4

H e a r t ♡

Aku bangun begitu di awal pagi , matahari juga masih belum muncul .Walaupun malam tadi aku tertidur agak lewat , aku sentiasa cepat terjaga di waktu pagi.Aku berasa lebih sejuk dari biasa, keluar dari stor dan ke belakang pintu Villa, aku terkejut dengan keadaan tanah di luar villa itu ditutupi salji.Aku berlari keluar bergegas ke arah taman.

Aku risaukan Pein , aku takut dia kebekuan. " Pein!!" Teriakku . "Pein!!"teriakku lagi.Serius , aku amat bimbang akannya.Penyamaran pada khemah yang dikatakannya membuat aku mungkin terlepas pandang.Khemah itu mungkin sudah ditutupi salji.Aku bermundar -mandir di taman Villa itu , mencari di celah-celah pokok teh dan beberapa dari pokok bunga trompet.Aku masih tidak menemuinya..jika aku masih tidak menemuinya aku harap dia sudah pergi ke tempat lain selepas mendapati salji turun.

"Yahhh!!" Sebuah jeritan dari atas.Aku mendongak , seorang Suho sedang berada di beranda biliknya.Lelaki itu memiliki wajah yang angelic , aku kenal dia ,rakan terapat Chief.Lelaki paling awet muda di Sina walaupun sudah mencecah umur 40 tahun .Dia cuma beza beberapa tahun dari Chief. Kim Joonmyun , aku tidak pernah silap akan namanya kerana dia begitu popular di Primrose.Orang tidak mengenalinya sebagai seorang para Suho ,tetapi lebih mengenalinya dengan awet muda yang dimilikinya.

Aku memandang dengan nafas turun naik , kepenatan berlari mundar-mandir di taman itu mencari Pein.

" Kau sedang bersenamkah di waktu sejuk begini?" Soalnya memandangku dengan wajah serius.

"Tak..aku... sedang..." aku tak tahu mahu mengatakan apa.Kalau aku mengatakan yang aku sedang mencari tukang kebun Villa ini.Dia mungkin akan melemparkan seribu pertanyaan.

" Yifan!!" Mataku membesar selepas terlihat kehadiran Pein di sebelah Joonmyun.Dengan muka yang baru bangun tidur .Dia muncul begitu dengan selimut diselubung diseluruh badan hingga ke kepala.Dia melambai-lambai kearahku.Joonmyun memberikannya pelindungan? Di dalam biliknya ? Membenarkan Pein berbaring di atas katilnya..?

Aku mahu menjerit kepadanya tetapi aku gemuruh , mungkin kehadiran Suho Joonmyun disitu.

" Aku tumpangkannya sebentar, aku tak mahu Villa ini dikejutkan dengan berita kematian pekerjanya mati kesejukan." Kata Suho itu bernada angkuh.

" Kalau kau sudah bangun , boleh lah sambung kerja kau." Katanya kearah Pein.Pein memuncung dan menunduk sedikit tanda hormat.Suho itu kemudiannya berlalu pergi dari balkoni itu.Pein kemudian mengalihkan pandangannya ke aku di bawah yang memandangnya kekeliruan.Dia memberi isyarat supaya aku menunggu di dalam Villa hingga dia turun dari bilik Suho itu.

" Aku fikir aku hampir mati saja." Kata Pein bercerita tentang bagaimana dia dijumpai Joonmyun.Kami duduk di dapur .Memasang api dari dapur arang bagi memansakan badan kami. " Suho tidak membunuh." Balasku.

Pein mendesis." Tapi mereka boleh kurung kita di penjara."

"Habis tu , bagaimana dia menjumpai kau?"

" Arnab kesayangannya itu terlepas dari sangkarnya , arnab itu berlari ke taman lalu Joonmyun itu mengejarnya dan sampai ke khemahku." Pein bercerita.

" katanya perkhemahan kau itu melakukan penyamaran?"

"Ah , waktu itu hujan salji , aku tidak dapat mengawal diriku dari menggigil dengan kuat , Joonmyun mendengar aku."

Sebut pasal hujan salji , aku teringat pada ramalan Luhan semalam.Terasa menyesal pula memprotesnya.Ramalannya tiba-tiba menjadi tepat pula.

" dia bawa aku ke biliknya , walaupun ajakannya itu sedikit angkuh .Para Suho punya sikap memang begitukah? Tapi aku tahu mereka sebenarnya tidaklah begitu kejam"sambung Pein sambil mengusap -ngusap tangannya mendapatkan lebih haba.

" Para Suho kan mempunyai hati yang separuh-separuh.Sikap yang mengelirukan." Kataku.

" Personaliti mereka juga tak dapat agak.Kau tahu , aku terdengar Suho itu menyanyi.." aku memandangnya untuk mendengar ceritanya lebih minat.

" Suara seperti rupanya,angelic.Macam bidadari , aku hampir mati sahaja mendengarkannya tanpa berperang."

Entah mengapa jantungku berdegup dengan pantas. " Joonmyun boleh dijadikan senjata paling berbahaya untuk Sina."Komen Pein.

"Kau jangan bercerita terlalu kuat.." bisikku menyedari kami bersembang cukup untuk orang lalu boleh terdengar perbualan kami..

"Haish ,aku begitu lapar.." rungutnya.. Aku pun ,aku tidak makan malam , hanya sekali sehari.Aku perlu bertahan hingga tengah hari ketika waktu rehat.

"Yifan..kau begitu kurus.." komen Pein.

"Kau pun Pein... kau makan apa?"soalku .Aku tertanya-tanya juga , makanan apa yang dipilih untuk kekal hidup dari hasil upahannya.

" Aku akan dapatkan buah yang separuh busuk di kedai buah.Aku akan buangkan yang tidak elok itu.Bahagian yang elok aku makan dan juga pucuk paku pakis yang tumbuh di tepi tembok bandar ini, pucuknya lembut.Aku buat sup , dengan meminta sedikit garam dari dapur ini.Kalau nak dapatkan bawang,aku kene curi sebiji dan juga sekeping roti yang sedikit hangus dari kedai roti , kau selalu dapatkan yang itu kan?"

"Ya... dan juga susu." Jawabku...Aku akui ,apa yang Pein makan lebih baik.Aku pula , asyik makan roti yang hangus separuh bertahun -tahun , cuma semalam sahaja aku dapat merasa roti yang lebih baik.Susu walaupun harganya standard , itulah yang paling baik aku dapat demi bagi khasiat dan lebih tenanga pada badanku .Kalau aku boleh keluar dari bandar ini , sudah lama aku cuba belajar memburu di hutan dan dapat makanan yang lebih baik.

Aku meminum susu dari kecil lagi , tidak hairanlah aku terasa tubuhku begitu tinggi..Mendiang Tao memanggil aku "giant" dan kadang-kadang memanggil aku "dragon" kerana suara besarku.

Walaupun tubuhku tinggi ,aku akui aku begitu kurus .Aku boleh nampak tulang tubuhku disebalik kulitku.Namun wajahku tidaklah begitu cengkung.Mungkin kerana Susu yang aku minum .Aku boleh lagi tampak berisi.Aku teringat pada Luhan , orangnya tinggi separuh dariku.Dia juga begitu kurus kering , wajahnya tampak jelas mencengkung.Wajah bambi yang kacak itu hampir hilang.Dia hanya makan roti dan minum susu sepertiku, kerja dia juga amat berat.Mengangkat pinggan dan mangkuk-mangkuk yang besar.Aku tidak tahu , berapa lama dia boleh bertahan begitu.

" Aku rela menjadi sukarelewan pelatih sahaja." Kata Pein.Menjadi pelatih tidak perlu berlapar.Mereka akan sediakan segala-galanya.Tidak heranlah ada yang menyerah diri menjadi sukarelawan.

" Kau boleh lakukan apa?" Soalku .

" Aku tidak tahu , aku orangnya bukan jenis berseni.."

"Tidak bersenilah selamat."kataku.

" Tapi kita di tindas teruk oleh mereka..heartsmith di sini tidak banyak dan tak berapa kebolehan dan tak ramai yang mahu jadi heartsmith."Kata Pein lagi.

Aku teringat akan impianku dan Luhan .Kami berdua mahu menjadi heartsmith.Pada mulanya Luhan mahu menggantikan sahaja hati mereka yang patah dengan hatinya .Tapi hatinya tidak layak kerana malap dan aku pula... aku punyai hati emas yang terlalu berharga, aku pernah memberinya satu pada Lim Yoona , isteri Donghae tempoh hari dan aku mahu lakukannya lagi.

"Heartsmith bukan calang-calang.Mereka baiki hati dengan penuh kasih -sayang.."Kata Pein.Aku ketawa.Membaiki hati itu cuma mencantumkan sahaja .Oh, perlu juga ada kesabaran.Jika hati itu hancurnya yang beribu-ribu.Masih tidak nampak kasih sayangnya di situ..

"Berlatih jadi heartsmith pun susah.." kataku .

Aku tidak tahu berapa lama masa sudah berlalu ketika kami memanaskan badan dan bersembang.Hari di luar sudah semakin terang.Sebelum pekerja di dapur itu memunculkan diri.Kami menamatkan sesi perbualan kami dan beredar dari situ.Aku tidak mandi , kerana cuaca sejuk sangat.Aku hanya membasuh muka dan memberus gigi.Nak masak air panas untuk mandian juga sudah terlambat..

Aku ke pejabat Chief seperti yang selalunya untuk mengutip sampahku yang pertama.Aku rasa aku tidak sempat jumpa Luhan dan betul tekaanku ketika aku sampai.Chief berada dintempatnya , terbersin-bersin .Mungkin kerana cuaca sejuk di luar membuatkan dia hampir selsema.Hati aku juga menanyakan jika Luhan baik-baik sahaja tidur di pejabatnya malam tadi.Bagaimana pula interaksi mereka?.Mungkin chief tidak berada lama di pejabat di waktu malam .Meninggalkan Luhan keseorangan.Mereka mungkin berjumpa sebentar di waktu pagi tadi.

Sampah di dalam bakul di pejabat itu sudah diikat di dalam plastik dan dikeluarkannya dari bakulnya.Mungkin ini kerja Luhan .Aku tersenyum , aku cuma perlu mengangkatnya sahaja .

Sebelum aku keluar dari pintu pejabat itu, Chief berteriak memanggilku .Aku beroaling memandangnya yang masih mengusap-ngusap hidungnya yang kemerahan dengan sapu tangan.

"Kau patut menanyakan Luhan tentang heartsmith nanti.."katanya.

"Heartsmith?" Aku menaikkan satu keningku.

" Aku suruh dia berjumpa satu heartsmith muda yang berkebolehan ini semenjak dia begitu tertarik tentangnya."

"Oh?"

"Kau patut menemaninya.."Aku mengangguk ringkas dan keluar dari pejabatnya.

Hari ini aku pergi mengutip sampah hingga ke bangunan kerajaan.Tidak selalu aku diupah hingga ke situ.Aku bergembira sikit sebab Luhan bekerja di seksyen caffe nya.Aku tidak boleh menganggunya sekarang .Dia tentunya sedang sibuk.

Aku mengutip sampah dari pejabat ke pejabat. Tidaklah begitu berat.Kebanyakannya kertas, jika tidak pun , buku nota yang sudah tidak digunakan.Perut berbunyi kerana kelaparan , aku harus bertahan hingga tengah hari.Jika terasa sakit pun , aku cuba bergerak dengan cepat.

Kerjaku hampir selesai , aku cuba terserempakkan diri dengan Luhan di seksyen caffe itu.Nasib aku baik , dia sedang memasukkan beberapa pinggan dari meja ke dalam besen yang berada di sebuah trolli.Dia kepenatan.

"Hei , Luhan."Tegurku. Aku tahu , aku mungkin menganggunya ,tapi aku mahu menegurnya dan mengatakan hal penting, sekurang-kurang.

" Yifan?" Dia melepaskan keluhan berat.

" maafkan aku kalau aku ganggu. Kau .." aku ingat dia akan marah sebaliknya dia mengukirkan senyuman yang kepenatan dan menggeleng.

'Nak aku bantu kau?" Aku mengangangkat satu pinggan dan memasukkan ke dalam mesin.Dia menghalangku.

"Yifan .. tak perlu... nanti aku dibuang kerja kerana kau..." bisiknya..

Aku kekakuan...

" Kau mahu katakan apa-apa?"soalnya.

" Oh , aku mahu katakan tentang kau akan bertemu seorang heartsmith bukan?"

Dia mengangguk." Aku katakan pada boss aku yang aku cuti pada petang ini selepas rehat..Kau Yifan , bagaimana??"

" Kerja ku hampir siap ..aku akan cuba tidak megambil apa-apa upah untuk petang ini dan aku boleh temani kau." Jawabku.

Luhan mengangguk faham." Jumpa kau tengah hari nanti...cuba tahan diri.. tadi aku dengar perut kau berbunyi...." katanya kerisauan.

"Oh ?" Dia menolak badanku. " pergi Yifan.." Dia mengipas -ngipas tangannya supaya aku pergi jauh darinya...aku mengangguk faham lalu berlalu pergi dari caffe itu...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet