Kisah Seram Nenek Kebayan Di Asrama Maktab

KISAH SERAM SEBENAR ( Malay ver )
Please Subscribe to read the full chapter

 

Hohohoho, ini aku share daripada:

Kotang bacalah~

Froyo Plus

 

 

Story:

 

Kisah Seram Nenek Kebayan Di Asrama Maktab – Pelajar asrama selalu akan mengalami gangguan hantu dan pengalaman seram di dalam maktab mereka yang tidak akan dapat dilupakan sepanjang hayat.

Sebut sahaja nenek kebayan, minda kita akan menggambarkan seorang nenek tua yang dilihat berjalan secara terbongkok-bongkok menyusuri jalan yang tidak diketahui. Sebuah kisah seram nenek kebayan yang dikaitkan dengan satu kejadian di sebuah asrama di Maktab Tentera Darat. Sejauh manakah dakwaan ini? Froyoplus.com akan berkongsi artikel ini bersama anda untuk sama-sama kita nilaikan sejauh kebenaran kisah ini.

 

 

KEJADIAN ini berlaku di asrama Maktab Tentera Darat, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Tengah hari itu, semua pelajar lelaki pergi bersolat Jumaat di masjid berhampiran, kecuali seorang. Pelajar yang agak nakal ini cuba untuk ponteng. Dia menyorok di dalam almari pakaian dengan harapan tidak dapat dikesan warden.

Tetapi entah bagaimana, pelajar tersebut telah tertidur. Apabila sedar, hari sudah lewat petang. Pelajar itu menolak pintu almari, namun gagal. Rupa-rupanya pintu telah terkunci dari luar. Mungkin secara tidak sengaja, atau dikunci oleh rakan-rakan yang tidak sedar dia sedang bersembunyi di dalamnya.

DAM! DAM! DAM!

Pelajar tersebut terus mengetuk pintu almari dan memanggil kawan-kawannya. Sunyi sepi. Namun tidak seperti biasa, hari itu tiada suara yang menyahut panggilannya. Rupa-rupanya, semua penghuni asrama telah pulang ke kampung kerana hari itu adalah hari terakhir persekolahan!

Kini tinggallah dia keseorangan. Tiada siapa dapat membantunya. Akibat suhu yang panas dan kekurangan udara, pelajar berkenaan akhirnya mati kelemasan.

Tragedi itu memulakan kisah misteri yang berlaku di asrama elit tersebut, sampailah hari ini. Kalau ada pelajar tidur di katilnya, arwah akan baring di sebelah mereka. Pintu almari juga akan diketuk-ketuk dari dalam, biasanya pada hari Jumaat dan lewat malam.

Kisah ini belum berakhir. Di sebuah asrama Maktab Rendah Sains Mara di Perak pula berlaku satu kejadian menakutkan. Dini hari itu, seorang pelajar mengejutkan kawan di sebelah katil untuk menemaninya ke bilik air.

“Aku takutlah… aku dengar cerita tandas kita berhantu,” kata pelajar yang hendak ke tandas itu.

Sahabatnya tidak menjawab, hanya tersenyum dan menemaninya ke tandas. Selepas membuang hajat, pelajar pertama itu pergi ke singki untuk membasuh muka. Sebaik-baik paip dibuka dia terkejut. Yang keluar bukannya air, tetapi darah!

Dia menjerit memanggil sahabatnya yang masih di dalam bilik air. Tetapi suara yang menyahut panggilannya amat menakutkan. Garau dan pelik. Pelajar yang sedang ketakutan itu terus mengetuk pintu bilik air untuk mengajak kawannya pulang. Dan, kreeet…

Pintu terbuka, tetapi yang muncul bukanlah sahabatnya, sebaliknya lembaga berambut panjang, bermuka hodoh dan bermata merah. Pelajar itu pengsan di situ juga!

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
nanadjiyongie_01
#2
Chapter 45: jadi author utk cerita seram ni memang payah sebab ye la kan..macam2 boleh jadi kann...kalau awak rasa nak share cerita tu..just share la..saya hormati keputusan awakk
aquariusxpisces
#3
Chapter 45: Yeah,, jadi seorang penulis yang berkaitan dengan benda mistik ni memang mencabar. Sebab kalau nak cari cerita asli, mostly dtang dari keluarga sendiri. I feel you sebab saya pun sama. :)
mpreggoland
#4
Chapter 44: creepy~
sunshine_blue
#5
Chapter 44: rinduuuuu nak baca cite awak*_*hahahaahaha☺
aquariusxpisces
#6
Chapter 44: Seram dan saya pun pernah kena heeehehe.... Saya nampak kawan saya tapi dia tak datang huhuhuhu
nanadjiyongie_01
#7
Chapter 44: uishh..seramnya..saya pernah lah jugak nampak2 benda camni..tapi mungkin mata saya silap kot.
Nurliaaa
#8
Chapter 44: Kwn sye pernah alami perkara mcm tu. Dye jln tepi hutan dgn sepupu dye mse maghrib. Dye jln dri umah tok dye ke umah dye lpstu dye nmpk lembaga berupa sye jln tepi hutan, dri kepala yg dibalut tudung smpi kaki 'sye' pki warna merah. Dye tegur 'sye' knpe jln tepi hutan waktu maghrib. 'Sye' toleh kepala ke arah dye, terus kwn sye & sepupu dye lari sbb dye kte muka 'sye' penuh dgn darah & cakaran. Dye sempat tgk belakang, dye kte 'sye' terus menghilangkn diri bile msk hutan.
nadiayeollie
#9
Chapter 41: Bcz kat dahi kite die nmpk ade tulisan allah
mpreggoland
#10
Chapter 43: dulu sy pernah kena tindih...satu bdn takleh gerak, matapun xleh buka..then sy baca ayt kursi lam ati berkali-kali smpai la sy leh gerak sikit demi sikit..lps tu apa lagi, sy trus pecut g bilik kakak saya sambil nangis2...
dh la bru first time nk blajar tido sengsorg, trus jd camtu...tp lps tu takda apa dh...maybe perasaan sy, or sy mmg kena tindih hehe