situation 8 - FINAL II

Kelas Malam

 

 

 

Chanyeol, Sehun, Kai, Luhan, Rome, Tk, Youngmin dan Kwangmin terus berlari dan berlari hinggalah…

 

“Mana mau lari ha?” Langkah mereka berlapan terhalang lalu serta merta brek kecemasan dilepaskan.

 

“Errr Mr Koo.” Ujar Kwangmin perlahan.

 

Di hadapan mereka kini berdiri sang makhluk yang sedang merenung mereka sambil menimbang bola pingpong dengan papan pemukul. Jantung masing2 berdebar dan peluh jantan mula menitik. Dalam masa itu juga, mata Tk liar melihat keadaan sekeliling dan dia terpandang sesuatu lalu segera memberi arahan. “Cepat masuk ke dalam stor sukan.”

 

Mereka terus berlari masuk ke dalam stor sukan yang tidak berkunci itu dan segera mengunci pintu dari dalam.

 

“HAHAHA… kamu ingat kamu selamat menyorok dalam tu?” kedengaran suara garau Mr Koo yang berada di luar.

 

“Damn! Macam mana kita nak selamatkan dorang kalau kita sendiri terperangkap dalam ni?” Rome menyoal.

 

“Buat masa ni, kita bertenang dulu dan fikir jalan ok?” Luhan cuba mengawal keadaan sebaik mungkin kerana dia tahu keadaan akan bertambah buruk kalau mereka panik.

 

Tiba2 rak 4 tingkat yang menyimpan peralatan sukan yang ada di kiri kanan mereka bergoyang perlahan dan semakin laju sedikit demi sedikit hingga peralatan mula jatuh ke bawah satu demi satu termasuklah peralatan sukan lain yang tersusun di tepi dinding mula jatuh berserakan. Keadaan itu membuatkan mereka menjadi sedikit tidak tentu arah kerana mereka terpaksa mengelak peralatan2 yang jatuh daripada menimpa mereka.

 

“Keadaan sudah tidak selamat, kita harus keluar dari sini segera. Dalam kiraan 3, aku buka pintu then kita terus rempuh keluar arra?” terang Luhan.

 

“Hana dul set.” Mereka berlapan terus berlari keluar namun malang bagi Sehun apabila dalam keadaan yang darurat itu, kakinya telah tersangkut pada net lalu dia tersungkur ke lantai.

 

Youngmin yang memaling ke belakang, ternampak keadaan Sehun. “Tunggu, Sehun masih berada di dalam.” Yang lain2 segera berhenti dan memusing ke belakang.

 

“Korang! tengok tu.” Chanyeol menunjuk ke arah atas rak yang masih bergoyang itu dan bulat mata mereka memandang.

 

“Andwae! Sehun-ah!!!” jerit  Luhan. Tanpa berfikir, Kai berlari masuk semula ke dalam stor dan terus melindungi Sehun daripada terkena kayu2 hoki yang jatuh tanpa henti dari atas rak lalu menimpa atas tubuh Kai.

 

Mereka berenam segera mendapatkan Sehun dan Kai yang terperangkap di sebalik kayu2 tersebut dan segera menarik serta mengangkat mereka berdua keluar.

 

“Korang ok?” soal Tk kerisauan. Kai mengangguk perlahan sambil menahan kesakitan. “Mari kita beredar dari sini cepat.” Ujar Luhan sambil memapah Kai dengan bantuan Sehun.

 

Di situasi yang lainnya…

 

“Kamu semua memang sudah melampau! Dari dulu sampai sekarang selalu cari pasal.” Bebel Mrs Yook.

 

“Huh?” mereka semua tercengang melihatnya. “Apa yang dia merepek ni?” soal Lay pada Kris disebelahnya.

 

“Kamu semua akan terima pembalasan!” teriak Mrs Hye dengan lantang hingga mencacak naik bulu roma, ketiak, hidung mereka semua.

 

“Ma-maaf Mrs… Hye, kami sebenarnya tak faham apa yang puan hendak dari kami semua.” Changjo bersuara.

 

“Kalau kamu semua tidak buat hal, pasti kami sekarang… isk, isk.” Mrs Hye menekup wajah hodohnya lalu menangis di bahu Mrs Yook.

 

“Sabar Mrs Hye… sabar.” Mrs mengusap perlahan belakang Mrs Hye cuba mententeramkannya.

 

“Hei korang, inilah peluang untuk kita larikan diri. Kaja.” Baekhyun memberi signal dan bermula dari Baekhyun, seorang demi seorang keluar melalui pintu depan yang terbuka tanpa disedari oleh puan2 hantu tersebut. Beberapa saat kemudian, semua berjaya melepaskan diri kecuali…

 

“Korang boleh lari tapi kawan korang akan jadi korban.” Mereka semua terkejut melihat Mrs Hye keluar dari bilik muzik itu sambil mencengkam kolar belakang baju Jongup.

 

“Tolong… kami merayu jangan apa-apakan dia. Lepaskan kawan kami.” Mohon Hongbin.

 

“Walaupun kami tak tahu apa salah kami, tapi kami benar2 mohon maaf.” luah Xiumin dengan ikhlas.

 

“HAHAHA kamu ingat semudah ABC untuk aku lepaskan dia hah?! Darah dia akan menjadi santapan aku.” ugut Mrs Hye dengan mencengkam lebih kuat kolar baju Jongup.

 

“Hajima! Jebal... Kalau puan nak hisap darah, ambillah saya sebagai ganti. Dia terlalu comel untuk mati.” Daehyun menawarkan dirinya sambil bergerak sedikit ke depan melepasi mereka yang lain.

 

“Wah… ni love story ke apa sanggup offer diri demi orang lain? HAHAHA.” Provok Mrs Hye.

 

Chen bergerak menghampiri Daehyun. “Kalau puan masih tidak puas hati, puan boleh minum darah saya juga asalkan puan janji lepaskan dia.”

 

“Tak cukup jugak? Nah… ambillah darah saya, manis tau.” V menawar dirinya pula. Kris yang biasanya berada di dunianya sendiri turut menawarkan darahnya dan begitu jugak dengan Baekhyun. gentleman la konon xD.

 

“Korang…” ujar pelajar kelas A, Lay, Changjo, Xiumin dan Hongbin yang terharu dengan tindakan mereka berlima manakala Jongup sudah menitiskan air matanya.

 

“Betul ni? Walaupun dia yang menyebabkan kamu, kamu,kamu, kamu dan kamu dihukum oleh guru disiplin seminggu yang lalu walaupun bukan salah kamu sebenarnya.” Mrs Hye cuba mencucuk jarum dan ternyata berkesan memberi kejutan kepada mereka berlima.

 

“Jadi… awaklah pengawas yang….” Kata Daehyun sambil memandang Jongup seakan tidak percaya.

 

“Maafkan saya Dae. Im so sorry.” Jongup tertunduk lemah. Dia tidak sanggup melihat wajah kecewa Daehyun dan airmatanya semakin laju mengalir.

 

Setelah lama mendiamkan diri, Daehyun kembali menatap Mrs Hye dengan tenang. “Tidak! Keputusan saya tidak berubah. Lepaskan dia!” Daehyun sudah nekad untuk menyelamatkan Jongup kerana dia tahu barang yang lepas usah dikenang. “Iye, kami jugak.” Jawap Chen, Baek, V dan Kris dengan beraninya padahal sebenarnya sedang menahan takut yang teramat sangat. Nasib baik tak terkucil.

 

“Arraseo.” Mrs Hye tersenyum sinis. Cengkaman dilepaskan dan dirinya terus menghilang dari pandangan mereka.

 

“Huh? Mana dia pergi?” soal mereka semua yang terpinga-pinga. Jongup segera berlari mendapatkan Daehyun.

 

“Saya…” “Its ok Uppie janji awak selamat.” Daehyun memintas kata Jongup tanpa sempat dia menghabiskannya sementara Lay mendekati Kris. "Saya rasa bangga atas keberanian awak Kris. tak sangka awak seorang yang baik walaupun nampak dingin." puji Lay jujur. seperti biasa Kris hanya menayang muka tiada perasaannya itu padahal kembang setaman bunga dalam hati dipuji sedemikian nak2 lagi kalau orang itu Lay.

 

“Mari kita pergi ke dewan sekarang sebelum terlambat.” Mereka terus berlari meninggalkan tempat itu.

 

Keadaan di dalam dewan senyap dan sangat memberi tekanan pada mereka yang terperangkap apatah lagi terpaksa berdepan dengan pengetua yang bersikap meroyan semacam.

 

“Hah... aku rasa nak demam la.” Ujar Tao lemah yang bersandar di bahu Suho. Tahu2 jelah semangat orang yang sememangnya lemah semangat ni walaupun kungfu no.1.

 

“Bertahan Tao, kejap lagi kita pasti keluar dari sini.” Suho memberi kata2 semangat lalu tangan Tao digenggam erat. /awww so sweettt >

 

“Sudah sejam berlalu. Kamu pasti ke yang kawan2 kamu akan datang semula selamatkan kamu?” soal Mr Shin tiba2. “Kamu tahu tak? Kamu akan jadi korban sebentar lagi?”

 

D.O, Jin, L.Joe dan Ken yang pada mulanya duduk terus berdiri selepas mendengar kata2 Mr Shin kecuali Suho yang masih setia menemani Tao yang tidak berdaya itu.

 

“Mak-maksud tuan?” tanya Ken balik yang sudah mula gelabah biawak.

 

“Berapa lamalah kami dapat menunggu. Hari akan pagi sebentar lagi dan lagipun sudah lama kami tunggu saat ini.” Balas Mr Shin yang masih duduk bersilang kaki atas kerusi sambil mengasah pisau. Dari mana dia dapat pisau tu pun entahlah. Magikkan?

 

“Tidak! Aku taknak mati. Uwaaa…” raung Tao tiba2.

 

BANG! BANG! BANG!

 

“Suho. Jin. Tao. D.O. Ken. L.Joe-ah~ Buka pintu ni.” Jerit Chanyeol, Sehun, Kai, Luhan, Rome, Tk, Youngmin dan Kwangmin sambil mengetuk pintu dewan dengan kuat.

 

“Mereka masih di dalamkah?” soal Lay yang baru tiba bersama yang lain. “Ya.” Balas Kwangmin ringkas.

 

“Buka pintu ni juseyo~ lepaskan diaorang.” Teriak mereka dari luar sambil terus-terusan mengetuk pintu tanpa henti.

 

“Itu suara… mereka! Yea, mereka sudah datang.” Mereka berenam mula berasa bersemangat semula. Tao yang bagaikan bunga layu terus berdiri dan segar bugar bagaikan bunga mawar disiram air.

 

“Kita pecahkan saja pintu ni demi keselamatan diaorang.” Baekhyun memberi cadangan. Dengan kekuatan 18 orang, dengan mudah pintu itu terbuka bagaikan petik jari.

 

“Korang, cepat lari!” teriak mereka semua pada mereka berenam. Setelah D.O, Jin, Suho, L.joe, Tao dan Ken berjaya melepasi pintu keluar dewan, kesemua mereka terus berlari sekuat hati menuju ke pagar keluar sekolah tanpa menoleh ke belakang lagi. Namun sekali lagi, peluang mereka terhalang.

 

 “Alamak! jalan mati. Bukankah ini sepatutnya pagar keluar sekolah?” L.Joe memandang pada kawan-kawannya meminta kepastian dan mereka juga turut bingung dengan perkara itu.

 

“Apa kita nak buat sekarang?” soal Jin.

 

“Korang jangan panik, pasti ada jalan lain untuk keluar dari sini. Ayuh kita patah balik.” Ujar D.O dan mereka semua segera memusing ke belakang untuk berpatah semula namun kejutan yang diterima. Masing2 tidak bergerak walaupun seinci.

 

“Relax… kami datang ni nak beraya, HAHAHA.” Sempat lagi Mr shin berseloroh dalam keadaan tegang. Mrs Yook segera memberi isyarat pada Mr Koo lantas Mr Koo terus menyiku siku Mr Shin supaya

menghentikan perangai gilanya itu.

 

“Ops! Sorry3 gurau je, HAHAHAHA.” “Mr Shin.” Mrs Hye membisik perlahan ke telinga sang principal sedang menggila.

 

Setelah ditegur Mrs Hye, sikap Mr Shin kembali normal lalu menatap pelajar2 di hadapannya dengan wajah serius. “Ok, kali ini saya serius. Ehem! sebenarnya… kamu semua… sudah bebas. pergilah. Saya doakan kamu semua berjaya dan kekalkanlah hubungan baik kamu yang baru bermula itu. Seronok bersama kamu semua walaupun dalam keadaan sedemikian, HAHAHA. Annyeonggahaseyo~” ucap Mr Shin buat kali terakhir sebelum hilang secara perlahan-lahan bersama Mrs Hye, Mrs Yook dan juga Mr Koo ditemani samar2 cahaya bulan yang masih belum berlabuh. Senyuman manis dihadiahkan  kepada pelajar2 kelas A dan E.

 

“Adakah itu wajah sebenar mereka?” soal V yang terpegun sebentar. Ya! Mereka telah menunjukkan wajah sebenarnya mereka 10 tahun yang lalu sebelum mereka benar2 lenyap untuk selamanya.

 

 “Marilah kita sama2 berdoa semoga roh mereka tenang di sana.” Pelajar2 kelas A dan E menutup mata dan bertakafur sejenak. Seminit berlalu. Mereka membuka mata mereka semula dan…

 

“Eh? Pagar sekolahlah.” Mereka tersenyum lega. Malam yang penuh cabaran sudah menemui penamatnya dan tanpa sedar, mereka berjaya atasi berkat keajaiban hubungan yang tidak diduga itu.

 

“Jom kita balik sebelum pihak sekolah tahu kita berada di sini. Sesi persekolahan akan mula tak lama lagi, ayuh pulang.” Ucap D.O lalu mereka semua pulang bersama-sama ke rumah masing2 dalam kedinginan angin pagi yang menghembus lembut.

 

Pada pagi itu… kira-kira 8.23 a.m.

 

“Hmm? Kelas A dan E kosong? Pelik.” Ujar seorang pelajar yang kebetulan lintas di hadapan blok yang menempatkan kelas itu.

 

 

Setelah kejadian itu, pelajar2 kelas A dan E telah menjadi sahabat baik hingga menimbulkan kehairanan serta menjadi buah mulut warga sekolah.

 

Bilik guru…

 

“Hai Mr kang, relax nampak?” tegur Mr Hwang yang datang bersama secawan kopi panas lalu duduk di mejanya yang terletak bersebelahan meja Mr Kang.

 

“Hahaha… baru sekarang boleh bernafas dengan aman Mr Hwang hoi. Nasib baiklah plan tu menjadi. Kalau tidak, terus-terusanlah kita berdua diganggu roh2 tu.”

;)

 

 

 

- THE END-

 


 

 

 

Hadiah tahun baru untuk pembaca semua, hahahaha xD. Tamat jugak akhirnya cerita nie setelah berbulan2 huhu. Di sini dengan rendah diri, saya ingin mengucapkan terima kasih bebanyak kepada yg support, subscribe n komen cerita nie. Hope korang terhibur sepanjang baca cerita yang tak seberapa nie. Sebenarnya saya tidak tahulah sama ada pembaca faham atau tak chapter last nie. Tapi, kalau tak faham, buat2 faham jelah ye. Hehehe… SARANGHAE READERS-AH <3

Nak sekuel? Comment juseyo ^^

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Azimah #1
Chapter 9: Chapter 9 : wow...best sngt..
Aida_Rusdi
#2
Chapter 9: Sequel3!!! Best sangat!
maisarahluhan #3
Chapter 9: Buat sequel!!!
Wu_Family_EXO
#4
Chapter 9: yeah happy ending!!!
Wu_Family_EXO
#5
Chapter 8: part v ngan chen mmng spoil la.. xD
hope dorang selamat and 'cikgu'2 tu aman..
dae_yeol
#6
Chapter 7: buatlah seque!! sambung okey^^
harryniel
#7
Chapter 7: sambung sambung sambung!!!!
Wu_Family_EXO
#8
Chapter 7: pergh seram gile part jo twin tu.. sweet pula tngk sesi luahan perasan dorang tu.. hahah