anak saya akan kelaparan. Apa yang saya perlu buat adalah tinggal bersamanya.".sambungnya lagi .

"Itu akan membahayakan noona.Nanti takut dia akan mendera noona dan anak noona secara fizikal."

"Saya jual hati.."kataku akhirnya.Ini kali pertama aku lakukannya selepas aku bersembang tentang ini bersama Luhan.Mungkin aku orang pertama lakukannya sebelum Luhan.

wanita itu memandangku dengan keliru... "Oleh kerana ini jualan pertama saya.Saya bagi percuma."

"Ta-tapi hati dibaiki oleh heartsmith bukan.?"

"Hati yang dibaiki masih akan tinggal calarnya.Menggantikannya akan jadi lebih elok.."

" Orang lain tidak pernah sanggup memberikan hati mereka pada orang lain..hati sangat berharga dari emas awak tahu bukan.?"

" Noona tahukan , hati sentiasa akan tumbuh jika kita melakukan perkara mulia.Apa yang saya lakukan ini perkara mulia juga.Hati saya akan tumbuh yang baru."

Wanita itu memandangku tanpa kata.Aku hanya tersenyum dan memejam mataku.Tanganku diletakkan didada di mana , beribu-beribu kepingan hati ditempatkan .Rasanya hangat dan sedikit menyakitkan.Aku sedikit mengerang dan apabila sekeping hati yang sejuk sudah berada ditanganku, aku mengeluh kelegaan dan membuka mata semula.

" hati awak keemasan.." Kata wanita itu penuh takjub.Aku juga tidak menyangka apa yang aku lihat.Hati aku keemasan dan cahayanya amat terang dan ianya berdegup mengeluarkan percikan yang aku rasa sebuah kebahagian.

"Saya tak rasa hati ni layak untuk Donghae."

" Tak noona, anggaplah ini pemberian dari saya." Aku menghulurkan hati itu ke tangannya.Dia teragak-agak mahu menerima hatiku itu.Namun aku menarik tangannya supaya mengenggam hati emasku yang bersinar itu.

"Tidak , hati seperti ini jarang dimiliki oleh kebanyakan manusia.. yang memilikinya pasti sangat istimewa dan mulia.." katanya masih dalam nada tidak percaya sambil memandang hati yang berada ditangannya.Secara jujurnya , ini kali pertama aku dapat melihat bagaimana rupa hati aku.

" Satu sahaja tidak menyakitkan noona.Saya masih ada beribu lagi di dalam ini." Aku memegang dadaku.

" Hati kamu dapat menyembuhkan suamiku kembali...siapa nama kamu orang muda?"dia mengalirkan air matanya.Tiba-tiba aku terasa tersentuh .Tuhan menjadi aku manusia yang sangat istimewa hari ini walaupun hidupku selama ini penuh dengan liku-liku hidup yang sangat menyakitkan. aku hampir tidak membuka mulutku kerana perasaan terharu yang amat sangat...

"Wu Yifan..Nama saya Wu Yifan.."

"Wu Yifan..saya sangat bertuah berjumpa dengan kamu hari ini... saya rasa sangat beruntung..ingat noona, Lim Yoona...dan ini Lee Young Ha, anakku ." Anak perempuannya tersenyum kearahku.

Aku mengangguk dan tersenyum kepuasan melihat hatiku yang bercahaya itu ditangannya."Terima kasih kerana sanggup menerima hati saya."

"Tidak kami sepatutnya mengucap berbanyak-banyak terima kasih... terima kasih yifan." Aku menunduk kepada mereka dan meminta diri.Aku meninggalkan mereka dengan rasa sangat gembira.

Satu sumbangan pertama aku dan aku sangat berbahagia kerana dapat mengetahui aku memiliki hati emas.Aku kembali berjalan bergegas ke tempat kerja Luhan.Angin sejuk mula bertiup di musim sejuk pertengahan oktober itu , aku menarik jaketku lebih erat ketubuh dan meniup nafas sejuk dengan mengingil kesejukan.Tetapi aku masih mampu tersenyum puas..

☆☆☆☆☆☆☆☆.

Luhan hampir tidak mempercayai dengan apa yang didengarinya.Dia ketawa dan melompat dengan gembira, di juga memelukku dengan erat.Dia amat bersetuju dengan tawaran Chief itu kerana dia tidak sanggup lagi tinggal ditempat yang hampir membuatkan dia mati kesejukan di setiap malam.

Aku menyambung semula kerjaku memungut sampah dari bilik ke satu bilik pejabat pegawai-gawai besar yang mengupahku.Selepas habis waktu bekerja , aku akan sentiasa menunggu rakanku itu menghabiskan waktu bekerja dan kami akan sama -sama berjalan pulang.

" Kau pernah terfikir bagaimana keadaan perang emosi?" Soal Luhan tiba-tiba ketika kami masih berjalan dilorong yang gelap dan kurang cahaya itu .Ditambah dengan cuaca malam yang sejuk.

"Tidak.." jawabku.

" aku juga tidak tahu bagaimana keadaannya." Mata rakanku kearah langit malam yang diterangi bintang-bintang.

" bagi aku ,perang ini lebih kepada menjunamkan manusia ke neraka..hati yang patah , mereka tiada sikap belas kasihan lagi jadi mereka akan lakukan banyak dosa.." Luhan memberhentikan langkahnya.

" Kai pernah menang peperangan itu , walaupun dia masih Kai tetapi dia keliru dan rasa bersalah.. lalu hatinya patah dengan sendiri.." dia menutup mata dan mengetap mulutnya..Aku tahu apa yang dirasai , ditinggalkan oleh kekasih yang kemurungan... Aku juga pernah rasa kehilangan.Kematian Tao amat memberi kesan pada hidupku.

" Aku merindui Kai ...Yifan.." dia menundukkan kepalanya , mengesat air matanya yang jatuh kepipinya.Aku datang memeluknya dari tepi...

"Kau tidak keseorangan.."

"Aku mahu dia kembali .. aku mahu gantikan hatinya dengan hati aku.."

" aku mahu jadi heartsmith si pembaiki hati juga.." sambungnya..

" hatiku... hatiku tidak layak untuk diberi kepada orang lain.."

"Kenapa pula?"

"Hati aku kesunyian..tiada cahaya.." dia memejamkan mata , tangan diletakkan di dada dan kemudian dia mengerang sedikit mengeluarkan sesuatu di dada.Dia menunjukkan sekeping hati yang terapung di tangannya.Berwarna merah hati tetapi malap tidak bercahaya.

 

"Lihat , tiada siapa akan membeli hati aku jika rupanya begini.." lorong yang gelap itu membuatkan aku hampir sahaja tidak dapat melihat hati Luhan itu.

Aku hanya mampu terdiam.. " beribu -ribu yang tersimpan di dalam dadaku juga mempunyai rupa yang sama.."

Kemudian dia memasukkan kembali hatinya itu ke dalam dadanya. " Aku hanya mampu membaiki hati demi menolong mereka."

"Maafkan aku... aku mungkin bukan rakan yang terbaik untuk kau.." kataku menunduk.Aku tidak tahu apa yang harusku lakukan pada Luhan.Haruskah aku memberitahu tentang hatiku yang keemasan itu?.Bisakah hatiku mencerahkah kemalapan hatinya?.

"Tidak ..yifan..aku cukup bahagia memiliki orang seperti kau dalam hidup aku.Kau sudahku anggap seperti keluarga."

aku tersenyum hambar. " Mulai hari ini , kita berjanji untuk bersama selamanya..Tiada perpisahan ,tiada yang ditinggalkan , kita sama-sama berganding bahu ,jika kita terpisah seketika, berjanji untuk menunggu antara satu sama lain sehingga kita bersama-sama berada di sana .Aku akan bersama dengan kau untuk setiap saat dan ketika.".Aku tidak tahu mengapa aku tiba-tiba mengeluarkan perjanjian itu.Luhan memandangku tersenyum.

" Kita janji?"

Aku mengangguk .."Janji.." sepertinya dia menerima apa yang diperkatakan olehku.

TBC 

Author note :

I hope this story make sense lol.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet