Him And Her
My Master Is Crazy“Maafkan saya,tapi saya tak boleh ikut,”bersahaja Chunri menjawabnya. Yuin yang sedang menyapu mentega kacang pada roti terkebil-kebil memerhati dengan wajah yang cuak. Jika Chunri tidak ikut sama,rosaklah rancangan dia. Dia mengerling kearah Jungkook yang sedang mengunyah dengan wajah selamba.
“Takkan Jungkook tak nak Chunri ikut sama,”bisiknya sendiri dengan menyampah didalam hati. Bagaimana dia mahu jalankan rancangannya untuk membuat Chunri menyampah dan naik angin?. “Jadi,hanya saya dan Jungkook ajalah yang akan pergi? Kami berdua?,”Yuin mengangkat dahi,dia tersenyum kecil melihat reaksi Chunri yang terlopong sedikit matanya. Jungkook disebelah berhenti mengunyah seketika.
“Ish…Minah ni dah kenapa…,”Chunri menarik nafas panjang sambil bermonolog sendiri seraya menyua cawan berisi jus ke mulut. “Jadi?,”mendengar jawapan tersebut membuatkan Yuin semakin bengang. “Saya dah janji dengan kawan nak keluar sama”
“Kawan yang mana?,”Jungkook meletakkan roti diatas pinggan dan menyandarkan badan diatas kerusi. Yuin sekadar memerhati dengan mata yang terkebil-kebil. Whoo,Jungkook,cemburu? Jadi perasaan Jungkook pada Chunri sememangnya benar-benar? Yuin tersengih tidak percaya.
“Kawanlah”
“Nama?”
“Hoseok,”terus berubah ekspresi wajah Jungkook. “Ikutlah kami,”apa yang diujarkan oleh Jungkook membuatkan Yuin tersenyum senang. Chunri menggeleng. “Saya dah janji dengan Hoseok nak keluar dengan dia,takkan tiba-tiba nak cancel pula,”Chunri masih memprotes. Entah kenapa dia kena menyibuk hantar Yuin ke apartment dia,pergi sendiri tak boleh ke? Alahai,dia dah jadi OC jahat pula.
“Tapi Yuin kan tinggal dengan awak,takkan awak tak nak tengok dia?”
Chunri menghela nafas panjang dengan jus yang diteguk dengan agak sukar. Dia tak nak tengok Yuin atau apa-apa mengenai Yuin. Sebab,dia punya perasaan yang kurang harmoni terhadap gadis tersebut. Lagi-lagi dia sudah berjanji dengan Hoseok untuk keluar luangkan masa bersama-sama. Kesianlah lelaki itu nanti.
“Tak,saya akan tetap jumpa dengan Hoseok,saya dah berjanji dengan dia,”gadis itu tetap dengan keputusannya. Dia menyeka bibir dengan tisu. “Pinggan ini semua nanti,tinggalkan aja,balik tengahari nanti saya akan basuhkan semua,”dia bingkas bangun dari tempat duduk dan berlalu pergi. Yuin menjeling sekilas kearah Chunri yang sudah jauh serta matanya sempat mengerling kearah Jungkook yang mengetap gigi dan menyilang tangan dengan menyampah.
“Jungkook janganlah marah..Kalau Chunri tak sudi hantarkan saya sama,takpe..Saya okay je…,”Yuin kedengarannya pasrah. Ah,plan dah tertukar,situasi bertambah menarik sekarang bagi dirinya. “Hmm,Hoseok tu..Kawan sekelas..Saya dan Chunri,mereka nampak rapat”
“Tahu…,”Jungkook menolak pinggan kehadapan dan bangun dari kerusi. “Jomlah,kita akan lambat nanti”
--
Hoseok menarik nafas panjang,menantikan kehadiran Chunri. Menunggu sebeg
Comments