2

H e a r t ♡

Aku dan Luhan datang ke pejabat chief pada paginya..Lelaki separuh umur itu sedang menghirup kopi yang panas dan membaca surat khabar. Aku mengetuk pintu sebelum masuk.

"Tuan?" Lelaki itu mendongak ke arah kami dan melemparkan senyumannya menerima kehadiran kami.. "Luhan?" Soal chief.

Luhan menunduk dan menegakkan badannya semula." Saya cukup gembira awak sudi untuk berpindah ke pejabat saya yang tak seberapa ni."

. "Eh ta-tak..Saya amat bersyukur dapat berlindung ditempat yang lebih selesa." Luhan ketawa kekok ..

" Awak akan pergi kerja bukan.? Letak sahaja beg kamu di dalam almari sana.

" Jarinya menunjukkan pada alamari dibelakang kami .Almari dinding itu kelihatan besar.Aku membawa beg Luhan ke alamari itu .Membuka pintu almari itu , aku terkejut kerana di dalamnya kosong dan luas untuk menyimpan tilam juga.Masalahnya kami tidak membawa tilam lagi..kami fikir ianya akan menyemakkan pejabat chief.

"Awak tiada tilam ? Tak apa .Nanti saya akan upah orang untuk belikan untuk kamu."

"Oh ,uh? Tak payah susah-susah.."

"Takkan awak nak tidur di lantai tanpa lapik apa-apa?" "Saya boleh dapatkannya sendiri."protes Luhan.

"Tak apa.Awak pergilah kerja .Saya upah orang untuk belikan tilam awak itu.." Luhan akhirnya tersenyum kekok.Mungkin layanan sebegitu dari chief amat mengejutkannya.Aku memandang Luhan dan memberi isyarat anggukan agar bersetuju sahaja dengan chief itu .Luhan melepaskan keluhan selepas memandangku.

☆☆☆☆

Luhan ketempat kerjanya dan aku menyambung kerja mengutip sampah di bakul sampah di pejabat chief itu.Sampahnya kini begitu banyak dari biasa sehingga ada yang terkeluar dari bakulnya.Kebanyakan kertas-kertas lama dan aku dapati ianya adalah senarai nama-nama pelatih yang cedera dan sudah diubati.Begitu banyakkah mereka telah diubati?.. soalan itu keluar dari fikiranku.Mempedulikan itu , aku bergegas mengutip sampah-sampahnya dan keluar dari pejabat itu.

Waktu rehat tengah hari , seperti selalunya aku dan Luhan akan tunggu ditempat biasa untuk berehat dari kerja hampir separuh hari kami.Luhan selalunya akan tunggu aku dahulu di belakang sebuah kedai roti yang berdekatan dengan bangunan kerajaan,tempat lepak kegemaran kami.Luhan akan membelikan aku sekeping roti dan susu dari belakang pintu kedai roti itu dan langsung akan berehat di situ.

Aku akan kesana melalui lorong -lorong kecil untuk ke belakang pintu kedai roti itu.Jalan-jalanya selalunya licin dengan air hujan yang sudah bertukar menjadi ais.Aku selalunya akan hampir terjatuh kerana aku memakai kasut yang tapaknya sudah haus.

Luhan risau dengan keselamatanku , dia suruh aku berhati-hati melalui lorong itu atau beli sahaja kasut yang baru.Tetapi duit aku tidak akan pernah cukup untuk itu.Aku ada mengumpul sedikit wang untuk itu.Namun bagi pengiraanku, aku masih perlu mengumpulnya untuk 17 bulan atau kurang.

Primrose sebuah bandar kaya.Orang -orang bawahan akan bekerja dengan mereka dan malamnya , mereka akan berlindung di mana-mana sahaja yang boleh.Di bandar itu tidak membenarkan membina perumahan setinggan.Sebab itu ,Luhan tinggal diatas bangunan lama yang satu-satunya yang ada di bandar itu.Aku bernasib baik juga dapat tinggal disebuah stor di Villa para Suho.Cuma sejak akhir-akhir ini aku jarang pulang berlindung disana kerana menemani Luhan.Mungkin hari ini aku akan pulang semenjak Luhan sudah mendapat tempat berlindung yang lebih selesa.

Perjalananku tidak begitu baik sebaik sahaja aku ternampak bangkai kucing yang disebelih kepalanya di campak ke tepi jalan,kepalanya ntah kemana,tinggal badan sahaja.Aku dapati ianya dicampak berdekatan sebuah restoran jepun.Mungkin kucing itu disebelih oleh mereka kerana mencuri makanan.Tindakan yang tidak berperikemanusian.Aku menggeleng kerana dua perkara ,pertama simpati akan kucing itu dan kedua sikap manusia yang hatinya sudah patah dan tidak peduli untuk pergi memperbaikinya .

Luhan melambai kearahku sebaik sahaja terlihat kelibatku.Aku mengetap bibir dan badanku mengigil kesejukan berdiri dihadapannya.Dia tersenyum.

"aku dapatkan susu panas."sebelah tangannya memegang bungkusan roti dan sebelah tangan lagi dia memegang sebotol susu.

"Ah..." kataku kelegaan.

"Sepertinya salji akan turun.."tekanya sambil memandang langit yang sentiasa mendung itu.

"Tidaklah , hujan yang akan turun." Aku tergelak kecil sambil menyambut botol susu itu dari tangannya.

"Tapi firasatku mengatakan salji yang akan turun.." dia masih tetap dengan kata-katanya.

"Sekarang masih di bulan oktober.Salji akan turun di bulan dicember."protesku.

Aku dapat lihat dia memusingkan bola matanya.Malas mahu berperang mulut,dia lantas duduk ditangga pintu belakang kedai roti itu.

Aku mengikutinya duduk disebelahnya. Bau roti dari kedai roti itu menusuk ke hidungku.Kami berdua suka makan dibelakang kedai itu kerana kata Luhan, walaupun roti kami berdua cuma sekeping seorang,bau dari kedai roti itu dapat menaikkan selera kami dan lebih mengenyangkan.

Luhan membuka bungkusan itu lalu menghidu baunya dengan berperasaan sekali.Matanya di tutup dan mulutnya mengukir senyuman bahagia.Aku tersengih dengan kelakuan rutinnya sebelum makan,mengambil bau sebelum makan.

"Aku dapatkan roti yang dipotong paling cantik kali ini dan tiada kesan terbakar.Baunya lebih harum."Dia mengalihkan bungkusan roti itu ke hidungku.Lantas aku menghirup bau roti dari bungkusan itu.Tiada bau hangus , baunya amat menyelerakan.Aku jarang dapat bau roti yang sebaik ini dekat ke hidungku.

"Kau bayar lebihkah untuk ini..?" Luhan mengangguk.

"Aku beli dari pintu hadapan ..di dalam kedai mereka."

"Luhan?" Aku berkerut, aku tidak betapa setuju dengan tindakannya menggunakan lebih wang yang dikongsi kami hanya untuk dapatkan roti yang lebih elok dan enak.Bagi aku , roti yang tidak cantik asalkan masih boleh dimakan cukup untuk masuk ke perutku dan tidak mati kelaparan.

"Kau tahu , mereka ada lebih sedap dari ini.Roti yang di sumbat dengan ham ayam, sos cili yang menyelerakan dan juga serbuk ayam ditabur diatasnya."katanya sedikit teruja.Aku tidak mempedulikan kata-katanya.

"Luhan , kau menggunakan duit lebih dari yang sepatutnya.."Kataku sedikit meninggi.Luhan menunduk..

"a-aku hanya teringin..."katanya dalam nada bergetar.Kepalanya masih menunduk tidak berani memandangku.

Aku mengeluh.."Aku juga amat teringin makan makanan laut sepanjang hidupku tetapi aku tidak pernah mahu mendapatkannya,kau tahu?"kataku kecewa.

"BAIK ,AKU SALAH... TAPI BOLEHKAHH AKU MENDAPATKANNYA SEKALI UNTUK HIDUPKU ,MUNGKIN LEPAS INI AKU TIDAK DAPAT PELUANG INI??!!DENGAN HIDUP KITA SEBEGINI KITA SENTIASA BERADA DI PENGHUJUNG KEMATIAN... AKU CUMA..AKU CUMA BERASA CEMBURU DENGAN BUDAK PEREMPUAN BERUMUR 6 TAHUN MERAIKAN HARI JADINYA DENGAN KEK BUAH BERAISING ENAK BEBERAPA HARI LALU.. JUGA BEBERERAPA LILIN CANTIK TERPACAK PADANYA...AKU MUNGKIN BEGITU PENTINGKAN DIRI..TETAPI AKU MAHU MERAIKAN DENGAN ROTI YANG LEBIH BAIK UNTUK HARI LAHIR AKU HARI INI!! DAN AKU MAHU MERAIKANNYA SEKURANG-KURANGNYA SEKALI SAHAJA DALAM HIDUPKU " matanya memandangku dengan air mata yang bertakung..urat-urat dilehernya juga kelihatan .Wajah pucat itu juga naik memerah.

Aku hilang kata-kata.Kami tidak pernah meraikan hari jadi kami. Bagi kami ,lahir kedunia ini menyusahkan diri kami dan tidak patut diraikan.Aku tidak menyangka Luhan baru menyatakan tarikh lahirnya hari ini dan menyatakan keinginan untuk meraikannya.

"ma-maafkan aku ,yifan.." dia menunduk .Air mata deras jatuh ke pipinya tanpa henti.

"Ta-tak , Luhan..Aku yang ..bersalah.. Aku tidak tahu kau ada keinginan untuk meraikan hari lahir kau itu." Dia masih menangis dengan teresak-esak.Aku mengingit dinding pipiku.Mula rasa bersalah.Lantas aku memeluknya dan menepuk -nepuk belakang badannya dengan lembut.

"Maafkan aku Luhan..Selamat hari lahir.."kataku hampir berbisik.

"Bo-boleh tak kau nyanyikan lagu selamat hari lahir untuk aku?"Katanya masih dengan sedu-sedan tangisannya.

"Keluarga budak itu menyanyikan lagu itu untuknya..aku juga mahu seseorang menyanyikan itu untuk aku.." Aku hampir lupa lagu hari lahir itu , hari lahirku pernah diraikan dua kali ketika aku masih kanak-kanak dahulu.Pertama ,aku diraikan oleh kedua-dua ibu bapaku sebelum ibu meninggal dunia di medan perang emosi ,kali kedua , hanya bersama ayahku sebelum dia hilang meninggalkan aku.

Aku memejamkan mata ,cuba mengingatkan bait-bait lirik lagu itu dan juga nadanya.Lantas bayangan meja kopi kecil muncul di ingatanku , dengan pelbagai makanan diatasnya .Dan juga kek ais-krim kecil berada ditengah-tengah.

"Selamat hari lahir yang ke -6 tahun Wu Yifan" perkataan itu tertulis diatas kek ais-krim itu.6 batang lilin terpacak diatasnya.Wajah gembira ibu muncul dihadapanku.Imej itu kabur dan ayah berada di sebelahnya, sibuk memakaikan topi berbentuk kon diatas kepala ibu.Kemudian ibu menepuk tangannya .

"selamat hari lahir....selamat hari lahir . selamat hari lahir Yifanniee. Selamat hari lahir..." Lantas bayangan itu hilang..Aku membuka mata dan memeluk Luhan lebih erat..

Aku cuba membersihkan tekakku dengan berdehem dan mula membuka mulut untuk menyanyi...

"Selamat hari lahir..selamat hari lahir...Luhanniee.... Selamat hari lahir...." aku menyanyikan hingga habis lagu .Luhan mendongak memandangku tersenyum.Matanya masih memerah.

"terima kasih yifan.." aku mengangguk lalu sedikit tersenyum.

"Aku mahu kau gembira hari ini.Maafkan aku Luhan." Luhan menggeleng..

"tak perlu minta maaf.." dia mengelap wajahnya dengan jaketnya..

" aku cukup gembira hari ini..." katanya lagi..

"dan paling penting... aku cukup gembira ditemukan dengan kau,yifan.Lepas Kai pergi tinggalkan aku.Kau masih berada di sisi aku.Jadi kawan aku yang begitu setiasa." Dia datang memelukku lagi sekali..

"terima kasih atas segala-galanya , hyung.." aku terpana dengan apa yang baru sahaja dikatakannya.Dia baru sahaja memanggil aku dengan "hyung" ..

Aku membalas pelukannya.. Aku rindu mahu berkeluarga , mempunyai adik beradik seperti ini.

"Terima kasih juga ,Luhan. Selamat hari lahir." tanpa sedar air mataku jatuh ... hatiku juga berkata , aku amat merindu ibu dan ayahku... aku masih yakin , ayahku masih hidup di mana-mana.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet