[Chapter 8] Unexpected Love
Mission : Kidnap !
Jam berbunyi menandakan sudah tiba waktu untuk rin pulang . Dia menanggalkan topi dan apron yang dipakainya . Fikirannya melayang entah kemana . Akhirnya satu keluhan di lepaskan .
‘kenapa susah sangat nak lupakan dia ?’ Rin mengetap giginya , menahan air mata daripada gugur . Rin duduk di kerusi sambil tertunduk .
“lupakanlah dia.. kau kena cari yang lain . Ada je orang yang tunggu kau . Cari cinta baru ~ ” pesan terakhir dari sahabat baiknya , Haebyul .
‘cinta baru ? mampukah aku?’ Rin menutup matanya sebentar.
‘cinta’
perlahan-lahan rin membuka matanya .
‘baru’
Matanya tepat memandang seorang lelaki yang memakai uniform lebih kurang sama sepertinya . Lelaki itu memandangnya dengan muka penuh tanda tanya. Entah kenapa hatinya kuat mengatakan lelaki itu merupakan cinta barunya.
‘ ehh , tak mungkin.. dia terlalu matang bagi seorang pelajar hingusan seperti aku . ’
Rin segera bangun dan berjalan melintasi lelaki itu . Tiba-tiba tangan lelaki itu medarat di bahunya. “gwaenchana ?” lelaki itu bertanya dengan nada separuh berbisik. Rin cuma tunduk , tersenyum kecil dan hanya berlalu pergi . Lelaki itu mengeluh berat. Agak berat baginya kerana menaruh hati pada seorang pelajar sekolah yang boleh di anggap seperti adik.
Rin menolak perlahan pintu café tempatnya bekerja. Jiwa seakan ‘soulles’ tiada apa yang tinggal. Umpama mayat hidup. Rin membelok ke kiri dan berjalan menuju ke rumahnya , namun langkahnya terhenti apabila melihat sepasang pasangan sedang bercium di hadapannya . Yang lebih mengejutkan , pasangan itu ialah Haebyul dan Daehyun.
Haebyul meronta-ronta cuba menolak tubuh Daehyun . Air matanya mengalir . “ First kiss Byul... ” Daehyun yang di tolak terkejut melihat air mata yang mengalir di pipi Haebyul .
“ Mian.. mianhae..” Daehyun merasa amat bersalah . Entah kenapa dia melakukan perkara itu . Dia marah bila Byul nak putuskan hubungan dengannya . Dia hanya tidak mahu kehilangan gadis itu sekali lagi . Daehyun mendekati Haebyul .
“ apehal ni?” rin menegur mereka dengan muka tiada perasaan.
Haebyul dan Daehyun menoleh serentak .
“rin , kitorang.. “ kata-kata haebyul terhenti apabila Rin cuma berlalu pergi dengan wajah dingin . “asalkan korang bahagia ~ ” pesanan terakhir dari rin.
Daehyun dan Haebyul terpinga-pinga . Rin seakan langsung tidak mengambil kisah , juga seolah-olah memberi harapan kepada hubungan mereka .
~~~*~~~
Rin menghempaskan badannya ke atas katil. Badannya terasa sangat penat dan sakit. Hari ahad merupakan cuti awam menyebabkan cafenya sentiasa dikunjungi oleh pelangan tanpa henti.
‘Taehyung’
Ishhh ! apa lagi mamat ni buat kat dalam otak aku ?!
Rin mengeluh. Sudahlah badannya penat. Otaknya kusut. Tiba-tiba sahaja lelaki yang sangat di bencinya muncul. Akhirnnya Rin bangun dan menuju ke bilik air di sebelah biliknya , dia nak membersihkan badan serta memberikan sedikit kesegaran kepada badannya.
Rin keluar daripada bilik air sambil mengelap rambutnya. Tiba-tiba Haebyul datang ke arah Rin sambil memintal-mintal hujung lengannya.
“Rin.. ”
Rin cuma membuat reaksi 'apa?'
“kau.. marah aku ke?”
RIn mengerutkan dahi . “marah ? marah pasal apa pulak ?”
“ Ermm.. pasal aku dengan….. Daehyun.. ”
Rin diam sebentar . “ahh , kau ni.. kenapa pulaklah aku nak marah? Tu kan hubungan korang . Mana ada kaitan dengan aku . Plus , kau nak kau bahagia..” rin memberikan senyuman ikhlas kepada Haebyul. “ Rin , aku mintak maaf sebab rahsiakan . Aku takut kau tak suka , kau marah.. aku taknak kau sakit bila tengok aku bersama dengan dia.. ” Perlahan-lahan bibir kecil Haebyul menuturkan kata-kata . Rin tersenyum .
‘hish dia ni.. takut sangat kenapa?’
“Sung Haebyul , look at me.. just be happy ok ? tu je aku nak.. jangan fikir pasal aku.. aku dah ada pengganti..” Rin tersengih . ‘pengganti ? ada ke ?’ rin tertanya sendiri.
“pengganti ? duguya ?” Haebyul tersenyum teruja . “nanti kau taulah~” kata Rin sambil berlalu ke biliknya. “siapalah yang jadi pilihan rin tu.. hehe~ ”Haebyul berjalan menuju ke dapur . Tiba-tiba Haebyul menjerit sehingga menyebabkan Rin terjatuh dari katilnya kerana terlampau terkejut.
“shuh ! shuh ! shuh ! AAAAAAA ~ !! pergilahh !!” jerit Haebyul sambil menghayun-hayunkan kuali pan ke kiri dan ke kanan , cuba menghalau lipas di dalam singki.
“ kenapa ni ?- “ belum sempat Rin menghabiskan ayat , kuali tadi melekat di kepalanya. “ahh ~ aduii ! Yahhhhh !!! Sung Haebyul !! sakiiittt lahhh !!!” Rin menjerit sambil memegang kepalanya. Haebyul yang baru sedar segera mencampak kuali ke lantai dan memeluk Rin. “wehh , sorry sorry.. a-aku tak sengaja . kau ok tak ?” Haebyul ingin menyentuh tempat dia membantai Rin tadi , tapi Rin menepis kasar tangannya .
“jangan pegang , sakit ! ” Rin rasa benda melekit di kepalanya . Dia melihat cecair pekat mula mengalir dari tempat dia diketuk tadi . “weyh , darah ! darah !” Rin cuba menahan sakit , dia pun pergi ke ruang tamu . Haebyul segera mengambil kotak kecemasan di dalam almari cabinet dapur dan pergi kearah rin. Dia duduk di sebelah Rin dan membasuh luka gadis itu. Sedikit demi sedikit air mata rin jatuh
Comments