The Heck Is That

My Master Is Crazy
Please Subscribe to read the full chapter

Segala-galanya seperti biskut kacang yang hancur disebabkan terjatuh diatas lantai.Apa perlu aku buat?-Park Chunri.

 

Chunri menggigit tubir bibirnya dengan bunyi nafas yang turun naik.Dia kelihatannya sudah hilang tahap kesabaran,sungguh seperti dihina!Rumah ini mungkin ada lebih dari 7 bilik,namun kenapa Chunri disuruh tinggal dibilik bersama Baby?Baby si ular,kalau Baby si bayi tidak mengapalah pula.Tetapi,Chunri tidak mampu melawan atau memprotes.Dia perlu akur sahajalah,Baby juga negatif liar.Jadi,ianya selamat.

Bagasi dibuka,kini dia harus meletakkan semua barang-barangnya didalam almari yang sudah kelihatan lama dan warna kayunya agak lusuh.Baju-baju digantung dengan penyakut lalu digantung didalam almari,kasut-kasut dan selipar diletakkan disebelah almari,barang-barang lain diletakkan didalam laci.Lebih kurang 45 minit,dia selesai menguruskan barangnya dengan jaya.Sungguh membanggakan walaupun tidak dapat apa-apa anugerah atau hadiah.

Sementara itu,jejaka bernama Jungkook sedang beristirehat diruang tamu sambil mencuci mata dengan majalah,ya,majalah yang tidak senonoh untuk anak-anak kecil berusia 18 tahun kebawah.Namun usianya pun belum melepasinya,selamba aja jadikannya bahan pemerhatian.Enam minit berlalu,matanya tidak berganjak dari majalah tersebut dengan senyuman nakal menghiasi wajahnya.

“Ehem-ehem,”Jungkook berpaling kebelakang,deheman garau milik siapakah itu?. “Hei..Kalau nak menggatal pun,buat dalam bilik,dalam gelap sorang-sorang,”Tegur Youngjae dengan mata yang diterbeliakkan keatas.Geli dengan perangai rakannya itu.

Jungkook sekadar tersengih.Tidak mengapa,dalam cerah lebih bonus point.Jungkook mencampak majalah tersebut keatas meja lalu merehatkan lengannya.Dia memerhati Youngjae yang sedang melabuhkan punggung diatas sofa yang berlawanan dengan posisinya sekarang.

“Datang ni kenapa?Dahlah tak reti ketuk pintu,”Jungkook menggeleng kepala,konon-konon kesal dengan perangai rakannya itu yang kurang adab susila sebagai manusia sejagat.Sejagat?Kain berjagat?Apa-apa ajalah,Youngjae mencebik bibirnya.Malas nak fikirkan tatasusila disini.

“What ever,hei..Jadi..Dia dah datang?,”Soal Youngjae dengan mata bercahaya dan ingin tahu.Jungkook sekadar mengangguk sebelum menguap,dia perlu mengarahkan Chunri untuk masakkannya makan malam,kerana perut dia sudah buat Opera secara Live.

“Hei,cuba kau cadangkan pada aku,apa yang dia perlu masak,”Jungkook mengerdip-ngerdipkan matanya.Mungkin berlagak comel dan mencairkan hati Youngjae.Ew.

“Apa kata,daripada kau suruh dia memasak,kau berdua pergi makan bersama,bukankah bunyinya bagus,cepat dan memudahkan?Well,duit kau tak terusik pun dengan makan direstoran mewah berdua bersama cekebabom,kan?,”Youngjae cuba memberi cadangan bernas,namun reaksi Jungkook tidak begitu memuaskan hati si Youngjae buat ketika itu.

“Apa hal dengan muka kau ni,”Youngjae menjongketkan kening dan mencuit-cuit hidung Jungkook sebelum dirinya dihempuk kuat.

“Wait,keluar makan bersama?Memang taklah,aku tak boleh keluar makan dengan sembarangan manusia”

“Kenapa,sebab takut nanti kau mati?,”Sindir Youngjae.

“…”

“Heh!”

“Bodohlah kau ni,”Jungkook mencebik bibir dan menyandarkan belakangnya,sakit pula badannya ini.

“So,cepatlah beritahu apa yang kau fikir sebelum kau mati kebuluran”

“Okay,keluar makan dengan dia,sebab dia mungkin sesat dalam dapur,”Bunyinya angkuh dan keji.Siapa yang akan sesat dalam dapur,seriously.

 

 

Chunri yang sedang membaringkan badannya terganggu dengan bunyi ketukkan pada pintu biliknya.Dia dengan malas menuju kearah pintu dan memulas tombol pintu,dia dapat lihat Jungkook sedang berdiri dihadapannya dengan berbaju kemeja hijau muda kosong dengan jeans putih.

“Pergi bersiap”

“Kemana?,”Chunri menyoal,bersiap?Hendak kemana?

“Nak pergi mana?,”Soal gadis tersebut dengan wajah yang berkerut.Hairan dengan lelaki tersebut yang dengan tiba-tiba menyuruhnya untuk bersiap.

“Makan..Aku dah kebuluran dekat sini,barang-barang dapur dah macam pupus sejak tiga bulan yang lepas,”Terlopong Chunri mendengar jawapan dari dua kuntum bibir lelaki itu.Pupus sejak tiga bulan yang lepas?Wow,begitu lama,adakah ini bermakna Jungkook sering keluar untuk makan atau memesan dari rumah begitu saja?Wah,indahnya dunia.

“Apa yang kau duk ternganga,cepatlah”

“Uh,ya,”Chunri menutup pintu dan bergegas kearah almarinya.Sekejap,apa yang harus dia pakai.Kepalanya terasa kusut dan semak sekarang.Serius,apa yang patut dia pakai sekarang?Yalah,Jungkook kacak nak mati,dia pula taklah lawa nak mati,dan dia bukan jenis yang apa sahaja yang dipakai pada badannya itu,dia akan kelihatan cantik dan menawan.Tidak-tidak.

Chunri menyelak satu persatu baju yang digantung dengan pipinya diusap-usap,mana satu pilihan hati?Untuk dipakai malam ini?Sempena dia akan makan bersama dengan Jungkook?Alamak,baru aja dia terfikir lelaki itu aneh kerana membela ular,sekarang dia sudah tak tentu arah.

“Mungkin..Skinny Jeans dengan…baju T lengan panjang polkadot ni,ya,sempurna!Tak gedik sangat dan tak menonjol sangat dan tak kelihatan miskin sangat,”Banyak dia melalut sendiri,dia mengenakan pakaian yang dipilihnya tadi dalam masa lebih kurang satu minit lebih,dia berlari anak ke cermin di hujung bilik dan menyikat rambutnya yang panjang itu supaya kelihatan lebih kemas dan terurus.

Kakinya melangkah masuk keluar dari bilik dan memerhati sekeliling,dimanakah si Jungkook?Dia tiada di mana-mana pandangan Chunri.Dia mendengus kasar dan menggeleng kepalanya.Jari-jemarinya ditarik-tarik dengan perlahan.Kakinya diatur dengan perlahan-lahan.

Tidak lama kemudian,setelah berpusing-pusing ditempat yang sama,Jungkook memunculkan diri dengan gaya berjalan yang malas,menyapa gadis itu dengan cuitan di bahu.Chunri menoleh kebelakang dan terkebil-kebil.

“Kau nak buat apa pusing-pusing dekat ruang keluarga ni?Nak buat acara padang?”

Chunri la

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
semua org,saya salah tulis puan jeon,sebenarnya puan park.nanti saya edit balik

Comments

You must be logged in to comment
minion27
212 streak #1
Chapter 33: Update again
yunieyoseob #2
Chapter 33: Update soon!!
aquariusxpisces
#3
Chapter 33: Uihhh, banyak saya baca XD best cerita ni!! Kelakar, sedih gembira marah semua bercampur dan jadi rojak XD jeon jungkook ni sweet jugak ehhh hahahaha XD segala kupu-kupu keluar terbang dalam perut hahaahaha XD

Cerita yang bagus XD
Frisur #4
Chapter 33: update soon
SehunZziYeol12
#5
Chapter 33: Kak aisyah please updateee craving lah nak baca lagiiiii
khaisara #6
Chapter 33: pnat bca semua dari chapter pertama sampai la abis
update soon!!~
aisyashuhada
#7
YEAYYYY! Akhirnya author-nim update!! TQVVVVVVVVVVVM!
najwanabilla #8
Chapter 31: Update soon outhorr !!!!!!! *highnote* sampai begetar gegendang telinga outhor XD