Kawanku

KISAH SERAM SEBENAR ( Malay ver )
Please Subscribe to read the full chapter
  Kawanku

Ada sedikit pembetulan untuk chapter yang lepas. Korang ingatkan chapter MRSM tu kan. Aku cerita dekat kawan aku, Shaliza yang aku dah letak cerita abang Adam tu tapi dia cakap dia kurang pasti tu MRSM Kuantan. Sebab dia tak ingat masa Abang Adam tu kena, yang betul waktu tu dia kena kat dorm aje.  Hmm, senang cerita, aku tulis tajuk tu MRSM ajelah. Korang jangan buruk sangka pasal MRSM Kuantan tau. 

Ok, ini cerita daripada bibiey_exo  yang kawan dia yang bernama Eyza, kena histeria sehingga cakap bahasa cina dekat sekolah dia. Harap korang takkan baca chapter ni pada waktu malam atau keseorangan. Dan aku nak mintak maaf kalau tersilap sesuatu. 

 

bibiey_exo POV:

 

"Wei, waktu BM, Cikgu tak masukkan??" Tanya kawanku, Eyza disebelah. Aku menggeleng. "Cikgu masuklah. Kau biasakan Cikgu Fatimah dah sarat mengandung. Lambatlah jalan." Aku menjawab. 

Suasana di dalam kelas itu sungguh sunyi. Kemungkinan, bila-bila sahaja, Cikgu Fatimah akan masuk dalam kelas. Siapa tak kenal Cikgu garang tu dengan rotan yang panjang lebih daripada 2m itu. 

Sewaktu suasana didalam kelas yang sungguh sunyi tanpa sebarang kata itu, tiba-tiba ada benda putih besar sedang berlalu didepan kelas. Aku menelan air liur. 'Takkanlah itu...' hatiku tak bersanggup untuk meneruskan ayat itu lalu aku bertanya kepada Eyza yang duduk sebelah aku itu.

"Kau nampak??" aku menyoal. Tiba-tiba reaksi Eyza berubah. Dari raut wajahnya, dia seperti nak menangis. "Ya, aku nampak." dia menjawab. Aku terus membuang perasaan takut aku lalu sambung membaca buku teks.

Beberapa minit kemudian, Cikgu Fatimah masuk juga kedalam kelas. Aku pandang ke kiri untuk melihat sama ada Eyza dah berhenti menangis ke belum tetapi lain pula aku melihatnya. Kelakuan dia tak macam Eyza. Lalu aku bertanya kepada dia sama ada dia ok atau tidak tetapi dia diam sahaja. Selepas itu, aku mengambil keputusan untuk menukar tempat untuk duduk belakang dan tinggalkan Eyza bersama dengan kawanku yang lain.

Tiba-tiba, kawanku yang duduk bersama dengan Eyza tu lari daripada Eyza. Aku terus mendapatkan dia dan bertanya. "Kenapa kau berlari daripada eyza?"

"Perangai dia pelik gila!" jawab kawanku itu. Aku pun tengoklah tempat Eyza duduk,  dia tengah pegang jangka tulis dan menulis sesuatu. Tiba-tiba tangan dia bergerak ke kiri dan ke kanan menggores meja dia. Dia angkat tangan dia yang memegang jangka tulis tu dan cucuk tangan dia sendiri. Darah keluar dari tangan dia dan start hisap tangan dia sendiri.

Banyak kawanku melihat Eyza, nak menangis disebabkan kelakuan Eyza itu membuatkan semua pelajar berasa ngeri terhadapnya. Aku pun menguatkan diri untuk menghalangnya tetapi dihalang oleh Cikgu. Jadi aku pun duduk balik ke tempat duduk kawan aku itu. Sebab aku takut nak duduk bersama dengan Eyza yang berada di tempat depan itu.

Tiba-tiba, Cikgu Fatimah perasaan akan perangai pelik Eyza itu, tiba-tiba Cikgu Fatimah memasang lagu. Mungkin CIkgu Fatimah sengaja untuk menghiburkan pelajar daripada stress dan juga Cikgu Fatimah ingat yang Eyza tu sedang stress kot. Tapi takpelah. Layan ajelah.

Habis sahaja lagu yang dipasang oleh Cikgu Fatimah, tiba-tiba eyza memandang aku tepat. Aku tergamam. Seluruh mata Eyza berwarna putih

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
nanadjiyongie_01
#2
Chapter 45: jadi author utk cerita seram ni memang payah sebab ye la kan..macam2 boleh jadi kann...kalau awak rasa nak share cerita tu..just share la..saya hormati keputusan awakk
aquariusxpisces
#3
Chapter 45: Yeah,, jadi seorang penulis yang berkaitan dengan benda mistik ni memang mencabar. Sebab kalau nak cari cerita asli, mostly dtang dari keluarga sendiri. I feel you sebab saya pun sama. :)
mpreggoland
#4
Chapter 44: creepy~
sunshine_blue
#5
Chapter 44: rinduuuuu nak baca cite awak*_*hahahaahaha☺
aquariusxpisces
#6
Chapter 44: Seram dan saya pun pernah kena heeehehe.... Saya nampak kawan saya tapi dia tak datang huhuhuhu
nanadjiyongie_01
#7
Chapter 44: uishh..seramnya..saya pernah lah jugak nampak2 benda camni..tapi mungkin mata saya silap kot.
Nurliaaa
#8
Chapter 44: Kwn sye pernah alami perkara mcm tu. Dye jln tepi hutan dgn sepupu dye mse maghrib. Dye jln dri umah tok dye ke umah dye lpstu dye nmpk lembaga berupa sye jln tepi hutan, dri kepala yg dibalut tudung smpi kaki 'sye' pki warna merah. Dye tegur 'sye' knpe jln tepi hutan waktu maghrib. 'Sye' toleh kepala ke arah dye, terus kwn sye & sepupu dye lari sbb dye kte muka 'sye' penuh dgn darah & cakaran. Dye sempat tgk belakang, dye kte 'sye' terus menghilangkn diri bile msk hutan.
nadiayeollie
#9
Chapter 41: Bcz kat dahi kite die nmpk ade tulisan allah
mpreggoland
#10
Chapter 43: dulu sy pernah kena tindih...satu bdn takleh gerak, matapun xleh buka..then sy baca ayt kursi lam ati berkali-kali smpai la sy leh gerak sikit demi sikit..lps tu apa lagi, sy trus pecut g bilik kakak saya sambil nangis2...
dh la bru first time nk blajar tido sengsorg, trus jd camtu...tp lps tu takda apa dh...maybe perasaan sy, or sy mmg kena tindih hehe