situation 6

Kelas Malam

 

 

 

Group 2 sedang berjalan menuju ke dewan di mana group satu menunggu mereka di situ.

 

“Betul ke apa korang yang cakapkan? Ada yang menyerupai aku?” soal Sehun yang masih agak kebingungan selepas dengar apa yang disampaikan kawannya sebentar tadi.

 

“Ye… Sehun kalau kau tak percaya, tanya yang lain ni.” Balas Jongup.

 

“Korang jumpa ‘kembar’ aku kat mana?”

 

“Sewaktu kitaorang tengah cari Kai lah. Tak lama selepas jumpa Kai, kitaorang nampak kau tengah duduk sorang2 dekat depan bilik rawatan. Waktu tu muka kau pucat sangat sampai kitaorang tanya pun kau tak jawap langsung.” Terang Ken.

 

Sehun mengerutkan dahinya. “Mustahil sebab semasa aku merayau sorang2 cari korang, aku takdelah pulak lalu kat sana.”

 

“Mwoya?!” Masing-masing terdiam sejenak.

 

“Bila ingat2 balik la kan, memang seram gila kot jumpa dan bawa orang yang salah. Nasib baik takde apa2 berlaku kalau tak kus semangat den.” ujar Rome.

 

“Sehun-ah." panggil Lay. "Hmm?" Sehun memandang Lay. "Macam mana kau boleh terpisah dengan Luhan? Kau kan pergi tandas dengan dia sama2. Selalunya korang mana boleh berpisah.”

 

“Memang aku pergi dengan Luhan, Xiumin dan… errr… pe nama dia? Hah! Chen tapi masa kat situ, aku yang keluar kemudian. Masa aku keluar, aku nampak dorang dah jalan dulu so aku pun cepat2 lah kejar dorang. Aku panggil tapi dorang langsung tak dengar. Aku terus follow jelah dorang tapi time tu aku ada perasan mereka ikut jalan lain menuju ke kelas. Aku pun stop lah dan patah balik ikut jalan yang sepatutnya ke kelas. Tapi, masa aku sampai kelas sorang pun takde kat sana. Yang aku nampak kelas dah berselerak dengan barang2 korang dan…” kata2 Sehun terhenti.

 

“Dan? What?” soal mereka serentak yang tidak sabar untuk mengetahui selanjutnya.

 

“Ak-aku ada nampak bayang seseorang macam tengah punggah sesuatu.”

 

“Bayang? Maksud kau? Adakah…” Kris mencelah.

 

“Aku tak sure sebab aku cepat2 blah dari situ. Tak sanggup aku tunggu lama2.”

 

Kemudian, Sehun memandang Kai yang sedari tadi hanya menjadi pendengar. “Hei, aku dengar kau pun hilang jugak. Macam mana pulak boleh berlaku?”

 

“Kitaorang jumpa dia pengsan dekat tepi kolam ikan.” Sampuk Daehyun.

 

Kai mencebik. “Bukan aku yang nak pun tapi sapa suruh dia usik aku.”

 

“Dia?” soal mereka serentak.

 

“Haish malas aku nak cerita tapi dah korang tanya tak sampai hati pulak aku nak hampakan korang. Hihi… ceritanya macam ni.”

 

-Flashback-

 

“Haish… boleh pulak bertembung dengan orang tua tu. Aku nak baliklah, grrrr.” Luah Kai kegeraman sambil tangannya sibuk mencari kertas soalan di sit belakang kereta.

 

“Mana pulak dia letak kertas ni? Takde pun, sampah banyaklah aku nampak. Ish! Tak reti jaga kereta langsung. Kalau taknak bak sini kat aku.” bebelnya lagi.

 

Seminit kemudian. “Arghhh! Geramnya aku!” tahap hilang sabarnya mula naik paras 2 apabila dia masih tidak menjumpai kertas tersebut.

 

BANGGG!!!

 

Pintu kereta dihempas dengan kasar. Kesabarannya sudah hilang bergantikan amarah yang bagaikan lava gunung berapi yang sedang meluap2 . “Lantaklah! Naik fed up dah aku cari. Aku balik jelah, nak jadi apa pun jadilah.” Lantas, Kai pun berlalu pergi sebelum tetiba dia ditegur seseorang.

 

“Nak ke mana tu encik abang? Meh le singgah dulu.”

 

Langkah Kai terhenti. “Suara pompuan? Datang mana memalam ni?” ujar Kai perlahan lalu dia pun menoleh ke belakang.

 

“Sapa tu? Mak guard ke?” soal Kai sambil mencari2 kelibat pemilik suara tersebut dan…

 

“Opocot nenek ku pahlawan!” Kai terkejut besar apabila bahunya ditepuk secara tiba2.

 

“Laaa mak cik rupanya. Terkejut saya, nasib baik takde heart attack tau. Hmm ada apa mak cik panggil saya ni?”

 

“Tolong mak cik nak.” Pinta mak guard tersebut.  “Tolong? Tolong apa?” soal Kai lagi. “Mari nak ikut mak cik.” Kai pun mengikuti mak guard tersebut dari belakang menuju ke satu tempat.

 

‘Asal muka mak cik ni putih semacam? Berapa kilo bedak dia tempek? Mengalahkan opera cina pulak aku tengok.’ Desis hati Kai.

 

Mak guard itu menoleh ke belakang memandang Kai sambil tersenyum lalu berkata. “Mak cik dengar tu.”

 

“Huh?”  Kai terkebil-kebil memandang mak guard tersebut sebelum mak guard itu memandang ke hadapan semula. ‘Dia dengar? Gulp! bio benor?’

 

Sesudah itu, mereka pun sampai ke tempat tersebut. “Kolam ikan? Kita nak buat apa kat sini mak cik.”

 

“Barang mak cik jatuh dalam tu nak. Boleh nak tolong ambik kan? Nanti makcik bagi upah.”

 

Kai memandang mak guard itu sejenak. “Hmm memandangkan saya ni baik hati malam ni, saya tolong makcik walaupun saya nak cepat ni.” Sebenarnya perkataan upah tu yang buat dia jadi baik hati. Ish3x…

 

Lalu Kai pun mengambil penyauk yang sedia ada di situ dan bertinggung di tepi kolam itu. “Barang apa yang jatuh tu makcik? Senang sikit saya nak sauk. Ah! Sebelum tu makcik ada torch light? Saya tak berapa nampaklah.”

 

“Ada nak. Nah…” mak guard itu menghulurkan torch light kepada Kai. Selepas mengambil torch yang dihulurkan, Kai kembali memberi tumpuan pada kolam ikan tersebut.  “Makcik nak saya cari apa?” soal Kai sambil tangan kirinya memegang torch light dan disuluh ke arah kolam manakala sebelah tangannya lagi ligat menyauk.

 

“Mata makcik terjatuh dalam tu nak.”

 

“Mata? Ooh…” balas Kai selamba sebelum menyedari sesuatu. Gulp! “Mwo? Ma-mata?!” Kai memusing ke belakang serta merta namun kelibat makcik tersebut telah tiada. “Mak cik?” Kai menyuluh merata tempat namun tidak kelihatan mak guard tersebut lalu secara tidak sengaja dia menyuluh semula ke dalam kolam dan dia benar2 terkejut apabila melihat sesuatu yang menakutkan iaitu bayang makcik tersebut tersenyum kepadanya tanpa kedua-dua biji bebola mata serta matanya mengalirkan darah.

 

“Wuarghhh!!! Andwae!!!” lampu suluh yang dipegangnya terlepas dan jatuh ke dalam kolam. Kai segera bangun dan saat dia ingin berlari, tanpa di duga dia telah tergelincir lalu terjatuh hingga kepalanya terhantuk. “Argh… sakitnya.” Perlahan2 pandangan matanya kabur dan dia tidak ingat apa2 selepas itu hinggalah kawan-kawannya menemui Kai.

 

-flashback end-

 

“Huuu… meremang bulu roma aku dengar cerita kau.” Ujar Sehun.

 

Semasa mereka meneruskan perjalanan menuju ke dewan dan ingin belok ke kanan.

 

“Xiumin?” “Lay?” “Jin?” “Daehyun?” “Uwaaa…” mereka saling berpelukan sesama mereka. Akhirnya, group 2 bertemu dengan group 3.

 

“Jenuh aku cari korang tau. Call banyak kali tapi tak dapat, apsal?” soal Lay namun pertanyaannya tidak dijawap.

 

Kris memandang ahli group3 satu persatu. “Asal muka korang pucat dan nampak penat je ni?”

 

“Macam baru lepas nampak hantu.” Tebak Ken pula.

.

Ahli group 3 saling berpandangan sesama mereka sebelum mengangguk mengiyakannya.

 

“Jinjja?!” balas ahli group 2 serentak.

 

Lalu mereka pun menceritakan apa yang mereka alami.

 

“Eee.. seram gila cerita korang. Tak dapat aku bayangkan waktu tu.” ujar Jongup sebaik sahaja mendengar cerita itu.

 

“Better kita cepat pergi dewan. Lagi cepat kita berkumpul, lagi cepat kita dapat keluar dari sini.” Kata2 Kris dipersetujui mereka semua lantas mereka dengan segera pergi ke dewan. Beberapa minit kemudian, mereka pun tiba di dewan di mana ahli group satu berkumpul dan mereka semua bersatu semula. Kini kedua-dua buah kelas sudah lengkap. Masing2 mengambil peluang untuk berehat sekejap sambil memikirkan jalan keluar. Youngmin yang pada awalnya ok, mula kelihatan gelisah. Lantas Youngmin pun bangun menghampiri Changjo dan membisikkan sesuatu.

 

“Ah! Taknak aku. Ajak orang lain jelah.” Balas Changjo acuh. Youngmin menghampiri Suho pula yang duduk di sebelah Lay dan berkata hal yang sama.

 

“Aku? Kau ajak aku? Of cozlah jawapan aku… tak!” keluhan dilepaskan. Youngmin berasa hampa. Dia mencuba nasibnya pada Jongup.

 

“Mian… aku pun penakut jugak, huhu.” Balas Jongup dengan muka inosennya. Sekali lagi Youngmin hampa namun dia still tak berputus asa. Dia meminta bantuan Hongbin.

 

“Tunggu sampai kita keluar dari sini tak boleh ke?” soal Hongbin kembali. Youngmin mula buntu.

 

"Haish... aku nak ajak sapa lagi ni? semuanya tak mau." Youngmin terpandang Kwangmin dan dia mula menguntum senyuman. "Kenapa aku tak ajak dia je ehh?" Langkah diatur menuju ke arah Kwangmin.

 

“Kwangmin-ah~” panggil Youngmin lembut.

 

Kwangmin memandang Youngmin atas bawah, atas bawah. “Yang kau manja semacam ni kenapa?!”

 

“Teman aku.”

 

“Teman kau?” Kwangmin mengerutkan dahinya. “Nak pergi mana tengah2 pagi ni?”

 

“Tandas. Please aku tak tahan dah ni, rasa dah dekat hujung2 tanduk ni.” rayu Youngmin.

 

“Ish kau ni, time2 camni lah nak buang air segala.” balas Kwangmin sedikit kasar.

 

“Huhu… bukan salah aku. Dah dia tetiba buat hal, so aku sebagai insan yang lemah apalah daya ku ini.”

 

“Yahhh… berdrama pulak hyung ni. Hmm yelah2 jom.”

 

“Jinjja? Yeahhhh sayang kau, hehe.” balas Youngmin penuh gembira sambil memeluk lengan adiknya itu.

 

“D.O, aku teman Youngmin pergi tandas jap ek? Emergency.”

 

“Alright, take care.”

 

Di tandas…

 

“Teman aku masuk dalam please, aku takut gelaplah.” pinta Youngmin.

 

“Dah gelap pasanglah lampu, tu pun nak aku ajar ke? Aigoo…” Kwangmin menggeleng-gelengkan kepalanya.

 

“Tapi still aku takut, temanlah aku please.” rayu Youngmin lagi.

 

“Ala aku malaslah. Aku tunggu kau kat sini jelah, kat dalam tu busuk tak tahan aku.”

 

“Temanlah~ aku tak berani masuk sorang2.” kali ini Youngmin membuat puppy eye berharap agar Kwangmin bersimpati padanya.

 

“Apa yang kau nak takut? Aku kan ada, aku tunggu kau ok don’t worry.”

 

“Kau tak kesian kat aku ke? Kau sanggup tengok aku ‘termelepas’ kat sini? Kata sayang kat aku…” ujar Youngmin perlahan sambil bermain-main dengan jarinya.

 

Kwangmin memandang Youngmin sekilas. sebagai adik kembar, dia tidak sampai hati melihat keadaan hyungnya itu. 'Mulalah nak berdrama tu. Aku seligi kang, sia2 je.'

 

“Kau nak pergi mana tu?” soal Youngmin apabila melihat Kwangmin berjalan melepasinya.

 

“Aku nak masuk tandaslah. Tadi kau jugak suruh aku teman. Baik kau cepat sebelum aku ubah fikiran.” Kwangmin pura2 mengugut hyungnya itu.

 

“Ok3x!” Youngmin terus masuk ke dalam tandas dan pintu dikunci. “Kwangmin-ah~ tunggu aku tau.” jerit Youngmin. "Hmmm." balas Kwangmin.

 

“Jangan pergi mana2.” jerit Youngmin lagi. "Iye."

 

“Tunggu tau!” "Iyelah."

 

“Tunggu aku. Nanti kita keluar sesama.” "ok."

 

“Kwangmin-ah~” Youngmin memanggil dengan lebih kuat lagi.

 

“Boleh tak kau diam?! Sakit tekak aku nak menjawap. Kan aku dah cakap aku tunggu, haish.” balas Kwangmin yang sudah naik geram.

 

“Tak mau la marah~ mian k? Aku just nak pastikan yang kau ada.” jawap Youngmin dari dalam.

 

“Cepat sikit!”

 

Keadaaan senyap seketika dan beberapa saat kemudian…

 

“Wuarghhh!!!”

 

Kwangmin dikejutkan dengan jeritan Youngmin yang tiba2 dan dia segera mengetuk2 pintu tandas Youngmin. “Youngmin-ah, kau ok ke tak ni?” soal Kwangmin yang mula risaukan keadaan hyungnya itu.

 

“Da-darah?”

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Azimah #1
Chapter 9: Chapter 9 : wow...best sngt..
Aida_Rusdi
#2
Chapter 9: Sequel3!!! Best sangat!
maisarahluhan #3
Chapter 9: Buat sequel!!!
Wu_Family_EXO
#4
Chapter 9: yeah happy ending!!!
Wu_Family_EXO
#5
Chapter 8: part v ngan chen mmng spoil la.. xD
hope dorang selamat and 'cikgu'2 tu aman..
dae_yeol
#6
Chapter 7: buatlah seque!! sambung okey^^
harryniel
#7
Chapter 7: sambung sambung sambung!!!!
Wu_Family_EXO
#8
Chapter 7: pergh seram gile part jo twin tu.. sweet pula tngk sesi luahan perasan dorang tu.. hahah