MRSM

KISAH SERAM SEBENAR ( Malay ver )
Please Subscribe to read the full chapter
  MRSM 

 

Tengok dah tajuk mesti kejadian ni kat MRSM Kuantan. Mungkin korang pernah kena kat sana dan mungkin tidak. Kalau ada sesuatu yang sama, bacalah ayat kursi untuk menghilangkan 'benda' itu yea.

Ini kisah pasal Abang Adam yang sekolah asrama di situ. Abang Adam adalah kawan kepada kakak Shaliza iaitu kawan aku. So, kawan aku yang bernama Shaliza itu telah menceritakan kisah Abang Adam yang telah 'kena' kat sana daripada kakaknya iaitu senior dulu. Mungkin korang pening dengan sinopsis ni tapi takpe. Korang bacelah semuanya dibawah ini.

 

Abang Adam POV:

 

Minggu ni minggu bahasa dan sekarang pun nak masuk waktu isyak. Aku dengar diorang nak buat solat jemaah tapi aku rasa kurang sihat lalu aku mengadu kepada kawanku, Shazwan. Dia adalah housemate aku so aku adulah kat dia.

"Wei, Shaz. Aku rasa kurang sihatlah malam ni. Masa Kuliah tadi, aku dok sakit kepala aje." ujar aku kepada Shazwan. Shazwan hanya mengeleng kepala. 

"Lebih baik kau rehat kat dorm. Aku pun tengok kau pucat macam tak ada darah aje kat badan kau tu. Nak aku temankan atau aku suruh Fikri temankan kau?" balas Shazwan sambil menyusun buku sebelum solat jemaah untuk waktu isyak bermula.

"Takpelah. Aku boleh pergi sendiri. Dekat aje. Thanks Shaz. Cakap kat Ustaz Khairul yang aku tak sihat." ucapku sebelum aku pergi tinggalkan Shazwan yang sedang bersama dengan rakan-rakan yang lain. Shazwan hanya mengangguk lalu berkata ok. Aku pun beredar daripada dewan kuliah lalu pergi ke dorm aku yang hanya jauh 1km itu.

Sebaik sahaja aku dah sampai di dorm aku, aku pun masuk kedalam bilik no.12 dimana bilik aku berkongsi dengan Shazwan, Fikri dan Ahmad. Aku pun terus mendapatkan katilku lalu berbaring diatasnya. Sekarang aku keseorangan diri didalam bilik dan seluruh bilik di dorm ini semuanya kosong sebab ada solat jemaah. 

Tiba-tiba, aku rasa tidak sedap hati. Aku rasa ada seseorang yang sedang memerhati tingkah lalu aku diatas katil tapi aku terus mengelakkan perasaan takut itu dengan membaca sedikit ayat-ayat suci al-quran. Selepas itu, aku lantas mengambil tuala yang tersangkut di penyidai baju itu lalu aku masuk kedalam tandas untuk mandi. 

Selepas sahaja, aku mandi. Aku terdengar bunyi air paip terbuka dibilik sebelah. Aku hairan. Diorang dah balik daripada solat jemaah ker?, gumam aku. Aku pun menguatkan diri untuk pergi kebilik sebelah dan lihat sama ada mereka dah balik ker atau belum kerana rakan-rakan di biliknya juga tak masuk lagi didalam bilik. Barangkali, teng

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
nanadjiyongie_01
#2
Chapter 45: jadi author utk cerita seram ni memang payah sebab ye la kan..macam2 boleh jadi kann...kalau awak rasa nak share cerita tu..just share la..saya hormati keputusan awakk
aquariusxpisces
#3
Chapter 45: Yeah,, jadi seorang penulis yang berkaitan dengan benda mistik ni memang mencabar. Sebab kalau nak cari cerita asli, mostly dtang dari keluarga sendiri. I feel you sebab saya pun sama. :)
mpreggoland
#4
Chapter 44: creepy~
sunshine_blue
#5
Chapter 44: rinduuuuu nak baca cite awak*_*hahahaahaha☺
aquariusxpisces
#6
Chapter 44: Seram dan saya pun pernah kena heeehehe.... Saya nampak kawan saya tapi dia tak datang huhuhuhu
nanadjiyongie_01
#7
Chapter 44: uishh..seramnya..saya pernah lah jugak nampak2 benda camni..tapi mungkin mata saya silap kot.
Nurliaaa
#8
Chapter 44: Kwn sye pernah alami perkara mcm tu. Dye jln tepi hutan dgn sepupu dye mse maghrib. Dye jln dri umah tok dye ke umah dye lpstu dye nmpk lembaga berupa sye jln tepi hutan, dri kepala yg dibalut tudung smpi kaki 'sye' pki warna merah. Dye tegur 'sye' knpe jln tepi hutan waktu maghrib. 'Sye' toleh kepala ke arah dye, terus kwn sye & sepupu dye lari sbb dye kte muka 'sye' penuh dgn darah & cakaran. Dye sempat tgk belakang, dye kte 'sye' terus menghilangkn diri bile msk hutan.
nadiayeollie
#9
Chapter 41: Bcz kat dahi kite die nmpk ade tulisan allah
mpreggoland
#10
Chapter 43: dulu sy pernah kena tindih...satu bdn takleh gerak, matapun xleh buka..then sy baca ayt kursi lam ati berkali-kali smpai la sy leh gerak sikit demi sikit..lps tu apa lagi, sy trus pecut g bilik kakak saya sambil nangis2...
dh la bru first time nk blajar tido sengsorg, trus jd camtu...tp lps tu takda apa dh...maybe perasaan sy, or sy mmg kena tindih hehe