001
Hyung... I'm afraid
Nafas yongguk dan Zelo tercungap-cungap. "Hyung... apa yang jadi. Omma.. appa kenapa mereka berdarah kat rumah. Jello penat. Nak balik," rengek Zelo sambil menghentak kaki. Budak 9 tahun itu direnung tajam. Yongguk memeluk Zelo seerat yang mungkin. Air matanya mengalir. Zelo rimas dan meminta Yongguk melepaskannya. Tetapi pelukan itu dia eratkan. "Hyung.. lepaskan. Jello tak suka," jerit Zelo dan mulai menanis. Yongguk membersihkan mata adiknya itu.
"Zelo dengar cakap hyung. Omma dan appa dah tak ada. Sekarang hyung yang akan jaga kamu. Hyung janji, hyung takkan biarkan ada orang sakitkan hati kamu. Itu janji hyung. Jadi, zelo tolong jadi adik yang baik dan dengar cakap hyung," Yongguk mengusap kepala adik kesayangannya. Beberapa kali kepala adiknya dikucup. Dia juga masih trauma dengan apa yang berlaku.
Zelo mengangguk laju. "Hyung, kita nak pergi mana. Jello penat. Nak tidur," Zelo memeluk bahu hyungnya. Hyung tersenyum. Dia mendukung Zelo di belakangnya. "Zelo tidur atas bahu hyung. Nanti dah sampai hyung kejutkan Zelo," Yongguk mula berjalan semula. Matanya masih meliar ke kiri dan ke kanan. 'Omma.. appa.. Yongguk janji akan jaga Zelo.'
9 Tahun Kemudian
Zelo berlari selaju-lajunya daripada dikejar orang ramai. Dia menyembunyikan diri pada belukar yang sangat dalam. Fizikalnya yang besar dan tinggi menyukarnya dia menyembunyikan diri di kawasan yang kecil. Dia tersenyum puas. Orang ramai beredar. Menipu penglihatan mereka lalu mencari Zelo ke tempat lain. "Wah, hampir kena bunuh aku tadi. Kenyang aku hari ni," Zelo ketawa kecil. Ayam di tangan dia tenung sambil tersengih. Dia keluar daripada penyembunyiaanya. Ayam goreng yang dicuri tadi dia makan rakus.
"Zelo, kamu pergi mana tadi. Hyung balik kamu tak ada," Yongguk bercekak pinggang depan Zelo. Adiknya sekdar membisu. Yongguk berang akan adik kesayangannya itu. Amarahnya dia lembutkan tak mahu adiknya makin teruk.
"Zelo, kalau ada apa-apa beritahu hyung. Kamu tahukan hyung sayangkan kamu," Yongguk melabuhkan punggung di sebelah Zelo yang leka menonto
Comments